Kena lagi
Semasa mereka sampai di pasaraya, Miss Cindy sudah siap menunggu di pintu masuk. Nampak dari jauh seolah sedang menunggu seseorang. Berjalan mundar-mandir disitu.
Murni lihat jam tangan. Ahhh sudah, mereka sudah lewat lima minit. Habis lah nak jawab apa pulak dengan penyelia kepohci itu nanti.
Perlahan dia dan Nana melangkah menuju pintu masuk pasaraya. Apa nak jadi, jadilah. Kena hadap jugalah. Kalau boleh sumbat telinga dengan kapas, baik sumbat cepat-cepat. Silap-silap mahu mencair juga isi telinga nanti.
"Eii, kamu dua orang aa. Saya sudah cakap jangan masuk lambat. Itu you punya kerja siapa mahu jaga hah?" kata-kata tengkingan dari Miss Cindy menyambut mereka sebaik sahaja mereka berdepan dengan wanita itu.
"Mana you all pergi hah. Mau kerja ke tak mau. Berhenti saja maa, taukeh tak payah bayar gaji you dua orang," sambungnya lagi.
"Weii, lewat 5 minit je lah. Lambat apanya. Ni you bising-bising lagi buang masa maa." Nana menjawab.
"Lagi mau jawab kaa. Haiyaa sudah malas lagi mau jawab." Suara wanita itu mulai kuat. Murni hanya mendiamkan diri.
"Hei, you kalau mau potong gaji kami, you potong sajalah. Lagi mau jerit-jerit serupa mon...," belum sempat Nana habiskan ayat, Hakim sudah mencelah terlebih dahulu.
'Okay, okay, tolong bertenang ya. Miss, saya yang bawa mereka keluar makan tadi. Saya minta maaf. Ada apa-apa gantirugi ke yang mereka kena bayar. Ohh ataupun you potong saja gaji mereka, ikut suka you. Tapi mereka tidak akan bekerja di sini lagi. Sekarang juga mereka akan berhenti kerja."
"What!" Mulut Murni sudah ternganga luas. Nana sampai tertelan air liur.
"Hakim, apa yang awak cakap nih? Siapa yang nak berhenti kerja. Biarlah kena potong gaji pun saya tak kisah. Saya dah biasa." Murni meninggikan suara.
Panas pulak hatinya bila ada orang lain pandai-pandai buat keputusan. Nana menganggukkan kepala tanda setuju.
"Encik Hakim, mana kami nak kerja kalau kami kena berhenti. Saya nak makan apa kalau dah tak kerja." Nana cuba merayu dengan muka sedih.
"Sabar, sabar. Biar saya selesaikan sendiri. Awak berdua tenang dulu. Oh ya, miss. Tolong bawa saya berjumpa dengan pengurus pasaraya ini." muka garang Miss Cindy mula berubah. Kini bertukar menjadi cemas.
"Encik mahu buat apa? Mau adu pasal saya aaa?" Tahu pulak takut, tadi bukan main garang sangat.
"Bawa saya jumpa pengurus tempat ini sekarang juga." Hakim cuba bertegas.
Mahu tak mahu Miss Cindy setuju membawa Hakim ke pejabat pengurusan pasaraya. Sebelum itu, Hakim membuat panggilan telefon kepada seseorang.
Hakim menalipon ibunya. Kemudian membuat satu panggilan lain meminta pemandu peribadi ayahnya untuk mengambil Puan Sakinah di restoren tadi.
Murni dan Nana, kembali ke ruang kerja mereka. Hakim kemudiannya dibawa oleh Miss Cindy untuk bertemu dengan Pengurus Pasaraya. Murni tak habis fikir dan tertanya-tanya sendiri apakah yang hendak dilakukan oleh Hakim untuk menyelesaikan masalah dia dan Nana sehingga sanggup bertemu dengan pengurus pasaraya, Mr Brendan.
Lama juga dia menunggu Hakim. Mahu tahu apa yang dibincangkan oleh Hakim. Miss Cindy juga tidak kelihatan di mana-mana.
Setengah jam kemudian...
Hakim muncul di ruangan kerja Murni.
"Murni, saya minta maaf jika apa yang saya nak katakan ini akan menyinggung perasaan awak." tutur Hakim perlahan.
"Apa awak dah buat. Kenapa awak jumpa pengurus tempat ni. Awak cakap apa dengan dia?" Bertubi-tubi Murni tujukan soalan kepada Hakim
"Hari ini, hari terakhir awak dan Nana bekerja di sini. Saya dah uruskan semuanya dengan Mr Brendan." Kata-kata Hakim membuatkan Murni seperti mahu melempang muka Hakim, tetapi dia cuba mengawal diri.
"Apa yang awak buat ni, Hakim. Pandai-pandai awak saja buat keputusan tanpa bertanya dengan saya. Awak ingat saya ni orang senang ke. Saya nak kerja apa lepas nih?"
"Maafkan saya. Esok awak datang ke pejabat saya ya. Saya mahu awak kerja dengan saya. Bawa Nana sekali." Cara Hakim itu seolah memaksa Murni. Lebih tepat lagi, menangguk di air yang keruh.
Mengambil kesempatan pada keadaan yang berlaku sebentar tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
RomanceDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...