Cari
Pagi itu Mak Mai bangun untuk solat subuh. Mak Mai keluar dari bilik menuju ke dapur.
Dia menoleh kearah bilik Murni. Daun pintunya agak renggang tetapi tidak kelihatan cahaya lampu dari bilik itu. Gelap.
Mak Mai terus menuju ke bilik Murni. Ditolaknya daun pintu. Suis lampu berhampiran pintu bilik ditekan. Cahaya lampu menerangi segenap ruang namun Murni tiada di situ. Katilnya tidak dikemas rapi. Mak Mai keluar menuju ke bilik air.
Di dapur pun tiada siapa-siapa. Pak Salleh solat subuh berjemaah di masjid. Khaiera masih tidur. Bilik air pun kosong.
Mak Mai terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk. Dia berniat selepas sahaja selesai solat nanti dia akan pergi meninjau diluar rumah pula.
Hatinya rasa sedikit risau memikirkan Murni.
*****
Dari jauh kelihatan motorsikal menghampiri rumah. Pak Salleh sudah pun pulang dari masjid. Mak Mai siap menunggu di pintu masuk rumah.
Pak Salleh mematikan enjin motorsikal. Dia mengeluarkan bungkusan plastik dari bakul motor.
"Nah, ada roti canai dengan sedikit kueh untuk sarapan pagi ni." Katanya sambil menghulur bungkusan plastik kepada Mak Mai. Huluran itu disambut oleh isterinya.
"Awak ada nampak Murni dekat mana-mana tak?" Soal Mak Mai kepada suaminya.
Pertanyaan Mak Mai mengundang rasa hairan Pak Salleh.
"Tak ada pulak. Bukan dia ada dirumah ke. Nak buat apa dia keluar pagi-pagi ni. Lagipun nak kemana pulak dia awal-awal begini?"
Berkerut wajah Mak Mai apabila mendengar penjelasan Pak Salleh.
"Dia tak ada dalam bilik. Saya nak kejutkan dia bangun solat tadi, tapi bilik tu kosong. Saya dah cari tapi dia tak ada. Itu saya tanya awak, kut nampak dia dekat mana-mana kat luar tu ha," ujar Mak Mai.
"Dah kemana pulak dia pergi. Awak dah cuba telefon dia?" Pak Salleh duduk di meja makan.
Mak Mai turut duduk. Di tuangnya air kopi ke dalam cawan Pak Salleh.
"Tadi saya dah masuk bilik dia, handphone dia ada jer atas meja solek tu. Barang lain semuanya ada. Bermakna dia keluar tak bawak apa-apa. Saya risau ni bang. Tiba-tiba jer dia hilang." Mak Mai menyuarakan kebimbangannya kepada Pak Salleh.
Pak Salleh tunduk memikirkan sesuatu. "Hmmm. Lepas sarapan ni karang abang nak pergi kebun sayur, mana tahu dia ada disana. Tak pun kat Rumah Mariah." Cadang Pak Salleh.
"Saya nak ikut. Khaiera ada, biar dia tunggu dekat rumah. Saya pergi bagitahu dia kejap." Mak Mai bangkit dari duduk lantas menuju ke bilik Khaiera.
Air kopi dalam cawan dihirup sehingga habis, roti canai tidak jadi dijamah.
Pak Salleh terus membawa Mak Mai ke kebun sayur. Sesampai di sana, terdapat beberapa pekerja sedang memunggah bakul sayuran masuk ke dalam lori.
Setelah bertanya sesuatu kepada pekerja itu, Pak Salleh terus menunggang motor menuju ke Rumah Mariah. Kawasan Rumah Mariah agak lengang. Kebetulan hari ini tiada penyewa yang datang menyewa Rumah Mariah.
Pak Salleh memarkir motosikal. Dia dan Mak Mai masuk meninjau sekitar kawasan.
"Tak ada pun bang. Macam mana ni. Allahuakbar mana pula budak tu pergi." Mak Mai mula rasa tak sedap hati.
"Saya nak ke kawasan sungai belakang sana. Awak tunggu dekat sini." Pak Salleh melangkah menuju ke bahagian belakang Rumah Mariah.
Tak sampai 10 minit kemudian, Pak Salleh muncul semula. Wajahnya sugul.
"Moh kita balik. Dia tidak ada dekat sini." Seraya menghidupkan enjin motorsikalnya.
Entah apa lagi masalah yang timbul. Kehilangan Khaier sudah cukup meresahkan kini Murni pula hilang. Pak Salleh berkira-kira mahu melaporkan ke pihak polis jika Murni masih tidak pulang sehingga petang nanti.
*****
Hakim bergegas ke tempat letak kereta. Panggilan telefon dari Pak Salleh baru sahaja dia terima. Berita kehilangan Murni sudah diketahuinya.
Hatinya jadi tak keruan. Musibah apa lagi yang melanda gadis itu. Sejak mereka dipertemukan semula, banyak sudah kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap Murni.
Sempat dia menalipon ibunya Puan Sakinah dan memberitahu tentang Murni. Hakim tahu ibunya pasti terkejut besar. Sambil memandu, mulutnya tak berhenti mendoakan keselamatan Murni.
Kereta dipandu agak laju. Dia agak pasti akan lewat sampai di kampung Murni. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Dengan keadaan trafik yang agak sesak pada waktu puncak begitu, seolah semua kenderaan tidak bergerak lansung.
Jari-jarinya mengetuk-ngetuk stering kereta. Perutnya mula terasa lapar. Dia bercadang untuk berhenti di kawasan rehat dan rawat di lebuhraya nanti untuk makan dan solat.
"Apa yang berlaku pada awak, Murni" bisiknya perlahan.
YOU ARE READING
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
Roman d'amourDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...