Pintu kayu itu ditolak oleh Anas sebelum dia terbatuk-batuk kecil. Langkah kakinya kemudian diatur masuk ke dalam rumah. Bunyi lantai kayu itu berkeriuk apabila dipijak oleh Anas.
“Masuklah. “Ajak Anas kepada Daneen yang masih setia di bawah.
Daneen ragu-ragu hendak memijak tangga kayu itu. Kukuh ke tak ni? Kang kalau aku pijak nanti patah macam mana? Lepas itu ada paku dekat tanah tertusuk tapak kaki aku. Ish, ngerinya. Daneen mengumam sendiri.
Anas menjengah keluar apabila melihat Daneen tidak masuk ke dalam lagi. Melihat isterinya yang masih tercegat itu buatkan Anas turun.
“Kenapa tak nak naik? Tak selesa duduk pondok buruk ni? “
Daneen menggeleng laju. Bukan itu maksudnya.
“Habistu? Kau takut apa? Aku rasa aku tak bawak Mak Munah ikut sama tadi. “Sindir Anas.
Daneen diam mengalah.
“Naiklah dah senja ni. “Arah Anas seraya Daneen mengangguk.
Saat melangkah masuk ke dalam rumah, Daneen terpegun melihat isi di dalam rumah kayu itu. Semuanya teratur Cuma berdebu saja. Mungkin lama ditinggalkan.
Barang-barang antik cantik tersusun dari pelbagai jenis. Dan yang paling menarik minat Daneen adalah satu botol tembaga di atas meja solek. Uniknya rumah ini meja solek diletakkan diantara ruang tamu dan bahagian dapur di bawah.
Daneen memegang botol kecil yang berwarna emas itu. Penutupnya dibuka untuk melihat isinya. Lah, celak ke? Bisik Daneen di dalam hati. Bentuknya seperti di dalam Pontiana Harum Sundal malam. Lama betul celak ini. Kata Daneen lagi.
Satu persatu Daneen membelek alat solek itu. Anas pula sibuk membuka kain putih yang membaluti kerusi dan perkakas yang lain.
“Benda apa yang tergantung ni? “ tanya Anas sendiri kemudian kain putih itu ditarik. Kuat Anas menjerit saat melihat ‘benda’ itu sehingga terjatuh tubuhnya.
Daneen melihat ‘benda’ yang tergantung di dinding itu. Kemudian ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. Takut juga suaminya ini.
“Kenapa arwah atuk simpan kepala kerbau ni? “Marah Anas.
Daneen ketawa lepas.
“Inikan kayu. Bukan kepala kerbau betul. “Daneen menyambung tawanya.
Anas bangun kemudian mengetuk kepala kerbau itu. Benar kata Daneen itu Cuma kayu sahaja. Tapi, tetap kenapa atuknya memilih kepala kerbau untuk dijadikan hiasan. Banyak lagi binatang yang comel-comel. Haih, tak faham dia.
Daneen melabuhkan punggung di atas kerusi kayu. Pinggangnya terasa sakit kerana perjalan yang jauh. Serasa ingin berbaring ketika ini kemudian ada orang yang memicit pinggangnya yang lenguh. Fuh, kalaulah dapat betul-betul heaven ni. Kata Daneen di dalam hati.
“Kalau penat pergilah baring dekat dalam bilik. “Bagaikan mengerti keadaan isterinya itu, Anas menyuruhnya berbaring.
Daneen menggelengkan kepala.
“Tak naklah nanti terlelap. Dah nak maghrib ni. “Jawab Daneen.
“Kalau macam itu... “Anas duduk di belakang Daneen kemudian memicit pinggang Daneen yang lenguh itu. Tidak sedar Daneen bersedawa selepas itu.
“Ops, sorry. “Kata Daneen malu apabila bersedawa begitu. Dia memandang Anas begitu juga Anas memandang Daneen. Kemudian masing-masing ketawa.
Lamanya kami tak bergelak ketawa begini Ya Allah. Hari ini aku dan Anas akan berbincang soal hubungan kami. Ya Allah jika dia benar jodohku kau permudahkan semuanya. Kalau tidak, ...aku akan cuba kuatkan hati aku untuk lupakan dia. Doa Daneen
Ya Allah segala apa yang berlaku adalah semua aturanMU. Kau berikanlah aku ketabahan dan juga kekuatan untuk pertahankan hubungan ini. Sesungguhnya aku begitu cintakan dia. Doa Anas di dalam hati.
MALAM itu mereka berdua menghabis-kan masa dengan melakukan kerja masing-masing. Anas dengan kertas kerjanya manakala Daneen sibuk dengan melihat gambar-gambar yang baru di email oleh Haniff kepadanya.
