Bab 32

672 21 0
                                    

Mata Daneen terpukau melihat keindahan sawah padi yang menguning di depan matanya. Tidak berhenti mulutnya memuji kecantikkan ciptaan Tuhan sambil tangannya lincah mengambil beberapa keping gambar untuk dibuat kenangan. Suaminya yang sedang memandu di sebelah tidak dihiraukan.

“Amboi sukanya dia dapat ambil gambar. “tegur Datin Mona di tempat duduk belakang.

“Cantik sangat kampung umi ni. Kalau tahu dari dulu lagi suruh Anas bawa Daneen ke sini. “Jawab Daneen di hadapan.

“Mana boleh, kak. Time tu abang dengan akak belum kahwin lagi. Mau kena pelakung dengan mak tok. “

Datin Mona mencubit perlahan peha anak daranya itu. Tidak mahu menantunya ini terasa hati. Bukannya dulu dia tidak mahu mengajak cumanya ibunya ini payah sedikit orangnya. Nanti dari A sampai ke Z dia mahu tahu.

“Abang, mak tok tu macam mana orangnya. Dengar adik cakap tadi macam garang aja. “

Anas melemparkan senyuman kepada adiknya di tempat duduk belakang.  “Entahlah. Dengan abang tak garang pun. Tak tahulah kalau dengan sayang.” Anas kemudian ketawa diikuti Aira.  Seronok mengenakan Daneen.

“Umi.....mak tok garang ke? “ Daneen menoleh ke tempat duduk belakang.  Mengharap ibu mertuanya memberi jawapan yang menyedapkan hatinya sekarang ini.

“Dia bukan garang Cuma tegas. Tengok sajalah nanti. “Jawapan ibu mertuanya itu lebih menambah rasa tidak senang di dalam hatinya. Dia memandang suaminya di sebelah. Haih,  sahlah garang mak tok ni.

Sepuluh minit melalui bendang akhirnya mereka tiba di tempat yang hendak dituju. Rumah yang diperbuat dari kayu itu tersergam indah di tengah laman yang luas. Bertambah cantik adalah pokok-pokok bunga yang diatur keliling rumah menampakkan rumah itu kelihatan ceria.

Semua orang melangkah keluar dari perut kereta. Masing-masing mengurut pinggang dek kerana perjalanan yang jauh. Selepas sarapan pagi tadi terus saja mereka gerak tidak berlengah. Akhirnya tepat jam 7 petang mereka tiba.

“Assalamualaikum mak tok. Oh, mak tok! “Jerit Aira teruja. Datin Mona dan Anas menggeleng kepala melihat keterujaan Aira itu. Daneen pula hanya berdiri tegak di sisi kereta sambil melilau matanya melihat sekeliling rumah.

"Waalaikumsalam. Siapa dia yang berteriak mai rumah aku ni. Tak tau  balik ka dah menghelop dah ni" omel Mak Tok Maznah sambil membuka pintu kayu rumahnya. "Lah, hampa dah mai dah. Awatlah berteriak cucu tok ni. Kena sampuk jembalang tanah, kah? " tubuh Aira dipeluk erat kemudian mencium bertubi-tubi pipi anak dara itu.

Datin Mona mendekati ibu mertuanya itu kemudian menyalami tangan tua itu. Segera Mak Tok Maznah memeluk erat menantu kesayangannya. "Ya Allah mak rindu sungguhlah dengan hang. "Belakang badan Datin Mona digosok perlahan.

Daneen memandang Anas di hadapannya. Suami aku ini tak nak kenalkan aku isterinya ke?  Habis takkan aku hendak tercongok duduk sini perhati mereka. Dahlah aku ini penyegan. Ceit, segan sangatlah. Topi di kepala dibetulkan.

"Anas, segak nah. Mana bini hang tok nak tengok juga. Segak dak? "

"Segak lah tok. Lagu tok juga. "Jawab Anas jujur.

"Huh, kalau lagu tok segak lah. Mana dia?"Mak Tok Maznah menunduk memandang ke dalam kereta. Tak ada pun. Depa sumbat dalam bonet kah cucu menantu aku ni? Bisik Mak Tok Maznah.

"Lah, tok cari apa?  Tu hah hat depan mata nu. "Kata Aira dengan loghat Kedahnya. Walhal dia main bantai saja.

"Hat ni?  Lah, awat rupa jantan.  Hang buta,kah Anas? Mai sini salam tok. Tercegat tang tu buat apa. "

Daneen berjalan perlahan mendekati nenek suaminya. Tangan tua itu dicapai kemudian disalam. Topi di kepalanya dibuka untuk menampakkan mukanya.  Lebih sopan sedikit.

Mak tok Maznah memandang Anas kemudian memandang Daneen. Berkali-kali dia berbuat begitu sehingga Daneen merasa tidak selesa.  Salah ke aku pakai macam ini?  Rasanya ini saja baju paling sopan aku ada. Ke....aku pakai chest binder?  Daneen senyap-senyap meraba dadanya. Aduh Daneen! Awatlah hang pi pakai benda alah tu. Bisik Daneen di dalam hati. Pandai juga dia loghat Kedah ini.

"Segak. Tapi hat pakaian aku tak suka. Hang pasaipa tak pakai baju kurung? Ni kemeja rupa ni jantan ja yang pakai. Awat, laki hang kedekut kah? " bisik Mak Tok Maznah di telinga Daneen.

"Tok, Anas dengarlah. "

Semua di situ ketawa kecuali Daneen. Anas mengenggam tangan isterinya sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Sesekejap Daneen memandang pakaiannya. Patutlah ibu mertuanya dan adik iparnya memakai baju kurung hari ini. Kalaulah dia tahu dari rumah lagi dia pakai baju kurung. Tapi, kau ada ke baju kurung? 

“Hah, Daneen kah nama hang?” Tegur Mak Tok Maznah.

Daneen mengangguk laju.

“Maaflah mulut tok ni memang capoi sikit. Tapi tok Cuma tegoq saja nah.  Jangan simpan dalam hati. Tok bukannya apa,sebelum orang lain dalam kampung ni tegoq hang baik aku dulu yang tegoq. Pakailah lagu perempuan sikit. Hang ni pun satu Anas. Duit hang yang berkepoq tu nak bawa sampai lubang  kubuq kah?  Belikanlah bini hang ni baju. “

“Tak apa tok. Daneen ada baju Cuma tak perasaan pula baju ini macam pattern dia macam lelaki. “

“Lepas ni bakaq saja baju tu. Baju-baju gini jantan saja yang pakai. Betulkah Mona? “

Datin Mona yang sedang berbual dengan Aira itu mengangkat keningnya. Dia memandang menantunya yang dari tadi menundukkan muka. Biasalah kalau orang yang tidak biasa dengan mak mertuanya ini pasti akan terasa.

“Mak, dahlah tu. Maghrib dah ni. Anas pergi bawa Daneen masuk bilik. Mandi lepas itu solat berjemaah sekali. “

Anas mengangguk kemudian membawa isterinya ke bilik tetamu yang selalu dia duduk jika dia pulang ke sini. Dia perasan perubahan wajah isterinya itu. Dari yang ceria hendak datang ke sini akhirnya diam seribu bahasa apabila ditegur neneknya. Tidak sangka pula apabila baju yang dipakai Daneen menjadi isu.

Usai membersihkan diri, Daneen berdiri di depan cermin sambil berkemban. Hanya tuala saja yang melilit di tubuhnya. Rambutnya yang basah dibiarkan saja lepas. Suaminya yang sedang asyik dengan telefon pintar tidak menghiraukan dirinya.

“Abang, kalau saya tanya satu soalan boleh? “

“Tanyalah...”jawab Anas tetapi matanya masih khusyuk dengan telefon pintarnya.

“Dada saya ni kecik sangat ke?  Abang puas tak? “Soal Daneen serius.

Serasa ada seketul batu besar di kerongkong Anas waktu itu. Dia terus bangkit dari baringnya memandang Daneen yang turut memandangnya melewati cermin. Kenapa tiba-tiba isterinya bertanya begitu. Selama ini tidak pernah terfikir dia soal hal itu.

“Apa sayang cakap ni? “

“Jawab ajalah jujur. Tengok fizikal saya ni. Badan sekeping macam lelaki. Langsung tiada bentuk. “

Anas melemparkan senyuman lalu memeluk Daneen dari belakang. Matanya memandang tubuh isterinya melalui cermin meja solek itu. “Sayang tujuan abang berkahwin dengan sayang bukan sebab fizikal ataupun nafsu semata-mata. Abang Cuma tengok dekat sini. “Anas menyentuh dada Daneen. “Di sini terletak hati. Hati sayang dah cukup besar dari segala-galanya. Cukup untuk menyayangi dan mencintai abang. Itu yang abang perlukan dalam hidup.”

Daneen berbalik mengadap Anas. Lama wajah itu direnung Daneen.

“Dah lama ke abang cintakan saya? “

Anas memeluk erat tubuh isterinya itu seperti apa yang selalu dia lakukan jika hati isterinya itu tidak tenang memikirkan sesuatu masalah. Dia pernah terbaca satu artikel bagaimana meredakan marah seorang perempuan.  Caranya Cuma mendengar kata-kata perempuan itu kemudian berikan dia jawapan apa yang dingini mereka.

“Jujur abang katakan abang lebih selesa dengan sayang sejak kita dari kecil dan jawapan abang ialah sejak kita kecil budak toncet dua. “

Besar mata Daneen mendengar jawapan suaminya itu. What?  Suaminya masih ingat soal rambutnya yang diikat dua oleh Maira ketika mereka main pondok-pondok waktu kecil dulu. Teringat  semua orang mentertawakan dirinya kerana sifatnya yang semula jadi  kasar tiba-tiba bertukar menjadi perempuan kerana waktu itu dia berlakon menjadi pengantin perempuan kepada Anas. Sejak dari hari itu dia tidak membenarkan sesiapa menyentuh rambutnya terutama Maira.

“Abang.... “Daneen menolak tubuh suaminya.

“Si toncet dua inilah yang jadi isteri abang yang sah  sekarang. Nasib dah besar tak ada toncet dua .  Kang, orang ingat abang kahwin dengan Aisyah 50 sen. “Anas membuat gaya seperti  Aisyah 50 sen. Ketawa terbahak-bahak dia.

“Oit, pukul berapa nak solat ni Anas,  Daneen. Mai cepat! “ mak tok mengetuk pintu bilik mereka maghrib itu. Kelam kabut Anas dan Daneen bersiap untuk menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa.




HARUMAN kuih bakar menyapa hidung Daneen pagi itu. Dek kerana Anas ingin menyambung tidurnya Subuh itu, Daneen membuat keputusan untuk ke dapur. Membuat apa-apa yang patut kerana terdengar bunyi piring-piring yang berlaga seperti memanggil-manggilnya untuk ke sana.

Dari muka pintu dapur dia sudah melihat tubuh tua yang lincah sedang memasukkan bancuhan ke dalam acuan kuih bakar. Daneen mengambil keputusan untuk mendekati nenek kepada suaminya itu.

“Selamat pagi, tok. Ada apa-apa Daneen boleh tolong? “ sapa Daneen ceria.

“Lah, hang Daneen. Terkejut tok ingatkan siapa yang bangkit tadi. Tak payahlah tolong tok. Semuanya dah siap dah. Tinggal hidang saja atas meja. “jawab mak tok.

Asap dari dapur arang itu berkepul-kepul sehingga terbatuk-batuk Daneen.  Bagus rumah mak tok ini.  Ada dua bahagian dapur. Satu menggunakan dapur kayu satu lagi seperti biasa menggunakan dapur gas.

“Awal hang bangkit. Awat?  Tak selesa, kah? “

“Dak aih!  Takut selesa sangat sampai matahari tegak atas kepala tak bangkit lagi. “Seloroh Daneen.

“Pandai hang bergurau dengan aku,na. Baguih cucu aku cari bini.Lagu nilah aku mau.Dari perempuan bandaq sana tu.Bukan tau ke dapur.Silap-silap cucu aku yang masak.”

Daneen mengangguk mengiyakan saja kata-kata mak tok itu.Dek kerana tiada apa yang hendak dibuat, Daneen menyibukkan diri mengemas apa yang patut.Air yang baru dijerang di cerek ditunggu sehingga menidih.

“Tok memang duk sorang,kah?”

“Yalah Daneen.Orang tua macam aku ni siapa nak bela.Mulut capoi pula tu. Kalut nanti.”

“Mailah duk dengan Daneen kat bandaq tu.Daneen pun sorang-sorang ja kalau Anas tak ada.”

“Pandai hang.Habis kalau laki hang duk balik, aku hang campak mana?Tong sampah?  Laki hang tak ada hang cari aku. Laki hang mai aku hang buang. Tak maulah. “

“Awat tok kata lagu tu. Tok, kalau tok duk dengan kami boleh kami tengok-tengokkan tok. Mai nah duduk dengan kami. “ajak Daneen ikhlas.

Mak Tok Maznah diam sambil berfikir.  Dia bukannya apa. Dia tidak suka duduk di bandar itu. Dia sukakan suasana tenang di kampung ini. Kalau dia sudah duduk di bandar badannya tidak cergas. Tidak boleh bercucuk tanam seperti di kampung.

“Kalau hang beranak aku mai. “

Daneen ketawa.

“Tok nak cicit berapa orang?  Sepuluh orang cukup? “

“Awat?  Hang kilang, kah? “ sindir Mak Tok Maznah.

Tawa Daneen meletus kuat mendengar kata-kata nenek suaminya itu. Mak Tok Maznah juga senang apabila ada teman berbual pagi itu. Semalam memang dia tidak berapa berkenan dengan isteri cucunya itu. Tetapi pagi ini dia sudah mulai sayang pada Daneen. Pandai Daneen mengambil hatinya.

