Kahwin?
Tiba-tiba, perkataan itu muncul di fikirannya.Tidak semena-mena hatinya bergelojak ingin mendirikan rumah tangga apabila melihat album-album perkahwinan yang tersusun di studio kawannya itu.Tapi,
Siapa yang nak jadi pengantin perempuan aku?
Misha? Tasha? Qalisha?
Argh! Su’sha’ lah tiga orang perempuan itu. Kalau bawa teman pergi majlis bolehlah kalau jadi isteri mahu kena perambat dengan penyapu lidi tok wan.
“Weh,termenung jauh nampak.”tegur Danny setelah menyiapkan tugasannya.Lengan baju kemejanya dilipat sehingga ke siku menampakkan bulu roma halusnya.
Anas memandang Danny.
“Aku nak kahwinlah,weh!”luah Anas.
Danny mengerutkan dahi.
“Aik,tak ada ribut tak ada hujan tetiba aja kau nak kahwin. Kau dah buntingkan anak orang ke? “
“Astagfirullahalazim, Daneen Ahna. “ sindir Anas sambil menekankan nama penuh Danny. Disusuli dengan gelengan perlahan.
Danny meniup rambut yang menutup dahinya. Geram pula dia dengan kata-kata lelaki itu. Siap kau!
“Amboi, hafal nama penuh aku.Dah bolehlah ni, “kata Danny sambil ketawa menyengih.
Anas memandang Danny binggung.
“Dah boleh apa? “
“Kahwin dengan aku, lah.”jawab Danny tanpa segan silu. Dia mengambil tempat duduk bertentang dengan Anas di meja bar studionya.
Anas memandang lama kawannya itu. Cuba mengerti maksud tersirat kawannya itu. Kahwin dengan Danny?
“Boleh ke nak kahwin dengan kau? “ soalan bodoh Anas itu membuatkan Danny terkedu.
Boleh ke nak kahwin dengan aku? Mestilah boleh, aku perempuan kut! Pakaian aja rugged sikit. Tak jauh bezalah kalau aku berdiri sebelah kau. Bisik Danny di dalam hati.
“Kau betul-betul nak kahwin dengan aku ke? “Tanya Danny perlahan. Kali ini lebih serius. Matanya merenung ke dalam mata lelaki yang berada di hadapannya. Lama, kemudian....
Pang!
Anas menampar kuat meja bar itu mengejutkan Danny. Mujur tidak tercampak kamera di tangannya. Ish !
“Kau pehal tepuk meja tetiba! “Marah Danny.
“Kaulah yang buat lawak. “
“Bila masa aku buat lawak? “Soal Danny serius. Tiada segaris senyuman di wajahnya. Keningnya bertaut memandang lelaki itu.
“Geli,weh!! “Anas pantas berdiri apabila merasakan suasana agak canggung antaranya dan Danny apabila topik kahwin muncul.
Danny diam.
Jadi, main-main ajalah tadi? Aku dah feeling-feeling kut nak kahwin dengan kau. Ceit, tak guna punya laki!
DANEEN tersenyum sendiri apabila teringatkan kenangan lama. Tiba-tiba dia teringatkan Anas yang tidak mahu berkahwin dengannya dulu. Tapi,siapa yang tahu rancangan Allah.Dia yang mengatur akan semuanya.Walaupun perkahwinan bukanlah seperti orang lain tetapi dia bahagia dapat suami yang pelindung seperti Anas.
“Hah,termenung jauh ni.Rindu akulah tu.”tiba-tiba Anas menyergah kemudian berbaring di katilnya.
“Awalnya kau balik.Baru tengah hari. Umi macam mana? Dah bawa pergi klinik?”tanya Daneen bertubi-tubi tatkala memandang wajah Anas.
YOU ARE READING
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