76

325 14 0
                                        

Cantik

Nada dering telefonnya berlagu. Pantas telefon dicapai. Dia memerhatikan nama pemanggil.

Seseorang yang sejak seminggu lebih di tunggu kemunculannya, kini sedang berada ditalian. Segera dia meleret jari di atas skrin.

"Hai awak..." Suara Anif Zayyan dari hujung talian sebaik sahaja dia melekapkan telefon ditelinga.

"Hai jugak..."  Degup jantung  berdetak kencang. Harap Anif Zayyan tidak mendengarnya.

"Kat mana?"  Lupa agaknya nak bagi ucapan salam.

"Rumah," jawab Murni, ringkas.

"Ohh, awak buat apa jer?" Soalnya lagi.

"Sedang baca novel, sementara tunggu mata mengantuk" novel ditangan diangkat, 'haish bukan lelaki itu boleh nampak pun,' Murni tersengih.

"Hmm.. awak dah makan?" sesi soal jawab yang mungkin sebagai satu cara untuk menghilangkan debaran dihati masing-masing.

"Sudah, baru jer dengan Kak Yati kejap tadi." Jawab Murni, semakin tenang.

Suara di hujung talian tidak kedengaran.

"Awak ada dimana?" Kali ini giliran Murni pula menyoal siasat.

"Rumah keluarga saya." Ujarnya perlahan.

"Ohh. Bila nak balik ke tanah tinggi?"

"Hmm, tak tahu lagi. Urusan dengan family tak selesai lagi." Suara lelaki itu kian mendatar. Ada bunyi keluhan dihujung kata-kata.

"Oh ye ke..."

"Awak okay ke tak tu...?" Anif Zayyan sentiasa mahu ambil perduli akan keadaan dirinya.

"Saya okay je. Kenapa suara tu bunyi macam sedih jer...?"

"Sedih la, lama lagi baru dapat jumpa kekasih hati. Rindu giler."

"Kesiannya..."

"Itulah...kesian kan. Hmm, awak tak rindu saya ke?"

"Err, sikit lah." Sebenarnya dia sendiri pun tidak pasti.

"Kita jumpa nak?"

"Hah, bila...," terkejut.

"Sekarang lah!"

"Sekarang?...malam ni?...awak ada kat mana ni?" 'Biar betul mamat ni.'

"Depan pintu apartment awak" dia dapat dengar bunyi gelak lelaki itu dihujung sana.

"Hah!"

Cepat-cepat dia bangun, tudung sarung super instant di pakai, lalu melangkah ke pintu. Daun pintu dibuka perlahan-lahan.

Anif Zayyan berdiri hampir dengan grill besi yang memisahkan pintu utama. Dia tersenyum nakal. Dia masih menekap handphone di telinga.

"Macam mana awak boleh ada di sini? Bukan ke pak guard tidak benarkan orang luar masuk tanpa urusan. Lagi dah malam macam ni." Murni bertanya dengan nada hairan.

"Pak guard tu kawan saya. Buat ayat sikit, terus dia bagi naik." Alasan lawak seorang Anif Zayyan.

"Ha ye lah tu." Murni ketawa.

"Rindu kat awak punya pasal. Kita bual dekat sini saja. Saya di luar, awak di dalam." Dia kemudiannya duduk bersila. Murni juga ikut bersila. Hanya grill besi yang menjarakkan mereka.

"Dah buat solat istikharah. Dah dapat jawapannya?"  Itu yang sebenarnya yang Anif Zayyan mahu tahu.

"Alhamdulillah dah buat tiga kali. Jawapannya ada pada awak."

"Betul ke." Anif Zayyan meraup wajah. 'Terima kasih Ya Allah,' bisiknya berkali-kali.

"Awak dah bersedia?" Tanya lelaki itu lagi.

"Ya." Murni mengangguk.

"Hmm. Maafkan saya bertanya. Awak okay ke dengan pekerjaan saya? Seorang pemetik buah dan tukang tanam pokok bunga." Dia menundukkan wajah.

"Apa pun pekerjaan awak, saya boleh terima. Asalkan pekerjaan itu halal dan berkat."

"Terima kasih.... hurmm, kalau awak tak keberatan, boleh saya tahu apa pekerjaan awak sekarang." Kalau ikutkan pemerhatian Anif Zayyan, kehidupan Murni boleh dikatakan mewah juga.

Murni tarik nafas panjang. Mencari patah-patah kata yang sesuai.

"Saya sebenarnya..., kerja dengan sepupu arwah ayah saya. Arwah ayah miliki separuh dari saham syarikat perkongsian dengan sepupunya. Ditakdirkan ayah saya meninggal dunia, jadi seluruh saham bahagian ayah menjadi milik saya, memandangkan saya adalah anak tunggal." Murni menjelaskan satu persatu.

"Kini saya menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar sebuah kilang perabut yang juga anak syarikat Timbers & Mines, dimana saya adalah salah seorang dari ahli lembaga pengarah syarikat.

Anif Zayyan hanya mendiamkan diri. Dia menopang dagu dengan tangan dan menongkat siku di kedua belah lututnya.

"Kenapa awak senyap je." Tegur Murni. Dia sudah mula rasa serba salah.

Anif Zayyan segera menukar topik perbualan. Matanya merenung gadis didepannya.

"Mana awak dapat warna mata yang cantik dan wajah iras kacukan macam tu?"

"Hah!... Err..." Kepala yang tidak gatal di garu perlahan.

"Ceritalah saya nak dengar."

"Err.... sebenarnya arwah ibu saya seorang wanita inggeris berbangsa Scottish. Lahir di Scotland. Arwah ayah berkenalan dengan ibu masa mereka belajar di universiti yang sama dan mereka berkahwin sebelum balik ke Malaysia." Jelas Murni sambil mengingati kembali apa yang di ceritakan oleh Raja Hazman tidak lama dulu.

"Patutlah cantik sangat." Anif Zayyan mengenyit mata.

"Awak tak letih ke, mata saya dah mula mengantuk. Lagi pun esok saya kerja." Rama-rama dalam perut sedang enak tidur tak perlu dikejutkan.

"Belum mengantuk, rindu pun tak hilang lagi ni. Saya tumpang tidur sini boleh?"

"Jangan nak mengarut. Baik awak balik, sebelum pak guard halau awak keluar dari kawasan ni."

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang