38

331 15 0
                                        

Upahan

Kesibukan tugas di pejabat membuatkan Murni lupa pada kes yang hampir meragut kesucian dirinya. Sengaja juga dia tidak memberikan ruang untuk membiarkan dirinya terus trauma.

Namun pagi itu, Murni menerima kunjungan dari pegawai penyiasat dan dua anggota polis di pejabatnya, membuatkan dia merasa sedikit terganggu.

Ketiga-tiga lelaki itu dipersilakan masuk ke bilik oleh Murni. Mereka memperkenalkan diri masing-masing, sebelum duduk di sofa. 

"Maaf Cik, kami datang untuk memaklumkan dengan lebih lanjut mengenai kes cik." Lelaki berpangkat Sarjan bernama Azlan memulakan bicara. Sebuah fail di letakkan di atas meja kopi. Fail itu dibuka. Sekeping gambar lelaki diambil dan diberi kepada Murni.

"Kami telah pun dapat menangkap salah seorang dari mereka. Dan daripada siasatan yang telah kami lakukan keatas lelaki itu, menunjukkan bahawa mereka telah diupah untuk menakut-nakutkan Cik Murni."

"Beliau telah pun kami tahan reman dan akan dihadapkan ke mahkamah untuk proses seterusnya. Kami akan panggil Cik Murni untuk memberi keterangan di mahkamah." Sarjan Azlan menjelaskan dengan panjang lebar.

Murni meneliti gambar yang diberi oleh Sarjan Azlan. Memang itulah lelaki yang menindih dirinya ketika kejadian.

"Siapa yang mengupah lelaki ini. Saya tiada bermusuh dengan siapa-siapa selama ini pun." Murni merasa agak terkejut dengan kenyataan dari Sarjan Azlan itu.

"Kami sudah mendapat maklumat siapa yang mengupah dua lelaki itu. In Shaa Allah dalam sedikit masa lagi cik akan tahu siapa orangnya."

Murni tunduk memandang meja. Apa kesalahan yang dia telah lakukan sehingga ada yang sanggup mengupah samseng, dan yang penting siapakah orang itu, Murni tertanya-tanya sendiri.

"Baiklah Cik, kami minta diri dahulu. Jangan risau tentang keselamatan Cik kerana anggota kami akan memastikan Cik dalam keadaan selamat." Sarjan Azlan bangun dari duduk.

"Terima kasih, Sarjan" ucapnya perlahan.

Murni mengiringi ketiga-tiga lelaki itu keluar dari pejabatnya.

****

"Ada orang yang upah? Siapa pulak orang tu, tak mungkin si gemuk Cindy." Nana mengusap-usap dagu. Baru sahaja dia masuk ke pejabat Murni untuk mendapatkan cerita terkini.

"Entah la babe. Aku pun tak tahu. Gila agaknya orang yang sengaja cari pasal dengan aku, pelik pulak aku rasa."

'Ye lah kan. Tapi kau tengoklah diri kau sekarang. Dulu mana ada sesiapa yang nak pandang. Sekarang kau lain. Aku syak ada yang cemburu dengan kaulah." Ujaran Nana singgah di telinga Murni.

"Kau jangan nak mengarut. Aku tetap sama macam dulu. Tak ada maknanya aku nak berubah." Di keraskan sedikit suaranya. Wajah Nana dipandang tanpa riak.

"Hmmm... "

"Kita kena tunggu maklumat dari pihak polis. Aku teringin sangat nak tahu siapa punya angkara."

Penat dia memikir dan membayangkan siapa orang yang memberi upah kepada samseng yang menceroboh kediamannya.

Nana hanya menganggukkan kepala. Dia sendiri pun ingin nak tahu siapa orang itu. Sedikit lagi maruah sahabat baiknya hampir tergadai di tangan dua lelaki buas angkara nafsu jahat.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang