Bab 10

845 23 0
                                    

"Eh, alamak kenapa aku macam terangkat ni? " Daneen terkapai-kapai apabila ada seorang tiba-tiba menarik hoodnya dari belakang.

Daneen melihat orang yang menariknya dari kesamaran cahaya lampu. Kasut di kakinya juga belum sempat ditanggalkan lagi.

"Sakitlah Anas! "Lengan sasa Anas dipukul kuat geram. Pehal entah mamat ni tiba-tiba tariknya macam bakul baju kotor. Anas menyeret isterinya sehingga ke ruang tamu sebelum menghempaskannya ke sofa.

"Kau pergi mana? "Soal Anas serius.  Matanya menikam ke dalam mata Daneen. Wajahnya yang berkumis nipis tiada segarit senyuman. Dahinya berkerut sambil tangan dicekak ke pinggang. Lagaknya seperti ingin memukul Daneen.

Daneen membetulkan posisinya ke duduk. Hoodie yang terlondeh ke hujung bahu ditarik. Nanti aku dituduh menggoda dia pulak. Haih,  bisik Daneen di dalam hati. Dia turut memandang suaminya.

"Aku pergi kerjalah. Habistu kau ingat aku pergi mana. "Jawab Daneen kasar.

"Kau pakai baju siapa tu? "Sindir Anas.

Apehal mamat ni?  Tarik aku dari pintu sampai ke ruang tamu semata-mata nak tanya aku pakai baju siapa ni. Dah sah ini baju....

"Alah, pinjamlah. Kedekut sangat. "

"Kau minta izin tak? "

Daneen menggeleng.

"Dah tu kenapa kau pakai? " Tangan sasa Anas memukul kuat sofa tempat Daneen duduk sehingga ternaik sedikit bahunya.

Mood tak baik ke Anas ni?  Takkan aku yang datang bulan dia yang emo?  Terbalik ni! Kata Daneen di dalam hati.

"Kau yang bakar binder aku jadi aku tak tahu nak pakai apa. Bukan salah aku. "Jawab Daneen.

"Habis yang ini salah siapa? "Anas menunjukkan botol minyak wangi yang pecah itu kepada Daneen.

Ingatkan balik dari tempat kerja dapatlah dia rehat di dalam bilik tapi buka saja pintu bilik satu haruman kuat menyengat hidungnya. Serta mata dia menutup pintu bilik. Haruman itu dia kenal. Antara salah satu koleksi minyak wangi kegemarannya.

Sangkanya Daneen cuma memakai saja minyak wangi itu rupanya minyak itu pecah dan dibiarkan begitu saja di lantai. Sakit benar hatinya ketika itu.

"Explain to me right now! "

"Alah, nanti aku gantilah. "Kata Daneen sambil bersila di atas sofa.  Wajah Anas tidak berani dipandang.  Macam singa yang kelaparan.

Anas melempar botol yang pecah sedikit itu ke sofa. "Mampu ke kau nak ganti? "

"Mampulah kalau setakat dua tiga ratus. Kau beli dekat mana? Esok aku belikan yang baru. "

Anas ketawa menyindir.

"Dua tiga ratus baik kau simpan beli minyak wangi pasar malam kau. Harga dia empat ribu lima ratus. And for your information brand ni tak ada dekat Malaysia. "

Terlopong mulut Daneen mendengar kata-kata Anas. Mak aih!  Minyak wangi sampai empat ribu ringgit. Buat dari air gunung Everest ke ? Eh gunung tu mana ada air. Salji aja.  Daneen membetulkan kata-katanya sendiri.

"Sorrylah weh, aku terlepas minyak wangi tu pagi tadi. Bos aku dah telefon tu yang tergesa-gesa. "Jelas Daneen.

"Aku tak nak tahu. Yang penting sekarang kau ganti duit minyak wangi ni. "Anas menadah tangan kanannya kepada Daneen.

Daneen menunduk seraya itu topi di kepalanya terbuka melepaskan rambutnya yang panjang mengurai menutup muka. "Aku mana ada duit. Harga minyak wangi kau tu dah boleh bayar gaji aku sebulan. "Kata Daneen dalam nada sayu.

Anas mencemikkan muka. Konon buat suara kasihan macam itu. Ingat aku kesah. Bisik hati Anas.

