Bab 30

906 25 0
                                        

Sayang!  Sayang! “panggil Anas apabila tidak melihat kelibat isterinya sejak dari pagi tadi. Bangun saja dari tidur sebelah katilnya sudah kosong.  Dia ke dapur juga tiada. Tidak mungkin ke tempat kerja hujung minggu begini.

Anas membuka pintu utama. Kot-kot ada isterinya di luar. Tepat tekaannya isterinya itu sedang berada di garaj membasuh motor kesayangannya. Padanlah orang panggil tak dengar. Dia segera menyarung selipar kemudian berlari anak ke garaj yang tidak jauh itu.

“Sayang! “ jerit Anas sengaja menyergah isterinya yang sedang mengelamun itu. Di tangan isterinya masih memegang span yang basah dengan sabun. Sempat lagi berangan.  Bisik Anas di dalam hati kemudian menggelengkan kepala.

“Abang... Terkejut saya. “Span basah itu dibaling ke arah Anas dek kerana terkejut.

“Woah,relaks.Buat apa pagi-pagi dah main sabun ni.”ujar Anas sambil senyun meleret.Miang!

Daneen menjeling tajam suaminya. 

“Basuh motorlah takkan basuh kapal terbang pula. “jawab Daneen malas mahu melayan usikan suaminya itu.

Amboi, garangnya.

“Sayang, tak penat ke asyik naik motor saja? “

“Apa maksud abang? “Daneen berdiri memandang wajah lelakinya. Dia tidak merasakan motor ini menjadi masalah untuk dia. Malah memudahkan kerana hidup di kota yang selalu ada masalah jam.

“Abang risaulah sayang pergi kerja naik motor. Apa kata sayang ambil lesen kereta. Kereta abang ni banyak tak terpakai. Asyik hidupkan roadtax saja membazir kalau tak pakai. “

Daneen diam sambil berfikir. Betul juga kata suaminya itu. Kalau suaminya itu ke oustation siapa yang hendak mengambilnya pulang dari kerja. Cuaca sekarang tidak menentu. Kadang-kadang hujan berlarutan sehingga ke malam. Takkan asyik hendak meminta tolong Haniff untuk menghantarnya.

“So, macam mana? “tanya Anas.

Daneen mengigit bibir bawahnya. “Saya takutlah. Kang, langgar kereta orang macam mana. Itu kalau langgar kereta kalau orang?  Hesy, tak nak lah.”Daneen kembali bercangkung untuk membersihkan rim motornya.

“Jomlah.Test bawak kereta putih tu. “ Anas memuncungkan mulutnya ke arah kereta Audi TT miliknya.

Daneen melihat kereta yang ditunjuk Anas. Besar matanya. Kereta harga berjuta tu. Oh, no man!  Gila kalah tercalar sikit pasti suaminya mengamuk. Tak naklah! Bukan dia tidak kenal Anas. Lelaki itu pasti berang kalau barang-barangnya rosak.

“Tak apalah. Nanti saya suruh Haniff saja yang ajar. Dia ada kereta viva dekat rumah dia. “Daneen memberi alasan.

Anas bercekak pinggang. “Kenapa ada suami sendiri suruh lelaki lain yang ajar. Sayang tak selesa ke kalau abang yang ajar. “Anas sudah tarik muka pada isterinya.

“Bukan macam itu. Kereta abang mahal-mahal. Tak mampu nak bayar balik kalau calar entah apa nanti. Tak payahlah ea. “

“Calar boleh ganti kalau nyawa sayang melayang tak boleh ganti tau. “

Daneen memandang Anas. Betul ke ni?  Karang, kalau kereta dia ada apa-apa masalah jangan minta ganti rugi daripada dia, ya.

“Okay kita naik kereta paling murah dekat sini. “

“Nope naik kereta Audi tu. Sayang kena biasakan guna kereta itu sebab abang ingat nak bagi sayang. Abang selesa guna kereta BMW ni. “

Terlopong mulut Daneen mendengar kata-kata Anas itu. Biar betul. Peliklah orang kaya ni. Beli kereta harga sampai berjuta buat perhiasan dekat rumah. Tapi, betul ke ni nak bagi dia kereta ni?  Weh, seriuslah!  Daneen segera berlari ke arah kereta putih itu kemudian mencium kereta itu berkali-kali.

“But not now.Sayang kena ada lesen kereta dulu baru abang boleh bagi kunci. Sebelum tu jom belajar bawa. “ Anas menarik tangan Daneen ke tempat duduk pemandu. Dia melangkah masuk dahulu ke tempat duduk itu untuk menghidupkan enjin.

“Lah, kalau abang masuk macam mana saya nak masuk. Nak suruh bawa tapi macam tak kasi saja. “Daneen yang ingin pergi itu ditarik oleh Anas sekali lagi.

“Abang nak suruh sayang bawalah ni. “ Anas membetulkan tempat duduk itu ke belakang sedikit untuk memberi ruang isterinya duduk di ribaannya. “Sini, cepat duduk. “Anas menepuk pehanya menyuruh Daneen duduk di situ.

“Apa ni.... Tak naklah. Saya beratlah. “ Daneen mengaru kepalanya.

Anas tidak peduli dengan kata-kata isterinya terus memaksa Daneen masuk. Sekarang, Daneen sudah berada di atas ribaannya. Haruman syampu yang dipakai isterinya itu mengoda naluri lelakinya. Ah, fokus Anas. Bahaya Daneen atas kau sekarang ni. Bisik Anas dengan hati jantannya.

“Masuk gear reverse tekan minyak slow-slow. “Arah Anas kepada Daneen.

“Hah?  Alah takutlah. Kalau langgar tembok dekat belakang tu macam mana. “Daneen menoleh memandang wajah Anas yang berada dekat dengannya.

“Kaki abang dekat brek. Jangan risau.  Tekan slow-slow. “Anas mengingati isterinya itu.

“Streng ni nak pusing kiri ke kanan? “ tanya Daneen binggung.”Pegang saja diam-diam. Nanti abang beritahu bila nak pusing. “

Daneen mengikut arahan dari Anas dengan berhati-hati. Pedal minyak itu ditekan perlahan-lahan sehingga terasa kereta itu mengundur. “Slow sayang! “Anas menjerit kecil apabila terasa kereta itu mengudur laju.

“Tak naklah bawa. Takutlah. “Daneen mengigil apabila disergah Anas begitu.

Anas memegang tangan isterinya yang digengam di streng. “Abang tak marah.   Abang cuma tegur sebab laju sangat.  Dah jangan takut. Abang ada ni, kan.  Sekarang masuk gear ‘drive’ lepas tu pusing sikit streng ke kanan. Tekan minyak jangan banyak sebab kereta ni kereta auto bukannya macam manual kita rasa bergegar. “

Daneen patuh mengikut kata-kata Anas. Kereta itu kemudian bergerak secara stabil. Dia juga sudah pandai mengendalikan streng dan menekan perlahan pedal minyak berpusing-pusing di kawasan rumahnya itu.

“Hah, kan boleh tu. Pandai isteri abang.”puji Anas ikhlas.

“Next time ajar jalan luar pula. “

“Kenapa next time?  Sekaranglah.  Sayang, kan dah pandai bawa ni. Hari ini kita pusing-pusing taman ni dulu. Baik-baik bawa tu. “

Daneen mengangguk.

Dia rasa teruja pula apabila dapat mengemudi kereta ini. Walaupun hanya duduk di atas ribaan suaminya. Seronok dia rasa.

Kawan Ke Kahwin!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang