Diaz mengamuk apabila mengetahui sepupunya akan berkahwin dengan Tariq Zayyan. Sepupu yang pernah dia arah jadi isteri Tazzim, tapi sekarang akan jadi isteri lelaki yang dia suka dan benci dalam satu masa. Arghh dia tidak boleh terima. Bukan tak boleh, tapi tak akan terima.
"Kenapa Tariq Zayyan? Kau dah gila?"
Diaz tidak pernah menduga Tariq Zayyan akan ambil tindakan bodoh begini. Kenapa kena kahwin dengan Tiara?
"Kak Diaz sendiri tahu kenapa." Tiara jawab sesabar mungkin.
Issh, kenapa Kak Diaz terlebih emosi! Ini bukan drama bersiri yang terselit watak Diaz Dzul Hanan sebagai kekasih Tariq Zayyan yang dirampas oleh Tiara Shenaaz.
Tolonglah! Ini realiti yang memusnahkan masa depan Tiara Shenaaz. Titik.
"Kau terima setakat nak tolong papa aku? Kau yakinkah Tariq tu akan tunaikan apa yang dia kata?"
Bergunung-gunung kemarahan Diaz. Geram dengan sepupu yang nak berkorban tak kena tempat.
"Kak Diaz tanya papa Kak Diaz. Tanya Tariq Zayyan sebab saya tak ada jawapan." Rungut Tiara.
Dia dah penat dengan semua ini. Sejak dia hantar teks malam itu, Tariq Zayyan terus menguasai hidupnya.
Dia tidak boleh bergerak bebas. Nak ke mana pun, Azka atau Rafiq akan hantar. Pergi kerja? Hah, itu lagi menyedihkan! Dia tak dibenarkan bekerja. Dalam kata lain, diberhentikan kerja atas arahan Tariq Zayyan yang tak ada kuasa dalam syarikat Pak Long, tapi boleh bagi arahan.
Funny, isn't it!
Hah, tak perlu surat peletakan jawatan pun! Malah, Tariq Zayyan lantik Rabia sebagai PA cum pengawal peribadinya. Untuk apa dia ada PA, apa lagi ada pengawal peribadi, dia sendiri tak tahu.
"Tariq tu tahukah yang aku suruh kau kahwin dengan Tazzim dulu?"
Diaz mundar mandir di bilik rawatan papanya. Tuan Dzal telah dibawa ke bilik x-ray tadi. Mamanya pulak dah pulang ke rumah. Tinggal dia dengan Tiara saja di situ.
"Tak. Saya tak nak libatkan Kak Diaz. Takut masalah akan jadi semakin rumit. Lagipun salah saya. Saya yang kahwin dengan adik dia."
"Lelaki tu mesti nak balas dendam. Aku nak kau back-out sekarang. Biar aku handle papa, mama dan juga Tariq."
Diaz dah bulat hati. Dia yang akan selesaikan masalah bodoh ni. Pokok pangkalnya, Tiara tidak boleh jadi isteri Tariq Zayyan.
"Saya tak berani. Papa dan mama Kak Diaz, mungkin Kak Diaz boleh handle, tapi tidak Tariq Zayyan. Biar sajalah Kak Diaz. Saya pasrah. Dah nasib saya."
Terima nasib? Kalau lori balak nak langgar depan mata pun, nak terima? Nak pasrah? Ish, memang bodohlah Tiara Sheenaz ni! Sebab tu, Tariq Zayyan boleh senang-senang buat keputusan.
"Jangan nak salahkan nasib. Buat sesuatu boleh tak? Susah-susah sangat kau lari ke negara yang Tariq tak boleh heret kau balik. Aku sanggup biaya hidup kau kat sana."
Bolehkah? Tapi bagaimana dengan Pak Long? Tariq Zayyan tentu lepaskan kemarahannya pada Pak Long. Kasihan Pak Long. Pak Long masih sakit kot.
"Saya tak berani. Takut Tariq Zayyan tak nak tolong Pak Long pulihkan syarikatnya."
Membuntang Diaz melihat Tiara. Arg, dah ke situ pulak! Orang nak selamatkan dia, dia nak sibuk tolong syarikat papa. Ini semua salah Tariq. Entah gertakkan apa yang Tariq tanam dalam hati sepupu bodoh ni.
"Tariq memang dah melampau! Who the hell does he think he is?" Dengus Diaz.
"I'm her future husband. You got problems with that, woman!" Herdik Tariq Zayaan tiba-tiba dari muka pintu. Mengetap kedua-dua pipi. Tajam melihat Diaz.

ANDA SEDANG MEMBACA
Prisoner of Tariq Zayyan
Romance"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh ubah apa-apa. Hah, masih berani nak terus pertahankan diri! "I don't give a damn. For me you're guilty as hell!" Bentak Tari...