"Ke tolak duit nafkah yang kau bagi aku bulan-bulan. Cukup tak? "

"Nafkah? Sebulan aku bagi kau seribu.  Harga minyak wangi aku empat ribu so aku kena tunggu empat bulanlah baru langsai?  Lamanya. "

Daneen menghembuskan nafas kecewa.   Kenapalah nak pecah tu yang mahal?  Tak ada ke koleksi minyak wangi mamat ni yang harga ratus-ratus?

"Tak ada cara lain ke? "Putus Daneen selepas tidak menjumpai jalan keluar akan masalah ini.

Anas berfikir sejenak.

Apa ek nak suruh dia ni buat?  Basuh baju?  Basuh kereta?  Kemas bilik?  Gosok baju-baju kerja aku?  Semua tu kacang aja Daneen buat.

Hah!!

"Aku ada cadangan. "

"Apa dia..... "Jawab Daneen lemah.

"Sebab kau tak boleh ganti minyak wangi tu apa kata kau ikut aja semua arahan yang aku bagi. "

Ikut arahan?  Ingat aku banduan ke dalam rumah ini nak kena ikut cakap dia.

"Arahan apa? "

"Simple. Arahan pertama kau kena kemas bilik aku and make sure bau minyak wangi tu hilang baru aku tidur dalam bilik tu. "

"Okay senang. Tapi, sebelum bau tu hilang kau nak tidur dekat mana? "

"Bilik kau! "Anas tayang muka selamba kepada isterinya.

What?

"No!  Tak bo.... "

"Arahan nombor dua. "Anas memotong kata-kata Daneen. "Sepanjang aku tidur dalam bilik kau, kau kena tidur atas lantai. Jangan mengada-ngada nak naik atas katil. "

Apa punya arahan ni.....

Daneen melihat Anas geram. Rasa dia nak kerat-kerat lidah suaminya itu dibuat sup. Lepas itu aku makan curah sambal kicap. Pergh!  Terbayang pun dah sedap. Huh,  siap kau Anas. Kutuk Daneen di dalam hati.

"Arahan ketiga, sepanjang tempoh denda kau tak dibenarkan pakai chest binder itu and.... "Anas berjalan ke arah Daneen. "Pakai topi ini bila kau nak keluar rumah aja. Dalam rumah lepaskan rambut kau tu. "

Daneen melepaskan keluhan. "Kau ni kenapa Anas?  Buang tebiat ke? "

Anas menjongket keningnya.

"Maksud kau? "

"Aku tak setuju dengan arahan nombor tiga itu. Kenapa aku nak kena setuju dengan arahan mengarut kau tu. "Daneen mulai meninggi suara.

"Sebab kau tak nak ganti minyak wangi aku ni. "Potong Anas lagi.

Daneen merenung tajam lelaki di hadapannya.

"Fine!  Esok aku bagi kau duit tu. Aku takkan ikut arahan mengarut kau tu. Bak sini topi aku! "Daneen meragut topinya dari tangan Anas sebelum mendaki anak tangga ke atas.

Anas sekadar melihat saja Daneen pergi tanpa menghalang. Sebenarnya harga minyak wangi ini tidak sampai beribu seperti yang dia katakan cuma dia sengaja ingin menyedarkan isterinya akan bahaya pengikat dada itu. Mungkin kalau waktu bekerja dia boleh bertolak ansur kerana penampilannya begitu tetapi apabila di rumah dia tidak ingin isterinya berpernampilan seperti di luar.

Susahnya hendak mengubah kau Daneen. Kerasnya hati kau!



ANAS memusing tombol pintu bilik Daneen tanpa sebarang ketukan terlebih dahulu. Dia melihat sekeliling bilik yang kosong tanpa penghuni.

Aik?  Mana Daneen?

Bunyi pancuran air di dalam kamar mandi melegakan hati Anas. Sangkanya Daneen merajuk membawa diri keluar dari rumah. Laju jantungnya mengepam darah seketika tadi.

Hoodie dan seluar jeans yang dipakai isterinya tadi dicampak ke dalam bakul baju kotor. Alas cadar yang senget itu dibetulkan sebelum dia menghempas tubuh di atas katil yang empuk itu.  Penghawa dingin diturunkan suhunya. 

Mmmph baru selesa!

Bunyi pintu yang ditarik dari dalam mengejutkan Anas yang sedang melayan ngantuknya di atas katil.

"Weh, kau buat apa dalam bilik aku. " jerit Daneen kuat seraya menutup kembali pintu bilik air.

