72

297 12 0
                                        

Andai ada jodoh

"Awak, betul ke awak nak bawa saya jumpa family awak." Pertemuan kali ini membawa isu yang lebih besar buat mereka.

"Betul la. Kenapa, tak percaya ehh?" lelaki tampan itu merenung wajah Murni.

"Bukan tak percaya, tapi tidak bersedia." Murni melarikan wajah dari menjadi sasaran mata Anif Zayyan.

"Tidak bersedia macam mana tu, boleh awak jelaskan pada saya?"

"Maafkan saya, sebenarnya saya tak tahu apa perasaan saya pada awak. Saya masih rasa ragu-ragu."

"Kenapa ragu-ragu... Ohh, sebab saya ni hanya pemetik buah strawberry dan juga tukang tanam bunga... gitu?"

"Bukan sebab itu. Hati saya sendiri masih berbolak balik. Tidak seperti awak yang sudah betul-betul bersedia."

"Hmm, macam inilah. Apa kata awak buat solat istikharah. In syaa Allah, Allah akan bagi jawapan yang paling tepat untuk awak."

"Macam mana kalau awak memang bukan jodoh saya?"

"Kita kena terima segala ketentuanNya. Kerana siapa kita untuk menolak apa yang sudah Allah tulis tentang jodoh kita. Kenalah terima dengan redha."

"Awak tak kecewa?"

"Siapa saya untuk rasa kecewa dengan ketentuan tuhan. Tapi tipulah kalau kata saya tak kecewa. Saya memang betul-betul sayang dan cintakan awak. Namun kita cuma hamba, jadi segalanya sudah Dia tulis untuk kita."

"Hmm, apa yang awak cakap itu memang betul. In syaa Allah, saya akan buat solat istikharah. Andai kita berdua ditakdirkan tidak berjodoh, kita harus terima dengan hati yang terbuka."

"Alhamdulillah, sebenarnya saya juga takut kehilangan. Saya betul-betul ikhlas untuk mengikat awak sebagai teman hidup saya."

Lama mereka terdiam.

"Family awak ada di mana sebenarnya?"

"Awak akan tahu juga nanti. Keluarga awak pula?"

"Saya anak yatim piatu. Ibu dan ayah saya meninggal dunia semasa saya berumur lima tahun. Tetapi saya masih punya keluarga angkat yang memelihara saya sejak umur saya sepuluh tahun. Juga saya ada keluarga sepupu sebelah ayah saya."

"Awak, percayalah pada saya. Andai kita berjodoh, saya akan menyintai awak sepenuh hati saya dan menjaga awak. Saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak."

Setelah sejauh ini menyintai seorang gadis, dia jadi takut andai jodoh mereka tidak kesampaian.

"Saya hargai kesungguhan awak. Terima kasih, Zayyan." Ujar Murni.

Keikhlasan Anif Zayyan menambat hati Murni untuk menerima kasih yang dihulur jejaka itu.

"Dalam dua minggu ni, saya tak dapat hendak berjumpa awak. Ada perkara yang perlu saya selesaikan. Sementara tu, awak buatlah solat istikharah. Doa yang baik-baik agar semuanya berjalan lancar."

Dia perlu membereskan sesuatu, sebelum Murni boleh di bawa untuk bertemu kedua ibubapanya.

"Awak kan boleh call atau WhatsApp saya?" Itu saranan yang bagus. Cuma.....

"Hmmm, saya tak boleh berjanji, tapi saya akan cuba. Tapi awak jangan ingat saya lupakan awak pula kalau saya tak hubungi awak dalam dua minggu ketiadaan saya.

"Dan yang penting, jaga diri awak okay. Saya mahu bertemu awak lagi selepas ini." Sambungnya.

"In syaa Allah."

*****

"Babe, kau masih 'on' ke dengan mamat hensem tu. Aku tengok bukan main mesra lagi dia dengan kau." Tanya Nana.

Mereka sedang berada di cafe sewaktu rehat untuk minum petang.

"Ya, tapi masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing." Jawab Murni.

"Kau okay ke dengan dia. Ye lah kan, aku minta maaf lah kalau kau terasa. Pasal pekerjaan dia tu. Kau okay ke? Wajah Murni dipandang sekilas.

"Hmm, bab yang itu aku sendiri tak pasti. Aku bukan nak menghina pekerjaan dia. Apapun kerja janji halal, bagi aku tak ada masalah. Cuma ye lah, penerimaan orang lain. Contohnya penerimaan keluarga angkat aku nanti"

Murni sangat pasti akan ada yang akan berkata kurang enak tentang dirinya dan juga Anif Zayyan.

"Kau tahulah kan, aku pernah tolak cinta abang Khaier. Padahal dia pun tanam sayur jugak. Lebih kurang sama macam Zayyan. Bezanya abang Khaier tu pemilik kebun sendiri. Si Zayyan pula cuma pekerja ladang." Sambung Murni perlahan.

"Kann, aku pun fikir hal yang sama jugak." Ujar Nana sambil menggaru hidung yang tidak gatal.

"Ehh, kau tahu tak, ada sorang lagi mamat hensem tapi kaya berharta pun ada hati dengan kau." Berita hangat kenalah kongsi.

"Aku  tahu siapa. Hakim kan....kau tahu dari mana?"

"Ha'ah. Err aku tahu dari mulut dia sendirilah. Encik Hakim siap belanja aku makan sebab nak korek cerita kau dengan Zayyan, sampai terkantoi siap bagitahu dia cemburu tengok kau dengan mamat hensem tu."

"Habislah kau bagitahu Hakim semua kisah pasal aku dengan Zayyan ekk?" Matanya tajam merenung Nana.

"Mana  ada. Aku cover jugak sikit-sikit mana yang aku boleh cover. Relaks la."

"Hakim cakap apa kat kau?"

"Dia cakap dia melepas nak jadikan kau awek dia."

"Weyy, apa kata kau pikat si Hakim tu untuk diri kau. Dah la kaya, kacak lagi beriman. Senanglah hidup kau nanti." Pandai Murni mencucuk jarum.

"Oii, apa kau merepek ni. Tak usah nak ajar aku yang bukan-bukan. Aku bukan taste dia lah." Panas telinga pula si Nana mendengar cadangan sahabat baiknya itu.

"Mana kau tahu taste dia macam mana. Belum cuba belum tau. Baik kau cepat sebelum kau melepas jugak." Sengaja dia mengapi-apikan lagi perasaan Nana.

"Ahh takde maknanya. Kalau dia yang mulakan aku tak kisah. Tapi nak suruh aku yang mulakan, tak hingin aku. Kalau kena reject, aku jugak yang tanggung malu."

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang