Daneen memerhati Anas yang sedang bersiap di dalam bilik. Setiap gerak geri suaminya itu diperhatikan tanpa berkelip. Dia ingin rasakan aura yang dikatakan Haniff itu. Benarkah? Dia yang sudah berkawan dengan Anas bertahun-tahun jangankan aura hendak menyimpan lelaki itu di dalam hatinya juga payah.
Dulu,sebelum jadi rebutan dia tidak mengambil peluang untuk meletak lelaki itu di dalam hatinya.Sekarang ada saingan barulah dia terkejar-kejar. Padan muka kau Daneen! Petik bintang dekat langit sajalah( sesuatu yang tidak akan pernah dapat).Jangan mimpi Anas itu nak dekat kau!
Daneen menggeleng kepala.
Ah, apahal pula aku kena petik bintang di luar.Zila yang sepatutnya petik bintang itu. Ish, apa aku merepek ni!
“Dah kenapa tercegat dekat depan pintu bilik aku pagi-pagi buta ni. “
Daneen berjalan mendekati Anas. Seperti biasa haruman lelaki itu sentiasa menepati cita rasanya. Rasa-nya ini bau minyak wangi yang dulu dia pecahkan. Dah ganti baru, lah tu. Daneen melihat botol yang sama di atas meja.
“Anas, kau nak pergi mana pagi ni? Dengan beg-beg ni semua? “Daneen sengaja bertanya soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.
“Makan angin. “Itu saja jawapan yang keluar dari mulut Anas.
“Dengan siapa? Zila ke?”soal Daneen lagi. Dia tak tahu kenapa dia rasa sakit hati dengan soalannya sendiri.
“Mana kau tahu? Kuat betul instinct kau ni. “Anas pusing ke belakang menghadap Daneen yang duduk di atas katilnya.
Wahai hati aku harap kau tabahlah. Jangan terluka kerana jawapan yang keluar dari mulut Anas. Sesungguhnya mulut dia memang dari dulu tak ada insurans. Maklumlah orang kaya. Sempat lagi Daneen mengutuk Anas.
“Oh, kira pakej macam bawa isteri dengan girlfriend gitu? Anyway aku ikut kau. Jangan macam-macam. Aku akan perhati kau walaupun kau tengah mandi wahai Waiz Anas. “
“Aku tahulah. Madam Chua dah bagitahu aku semalam. Aku tunggu aja kau cakap malam tadi tapi tak ada pun. Anyway kau dah siap kemas barang? “
Ceit! Dah tahu rupanya.
“Dah. Tunggu kau aja sekarang ni. “
“Ni aja ke beg yang kau bawa? Biar betul Daneen. Sini,aku check apa yang kau bawa.”beg sandang isterinya diragut.
“Eh,apa ni.Tak payah tak payah.Aku tahulah apa yang aku bawa.Lagipun pergi bukannya lama.Tiga hari dua malam aja.”jawab Daneen seraya mengambil beg galasnya kembali. Beg Anas turut sama diambil kemudian dibawa turun.Berat mengalahkan anak gajah.Bawa apa sajalah laki aku ni!
Anas berjalan ke arah ruang tamu. Kemudian satu kotak kasut diambil lalu dia mendekati Daneen di meja makan. Daneen yang baru saja ingin menyuap roti bakar ke dalam mulut tidak jadi berbuat begitu apabila Anas menghulurnya sebuah kotak kasut.
“Nah,pakai ni.”Anas mengambil tempat di hadapan Daneen.
“Ish,birthday aku lambat lagilah. Buat susah-susah aja.”rakus kotak kasut itu dibuka oleh Daneen.Tadi kata tak payah susah-susah.
Kasut suka jenama Adidas itu dikeluarkan oleh Daneen.Rasa terharu bercampur dengan gembira dia ketika itu.Satu kasut ini dia pernah ada tetapi di rumah sewa lamanya dengan Sofia. Yang kedua of course sebab Anas yang belikan kepadanya.
“Tolak duit nafkah.Jangan nak happy sangat.”
Muncung sedepa Daneen apabila Anas berkata begitu.”Tak acilah.Baik tak payah belikan aku kasut ni.”Daneen menyilang tangannya di dada.Merajuk!
“Apahal buat muka macam itu? Merajuk? Ish, gelilah.”
Daneen duduk tegak.Kasut itu tidak disentuh olehnya.Suapan yang terhenti tadi diteruskan semula.Kasut sudah empat ratus bermakna duit nafkah dia tinggal enam ratus saja. Maka, lambat lagilah dia dapat kumpul duit beli motornya balik. Simpanannya sekarang Cuma ada dua ribu saja. Cukupkah?
“Tak apalah Anas. Terima kasih kau belikan kasut ni. Tapi, kau tak marahkan kalau aku jual balik. Aku tak boleh membazir sekarang. Lagipun kasut aku banyak. “Kata Daneen jujur.
“Tak marah kau kata. Of courselah aku marah. Penat-penat aku carikan untuk kau sekarang kau nak jual pula. Dah, bak sini. “Kotak kasut itu ditarik oleh Anas. Buat penat dia saja cari kasut ini akhirnya isterinya mahu menjual pula.
“Bukan tu maksud aku Cuma aku rasa benda ini tak penting sekarang. “
Membuntang mata Anas memandang Daneen. “Okay fine! Kalau kasut ini tak penting yang ni penting tak? “ Anas menayangkan segugus kunci kepada Daneen.
Dia kenal gugusan kunci itu. Pantas dia meragut sekali lagi dari tangan Anas. Kali ini kalau tolak duit nafkahnya tiap bulan-bulan pun tidak mengapa. Ya Allah tak sabarnya nak naik motor.
Daneen yang tidak berselipar pantas berlari ke garaj kereta. Motornya elok saja terpakir di sebelah motor milik Anas.
“Weh, aku rindu kau sangat-sangat. “ Daneen mencium motornya berkali-kali sehingga tidak sedar yang suaminya memandangnya pelik.
Motor yang setinggi pinggangnya dinaik. Kunci disuakan kemudian bergemalah ngauman motosikal berkuasa tinggi itu. Senyuman Daneen lebar ke telinga. Walaupun hanya beberapa minggu saja dia berpisah dari motornya tetapi dia amat merindui motornya itu.
“Amacam? Okay? “
Daneen mengangguk laju.
“Kalau okay kau kena ambil kasut ni. Aku gurau ajalah tadi. Takkanlah kasut yang tak seberapa ini aku nak berkira dengan kau. “
“Betul ni? “
Anas mengangguk.
“Tapi motor..... “Anas berhenti seketika.
Daneen yang bagaikan mengerti menyambung ayat Anas. “Kalau motor ni kau nak potong duit nafkah yang kau bagi aku pun tak apa. “
Anas tersenyum mendengar kata-kata Daneen.
“Motor ni hadiah untuk kau. Happy birthday my lovely wife. “Anas mencium pipi Daneen.
Mata Daneen terbuka luas dengan perilaku Anas kepada dirinya. Kaki yang diletakkan di tempat pemijak tidak terasa lagi. Sesaat selepas itu dirinya jatuh ke lantai.
“What are you guys doing? Anas kenapa you cium dia? “ Zila yang tiba-tiba datang meninggikan suara.
Daneen bangun apabila ditarik oleh Anas. Adoi, sakitnya pungkoq aku! Daneen menggosok punggungnya yang terhentak di lantai. Dia menjeling Anas tajam di sebelahnya. Dah buang tabiat ke tiba-tiba nak cium aku. Kalau nak cium bagilah hint dulu. Marah Daneen di dalam hati.
“Why? Tak boleh I cium cousin I sendiri? “Soal Anas semula kepada Zila.
“But you guys lelaki. Don’t tell me he is gay.... “Zila menunding jarinya ke arah Daneen.
Daneen melihat jari Zila yang menghala ke arahnya. Serta-merta api kemarahannya memuncak. “Kepala otak hang aku gay. Kalau aku gay dah lama aku cium dia ni macam ini. “ Daneen mencium pipi Anas bertubi-tubi. Geram akan tuduhan Zila. Tapi,.....
Daneen memandang Anas yang sudah kaku di sebelahnya. Sorry weh, aku lupa hang suami aku. Daneen menepuk dahinya.
“Ish, bencilah dia ni. Dahlah Anas yang you tercegat lagi dekat situ kenapa? Kita kena gerak pergi johor, kan pagi ni. “
“Excuse me, bukan kau berdua ea. Aku pun ikut. Kalau tak siapa yang hendak ambil gambar kau. Ergh! “ Daneen terus berlalu masuk ke dalam rumah mengambil beg sandangnya.
Sedang Daneen dan Anas bersiap-siap sebuah kereta BMW berhenti di dalam pekarangan rumah Anas. Daneen kenal kereta itu. Laju kakinya mendekati Haniff yang masih berada di dalam perut kereta.
“Kenapa kau datang sini? “Ujar Daneen gagap. Tambah-tambah Anas dan Zila memandang ke arahnya dan Haniff.
“Ambil kau lah. Habis kau nak pergi naik apa kalau tak naik kereta aku. “ balas Haniff sambil matanya memandang ke arah Anas dan Zila. Hairan bagaimana mereka berada di rumah kawannya ini. Dan Anas. Lelaki itu sekali lagi berada di dalam rumah ini. Apa hubungan Anas dan Boy sebenarnya.
Haniff melangkah keluar dari perut kereta mendekati Anas dan Zila.
“Waiz Anas dan Nur Azila Fatihah? “ tanya Haniff sambil berjabat tangan dengan Anas. Zila mengangguk apabila namanya ditanya oleh Haniff.
“Haniff? “Soal Anas.
Haniff mengangguk
“Oh inilah partner Boy. Zila nilah photografer kita dekat sana nanti. “
Zila mengangguk tanda mengerti. Dia melemparkan senyuman kepada Haniff tanda senang bekerja dengan lelaki itu.
“Okaylah kita dah lambat ni. Encik Anas.... “
“Panggil Anas saja. “Potong Anas laju.
“Bolehlah kita gerak sekarang. Cepat kita pergi cepat kita balik. Lagipun singa jadian dekat belakang tu dah tak sabar dah. “Gurau Haniff.
“I naik dengan you, ya Anas. I malas nak drive pergi sana. “Ujar Zila.
“Oh, I lupa bagitahu you.I tak pergi naik kereta.Maybe Boy pun sama sebab motor dia baru baik,kan.If you do not mind tumpang kereta Haniff boleh? Boleh tak Haniff? “ tanya Anas sopan kepada Haniff yang baru pertama kali bertemu.
“Sure. I berbesar hati kalau dapat tumpangkan you. “Kata Haniff kepada Zila.
Zila sekadar melemparkan senyum segarit menyedapkan hatinya. Rosak rancangannya ingin berdua-duaan dengan Anas.
“Cousin, ya Boy. “Sindir Haniff sewaktu melewati Boy yang berdiri tegak di sebelah keretanya.
DANEEN menghempas tubuhnya ke atas katil. Rasa mahu patah pinggangnya menaiki motor dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu. Dah lama dia tak berjalan jauh begini menaiki motor. Sesekali menunggang jauh dia sudah rasa tidak larat.
Penghawa dingin dibuka. Badannya melekit dengan peluh. Cuaca hari ini memang baik. Tiada tanda-tanda ingin hujan. Petang ini sudah boleh dia dan Haniff memulakan kerja. Dia tidak mahu berada di sini lama. Kehadiran Zila benar-benar merosakkan moodnya.
Jaket kulit yang membaluti tubuhnya dibuka begitu juga dengan t-shirt putih yang dipakai. Membiarkan singlet dan chest binder saja di tubuhya. Rasa lega sedikit begini.
Baru saja dia ingin baring biliknya diceroboh oleh Anas secara tiba-tiba. Tidak sempat berbuat apa-apa Daneen melindungi badannya dengan beberapa bantal saja. Aduh, kenapalah dia masuk masa aku tengah seksi ni. Ish!
“Woi,kau ni kalau nak datang ketuklah dulu.Main terjah aja.Keluar! Keluar!” Daneen menghalau Anas.
“Kau tak pakai baju ke?”
“Pakailah.Kau ingat aku ini dah tak ada otak sangat nak berbogel dalam bilik.”
“Manalah tahu.”jawab Anas sambil menjeling ke arah isterinya yang separa bogel itu.Matanya tidak boleh lari dari memandang ke arah Daneen.
“Anas!” Jerit Daneen tidak puas hati apabila Anas mengambil kesempatan begini.
“Apa?”Anas menoleh ke arah lain. Berpura-pura seperti dia tidak melihat.
“Keluarlah aku nak pakai bajulah.”
“Alah,pakai ajalah.Aku janji aku tak tengok.”
Daneen akur dengan kedegilan Anas itu.Perlahan-lahan dia mencapai t-shirt putih yang baru dibuka tadi. Dia berdiri apabila sudah selesai.Rambutnya yang dilepaskan tadi diikat semula.
“Dah belum?”
“Dah!” Jawab Daneen pendek.
Anas melihat Daneen yang sudah siap memakai baju itu.Hah,kan elok sikit. Elok ke? Bukan kau lagi suka yang tadi? Bisik hati jahat Anas.
Daneen mengemas barang-barangnya yang bersepah di sofa.Tidak senang apabila berdua-duaan dengan Anas di dalam bilik ini. Keadaan yang canggung memaksa Daneen untuk mengemas barang-barangnya walhal apa yang ingin dia lakukan sekarang ini adalah berbaring dan merehatkan dirinya.
“Tak payahlah tunjuk rajin kau dekat sini. Dekat rumah pun bilik tak berkemas inikan pula dekat sini. “ ujar Anas rimas melihat kelakuan Daneen itu.
“Kau nak apa sebenarnya datang bilik aku ni?”
“Saja. Nak tengok bilik kau macam mana. “Balas Anas sambil berbaring di katil. Dia membuat selamba saja. Dia tahu Daneen sedang merenungnya.
Tengok bilik aku konon? Cakap aja kau nak kacau hidup aku,kan.Tak boleh tengok aku hidup tenang sikit.Daneen melabuhkan punggungnya di sofa. Matanya semakin memberat.Dia cuba menutup matanya sekejap kemudian dibuka semula.Beberapa kali dia berbuat begitu sehingga tersengut-sengut tubuhnya cuba menahan rasa mengantuk.
“Sinilah baring kalau mengantuk.” Tegur Anas yang sedang bermain dengan telefonnya.
Daneen sudah tidak peduli.Apa yang dia peduli sekarang adalah dia dapat melelapkan matanya sekejap.Sedar tidak sedar dia berada di sebelah Anas.Di dalam mengantuknya dia masih lagi ingat batasnya dengan Anas.Dia Cuma berbaring di hujung katil.
“Daneen kalau kita order.... “
Dengkuran halus itu membuat Anas tidak menyambung kata-katanya. Dia memandang wajah Daneen yang kemerahan di balik tenggelam bantal. Lantas, dia menarik lengan isterinya itu supaya ketengah katil. Bimbang saat Daneen berkalih akan jatuh ke bawah. Rambut yang menutupi wajah Daneen diselak.Satu perasaan menyelinap ke dalam hatinya. Dia sendiri tidak pasti apa yang dia rasa ketika ini.
Wajah Daneen dipandang sehingga dia sendiri terlena. Masing-masing kepenatan menunggang motor jauh dari Kuala Lumpur ke sini. Tengah hari berganjak ke petang mereka terlena.
MALAM itu mereka berbincang soal pengambaran pada esok pagi. Tidak sangka petang itu hari akan hujan. Terpaksa mereka menangguh pengambaran itu ke esok pagi. Haniff dan Zila juga baru sampai petang itu kerana keadaan trafik yang jam di lebuhraya.
Daneen dan Anas sekadar menjadi pendengar saja perbincangan antara Haniff dan Zila soal pengambaran esok pagi. Kecanggungan mereka ditambah dengan kejadian petang tadi. Entah bagaimana mereka boleh tidur sekali di atas katil. Mujur tiada apa-apa yang berlaku.
“Boy, kau macam penat aja. “Tegur Haniff.
Anas melihat isterinya.
“Kalau kau penat baliklah bilik dulu berehat. Barang-barang semua aku siapkan malam ini. Kau pun dekat KL kerja tak henti-henti. “
“Aku okay, lah. “Jawab Daneen pendek.
“Anyway, ni hadiah dari aku. Tak seberapa tapi mahallah jugak dari hadiah yang kau bagi aku dulu.”Usik Haniff sambil menghulurkan kepada Daneen bungkusan hadiah.
“Apa ni? Kau ni buat susah-susah aja. Lain kali bagi besar lagi. “ Daneen membetulkan duduknya sambil tangannya lincah membuka hadiah yang diberikan oleh Haniff.
“Tengok dia ni Anas. Kata tak payah susah-susah tapi ambil juga. “Kata Haniff kepada Anas. Anas tersenyum mengiyakan kata-kata Haniff. “Memang pun dia ni. Kalau orang bagi apa-apa pun takkan dia tolak. “
“Weh, perfumes.Aku busuk ea? “ Daneen mencium ketiaknya selamba.
Anas dan Haniff tergelak dengan perbuatan Daneen itu kecuali Zila yang muncung sedepa kerana tiada yang melayannya.
“Oh birthday you ke Boy. Kalau tahu I belikan you hadiah. Tengok Haniff bagi you perfumes apa? “
Daneen dengan jeleknya menunjukkan minyak wangi yang dihadiahkan Haniff kepadanya.
“Perfume perempuan? Euw you minat minyak wangi perempuan ke Boy? “
Anas dan Haniff saling berpandangan. Haniff mengaru belakang kepalanya walaupun kepalanya tidak gatal. Anas pula berdehem kecil sambil membetulkan duduknya.
“Yup I memang suka perfume perempuan. Kenapa? Ada masalah?” Daneen menjeling Zila.
“Sah you memang gay. “Ujar Zila sambil menggeleng kepala. Kemudian tangannya melingkar di lengan Anas. Konon-konon ingin melindungi Anas dari dirinya.
Benci Daneen melihat apa yang dibuat Zila itu. Kalau boleh dia berterus-terang memang dia akan berbuat begitu. Dia perempuan bukannya lelaki seperti apa yang dikatakan Zila.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Ke Kahwin!
RomansaKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