Anas bangun kemudian bersila di atas katil.

"Kau tak ingat ke arahan aku tadi?  Aku kena tidur dalam bilik ini selagi bau minyak wangi itu tak hilang. " jawab Anas kemudian ketawa perlahan.

Hah? 

"Aku, kan janji nak bayar esok. Blah la! " balas Daneen.

Anas menjongket sedikit bahunya. "Itu esok. Selagi kau tak bayar kau kena ikut arahan aku tu. "

Daneen yang geram terus melulu keluar. Dia sudah tidak boleh berfikir waras ketika ini. Tualanya yang ingin melurut ke kaki dibetulkan. Lantaklah Anas ingin merenungnya sampai terkeluar biji mata ke apa. Dia sudah tidak boleh berdiam lagi ketika ini.

"Wow...."kagum Anas melihat Daneen berkemban di depan matanya.

"Kau tak payah nak wow-wow sangat. Aku dah janji nak bayar esok,kan. Sekarang kau keluar dari bilik aku.!" Hamun Daneen.

"Kalau aku tak nak?"

"Kalau kau tak nak....kalau kau tak nak... "Daneen berfikir sejenak. Apa yang boleh suruh mamat ni keluar dari bilik ni sekarang? "Hah,  kalau kau tak nak....aku bogel depan kau sekarang. " ugut Daneen. Itu saja yang terlintas di kepalanya sekarang.

"My pleasure darling. "Anas bersandar di kepala katil sambil sebelah tangannya diletak di belakang kepala. Lagaknya seperti Mr. Grey.

"Ish, kau ni mianglah. " Daneen berlari semula ke dalam kamar mandi. Menutup pintu rapat kemudian dikunci dari atas kebawah. Takut kalau-kalau Anas menceroboh masuk.

"Lah, salah aku pula. Kau yang nak bogel depan aku bukan aku yang suruh." Anas berjalan ke muka pintu bilik air kemudian diketuk pintu itu.  "Sampai bila kau nak duduk dalan bilik air tu?  Pakailah baju. Kau tak sejuk ke? "

"Kau keluarlah dari bilik aku dulu. Aku nak pakai baju. " Laung Daneen dari dalam.

"No!  Aku takkan keluar. Pakai ajalah baju depan aku. Bukan aku tak pernah nampak kau.... "

"Apa maksud kau? "Potong Daneen laju.

Anas diam tidak menjawab.

"Anas!  Apa maksud kau tadi!” Daneen mengetuk pintu dari dalam. Dia yakin Anas masih berada di depan pintu kerana bayang-bayang lelaki itu ada.

"Aku malaslah nak cakap. Nah, pakai baju ni. "Anas menghulurkan tshirt lengan pendek dengan seluar traksuit yang besar kepada isterinya.

Daneen masih menunggu jawapan suaminya itu?  Apa maksud Anas sebentar tadi. 'Bukan aku tak pernah...' Kata-kata itu tergantung di situ. Daneen mengetuk perlahan kepalanya. Terasa bodoh pula dia keluar berkemban tadi.

"Kau nak termenung berapa lama dalam bilik air tu? Nah!  Pakai ni. " Anas mengetuk pintu bilik air itu lagi apabila tiada tanda-tanda Daneen akan membukanya.

Daneen membuka sedikit pintu mengeluarkan kepalanya. Dia memastikan yang badannya tidak kelihatan walau sedikit. Dia menyambut huluran baju itu.

"Tak lengkaplah Anas! "

"Malam-malam tak payahlah pakai adik-adik kau tu. Tak elok untuk kesihatan. "Anas ketawa mengekeh kemudian berjalan ke katil semula.

Waiz Anas!!  Jerit Daneen kuat di dalam hati.

Beberapa minit mengurung diri di dalam bilik air akhirnya Daneen membuat keputusan untuk keluar. Sebaik saja dia keluar, dia melihat Anas yang sudah tidur nyenyak di atas katilnya. Laptop kerjanya dibiarkan terbuka di sebelah.

Perlahan-lahan dia menjingkit kakinya keluar dari bilik. Lebih baik dia tidur di sofa di ruang tamu berbanding tidur sebilik dengan Anas. Perangai lelaki itu bukan boleh diagak. Silap-silap tengah malam mengesot di sebelahnya. Uish,seram.


Kawan Ke Kahwin!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang