26

398 18 0
                                    

Khaeir

"Kereta siapa pulak yang parking kat halaman tu, mak?" Tanya Khaeir pada Mak Mai sebaik saja dia mematikan enjin motorsikalnya. Dia menyangkut topi di tiang dan parang pula di letak di atas para bangsal di belakang dapur.

Mak Mai yang sedang sibuk mengemas dapur di pandang. Baju jaket dibuka. Dia melurut wajah yang berkeringat dengan tuala. Khaeir masuk dan terus duduk di meja makan. Tudung saji diangkat. Matanya meninjau apa yang ada disitu.

"Pergi mandi dulu. Nanti mak panggil kamu makan." Sengaja Mak Mai tidak menjawab pertanyaan anak bujangnya. Tangannya terus ligat mencuci peralatan memasak di singki.

"Ayah mana?" Pelik pula, selalunya Pak Salleh ada saja duduk di pangkin bawah pokok rambutan tengahari begini.

"Ayah pergi kedai, mak minta dia belikan airbatu" Selalunya stok airbatu memang ada dalam peti sejuk, tapi kebetulan pula habis sejak semalam.

Khaier dapat mendengar bunyi suara orang sedang berbual di ruangan depan. Di selang seli dengan bunyi suara dari televisyen. Dia batalkan niat untuk pergi meninjau. Lalu dia masuk ke biliknya untuk mengambil tuala mandi.

Usai mandi, Khaier merebahkan diri diatas katil. Hasratnya mahu berehat sebentar sebelum makan tengahari.

Rasa lenguh pinggang, tangan dan kaki. Hari ini dikebun, dia banyak merumput dan menebas lalang yang tumbuh liar. Sengaja dia tidak gunakan mesin pemotong sebab tidak banyak yang perlu dibersihkan.

Dua tiga hari lagi, dia akan mula menanam jagung. Kebun yang diusahakan dengan Pak Salleh banyak memberi hasil. Banyak tanaman kontan yang ditanam ditanah yang subur itu. Dijual kepada peraih runcit dan juga kepada orang-orang kampung.

Dia hampir terlena, ketika pintu biliknya diketuk.

"Khaier, meh keluar makan." Suara Mak Mai memanggil. Ikutkan hati nak terus tidur, tapi mengenangkan ada tetamu, dia bangun juga dengan malas. Kain pelikat ditukar kepada seluar jeans. Baju T tanpa kolar berwarna biru gelap di sarung ke tubuh sasanya.

Hatinya masih tertanya siapakah tetamu yang menziarahi keluarganya hari ini. Setelah selesai menyikat rambut, dia melangkah keluar dari bilik.

Dilihatnya Mak Mai, sudah menyiapkan meja makan. Ada lebih dua pinggan dan gelas di atas meja. Bermakna ada dua orang sahaja tetamu yang datang. Suara yang didengarnya tadi suara perempuan.

"Pergi panggil ayah dekat luar tu, mak nak ke depan panggil tetamu kita." Selesai memberi arahan, Mak Mai melenggang ke ruangan depan.

Khaier menuju ke pintu dapur. Menyarung selipar dan terus ke pangkin di bawah pokok rambutan. Pak Salleh sedang berbaring.

"Ayah, mak panggil masuk. Dah boleh makan tengahari." Khaier mengejutkan ayahnya yang tertidur.

Pak Salleh membuka mata dan terus bangun. Khaier memerhati kereta Proton X70 berwarna merah darah itu. Kereta itu nampak masih baru. Mungkin baru dibeli. Seingat dia, kereta keluaran terbaru itu belum ramai yang memilikinya.

"Dah, meh la masuk makan," Pak Salleh mencuit bahu Khaier. Dia hanya tersenyum merenung wajah Khaier. Mereka berdua beredar dari bawah pokok menuju pintu masuk ke dapur.

"Abang Khaier!" Dirinya di tegur sebaik sahaja kakinya melangkah masuk. Sungguh dia terkejut mendengar suara itu.

"Murni?" Terus terhenti langkahnya. Mak Mai dan Pak Salleh ketawa melihat Khaier yang terkejut. Murni juga ketawa.

Ya Allah. Sungguh dia tidak sangka wajah yang dirindui dalam diam itu sedang berada di depannya.

Lidahnya terus kelu. Hanya nama Murni sahaja yang mampu disebut sepatah. Cuba disembunyikan gelojak debar yang kuat dalam dada.

Lama dia berdiri tegak tidak bergerak. Pak Salleh lekas menampar bahu Khaier dengan lembut. Memberi isyarat supaya Khaier duduk. Dia hanya menurut.

Serba tidak kena dia di depan Murni. Perutnya yang lapar tiba-tiba menjadi sebu. Lekas-lekas gelas yang berisi jus oren disuakan ke bibir. Doa makan pun sampai lupa nak baca.

Sungguh dia menyimpan rindu selama 4 tahun ketiadaan Murni. Namun dia tidak pernah tunjukkan kepada Pak Salleh dan Mak Mai.

Soal hatinya, hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu. Dalam diam dia menyintai adik angkatnya sendiri.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now