Ingin tahu
"Wei, babe. Kau nampak tak pakwe sado yang makan dengan Encik Hakim tu?" Nana memuncungkan kan bibir ke arah meja yang diduduki oleh Hakim dan Zhafik.
Murni menolehkan wajah ke arah yang di tunjukkan oleh Nana.
Ahh, mamat sado itu rupanya, getus hati Murni. Cepat-cepat dialihkan pandangan. Wajah Nana ditatap.
"Cukuplah tu. Jangan duk tenung sangat. Jatuh biji mata kau tu karang." Usik Murni bila dilihatnya Nana masih merenung ke arah dua orang lelaki itu.
Mujur Nana tidak melihat insiden antara dia dengan mamat itu tempohari. Jika Nana ada ketika kejadian, memang kena bahan sahaja lah dirinya oleh Nana.
"Kawan Encik Hakim ke?" Tak puas lagi si Nana hendak tahu siapa gerangan lelaki tampan dan berbadan tegap itu.
"Iya kut. Aku manalah tahu. Tapi sebelum ni, dia ada datang ke pejabat Encik Hakim. Mungkin juga lah mereka tu bersahabat." Ujar Murni.
"Oh ye ke. Jadi kau dah pernah nampak lah dia sebelum ni?"
Bulat mata Nana memandang Murni."Ye. Wei kau nak makan apa ni, cepatlah order." Murni ubah topik. Rimas pula dengan sikap ingin tahu Nana. Dah terjatuh cinta agaknya dengan mamat sado itu.
Kad menu yang diberi oleh pelayan cafe dibelek depan belakang oleh Nana. Setelah beberapa minit baru dia bersuara. "Nasi goreng kampung dengan barli lemon ais." senyuman dilempar kepada pelayan cafe.
"Saya pula nak mee goreng basah. Air jus oren." Pelayan cafe mencatatkan pesanan mereka berdua diatas helaian buku kecil.
"Ehh makan lah nasi. Nanti malam kut kau rasa lapar pulak. Dah la kau tinggal sorang." Bebel Nana.
"Tak apa. Stok megi dan telur masih banyak lagi kat rumah tu. Tak payah lah kau nak risau." Sememangnya Murni akan memenuhkan kabinet dapurnya dengan stok makanan. Kalau terasa lapar malam-malam buta, Murni tahu mana nak cari.
"Hurmmm. Mana la nak kenyang kalau makan makanan segera." Cemuh Nana.
Murni hanya tersengih dengan ujaran Nana. Dibiarkan sahaja Nana membebel. Sementara menunggu makanan siap. Perutnya tidaklah terasa lapar sangat. Tapi penting untuk dia makan sebelum balik ke rumah.
Hakim menghampiri mereka. Lelaki itu sudah selesai makan. Lelaki berbadan sado pula masih duduk di meja. Sesekali melirik pandangan ke arah mereka.
"Murni balik dengan saya lah. Nanti saya hantarkan." Pelawa Hakim.
"Ehh tak payahlah. Saya boleh ambil grab je." Tolak Murni. Malas nak termakan budi banyak sangat dengan keluarga Hakim.
"Tak apa, biar saya hantar awak balik. Nanti dah siap makan, call saya ya. Saya nak naik ke pejabat sekejap." sambil Hakim memandang Nana.
"Nana balik dengan motor sendiri kan?" Tanyanya pula pada Nana. "Kalau Nana pun ambil grab, saya boleh tolong hantar Nana balik sekali saing Murni."
"Aah, saya bawak motor. Terima kasih Encik Hakim." Ucap Nana. Hakim senyum lantas meminta diri.
Hakim kembali ke meja Zhafik. Kelihatan mereka bersalaman sebelum Hakim keluar dari cafe.
Murni dan Nana terus menjamah makanan yang sudah pun di bawa kepada mereka. Sambil melayan tekak, sambil berbual-bual.
Telefon genggan Murni bergetar. Ada panggilan masuk. Terus saja diangkat.. Kedengaran suara Hakim memberi salam.
"Assalammualaikum Murni, maafkan saya sebab tak dapat hantar awak balik. Tiba-tiba sahaja Khadija call saya, minta ambil dia di agensi modelling. Kereta dia rosak." Suara Hakim seolah kesal.
"Tapi saya dah minta Zhafik hantarkan awak balik. Dia masih ada di cafe kan. Saya dah call dia dan dia takde masalah nak tolong hantarkan awak balik rumah." ujaran Hakim buat Murni terkedu.
Belum sempat Murni hendak menjawab, panggilan pun terputus. Dia pandang ke meja Zhafik. Lelaki itu sudah pun berdiri. Aduhai, segan nya, bisik Murni. Macam mana nak tolak. Apa alasan yang dia boleh beri pada Zhafik.
Zhafik menghampiri mereka berdua.
"Hai saya Zhafik, kawan Hakim. Cik Murni, jom saya hantarkan awak balik." Mahu saja Murni menolak namun tak tahu nak beri alasan.
Mulut Nana terbuka sedikit untuk berkata sesuatu, tapi tak jadi. Hanya senyuman sahaja yang mampu dia beri.
YOU ARE READING
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
RomanceDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...