"Ibu, Alisya laparlah. "Alisya yang baru bangun dari tidur menghampiri ibunya di dapur. Matanya digonyoh perlahan sambil duduk di atas kerusi menanti makanannya.
Daneen tersenyum memandang anaknya.
"Aik, tadi orang tu janji dengan ibu nak puasa penuh hari ni. " kata Daneen yang sudah membawa nasi goreng lalu diletakkan di depan anaknya.
"Tak laratlah ibu. Cuaca panas. Tengok ni air liur Alisya dah kering. "Alisya membuka mulutnya untuk ditunjukkan kepada Daneen.
Daneen menggeleng kepala.
"Alisya tak lama lagi nak jadi kakak. Alisya suka adik lelaki ke perempuan?" Tanya Daneen sambil menongkat dagu memandang anak perempuannya.
Alisya menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya lalu dikunyah perlahan.
"Alisya nak adik perempuan. Kalau adik lelaki nanti jahat macam papa. " ujar Alisya bersahaja.
Daneen terkejut.
"Alisya tak baik cakap macam tu. Kenapa cakap papa jahat? Papa baik tau. "
"Kalau papa baik kenapa dia tampar muka ibu hari itu? Alisya benci papa dengan aunty Mel. "
Daneen mengemam bibirnya. Alisya yang masih kecil juga tahu. Ah, malas dia fikirkan. Puas dia menangis.
"Alisya makan, ya. Ibu nak pergi luar angkat kain jemuran. Nanti ibu teman Alisya makan. Tunggu tau. " Daneen berjalan ke halaman untuk mengangkat kain baju yang sudah kering.
"Woi ,budak. "Panggil Melisa pada Alisya yang sedang duduk makan di hadapannya.
Alisya memekakkan telinganya.
Sejak hari itu dia langsung tidak menegur Melisa. Dia tidak suka orang yang membuat ibunya menangis dan ditambah pula sekarang ayah dan ibunya sering bergaduh kerana Melisa.
"Pekak ke kau ni? Sama macam ibu kau. "
"Taklah Alisya pekak sama macam papa. Hari itu ibu panggil papa tak dengar." Jawapan yang tak terduga itu keluar dari mulut Alisya menambahkan geram Melisa.
"Kau tak puasa, eh? Mak kau yang bodoh tu tak ajar. "
Alisya terkulat-kulat memandang Melisa.
"Huh, tak lama lagi aku kahwin dengan papa kau. Rasa-rasanya kau dengan ibu kau tu nak merempat dekat mana, ya. "
"Tak boleh! Papa sayang ibu. Papa tak sayang aunty Mel. " jerit Alisya.
Mata Melisa mencerlung memandang Alisya. Pantas pinggan di depan Alisya diambil lalu dicampak ke lantai. Pecah berderai pinggan itu. Nasi yang berterabur pula cuba dikutip Alisya.
"Kurang ajar! Kau dengan ibu kau tu sama. Woi, kalau ibu kau tak perangkap papa kau jangan harap diaorang kahwin. Ibu kau tu perampas!" Kepala Alisya ditunjal kasar.
Alisya mencemik hendak menangis.
"Ibu.... Ibu... "Panggil Alisya dengan suara seraknya.
Melisa ketawa kuat.
"Panggilah ibu kau, tu. Kau ingat dia dengar ke?" Pipi Alisya ditampar kuat. Geram melihat Alisya yang menangis itu.
"Ibu.... " tangis Alisya akhirnya terhambur. Dari dia duduk di atas kerusi sehingga dia terduduk di lantai Melisa kerjakan.
Daneen yang kebetulan hendak mengambil sesuatu di dapur perasan yang anaknya diperlakukan begitu. Matanya memandang Melisa yang menunjal kepala anaknya berkali-kali itu.
"Hey! " kata Daneen kemudian menolak Melisa dari memperlakukan anaknya begitu.
"Oh, perempuan perampas dah sampai. Baguslah kau dengan anak kau sama-sama menyusahkan orang. Kau tak ajar anak kau ni adab ke cakap dengan orang tua. "Rambut Alisya pula cuba ditarik.
ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉
