Hantar balik
"Untung lah kau babe. Ada pak we kacak tolong hantar kau balik rumah." Nana berbisik semasa mereka berdua berjalan keluar dari cafe. Zhafik sudah mendahului mereka di depan.
"Untung apanya. Lagi satu mamat tu bukan pak we aku okay." Murni menjawab sambil menjeling pada Nana.
Ikutkan hati tak teringin pun hendak naik kereta dengan Zhafik. Naik grab lagi best.
"Ala manalah tahu korang ada jodoh. Hahaha." Tanpa segan silu, Nana ketawa mengekek. Mujur Zhafik berada jauh sedikit dari mereka.
"Okay lah. Aku gerak dulu babe. Jumpa lagi esok." Nana melambai tangan dan terus berlalu. Sempat Nana kenyit mata pada Murni.
Murni melepaskan pandangan mengikuti langkah Nana sehingga temannya itu sampai ke tempat letak motorsikal.
Perlahan Murni melangkah mengekori Zhafik menuju ke tempat lelaki itu memakir kereta. Masih ada rasa segan walaupun sudah tiga kali mereka bertemu secara tak sengaja.
Tapi ditenangkan dirinya. Sekadar mahu hantar pulang ke rumah apa ada hal, bisik hatinya.
"Awak tinggal di mana?" Zhafik bertanya sebaik sahaja mereka sudah berada di dalam kereta. Cubaan untuk memecah sunyi antara mereka.
"Tak jauh dari sini. Dalam setengah jam perjalanan." Jawab Murni ringkas.
"Okay, nanti awak tunjukkan jalan ye, sebab saya tak berapa mahir lagi jalan disini. Lama saya tak memandu dalam bandar besar ni." Dia pun baru sahaja balik dari luar negara selepas menetap di USA selama 10 tahun. Kalau setakat pergi ke tempat Hakim bekerja dia tahulah.
"Ye lah," sepatah jawapan Murni. Matanya terus memandang kedepan dan sekejap-sekejap keluar tingkap kereta.
"Cik Murni tinggal dengan keluarga atau menyewa dengan kawan-kawan?" Satu lagi pertanyaan untuk Murni.
"Err, menyewa je. Duk sorang-sorang." Perlahan dia menjawab. Dia mana ada keluarga. Selepas nenek meninggal, dia dipelihara oleh keluarga angkat sehingga dia tamat sekolah.
Kemudian dia bertekad untuk ke bandar dan bekerja. Dia tak mahu sambung belajar. Tidak mahu membebankan ayah dan ibu angkatnya yang punya tanggungan yang ramai.
Sebaik sahaja ayah angkatnya mengizinkan, terus sahaja dia mencari kerja. Apa-apa pekerjaan yang sesuai untuknya. Dia mencari rumah sewa, tetapi yang dia dapat hanya sebuah bilik sewa.
Itupun sudah lebih dari syukur. Pekerjaan yang dia dapat di pasaraya adalah pekerjaan yang pertama. Di situ dia bertemu Nana dan mereka mula berkawan sehingga menjadi sahabat baik.
Hubungan dengan keluarga angkat masih baik cuma dia sudah lama tidak menjenguk mereka di kampung. Hanya sesekali bertanya khabar melalui aplikasi watsap dengan adik-adik angkatnya.
"Uishh tinggal sorang-sorang. Beraninya. Awak tak takut ke. Napa tak cari orang untuk sewa rumah sama-sama. Sekurang-kurangnya adalah kawan." Ujaran dari Zhafik memutuskan lamunan Murni.
"Dah biasa tinggal sorang. Tak takut sangat." Murni cuba untuk menjawab dengan tenang. Banyak pula mamat ni bertanya itu ini. Lagak penyiasat persendirian pula.
"Encik Zhafik, nanti belok ke kiri selepas trafik light tu. Ada bangunan kedai dua tingkat. Saya nak turun kat situ."
Zhafik mengikut arahan Murni. Tidak lama kemudian dia memberhentikan kereta di depan sebuah bangunan kedai
"Nak singgah kedai ke, nak beli apa? Tanya Zhafik. Tak nampak pun ada kedai runcit atau 7 Eleven dekat sini, bisik hati Zhafik. Murni yang baru membuka pintu kereta, menoleh kearah Zhafik.
"Saya sewa bilik dekat bangunan ini, Encik Zhafik." Jelas Murni lalu turun dari kereta.
Nampak lelaki itu seolah terkejut. Betul ke gadis itu tinggal di sini. Ataupun sengaja tak mahu dia tahu dekat mana sebenarnya dia tinggal.
"Betul awak tinggal di sini?" Persekitaran yang sangat sunyi. Banyak ruang kedai tidak beroperasi. Hanya ada sebuah dua sahaja kedai yang beroperasi. Itupun kedai perkakasan dan bengkel kereta.
"Ye, saya memang tinggal kat sini. Kat atas rumah kedai tu. Terima kasih Encik Zhafik sebab hantar saya. Saya nak naik dulu." Murni mula melangkahkan kaki.
"Ehh kejap. Saya temankan awak ye." Zhafik mengekori langkah Murni. Ada kerisauan dalam hatinya. Macam mana gadis itu boleh tinggal di kawasan sunyi macam ini dan terdedah dengan bahaya.
Murni malas hendak menolak. Dibiarkan sahaja Zhafik mengekorinya memanjat tangga untuk naik ke atas. Dia mengeluarkan kunci rumah dari dalam tas tangan. Membuka kunci gril besi dan pintu rumah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
RomanceDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...
