Bab 4

902 31 0
                                    

6 bulan kemudian....

"Huarghh!"Daneen menguap sambil matanya terpejam.Lena tidurnya malam tadi.Mana tidaknya selama ini hanya tilam nipis menjadi lapik badannya tiap malam tapi malam tadi dapat tilam empuk rasa tidak mahu dia bangkit dari tidur.

"Kau nak tidur sampai matahari terpacak dekat kepala ke?"tegur seorang lelaki di muka pintu.

Mendengar soalan itu pantas Daneen bangkit dari baringnya.Topi di atas meja kerjanya segera diambil lalu disarung ke atas kepala.Rambutnya yang panjang tidak sempat disimpul seperti biasa dek kerana tergesa-gesa.Selepas itu dia memandang lelaki yang segak memakai t-shirt polo warna putih dipadankan dengan seluar slack berwarna khaki.Nampak kemas lelaki itu pagi ini.

"Masuk bilik orang ketuklah dulu.Kalau aku tak pakai baju macam mana?"

Anas tersengeh sinis."Butalah aku tengok dada leper kau tu."

Cis!

"Aku ada dadalah!" kata Daneen kuat  apabila lelaki itu asyik mengatakan dia tidak mempunyai dada.

"Mana kau letak? Aku tak nampak pun?" Anas memanjangkan lehernya cuba menjengah.

Daneen pantas menyilang tangannya di dada.

"Aaaa...aku letak....mmmph...Ah,kau sibuk kenapa? Lepas ni aku dengar kau cakap aku tak ada dada lagi aku kerat lidah kau buat sup."

Anas ketawa mengekeh.Suka dia dapat mengenakan isterinya itu.

"Kau kata nak buat sup,kan? Apa kata kau buat sarapan pagi ni.Malam tadi aku dah masakkan kau jadi turn kau pula pagi ni."

Daneen menjatuhkan bahunya lemah. "Sarapan dekat luar tak boleh ke? Aku ada photo shoot pagi ni dengan model terkenal. "Daneen memberitahu jadualnya kepada Anas tanpa sedar.

Anas mendekati katil isterinya yang bersepah. Dasar ganas punya bini!  Cadar entah kemana, bantal semua terjatuh sampai ke depan pintu bilik air. Kutuk Anas di dalam hati.

"Kau ingat aku kisah ke kau ada photo shoot ke tak pagi ni. Dah, bangun. Buat sarapan aku cepat!  Aku ada meeting pagi ni. "Giliran Anas pula yang memberitahu Daneen akan jadualnya hari itu.

Kau ingat aku kisah ke kau ada meeting pagi ni. Kata Daneen mengulangi ayat suaminya di dalam hati sambil mencemik mukanya. Ceit, 

"Hah,mengutuk akulah tu.Tak baik tau kutuk suami sendiri."

"Wahai suamiku yang tercinta,....."

"Argh, kau jangan nak bodek-bodek aku. Cepat, bangun pergi buat sarapan!."

Daneen mengeraskan tubuhnya di atas katil. Pekara yang paling dia malas buat selepas berkahwin adalah masak.

DANEEN turun tangga sambil bernyanyi lagu Lelaki dari Yuna.Dia memang sengaja memilih lagu itu untuk menunjukkan rasa tidak puas hatinya pada Anas.Apabila matanya bertembung dengan  mata Anas suaranya sengaja dikuatkan.

"Oh lelaki tak guuuuuuuuuna....ku berikan semua.... "

Anas merenung tajam ke arah Daneen yang sedang melipat lengan baju kemeja.

"Lambat betul kau siap.Mengalahkan perempuan." kata Anas.

Daneen berhenti bernyanyi apabila mendengar kata-kata Anas.Terus matanya merenung tajam lelaki itu." Habis kau kahwin dengan pondan ke selama ni?"

Anas yang ingin ketawa dengan kata-kata Daneen menahan diri.

"Tak adalah kau bersiap bukan main lama tapi gitu juga muka kau. " Anas mengekeh ketawa selepas menuturkan ayat itu.

Daneen melihat pakaian yang dipakainya. Aik,aku berdiri punya lama depan almari besar tu pilih baju takkan sama lagi? Baju ni setahu aku dah setahun tak pakai.Bau baju pun dah bau almari dah.Kata Daneen di dalam hati.

"Tak baik kutuk isteri sendiri. Isteri yang tak cantik sebab suami dia tak pernah hiaskan diri dia macam kau.  Diri sendiri bukan main lagi minyak wangi harum semerbak sampai jiran sebelah rumah bau. Aku ni dah macam bau belacan kau biarkan. "

Anas memekkan telinganya.

"Sikit-sikit sudahlah. Jangan nak drama sangat pagi-pagi buta ni. Dahlah sarapan aku buatkan. Aku tak kira malam ni aku balik rumah aku nak makanan dah siap hidang atas meja. "

"Itu aku tak pasti. "jawab Daneen sambil mengigit roti bakar yang disapu dengan jem nanas. Favourite ni!

"No, jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri aku Daneen. "Anas bangun dari duduknya kemudian membutang kot yang dipakai.

Daneen memandang suaminya yang segak itu. "Habis kau pernah ke jalankan tanggungjawab kau sebagai suami aku? "Daneen mula menyoal Anas.

Anas menoleh ke arah Daneen.

"Bila kau nak aku jalankan? "

Daneen mengalihkan matanya dari memandang mata suaminya. Cis, pasti Anas fikir pasal 'benda' itu. Memang otak tak boleh pakai betul !Dia maksudkan tangungjawab lain bukan hal itu.

"Dahlah, aku dah lambat. "Daneen meragut topi kaledarnya di atas meja kemudian dia sarungkan ke kepala.

Anas sekadar melihat saja isterinya itu pergi menaiki motorsikal berkuasa tingginya. Enam bulan sudah usia perkahwinannya dengan Daneen. Dia sendiri tidak tahu berapa lama lagi dia harus sembunyikan Daneen dari pengetahuan orang.


“WOI, cepatlah!!  Kau ingat kerja aku ni nak tunggu kau aja ke? "amuk Boy smbil memegang kameranya.

Model perempuan yang tinggi lampai itu segera berlari anak ke arah set pengambaran.Hampir saja kakinya tersadung di wayar-wayar lampu mujur Haniff sempat menarik tangannya.Model itu melemparkan senyuman kemudian kembali ke set.

Semua orang tahu akan sikap Boy yang tidak suka melengah masa. Kekadang model-model ini perlu datang ke set satu jam lebih awal kerana takut dimarahi oleh Boy.

"Dada kau tu nak pergi mana?  Ini bukan majalah lucah kau nak posing macam itu. "Hamun Boy lagi setelah beberapa keping gambar diambil. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Pening melayan model-model baru ini.

Merah padam muka model perempuan itu apabila ditegur begitu. Matanya memandang ke arah Haniff yang turut sama memandang ke arahnya.Tetapi tidak lama kerana dia malu. Semua orang memandang ke arahnya lebih tepat ke arah dadanya yang hampir terdedah.

"Dahlah, jangan menangis.  Nanti rosak pulak make up kau itu."tegur Katty lembut.

"Katty,  I nak baliklah.. "

"Haipp!  Posing aja macam you selalu buat itu. Pedulikan mulut celupar tomboy itu. "Katty memberi semangat kepada model baru itu.

"Apa lagi yang berbual dekat situ! " sekali lagi Boy menjerit lantang.

Katty bergegas keluar dari set setelah membetulkan baju modelnya yang terdedah. Choi, punya tomboy . Aku cili-cili  mulut kau sekejap lagi. Bisik Katty ataupun nama sebenar Roslan di dalam hati.

"Ok, nice. Pandang atas.... "

Klik!

"Siapa nama kau? "Tanya Boy kepada model perempuan itu.

"Aisyah!  Siti Aisyah.... "Kata Aisyah lembut.

"Hey, bukanlah. Kan,  I dah bagitahu nama you sekarang Tasha. Jangan gunalah nama kampung tu. " jerit Katty di belakang Boy.

Boy menoleh ke arah Katty."Apa masalah dia guna nama tu hah, Roslan? "Soal Boy sinis.

"Oit Boy. Kau jangan macam-macam, ya. Nama I ,Katty okay. "Balas Katty geram.

"Katty ke apa ke pergi ambilkan aku air. Haus ni. "Arah Boy.

"Hish, benci tau budak tomboy ni. I ni make up artis bukannya orang gaji dia. "Bentak Katty tapi kakinya laju juga ke tempat mengambil air.

Boy menjongket bahu tanda malas mahu melayan.

"Okay Aisyah. You pergi tukar baju kedua. I bagi you setengah jam saja untuk bersiap. "

Aisyah mengangguk kemudian berjalan  laju ke arah bilik persalinan. Haniff melihat Aisyah yang terburu-buru segera mengekori gadis itu. "Woi, Haniff. Kau nak pergi mana tu? "Laung Boy

"Pergi tolong dia, lah. "Jawab Haniff selamba.

"Kau pembantu aku ke pembantu Katty? Tak payah sibuklah nak tolong-tolong. Tolong aku ni hah ,lagi bagus. "

Hanif menghembuskan nafas lemah. Kecewa dia.Baru saja ingin mengenali Aisyah lebih rapat . Ceit, bos aku ni betul-betul tak bagi peluang. Bisik Haniff

Boy melihat gambar model yang diambil tadi di kameranya. Dia sendiri tertarik melihat wajah model baru ini. Walaupun sedikit kayu berdiri di set tetapi jika dilentur lagi pasti boleh pergi jauh dalam bidang ini.

"Dah habis ke?"soal Katty kepada Boy.

"Belum lagi. Suruh model kau tukar baju yang kedua. "

"Tak, maksud aku baju yang ni dah habis shoot ke? "Tanya Katty meminta kepastian. Rasanya tidak sampai lima belas minit. Takkanlah sekejap benar kerjanya.

Boy memandang ke arah Katty yang lebih tinggi darinya. "Dah Roslan.  Pergi uruskan model kau sana. "

"Haniff kau nampak cili tak?  Aku nak cili-cili mulut Boy ni. Asyik panggil aku Roslan .Malulah aku kalau orang dengar. "

Hanif kaku di antara Katty dan Boy.

"Cepatlah siapkan model kau.! "Usik Boy sambil mencucuk pinggang Katty.

"Oit, yalah aku siapkan model itu sekarang. Jangan marah-marah adik manis."latah Katty sebelum berlalu ke bilik persalinan.

Haniff dan Boy ketawa berdekah mendengar Katty melatah. Seronok bekerja begini. Sebenarnya Katty yang meriuhkan suasana di set ini. Kalau tiadanya suram saja.

"Weh Daneen, kau ada baca paper hari ini? "kata Haniff kepada Daneen.

"Weh, dekat set janganlah panggil aku Daneen. Panggilah aku Boy. Hish, kau ni! "Daneen menampar lengan Haniff kuat.

"Aduh, sorrylah aku lupa. "Haniff menggosok lengannya yang merah ditampar Daneen.

"Tak, kenapa?  Aku dah lama tak baca surat khabar. Ada berita apa? "Kata Boy sambil melihat gambar-gambar yang baru dia ambil tadi.

"Aku bosan-bosan tadi bacalah surat khabar. Ada satu berita ni dekat kampung kau. Ada orang kena bunuh dekat sana. Kau tak ada dengar berita ke?"

Boy terdiam.

Siapa pula yang dibunuh di kampungnya? Tanya Boy sendiri di dalam hati. Hatinya rasa tidak sedap.  Jantungnya berdegup kencang.

"Mana surat khabar tu? "Tanya Boy laju.

"Tu hah, depan kau aja. "Tunjuk Haniff dengan memuncungkan mulutnya.

Surat khabar yang dilipat dua itu pantas diragut. Berita muka depan itu dibaca dengan teliti.