Bunyi kekunci yang berlawanan antara Daneen dan Anas meriuhkan suasana malam itu selain dari bunyi katak dan cengkerik di luar rumah. Udara begitu nyaman malam itu kerana hujan barusan berhenti dari maghrib tadi. Daneen meminta Anas membiarkan jendela terbuka untuk nenghirup udara segar. Ubat nyamuk melingkar sudah pun dia bakar kalau-kalau ada nyamuk yang mencuba hinggap di badannya.
Laju taipan Anas buatkan Daneen mengalihkan pandangannya. Wah, tulis karangan ke tu? Laju semacam menaip. Kalau dia pula lebih banyak menggunakan tetikus berbanding papan kekunci. Yalah kerjanya Cuma mengedit gambar saja. Tidaklah sibuk mana.
Fikirnya tidak mahu membawa komputer riba bersama tetapi melihat Anas membawa komputer ribanya sendiri dia turut bawa. Sudah dia agak suaminya itu akan lebih menghabiskan masa dengan kerja.
What do you expect Daneen? Dia nak berbaik dengan kau?
Tapi dia yang janji tempoh hari. Waktu bercuti ini dia ingin berbincang soal hubungan mereka yang sudah tidak kelihatan hala tujunya. Rupanya hanya menanam tebu di hujung bibir saja.
“Kenapa kau tengok aku? “ tanya Anas apabila isterinya ralit memandangnya.
Daneen menjongketkan bahunya. “Saja. Busy ke? “
Anas mengangguk. “Aku kena email laporan ini dekat Kak Bed malam ini.”
Daneen membuat mulutnya berbentuk ‘O’ tanda mengerti. Sibuklah tu. Ah, bosannya. Kerja pun dah siap. Daneen menarik satu kusyen lalu berbaring di atas permaidani itu. Perutnya kelihatan seperti gunung yang tinggi.
“Auch! “Daneen mengusap perutnya.
“Kenapa? Baby ‘aku’ menendang? “
Aku? Hello ini usaha kerjasama tau. Jangan nak ‘baby aku’ sangat. Bisik hati Daneen. “A’aah baby ‘KITA’ menendang.”balas Daneen dengan menekankan perkataan kita.
Melihat tiada respon dari Anas, Daneen mencemikkan wajahnya. Tidak boleh terimalah tu kalau orang tegur. Memang perkataan ‘aku’ itu salah. Tidak kena.
Sepuluh minit berlalu. Sepuluh minit itu jugalah Daneen hanya diam memandang kipas yang berpusing perlahan di siling rumah. Macam-macam yang dia fikirkan ketika ini. Bayi di dalam kandungannya semakin lama semakin membesar tetapi sudah siapkah dia? Tinggal lagi beberapa minggu sebelum bersalin tetapi dia langsung tidak membuat persedian. Anas juga buat tidak tahu.
Alangkah indahnya jika.....
“Done! “ Anas menutup laptopnya kemudian mematah-matahkan jari-jemarinya yang lenguh. Tengkuknya pula diurut. Dua jam mengadap komputer riba tanpa meja. Serasa ingin patah tulang belakangnya.
Daneen membuka aplikasi instagram seperti biasa. Walaupun Cuma menumpang instagram suaminya itu dia tidak. Asalkan dia dapat tahu perkembangan kawan-kawannya.
Eh Zimir?
Daneen membuka instagram sepupu Anas itu. Alang-alang dia sudah melihat post yang pertama tadi apa salahnya kalau stalk sekejap. Dia bukan kenal sangat dengan sepupu-sepupu sebelah Anas. Yang dia kenal Cuma Dahlia. Itu pun tidak suka padanya.
“Cantiknya. “Puji Daneen tanpa sedar.
Anas memanjangkan leher melihat apa yang ditelek isterinya di telefon bimbit itu.
“Kau stalk Zimir buat apa? “
Daneen diam malas mahu melayan.
Satu persatu gambar dilihat dengan penuh minat. Gaya seperti model kalau bergambar. Tidak hairanlah kalau Zimir bergambar begini kerana pertama kali bersemuka dengan Zimir di hospital dulu dia mengagak yang Zimir seorang model.
Ya Allah!
“Anas dia ni siapa? “mengigil terus tangan Daneen apabila melihat gambar dua orang lelaki itu.
Anas mengerutkan dahi. “Aik, kau tak kenal ke? Ini kan ayah Zimir. Pak Lang aku. Kau tak pernah jumpa ke? Oh lupa. Dia masih dekat London. “ jawab Anas.
Daneen bingkas bangun lalu mencampakkan telefon bimbitnya ke lantai. Serasa badannya ingin demam. Apa yang barusan dia lihat tadi adalah benar. Abbas Dani adik kepada bapa mertuanya? Kenapa dia tidak perasan semua ini.
Wajah Anas dipandang lalu dia mendekati suaminya itu.
“Anas kau kena selamatkan aku. “ kata Daneen cemas. Nafasnya tersekat dengan rembesan air mata yang mengalir laju. Wajah Anas dipegang cuba menyakinkan suaminya itu.
Anas membetulkan duduknya. Cuba untuk menenangkan Daneen yang tiba-tiba tidak tentu arah. “Hey, hey cuba cakap dengan aku. Kenapa kau gelabah tak tentu pasal ni? Selamatkan kau dari siapa? “
Jari Daneen mengigil-gigil menunjukkan ke arah gambar Zimir dan ayahnya itu. Dua tahun dia cuba larikan diri dari mereka berdua. Rupanya dia tersilap. Berkahwin dengan Anas membuatkan dirinya lebih dekat dengan manusia berhati binatang itu. Zimir! Ya, baru dia ingat lelaki itu. Dia yang selalu datang ke rumahnya dulu dan mengugutnya. Kenapa dia tidak perasan semua ini.
“Abbas Dani. Dia yang bunuh bapa aku dua tahun lepas. “Jawab Daneen pedih. Mengingatkan semua itu sekarang buatkan dia pening.
“Hah? Kau merepek apa ni? Dia pak cik aku bukan orang ‘along’ yang bunuh bapa kau. “
Daneen geram.
“Abbas Dani dengan Zimir yang selama ini cari aku. Dia orang dah bunuh bapa aku dan sekarang dia orang tengah cari aku. Aku tak main-main Anas. Aku cakap benda yang betul.”tinggi suara Daneen.
Anas berdiri tegak.
“Kau jangan melampau Daneen. Pak Lang takkan buat pekara terkutuk itu. Dan Zimir? Dia baru balik Malaysia macam mana pula dia terlibat dengan ‘along’. “Anas cuba membela keluarganya.
Daneen terduduk.Dia menangis teresak-esak kerana gagal menyakinkan Anas bahawa Abbas Dani yang membunuh bapanya dulu. Dia Cuma mengharap pada Anas saja untuk percaya padanya. Kalau lelaki itu pun tidak percayakannya bagaimana dia hendak hidup.
“Anas percayalah cakap aku. Aku merayu dekat kau. Aku berani sumpah Abbas Dani itu ‘along’ yang selama ini cari aku. “
Anas menggelengkan kepala. Tidak semudah itu dia percaya. Mana mungkin lelaki berjaya seperti Pak Langnya melakukan perniagaan begitu. Dalam adik beradik bapanya Pak Lang selalu dijadikan contoh malah ayahnya sendiri mengagumi adiknya itu.
“Daneen cuba kau bawa bertenang. Mungkin kau salah orang. Mungkin muka mereka lebih kurang. “Anas cuba untuk bersifat lebih matang. Dia tidak mahu terus menyalahkan Daneen. Mungkin isterinya masih trauma dengan apa yang berlaku.
Daneen mengangkat wajahnya. Laju tangannya mengambil semula telefon bimbitnya kemudian gambar tadi ditayangkan kepada suaminya. “Aku takkan lupa orang yang rogol ibu aku dan yang dah bunuh bapak aku. “
Satu tamparan hinggap di pipi Daneen. “You’re too much Daneen Ahna! Kau jangan nak samakan hidup keluarga aku dengan keluarga kau yang miskin itu. Kalau aku tahu macam ini perangai kau aku takkan kutip kau dulu. “
“Anas! “Kata Daneen tergamam.
Anas memandang tajam ke dalam mata Daneen itu. Isterinya kali ini sudah benar melampau. Dia sudah cukup tertekan akan masalah hubungan mereka ditambah lagi dengan masalah yang baru. Tuduhan Daneen itu cukup berat. Dia benar-benar tidak boleh terima.
“Kau lepaskan aku Anas. Aku dah tak boleh hidup sebumbung dengan kau lagi. “ kata Daneen perlahan tetapi mampu didengari Anas.
Anas diam tidak bersuara.
“Dari dulu lagi sebenarnya aku memang tak layak untuk kau. Jadi kawan kau apatah lagi. Darjat kita berbeza Anas. Betullah apa yang kau cakap keluarga yang miskin macam aku ni tak layak untuk dekat dengan kau. “
“Daneen aku.... “Anas cuba memotong kata-kata Daneen.
“Lepas baby ni keluar aku tak nak ada apa-apa ikatan lagi dengan kau. Aku mampu tanggung anak ‘aku’ ini seorang dan membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Macam ibu dia sendiri. “
Daneen terus berlalu mengunci diri di dalam bilik. Dia benar-benar terasa kali ini.Cukuplah dia bersabar selama ini. Hidupnya sudah tidak berarti lagi. Dia sudah diberi balasan kerana menipu semua orang.
“Hello, Izz ambil aku dekat sini. “
Seminggu kemudian...
Daneen termenung jauh memandang sawah padi yang menguning dari jendela rumah. Seminggu sudah dia duduk di sini. Semua urusan di KL dibiarkan sahaja. Mungkin dia sudah dibuang kerja agaknya. Entah dia malas mahu fikir soal itu.
Seminggu dia duduk di sini fikirannya tenang tambah-tambah berada di sisi orang yang dia sayang dari kecil lagi. Keputusannya ingin pulang ke sini adalah keputusan yang tempat. Sepatutnya dari dulu lagi dia berterus terang.
“Mak buyung termenung apa tu? “ tegur Ibu Fiya yang sedang menatang dulang berisi jemput-jemput kentang dan air teh panas. Dia juga yang meminta wanita itu membuatkannya jemput-jemput kentang itu tadi.
“Lama Daneen tinggalkan tempat ini ibu. Tapi suasananya masih sama saja seperti dulu. Sama macam ibu.Tetap sama macam dulu. “
“Tak ada yang berubah sayang sama macam kasih sayang ibu pada Daneen. Tak sangka Daneen cari ibu. “
Daneen senyum segarit.
“Daneen dah tak ada tempat tinggal ibu. Tengoklah diri Daneen ni. Dari kecil sampai ke besar tak habis-habis susahkan ibu dan ayah. “
Ibu Fiya menggelengkan kepala.
“Jangan macam itu. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tengok sekarang ini Daneen dah balik jumpa ibu dan ayah. Pada Tuhan saja ibu mengadu siang malam. Ibu berharap sangat yang anak ibu masih hidup lagi untuk ibu tatap buat kali terakhir. “
Air mata Daneen menitis.
Fiya, aku tak tahu hendak balas macam mana jasa kau sekeluarga jaga aku. Dari kecil sampai ke besar kau sekeluarga tak pernah abaikan aku. Apa yang kau dapat pasti ibu tak lupa belikan aku sama. Aku rindukan kau Fiya. Kalau kau ada depan aku sekarang, aku nak peluk kau erat-erat.
Daneen menarik tubuh tua ibu Fiya. “Ibu, Daneen minta maaf sebab menghilang tak beritahu ibu dan semua orang selama ini. Maaf kalau Daneen banyak susahkan ibu sekeluarga. “
Ibu Fiya meleraikan pelukan. “Kamu menghilang untuk kebaikan diri kamu sendiri. Tapi ibu betul-betul bersyukur yang kamu masih hidup. Kalaulah Fiya tahu.... “
Daneen memegang tangan ibu Fiya. “Daneen tak bersedia lagi hendak berjumpa dengan Fiya. Bagi Daneen masa, ya ibu. Daneen tak kuat nak jumpa mereka semua sekarang. “
Ibu Fiya mengusap perut Daneen lembut. “Tak apalah nak, ibu faham keadaan Daneen. Ibu dengan ayah janji akan jaga Daneen dengan baik. “
Ya Allah walau di dalam kesempitan hidup aku sekarang kau masih lagi memberikan ruang dan kasih sayang kepadaku untuk meneruskan hidup. Ya Allah maafkan aku kerana pergi tinggalkan Anas. Tapi, ini demi kebaikan kami bersama. Anas tidak perlu lagi tersiksa menjaganya lagi. Dia akan mulakan hidup baru di sini.
“Amboi dua beranak ni. Makan tak ingat ayah pun. “tegur Ahmad yang baru pulang.
Ibu Fiya melemparkan senyuman pada suaminya. “Tengah tunggu abang lah ni.”
Ahmad memandang Daneen. Seminggu dia perhatikan anak gadisnya itu. Termenung saja sejak pulang ke sini. Izz sudah memberitahu hal yang sebenar dan memintanya dan isterinya menjaga Daneen buat sementara waktu. Dia tidak kisah kerana Daneen juga anaknya. Dari kecil gadis itu membesar di depannya bersama-sama dengan anak kandungnya.
“Daneen okay duduk sini? “ tanya Ahmad seraya mencicip teh panas itu.
Daneen mengangguk.
“Selesa sangat ayah. Tenang saja dekat sini. Kalau boleh sampai bila-bila Daneen nak duduk sini. “
“Alhamdulillah kalau Daneen selesa. Rumah ayah ni serba kekurangan. Takut Daneen tak selesa. “
Daneen tersenyum mendengar kata-kata Ahmad itu. “Ayah dah lupa ke rumah Daneen dulu lagi serba kekurangan. Katil tak ada. Tidur atas simen saja. “Daneen ketawa kecil menyedapkan hatinya.
Ahmad memandang isterinya. Terasa tawar benar bunyi ketawa Daneen. Tabah betul Daneen meneruskan hidup. Kalau dulu terseksa dengan Zamani sekarang suaminya pula.
“Bertambahlah cucu kita lepas ini. “ kata Ibu Fiya menukar topik.
“Iyalah. Anak Fiya tua setahunlah dengan anak kamu. Seronok rumah ini ada budak-budak.Kamu berdua dengan Fiya dulu cepat sangat membesar tak terasa masa berlalu. “
“Betul bang. Fiya dengan Daneen ni dulu terasa cepat sangat membesar. Mungkin mereka perempuan cepat matang. “
Ahmad mengangguk bersetuju denga kata-kata isterinya.
“Daneen makanlah. Kamu juga yang teringin nak makan jemput-jemput yang ibu kamu buat ini. “Pelawa Ahmad apabila Daneen tidak mengusik langsung jemput-jemput yang dibuat isterinya.
Daneen mengangguk.
“Daneen kerja apa dekat KL sana?” Tanya Ibu Fiya sekadar berbasi-basi.
“Kerja yang sama je ibu. Tukang ambil gambar juga. Tapi sekarang entahlah. Dah cuti panjang macam ini kena buang dah kut. “ jawab Daneen hampa. Dia sayangkan kerjanya itu tapi masalah dirinya menghalang.
“In shaa Allah ada rezeki untuk kamu Daneen.”ucap Ahmad.
“Kamu kenal ke dengan Nur Jannah sepupu suami kamu tu? Muka dia sebiji macam kamu. Tapi versi perempuanlah. “Ibu Fiya ketawa mengingatkan Nur Jannah.
Daneen ketawa sehingga mengalir air matanya. Ya Allah dia terlupa hendak beritahu pada mereka yang sebenarnya dialah Nur Jannah itu.
“Mana ibu jumpa Jannah? “Saja Daneen ingin mengusik Ibu Fiya.
“Masa Fiya kahwin dulu ada Anas datang bawa sepupu dia tu. Tapi pelik jugalah ibu tengok dia. Mungkin dari seberang tak selesa bila datang kenduri dekat sini. “
Sekali lagi Daneen ketawa kali ini lebih kuat. Ahmad memandang Daneen pelik. Apalah yang lucu sangat tu. Bisik Ahmad di dalam hati.
“Ibu dengan ayah kalau nak tahu Daneen lah jadi Jannah waktu tu. “
Ahmad dan isterinya memandang sesama sendiri. Tidak percaya dengan apa yang mereka dengar dan apa yang mereka lihat sewaktu majlis itu.
“Biar betul kamu Daneen. Tapi macam mana.... “
Daneen membuka topi di kepalanya. Melepaskan rambutnya yang panjang sama seperti Nur Jannah. “Sama tak?” Soal Daneen.
Ibu Fiya dan Ahmad ketawa. “Lah kamu Daneen. Kenapalah waktu tu kamu tak berterus-terang dengan ibu dan ayah. Ya Allah betullah bang apa yang saya rasa waktu itu. Nur Jannah itu macam dekat sangat dengan saya. “
“Waktu tu tak bolehlah ibu Daneen nak berterus-terang. Lagipun semua kawan-kawan ada. “
Ibu Fiya mengangguk tanda mengerti.
Daneen memegang lembut tangan Ibu Fiya. Dibelai lembut tangan wanita yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya itu. “Ibu, Daneen nak minta sesuatu boleh? “
Ibu Fiya mengangguk.”Boleh sayang kalau ibu mampu. “
“Daneen bukan nak minta belikan apa-apa. Cuma Daneen nak minta ibu teman Daneen beli barang baby. Daneen tak siapkan apa-apa lagi. “
“Boleh. Esok kita ajak ayah pergi pekan cari barang-barang baby. “
“Lagi satu,Daneen malu sebenarnya nak cakap hal ini. Tapi boleh tak ibu dengan ayah ajar Daneen mengaji dan solat dengan sempurna. Selama ini solat pun hanya baca surah yang Daneen tahu saja. “
Ahmad memandang Daneen dengan senyuman yang lebar. Alhamdulillah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