Ibu
Gambar seorang lelaki melayu bersama seorang wanita inggeris ditatap. Wajah lelaki itu hampir mirip iras wajah Murni. Manakala kulitnya yang cerah beserta hidungnya yang mancung, agak sama dengan wanita kulit putih itu.
Menurut Raja Hazman itulah ibu dan ayah kandung Murni. Bapanya Nik Faizal, menyambung pelajaran dalam bidang Sains Perniagaan di sebuah universiti di Scotland. Di situlah dia bertemu dengan Mariet, yang juga pelajar di universiti yang sama.
Perkenalan yang singkat membuahkan cinta antara mereka, sehingga akhirnya mereka merancang untuk berkahwin selepas empat tahun bercinta. Mereka bernikah sebaik sahaja keduanya tamat belajar.
Lima tahun selepas Murni di lahirkan, Nik Faizal di arahkan untuk menguruskan cawangan anak syarikat Timber & Mining di Kemboja. Oleh kerana ketika itu negara tersebut masih membangun dan agak bergolak, Nik Faizal bertekad untuk meninggalkan Murni. Hanya dia dan Mariet sahaja yang akan ke Kemboja.
Murni di tinggalkan bersama neneknya iaitu ibu Nik Faizal di kampung.
Bersama neneknya, Murni dijaga dengan kasih sayang. Kehidupan mereka berdua agak mewah juga, kerana Nik Faizal tidak pernah culas menghantar wang perbelanjaan setiap bulan kepada ibu dan anaknya Murni.
Sehingga akhirnya mereka mendapat khabar duka. Syarikat yang diuruskan oleh Nik Faizal diberitakan telah musnah dalam kebakaran ketika pergolakan. Ibu dan ayah Murni turut terkorban dalam insiden itu.
Pada usia Murni 10 tahun, neneknya meninggal dunia. Murni diserahkan pula kepada sebuah keluarga angkat dan tinggal bersama mereka sehingga usianya 15 tahun. Disekolah dia hanya mengenali Hakim sebagai kawan satu sekolah, tetapi tidak mengetahui bahawa mereka berdua mempunyai hubungan kekeluargaan.
Sehinggalah beberapa bulan lepas Murni dan Hakim bertemu secara kebetulan di kedai tempat Murni bekerja. Mereka masih saling mengenali antara satu sama lain. Hakim tahu bahawa dia adalah anak kandung kepada Nik Faizal dan Mariet melalui gambar Murni semasa berumur 10 tahun yang ditunjukkan kepada Hakim oleh Raja Hazman.
Murni mengambil sekeping lagi gambar. Gambar dia bersama arwah ibunya. Dia menatap wajah ibu yang sedang tersenyum. Murni sedang duduk dipangkuan Mariet.
Dibelakang gambar tertera perkataan 'My Little Cute Girl'....

YOU ARE READING
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
RomantikDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...