Dibunuh kejam oleh along!
Zamani, 50  telah dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai sebagai  along. Hasil bedah siasat mendapati badan mangsa dipukul  dengan objek keras sebelum ditembak mati.

Mengigil tangan Boy setelah membaca keratan akhbar itu. Dia mengenali lelaki yang dibunuh itu. Tidak sangka lelaki itu akan pergi dengan cara begitu. Air mata yang ingin mengalir di tahan.

"Haniff kau teruskan photo shoot ni. Aku ada hal! "Boy terus meragut kunci motor dan helmetnya.

"Abah......"jerit Daneen kuat di dalam hati. Lelaki yang dibunuh itu ayahnya.


SOFIA menundukkan wajahnya. Tidak sanggup untuk dia memandang kubur Zamani yang sedang ditimbus itu. Hujan lebat mengiringi jenazah Zamani petang itu. Beberapa orang di kampung turut sama membantu menguruskan jenazah Zamani memandangkan arwah tiada siapa-siapa lagi.

Panggilan telefon dari ibunya pagi tadi cukup memeranjatkannya. Baru malam tadi dia memikirkan soal Danny, pagi ini dia menerima berita duka sekali lagi akan pemergian bapa Danny. Tidak lama Danny pergi ayahnya pula menyusul.

Danny, aku rindu kau....

“Al-Fatihah. “Kata imam sebelum dia membacakan talkin.

Suasana di kubur petang itu sungguh hening dan sunyi. Hujan yang tadinya lebat beransur reda dengan rintik-rintik gerimis yang menikam lembut lapisan kulit . Lopak-lopak air sudah menenuhi lubang walaupun hujannya cuma seketika. Bauan tanah merah naik memerangkap udara.

Dari jauh Daneen memandang ke arah sekumpulan manusia yang sedang menguruskan jenazah ayahnya. Kakinya ingin melangkah mencium tanah yang menimbusi jenazah arwah ayahnya tetapi dia tidak mampu berbuat begitu. Hanya air mata yang menjadi peneman dirinya tatkala itu.

Dan, dari jauh juga dia melihat sahabat yang begitu dia rindui. Sahabat yang sanggup susah senang bersamanya. Kau benar-benar tunaikan janji kau Sofia. Kau benar-benar menguruskan jenazah arwah ayah aku tatkala aku tidak mampu berada di sisinya.

“Fiya.... “Nama Sofia dipanggil Daneen perlahan. Dia tahu dengan suara begitu tidak akan mampu mengalihkan pandangan Sofia ke arahnya.

Sehinggalah selesai bacaan talkin Daneen berdiri jauh di situ. Walaupun tidak dapat menatap wajah ayah yang pernah dibenci dulu tetapi dia senang kerana urusan pengebumian ayahnya berjalan lancar.

“Abah.... Maafkan Daneen. “

Tatkala Daneen ingin pergi, Sofia memandang ke arah tempatnya berdiri seolah-olah tahu akan kehadirannya hari itu. Beberapa saat bertentang mata dengan Sofia, dia mengambil keputusan untuk segera beredar dari situ.Dia tidak mahu rahsianya terbongkar.

“Danny! “Jerit Sofia kuat sehingga semua mata-mata memandang ke arahnya.

Daneen memecut laju motosikalnya tanpa memperdulikan Sofia yang mengejarnya di belakang.

Ahmad mendekati anak perempuannya yang terduduk mengejar motor berkuasa tinggi itu. “Fiya, kenapa dengan kamu ni? “Soal Ahmad.

“Ayah,Danny datang!”kata Sofia yakin.

“Astagfirullahalazim Fiya! Bawa mengucap.Danny dah tak ada sayang. Perasaan kamu saja itu.”

“Tak ayah....Fiya memang nampak dia tadi naik motor itu.”

“Bukan dia Fiya.Dah,mari kita balik.”

Sofia marah pada dirinya sendiri kerana tidak dapat mengejar motosikal berkuasa tinggi itu. Dia begitu yakin orang itu adalah Danny. Tidak mungkin dia tersilap orang.

Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now