Jerat cinta
Gambar-gambar itu ditatap sepuasnya. Pelbagai posisi di pelbagai tempat yang menarik.
Sekeping gambar yang sudah siap dicetak, diambil.
Cantik, desis hatinya.
Sejak dari peristiwa di supermarket itu, dia banyak berdoa untuk dipertemukan semula dengan gadis itu. Entah kenapa wajah gadis itu sentiasa hadir dalam tidur dan jaga. Adakala hatinya menjadi terlalu rindu ingin bertemu.
Hanya dia tidak tahu dimana mahu mencari dan tidak mengenali siapa gadis itu.
Dan kini, Allah telah mentakdirkan gadis itu muncul kembali. Apakah ini yang dikatakan jodoh?
Anif Zayyan menatap semula foto yang di ambil secara rahsia. Murni tidak tahu bahawa setiap gerak-gerinya dirakam. Bagi Anif Zayyan, gadis itu sangat cantik, berwajah kacukan, bermata hazel dan berkulit putih bersih.
Anif Zayyan sudah memasang tekad, hasratnya harus tercapai. Dia ingin memiliki gadis itu dengan apa cara sekali pun.
Langkah pertama, sudah berjalan lancar. Murni sudah sedikit mesra berbual dengannya. Pertemuan pertama di restoren menjadi titik tolak pertemuan yang seterusnya. Seolah-olah jalan itu terbuka dengan mudah.
Langkah kedua, tidak perlu terburu-buru. Burung sudah ditangan jangan sampai terbang jauh. Anif Zayyan akan sentiasa ada jika diperlukan.
Langkah ketiga, strawberry dan bunga ros. Ya, gadis itu peminat strawberry dan bunga ros. Perkara paling mudah bagi Anif Zayyan untuk beraksi seterusnya.
Dia bangun untuk bersiap-siap. Misi harus berjalan lancar. Pakaian kerja disarung. Rambut dibiarkan sedikit kusut. Telefon bimbit cap ayam disimpan dalam poket seluar.
Anif Zayyan keluar dari bilik. Turun ke dapur mencari sesuatu untuk dimakan. Setelah itu, dia keluar dari rumah. Sampai separuh jalan dia berpatah semula. Dia masuk ke dalam stor peralatan kebun. Sebuah gunting khas untuk memotong ranting pokok diambil.
Kemudian dia pergi ke sudut rumah. Di situ ada taman mini yang ditanam dengan bunga ros pelbagai jenis dan warna. Anif Zayyan memotong beberapa tangkai ros merah bersaiz sederhana lalu dipotong dengan gunting.
Kemudian dia segera menghidupkan enjin motorsikal lalu meninggalkan kawasan rumah. Dia menuju ke vila yang disewa oleh Murni.
Jarak antara rumah Anif Zayyan dengan vila lebih kurang 10 minit perjalanan dengan kenderaan. Kalau tidak silap perkiraannya, Murni akan daftar keluar meninggalkan vila pada esok hari.
Loceng di dinding sebelah pintu masuk vila ditekan sekali.
Pintu dibuka. Kelihatan wajah Kak Yati dari sebalik daun pintu.
"Ohh Encik Zayyan. Sekejap ye, saya panggilkan Cik Murni." Anif Zayyan hanya tersenyum, lalu beredar menuju meja hiasan dihalaman rumah.
"Hai awak. Pagi lagi dah sampai sini." Tegur Murni sebaik sahaja dia menghampiri Anif Zayyan.
"Hai juga." Jawabnya ramah.
"Sengaja datang awal sebab tak sabar nak tatap wajah awak." Kata-kata selamba yang keluar dari bibir lelaki itu membuatkan Murni ketawa.
"Ada-ada ajelah awak ni. Suka sangat bergurau." Dia menarik kerusi lalu duduk.
Anif Zayyan hanya tersenyum.
"Hari ini awak ada nak kemana-mana ke?" Wajah gadis itu tidak lepas dari tatapan matanya.
"Mungkin tak kut, sebab nak packing barang-barang. Esok dah nak check out dah. Kenapa tanya?"
"Ohh... ehh lupa pulak. Nah untuk awak." Anif Zayyan mengambil ros merah yang diletakkan di atas kerusi lalu menyerahkannya kepada Murni.
"Terima kasih. Baiknya hati awak bagi saya bunga ros yang segar ni."
"Ahh, biasa aje. Kalau tak suka boleh buang." Dia sekadar mahu menduga.
"Ehh kenapa pulak nak buang. Saya hargai pemberian awak ini. Ingat senang ke nak dapat bunga segar macam ni." Sempat dia menghidu bau harum bunga ros yang masih dipegang.
"Ermm. Kalau nak bunga segar setiap pagi saya boleh uruskan untuk awak. Bagitahu jer nak hantar ke pejabat atau rumah."
"Hah, boleh ke... Jauh sangat kalau nak buat delivery setiap pagi. Lagipun bukannya murah." Sela Murni.
"Untuk awak, saya akan cuba permudahkan." Anif Zayyan mengenyit mata. Murni endahkan sahaja ulah lelaki itu.
Kak Yati datang dengan dulang minuman. "Jemput minum Encik Zayyan, Cik Murni." Dua cawan teh kosong panas dan sepinggan sandwich diturunkan dari dulang.
"Terima kasih kak. Jemputlah minum sekali." Pelawa Anif Zayyan.
"Ehh tak apa. Kak Yati boleh minum dekat dalam jer." Wanita itu segera beredar dari situ.
"Pukul berapa awak nak bertolak balik KL. Kalau perlu bantuan, esok boleh saya datang bantu apa yang patut."
"Esok daftar keluar vila sebelum pukul 12 tengahari. Selepas itu terus balik KL. Kalau ikutkan, tak banyak kerja pun. Saya berdua dengan Kak Yati boleh buat."
"In shaa Allah, esok saya datang."
"Ikut suka awaklah. Saya tak paksa." Ujar Murni. Cawan berisi teh kosong panas di suakan ke bibir.
YOU ARE READING
Aku Dalam Dakapan Dia ✔
Любовные романыDia tidak mencari cinta, dia tidak mencari kasih sayang. Dia sudah lali hidup sendirian. Walau ada yang menghulur cinta, namun dia tidak terburu-buru menerima. Dia hanya menanti jodoh tiba ..... Segalanya dalam genggaman dan dakapan Dia... "Ya Allah...