“Amboi mak dari bilik lagi Mona dengar mak ketawa. Apa yang kelakar sangat ni? “tegur Datin Mona yang baru menyertai mereka.

“Berbual kosong aja umi. Umi nak air?  Daneen tuangkan? “Pelawa Daneen pada ibu mertuanya.

“Boleh juga. “Jawab Datin Mona. Daneen pantas menuang air ke dalam cawan kaca lalu dihulurkan kepada ibu mertuanya.

Mak Tok Maznah mendekati Daneen.  Kemudian pinggang gadis itu dipeluk erat. Daneen menahan geli. Merah padam mukanya. Khuatir kalau dia ketawa nanti dikatakan tidak sopan pula. 

“Ni, kalau perut hang dah ada isi cepat-cepat habaq kat tok, nah. Biar tok mai jaga hang. Orang laki ni bukan reti, tau mereka buat anak, ja.“

“Amboi mana tok tahu cucu tok ni reti buat anak, ja?  Belum cuba belum tahu, nah!”Anas yang tiba-tiba muncul itu membuatkan wajah Daneen memerah.  Kenapalah isu pagi-pagi ni soal anak. Aduh, malunya.

“Abang kata nak lena lagi? “Daneen berloghat Kedah dengan suaminya.  Baru satu hari duduk di kampung ini.  Kalau seminggu mesti orang fikir aku ini anak jati Kedah. Daneen ketawa di dalam hati.

“Nak lena apa. Sora sayang dengan tok kalah tu itik kat luaq nuh. “

Daneen menjeling suaminya. Ada ke patut dia samakan aku dengan itik. Ceit,  itik ya Kanda. Fine,

“Lah yaka?  Tok...Anas ni duk kata sora kita macam itik kat luaq tu. Ish, ada ka patut. “Daneen mengadu pada mak tok.  Anas menjelirkan lidahnya tanda tidak takut.

Mak Tok Maznah yang sedang menatang dulang kuih bakar yang sudah siap itu memukul lengan Anas.  “Apa hang ni?  Dah bangkit tu pi lah mandi. Kerbau jantan tok pun Subuh dah mandi. Awat?  Nak suruh bini hang mandikan? “

Anas senyum meleret memandang Daneen.

“Hang gila!  Dahlah pi mandi. Kejut adik hang sekali. Pukul berapa nak bangkit. Kang, aku simbah ayak panaih ni dekat dia. Pi cepat! “ arah Mak Tok pada Anas.

Anas membuat tabik kepada neneknya itu seraya kembali ke biliknya. Sebelum itu dia ke bilik adik bongsunya. Daneen hanya menggelengkan kepala saja.  Kelakar juga suaminya ini. Selalu hendak buat lawak dengannya jadi hambar saja tetapi hari ini apabila Anas bergandingan dengan mak tok sehingga sakit perutnya asyik ketawa.  Ya Allah dua hari lagi di sini pasti dia asyik ketawa saja.




DANEEN yang sedang meyiapkan kerja-kerjanya di ruang tamu ditegur oleh Mak Tok. Suaminya dan ibu mertuanya keluar membeli barang. Adik bongsunya pula berjumpa dengan saudara maranya di kampung sebelah.  Dia pula mengambil keputusan untuk duduk di rumah saja menyiapkan kerja-kerjanya memandangkan dia mengambil cuti selama tiga hari.

Daneen berhenti menaip apabila nenek suaminya melabuhkan punggung di sebelahnya. Di tangan itu memegang beberapa helai baju kedah serta kain batik sarung. Hatinya mulai tak sedap.  Seperti sudah mengerti apa niat nenek suaminya ini. Ah, tak retilah tok pakai kain batik ni. Karang kain kemana dia bertelanjang di dalam rumah ini.

“Daneen, hang pakai baju ni. “

Ting!

Tepat tekaannya.

“Tak retilah, tok. Pakai baju  kedah ni dengan seluar ja tak boleh kah? “

“Banyak mulut nah hang ni. Pakai ajalah. Sekejap lagi mak cik hang datang mampuih dia carut hang. Dah pi lekas. “

Daneen membuat wajah meminta simpati pada mak tok. “Tok... “

“Pergi lekas. Nanti aku tolong hang pakai. “

Daneen membawa baju kedah dengan kain batik sarung itu ke dalam biliknya.  Berat langkahnya berjalan ke dalam bilik. Sesekejap dia memandang mak tok yang sedang memandangnya.  “Lekaslah. “

















Kawan Ke Kahwin!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang