Prolog

22.1K 433 19
                                    

Tengku Ayda Mikayla seorang gadis yang berketurunan raja. Hanya disebabkan dia berketurunan raja ramai orang yang berkawan dengannya hanya semata-mata untuk mendapatkan duit.

Dia sangat kecewa dan sedih. Dia terpaksa berpindah  ke sekolah yang elit iaitu sekolah yang berketurunan raja. Disitulah dia dapat berkawan dengan Tengku Raiyan Afieq. Dan berjumpa semula dengan kawan tadikanya, Tengku Syaf Ariena dan Tengku Mina Adila. Mereka bertiga selalu meluang masa bersama dengan Ayda.

"Weh, macam mana ni?"

"Macam mana apa?" tanya Ayda. Pelik.

"Ni hah, macam mana nak dapatkan jawapan dia. Pening kepala aku nak dapatkan jawapan ni," kata Adila sambil mengurut perlahan dahinya.

"Ish, dah dah lah buat! Kau tu tak makan lagi kan. Nanti masuk angin siapa yang susah? Kita orang jugak," kata Ariena dan duduk di sebelah  Adila.

"Alah, sikit je lagi."

"Ah! Tak ada tak ada. Makan dulu baru aku ajar," kata Ayda sambil itu dia mula mengemas barang Adila yang bersepah di atas meja batu.

Adila pun bangun.

"Eh, nak pergi mana? " tanya Ariena.

"Tadikan kau orang suruh aku makan. Nak pergi beli makanan lah."

"Tak perlu, kita orang dah beli. Duduklah balik." Sambil hulurkan makanan dekat Adila.

"Thanks you! ni sayang kau orang ni," katanya sambil mengambil makanan itu.

Sedang asyik mereka bertiga makan. Ada seseorang yang tiba-tiba datang sambil menghentak meja batu tu.

Dummm!

"Woi!" Kerana terkejut mereka bertiga serentak memarahi orang itu.

"Wowo, lek lek. Aku ni!" katanya sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya menghalang tiga gadis itu daripada memukulnya.

"Ish! Kau ni Raiyan! Aku terajang kau karang baru kau tahu," kata Ariena. Geram.

"Alah, aku nak kejutkan kau orang aje. Dah asyik sangat dengan makanan tu. Dah Aku buat isyarat tangan kat sana pun kau orang tak perasan!" katanya sambil duduk di sebelah Ayda.

"Hah, apasal buat isyarat tangan kat kita orang?" tanya Adila.

"Tadi, Cikgu Hisham panggil kita berempat. Sebab tu aku buat isyarat tangan kat kau orang." Seraya mengambil sedikit makanan Ayda.

"Cikgu Hisham panggil, kenapa? "Tanya Ayda sambil mencubit tangan Raiyan .

"Aduh, sakit lah! Entahlah Aku pun tak  tahu." Sambil menggosok tangannya  yang dicubit oleh Ayda tadi.

"Jom lah! Nanti kesian Cikgu Hisham tunggu kita lama kat pejabat dia tu," kata Adila.

"Jom! "

Tok tok tok!

"Masuk!"

Mereka berempat pun masuk kedalam bilik Cikgu Hisham dengan senyap. Kerana ada seorang pegawai yang duduk dihadapan Cikgu Hisham.

"Hah, kamu semua duduklah dulu. Cikgu ada kerja sekejap." Mereka berempat angguk. Mereka mula membuat hal masing-masing.

Habis sahaja kerja Cikgu Hisham dengan seorang pegawai tu. Terus dipanggil mereka berempat selepas pegawai itu pergi. 

"Ada apa Cikgu panggil kita orang ni?"
tanya Ariena.

"Minggu depan, kamu semua dah mula SPM kan. Jadi Cikgu panggil ni sebab nak bagi ni." Dihulurkan sekotak empat segi besar kepada mereka.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now