Pertemuan
Selesai menukar pakaian, Murni mencapai tas tangan dan telefon bimbit dimasukkan kedalamnya. Kunci bilik dicapai. Sempat dia membelek diri di cermin.
Wajahnya cuma dialas dengan waterbase foundation. Lipstik berwarna coklat pudar dioles tipis. Puas hati dengan penampilan sendiri, Murni melangkah keluar dari bilik sewanya. Pintu gril dikunci, selepas daun pintu ditutup rapat.
"Sorry, lambat sikit," ucapnya sebaik saja dia duduk di kerusi sebelah Hakim.
"Tak apa. Masih banyak masa lagi," ujar Hakim. Murni nampak menawan. Lebih cantik dari tunangnya Khadija. Wajah Murni hanya disolek tipis, sedang Khadija kalau bermekap, wajib dengan solekan tebal dan menghilangkan terus raut wajah asalnya.
Kereta bergerak meninggalkan kawasan itu.
"Dah lama ke awak sewa dekat situ. Ada kawan lain yang menyewa dengan awak sekali?" Suasana yang sedikit sunyi dipecahkan oleh suara pertanyaan dari Hakim.
Murni menoleh ke arah Hakim. "Adalah dalam 4 tahun lebih. Saya duduk sewa sorang je."
Hakim menganggukkan sedikit kepalanya, matanya terus fokus memandang kedepan.
Suasana kembali sepi. Masing-masing melayan fikiran sendiri. Seketika kereta Hakim membelok ke kanan. Depan sedikit dari simpang itu, ada sebuah pos keselamatan.
Hakim melambaikan tangan pada seorang pengawal keselamatan tanpa memberhentikan kenderaannya. Lambaiannya dibalas dengan senyuman oleh pengawal tersebut.
Kawasan itu sangat luas. Rumah-rumah dibina mengikut citarasa pemilik. Rata-rata semua rumah disitu memangnya luas dan besar. Mata Murni meliar memandang sekitar kawasan perumahan.
"Okay, kita dah sampai," tiba-tiba suara Hakim kedengaran.
Hakim sudahpun memarkir keretanya dibawah garaj. Terdapat dua buah kereta mewah turut diparkir disitu.
Hakim mematikan enjin kereta lalu turun. Dengan sedikit lari-lari anak, dia mencapai pemegang pintu dan membuka pintu bahagian penumpang. Murni keluar dari perut kereta Hakim.
Dalam keadaan sedikit teragak-agak untuk melangkah, Murni ternampak Puan Sakinah memunculkan dirinya dari sebalik pintu kayu yang cantik terukir corak awan larat.
"Hah, da sampai pun. Jemputlah masuk Murni" Puan Sakinah memperlawa Murni. Segera Murni menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Apa khabar auntie. Auntie sihat?" Murni berbahasa. Bibirnya melemparkan senyuman manis.
"Alhamdulillah sihat-sihat aje. Dah jom kita masuk ke dalam," tangan Murni di capai dan ditarik lembut. Murni sekadar membiarkan dan mengikuti langkah Puan Sakinah.
Puan Sakinah mengajak Murni duduk di sofa di ruang tamu rumah mewah tersebut. Rumah Hakim sangat luas. Hiasan dalaman bercirikan Inggeris. Hampir semua perabot diperbuat dari kayu mahogany bercat putih. Pasu-pasu bunga pun dicat putih dengan dengan corak yang menarik.
Hakim menghilangkan diri disebalik dinding.
"Assalamualaikum." Suara garau seorang lelaki kedengaran memberi salam. Raja Hazman menghampiri isterinya, Puan Sakinah.
"Waalaikumusalam," segera Murni bangkit dari duduk. Raja Hazman hanya tersenyum sambil tangannya memberi isyarat supaya Murni duduk. Raja Hazman mengambil tempat di sebelah Puan Sakinah.
"Apa khabar Murni. Lama Pakcik tak mendengar khabar tentang Murni. Maafkan pakcik sebab mengambil masa agak lama untuk mencari Murni". Raja Hazman menuturkan kekesalannya.
Raut wajah Murni berubah.
"Macam mana pakcik boleh kenal saya. Apa tujuan pakcik mencari saya? Maafkan saya sebab Hakim tak ada bercerita apa-apa pun kepada saya." tanya Murni. Puan Sakinah menoleh kearah suaminya.
"Panjang juga ceritanya. Sekejap lagi kita makan malam ramai-ramai ye. Pakcik akan ceritakan pada Murni segalanya." Raja Hazman menutur lembut.
Puan Sakinah menganggukkan kepala sambil membuang senyum kepada Murni.
![](https://img.wattpad.com/cover/165224942-288-k667227.jpg)
YOU ARE READING
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
RomanceDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...