80

965 31 8
                                        

Finale - Epilog

Dunia tanpa rasa cinta sebenarnya tidak indah. Kehidupan ini sangat perlukan kasih sayang dan cinta.

Satu pertemuan yang tidak pernah dijangka melahirkan rasa cinta dan sayang. Mungkin kita berhadapan dengan seseorang hampir setiap masa, kita gembira bersamanya. Namun bukan ditakdirkan jodoh kita.

Ada pula, kita tidak pernah mengharap kehadirannya, tetapi takdir yang sudah tertulis tidak mampu ditolak dan dia ditakdirkan jodoh kita.

Pertemuan tanpa sengaja, membuatkan Anif Zayyan sentiasa berdoa kepada, Penciptanya supaya akan ada lagi pertemuan selepas itu. Tidak pernah dilepas biar sekali pun bayangan gadis yang tidak dikenali itu hilang dari ingatannya.

Tuhan maha mendengar doa hamba-hambaNya. Pertemuan semula di Tanah Tinggi Cameron, akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta dan rindu. Semua itu sudah tertulis dalam luh mahfuz.

'Tak akan aku kehilangan kamu lagi. Aku sanggup kejar cintamu, biar aku tidak pernah tahu siapa kamu.' Kini dia sudah berhenti berlari. Gadis itu kini sah menjadi miliknya.

Hanya selepas tiga bulan menyulam kasih, kini hari bahagia mereka tiba jua. Hati ini ada penjaganya dan itulah takdirNya,

"Aku terima nikahnya Nik Murni Mariette binti Nik Faizal dengan mas kahwin sebanyak tiga ratus ringgit tunai.." dengan sekali lafaz.

"Alhamdulillah... sah, sah, sah"

Airmatanya hampir menitis. Murni kini sudah halal baginya.

Rumah Mariah yang menjadi laman pengantin dihias dengan indah. Mak Mai dan Pak Salleh tersenyum bahagia. Khaier sudah kembali kepangkuan keluarga. Khaiera kini terdidik menjadi gadis solehah. Hakim dan Nana sedang dalam proses suai kenal. Kak Aida dan juga Syamil sekeluarga hadir juga.

Raja Hazman dan Puan Sakinah juga hadir. Zhafik dan isteri serta sepasang anak kembarnya yang comel juga turut memeriahkan hari bersejarah Murni dan Anif Zayyan. Tidak ketinggalan Kak Yati bersama keluarga.

Tan Sri Zahirudin dan Puan Sri Rinaz hadir bersama Akif Ziyyad dan Zurin Adilla. Daddynya juga sudah mula berlajar untuk menerima menantu dari keturunan keluarga sederhana. Semuanya dalam masa tiga bulan. Humaira juga hadir walaupun sudah hampir untuk melahirkan, bersama suaminya.

Jari-jemari isterinya tidak dilepaskan. Sentiasa dalam genggaman. Majlis pernikahan mereka serba ringkas. Segalanya diusahakan sendiri dengan bantuan keluarga Murni.

Malam itu...

Rumah Mariah menjadi rumah bagi malam pertama mereka. Telah selesai segala sesi menepung tawar dan bergambar pada siang hari. Kini masa untuk berehat.

Belum sempat untuk Murni menukar pakaian, segera tangan isterinya dicapai. Diraih sehingga ke bibir lantas menciumnya.

"Terima kasih awak, kerana sudi menerima saya." Ujar Anif Zayyan sambil menghadiahkan senyuman.

"Sama-sama," Murni ikut tersenyum manis.

"Saya akan tunaikan janji-janji saya untuk terus menyayangi dan menyintai awak dengan sepenuh hati saya." Tubuh isterinya itu dirapati.

"Izinkan saya...." Anif Zayyan membuka tudung yang dipakai oleh Murni. "Awak cantik sangat...," jari-jarinya membelai rambut dan seterusnya mengusap wajah isterinya.

"Awak, saya sudah tidak sendirian lagi." Dahi dan pipi isterinya dikucup lembut. Murni hanya membiarkan.

Mata mereka bertentangan. Degup jantung semakin laju. Ada rasa sebak di dada.

Kini bibirnya pula menjadi sasaran Anif Zayyan. Mereka hanyut dalam keasyikan. Lama sekali.

Tautan dilepaskan. "Jom, bersihkan diri dulu." Sambil menarik tangan isterinya menuju kamar mandi.

Usai membersihkan diri, mereka menunaikan solat maghrib berjemaah. Panjang doa yang dipanjatkan kepada Yang Maha Berkuasa Atas Segalanya. Rasa syukur dan gembira dengan kelancaran majlis mereka.

Deringan telefon sedikit mengganggu. Murni bangkit mengambil telefon seraya menjawab panggilan. Kemudian kembali diletakkan diatas meja solek.

"Siapa?" Anif Zayyan mengangkat kening.

"Mak ajak makan. Jomlah." Tangan Anif Zayyan ditarik.

"Aduh, kacau daun betul!" Terdengar rungutan dari mulut Anif Zayyan. Segera dia menukar kain pelekat kepada seluar panjang dan memakai baju. Kemudian keluar beriringan dengan Murni.

Di sini mereka berkumpul sebagai satu keluarga. Cerita kepulangan Khaier sudah didengar dari Pak Salleh. Khaiera juga sudah meminta maaf dengan Murni secara peribadi.

"Kamu cuti sampai bila?" Suara Pak Salleh memecah sunyi.

"Esok dah nak balik ke Cameron Highland, ayah. Kami sambung cuti di sana pula selama seminggu." Jawab Murni.

"Hmm... Nanti, rajin-rajinlah balik kemari." Ujar Mak Mai pula.

"In syaa Allah mak."

Usai makan malam dan berbual-bual santai, mereka minta diri untuk masuk ke bilik.

Sekitar tiga pagi Murni tersedar dari tidur. Tubuhnya menggigil dan berpeluh. Ular hitam itu kembali hadir dalam mimpinya. Kali ini, hanya memandangnya dari jauh, dan kemudian lalu menghilang.

"Kenapa ni?" Rupa-rupanya Anif Zayyan juga turut terjaga. Tubuh Murni dibaringkan semula dan didakap erat untuk menenangkannya. Belakang tubuh isterinya diusap lembut berulang kali. Dahi isterinya dikucup.

"Sayang, izinkan abang...," bisiknya perlahan. Murni hanya mengangguk. Anif Zayyan membisikkan bismillah.......

'I need you by my side. Love me with all your heart'

TAMAT

* Tamat sudah cerita ini. Terima kasih kepada yang membaca dan vote.

* Alhamdulillah, tabarakallah....saya akan menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 22 tahun pada 6/12/2020. Moga Allah Swt sentiasa memberkati kami...Aamiin

* Jumpa lagi ... ♥️

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Nov 28, 2020 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang