Pintu yang diketuk berkali-kali itu memaksa Daneen untuk bangun. Dia menyumpah-nyumpah di dalam hati kerana menganggu lenanya malam itu. Entah dari mana keberanian dia membuka pintu malam itu.
Saat daun pintu dibuka, wajah Anas terpampang sedang merenungnya. Dari mengantuk terus segar mata Daneen apabila melihat renungan lelaki itu. Daneen yang hendak menutup kembali pintu dihalang oleh Anas.
“Kau tak malu ke duduk sini? “
“Kenapa pula? Ini rumah aku sendiri. “ jawab Daneen kasar.
Terkejut dengan bahasa Daneen, Anas menarik tangan isterinya itu untuk memandang wajahnya.
“Pandang aku bila aku tengah cakap. “ Anas menarik Daneen sehingga tubuh Daneen kuat melanggar Anas.
“Sakitlah. Kau nak apa? “ kali ini Daneen sudah kurang sabar. Dia bahagia duduk di sini. Dia tidak mahu lagi berjumpa dengan Anas.
“Tahu kau sakit. Habis mata aku ni tak sakit bila tengok kau keluar dengan Zimir pergi check up. “
Daneen menarik tangannya dari pegangan Anas. Dia menjauh dari suaminya. Memang wajah itu yang dia rindui tetapi tiap kali berada dekat hatinya sakit. Sakit sangat sehingga air matanya asyik mahu mengalir.
“Kebetulan dia nak hantar aku. Suami aku kan dekat Sabah tak ada dekat sini aku nak suruh hantar. “ balas Daneen sinis. Dia menjeling Anas tajam.
Terpukul Anas dengan kata-kata Daneen itu.
“Aku nak kau balik rumah. Bahaya kau duduk sini. Kalau Fiya datang macam mana? “
Daneen menyilang tangannya. “Biarlah dia datang. Aku nak dia tahu yang aku masih hidup. Aku dah bosan hidup macam ini. Kau bukan selamatkan aku tapi kau seksa aku bila kau beritahu semua orang yang aku dah mati. “
“Daneen kau jangan degil boleh tak? “
“Melisa kan dah duduk rumah tu. Kalau aku balik kau nak campak aku dekat mana pulak. “Sinis Daneen menyindir Anas.
Tidak guna dia berbahasa baik dengan Anas kerana lelaki itu langsung tidak pernah menghargainya. Dia tahu salahnya kerana memerangkap lelaki itu untuk berkahwin dengannya tetapi dia sudah menyesal dan meminta maaf. Anas menghukumnya keterlaluan dan dia sudah tidak nampak cinta di mata lelaki itu. Hanya yang ada dendam yang perlu dibalas pada dirinya.
“Bila masa Melisa duduk rumah kita? “
“Cukuplah berpura-pura Anas. Kalau kau nak heret aku duduk rumah kau yang penuh maksiat tu aku tak nak. Aku tak nak terlibat. “
“Daneen Ahna! “Satu tamparan hinggap di pipi Daneen.
Berombak kencang dada Anas setelah menampar wajah Daneen. Dia pantang kalau orang menuduhnya pekara yang dia tidak lakukan. Hari ini dia cuba tenangkan dirinya mengajak isterinya untuk pulang kerana risaukan keadaan dirinya tetapi ini yang dia dapat.
Terkedu Daneen menerima tamparan itu. Pertama kali Anas menampar wajahnya.
“Aku bagi kau sepuluh minit untuk kemas barang-barang kau.Jangan paksa aku heret kau Daneen.”Jerkah Anas kuat kemudian meninggalkan Daneen terpinga-pinga.
DANEEN melihat rumahnya. Seminggu dia tidak pulang ke rumah keadaan masih sama. Mesti Melisa yang tolong kemaskan. Kalau harapkan Anas memang tidaklah sebersih ini. Tiba-tiba timbul rasa cemburu akan Melisa. Gadis campuran Belanda dan Indonesia yang diambil sebagai anak angkat mak cik suaminya.
Dia meletakkan beg galasnya di sofa sebelum dia melabuhkan punggung di situ. Tubuhnya penat sekali serasa ingin berbaring.
Belum sempat dia membaringkan tubuhnya di sofa empuk, ada satu tangan mengusap lengannya lembut. Dia membuka matanya kecil untuk melihat siapa yang menyentuhnya. Mustahil tangan Anas kerana dia rasakan itu adalah tangan seorang perempuan.
“Mak.....Abang!!! “jerit Daneen kuat kerana terkejut melihat lembaga yang memakai serba putih. Dari baring dia berdiri di atas sofa.
Anas terkocoh-kocoh turun dari tingkat atas untuk melihat apa yang berlaku. Kelibat isterinya dicari sebelum dia menghampiri. Wajah Daneen kemudian dipegang untuk melihat apa yang berlaku.
“Abang dia siapa? “Tanya Daneen mengeletar.
Anas menoleh belakang. Serta merta dia lepaskan pegangannya pada Daneen. “Ini Mak Munah. Pembantu rumah ini. Sepanjang kau tak ada dia yang kemas dan jaga rumah ini. “
Daneen turun dari sofa tetapi masih setia di belakang Anas. Bukan apa dia masih terkejut. Yalah tiba-tiba ada orang menyentuhnya memakai serba putih begitu. Mujur dia tidak lari.
“Mak Munah maaflah saya ni cepat terkejut. “Kata Daneen perlahan.
Anas menjeling isterinya.
“Tak apa Puan Daneen. Mak Munah pun salah tiba-tiba datang. Niat Mak Munah nak kejut Puan saja bangun untuk tidur di atas. “
Daneen menggeleng kepala. “Panggil Daneen saja Mak Munah. Tak payahlah Puan, puan ni. Tak lama lagi jadi Cik. “ sempat Daneen menyindir Anas.
Anas dengar apa yang dikatakan isterinya itu.
“Check betul-betul ‘Cik’ ke ‘Encik’. “ Anas terus berlalu ke atas meninggalkan Daneen dan Mak Munah di ruang tamu.
Mak Munah memandang Anas yang sudah berlalu itu kemudian memandang Daneen pula. Hairan apabila masing-masing menyindir sesama sendiri. Ada masalah ke antara mereka? Ini kena siasat ni! Bisik Mak Munah kepoh.
Daneen tersengih memandang Mak Munah. “Mak Munah saya naik atas dulu, ya. Mak Munah pergilah masuk tidur dah lewat ni. “Daneen pantas menarik beg galasnya lalu mendaki laju anak tangga ke atas.
Ya Allah seramnya tengok wajah Mak Munah tu. Mana Anas dapat pembantu rumah itu?
Jantung Daneen berdegup kencang. Dia cuba untuk menarik nafasnya dalam. Mungkin kerana dia terkejut sebentar tadi atau dia mendaki anak tangga dengan laju.
Daneen cuba memejamkan matanya tetapi bayang-bayang Mak Munah yang tadi sedang mengejutkannya buatkan meremang bulu romanya. Tiba-tiba dia rasakan ada aura yang pelik di dalam biliknya.

YOU ARE READING
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