Doa restu
Anif Zayyan turun dari kereta. Pantas loceng di dinding tembok banglo tiga tingkat itu ditekan sekali.
"Encik Zayyan!..."
Pengawal keselamatan di banglo Tan Sri Zahirudin kelihatan sedikit terkejut. Segera dia memicit butang alat kawalan pintu pagar. Perlahan-lahan pintu pagar yang tinggi dan besar itu mula terbuka.
"Assalamualaikum Pak Mail," ucapnya sambil mendekati pengawal yang sedang tertunduk-tunduk memberi hormat kepadanya"
"Waalaikumusalam... Allah, lama betul Encik Zayyan tak balik kemari. Hilang tanpa khabar berita."
Anif Zayyan sedikit ketawa.
"Saya ada dekat-dekat sini aje. Pak Mail sihat?"
"Alhamdulillah, sihat aja." Jawab orang tua itu dengan ramah.
"Err, mummy dengan daddy ada di dalam?" Segera dia bertanya.
"Ada, masih belum keluar ke pejabat. Jemput masuk dulu, Encik Zayyan. Pak Mail panggil Mak Siti kamu kejap ya."
Mak Siti, isteri Pak Mail. Mereka berdua memang sudah lama bekerja di banglo tersebut. Anif Zayyan mengekori langkah Pak Mail dari belakang. Pak Mail menuju ke belakang banglo tiga tingkat itu.
Seketika Pak Mail muncul bersama Mak Siti.
"Allahu, nak Zayyan. Kamu dah balik." Mata Mak Siti kelihatan berkaca. Mungkin airmata gembira kerana dapat berjumpa semula dengan Anif Zayyan.
"Ya Mak Siti." Anif Zayyan menghampiri wanita itu. Mak Siti nampak sihat," ujarnya.
"Ya , ya... alhamdulillah, Mak Siti dan Pak Mail sihat-sihat je. Marilah masuk dulu."
"Tak apa, saya rasa baik saya di luar aja." Anif Zayyan lemparkan senyuman penuh makna.
"Ohh, Mak Siti faham. Nak Zayyan duduklah di kerusi ditepi kolam renang sana. Mak Siti tolong panggilkan Tan Sri dan Puan Sri. Duduk dulu ya."
Sepuluh minit kemudian....
"Along! Suara mummynya kedengaran. Segera dia bangun dari duduk.
"Mummy!...err...daddy." Anif Zayyan menghampiri kedua ibu bapanya. Menghulurkan tangan untuk bersalaman. Puan Sri Rinaz pantas memeluknya dengan linangan airmata gembira.
"Mummy rindu sangat dengan along. Along pergi mana. Lansung tak call mummy, daddy. Mummy try call nombor lama, tapi nombor tu tak ada dalam perkhidmatan."
"Maafkan along mummy. Nombor tu dah tak pakai lagi. Dah tukar nombor baru."
"Apahal kamu balik lagi kemari. Nak pinjam duit?" Sinis sekali Tan Sri Zahirudin menyambut kepulangan anak lelakinya. Anif Zayyan cuba mengawal diri.
"Hurmm... Along balik sebab nak jumpa daddy dan mummy. Ada hal nak bincang."
"Bincang tentang apa. Nak bincang pasal duit atau harta kami?" Tan Sri Zahirudin terus melabuhkan punggung di kerusi. Anif Zayyan cukup terasa dengan kata-kata Tan Sri Zahirudin.
"Abang. Cuba cakap elok-elok sikit dengan along. Kita dengar dulu apa along nak bagitahu," pujuk Puan Sri Rinaz.
"Hah, apa dia. Cakap cepat. Nanti lewat pulak aku nak masuk pejabat." Sekali lagi dia bersuara lantang
"Cakaplah along, kami dengar." Ujar Puan Sri Rinaz pula. Dia duduk disebelah suaminya.
"Along balik sini, bukan nak minta duit. Alhamdulillah hidup along sekarang baik-baik aja. Cukup makan pakai. Along pun dah kerja."
"Hah, along dah kerja. Dekat mana?" Puan Sri Rinaz tidak sabar-sabar mahu tahu.
"Along kerja sebagai pemetik buah strawberry dan tukang kebun, de.... "
Tak sempat habis cakap, Tan Sri Zahirudin ketawa terhenjut-henjut sambil menekan perut.
"Petik buah strawberry? Jadi tukang kebun?... My god.. what happened to you, Anif Zayyan?" Dia ketawa sampai keluar air mata.
"Belajar tinggi-tinggi sampai luar negara, anugerah dekan setiap semester, ada ijazah. Akhirnya bekerja petik buah dan tanam pokok bunga je." Mimik muka Tan Sri Zahirudin kelihatan mengejek.
"Along bangga dengan kerja along. Segalanya along dapat dengan hasil titik peluh sendiri." Anif Zayyan berkata perlahan. Gelak ketawa Tan Sri Zahirudin diendahkan sahaja.
"Along kerja dekat mana?" Tanya Puan Sri Rinaz setelah suaminya sedikit reda dari ketawa.
"Cameron Highland." Jawabnya jujur.
"Jadi selama ini, along ada di sanalah. Along tinggal dengan siapa di sana?"
"Seorang diri."
"Itulah, dulu menolak rezeki. Aku suruh kamu kahwin dengan Humaira, kamu tak mahu. Kalau tidak, semua kekayaan ini jadi milik kamu. Tak payah bersusah payah tanam bunga, petik buah segala tu," tempelak Tan Sri Zahirudin.
"Along tak perlukan kekayaan daddy untuk teruskan hidup. Along mampu cari sendiri."
"Hey, Anif. Jangan berlagak sangat. Sampai bila kamu nak hidup susah. Suatu hari nanti kau akan melutut di kaki aku untuk minta tolong."
"In syaa Allah tidak daddy. Along akan usahakan dengan tulang empat kerat along sendiri untuk teruskan hidup. Along tak akan minta dari daddy dan mummy."
"Along balik sini cuma nak minta doa restu dari mummy dan daddy. Along akan bernikah tak lama lagi."
YOU ARE READING
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
RomanceDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...