Boy dan Haniff menoleh ke arah pintu studio mereka apabila terdengar bunyi tolak menolak antara dua orang perempuan. Semua kru-kru ketawa terbahak-bahak akan kelakuan Zila dan Aisyah yang berebut-rebut ingin masuk terlebih dahulu berjumpa dengan Haniff.
Boy mencekak pinggangnya. Menambah bengangnya apabila melihat antara mereka ada wajah Zila. Apa dia nak datang ke sini? Aik? Takkan minat sesiapa pula dekat sini.
“Woi! Woi! Apa ni kecoh-kecoh datang studio aku. “ tegur Boy sambil berjalan ke arah mereka.
“Ish,tepilah.”Kata Aisyah dan Zila serentak seraya menolak tubuh Boy yang menghalang laluan mereka.
Mak aih! Kuasa perempuan sampai terduduk aku dibuatnya.Huh, apa yang dia orang rebutkan sangat di studionya ini. Boy bangun dibantu oleh Katty.
“Nyah, kenapa dengan perempuan-perempuan tu. Gila ke terjerit-jerit. “ bisik Katty.
“Mana aku tahu. Entah-entah dia cari kau tak nyah. Baik kau sembunyi cepat.” Kata Boy memandai-mandai. Sudahnya Katty mencari tempat bersembunyi dengan perutnya yang buncit itu.
“Boy, jangan bagitahu aku dekat sini. “ jerit Katty kepada Boy.
Boy menepuk dahinya. Bukan dia seorang yang tahu malah semua orang di studio ini tahu kalau dah menjerit mengalahkan petir dekat luar sana.
“Haniff I ada bawa lauk untuk you. I masak sendiri tau. “ kata Zila mengeluarkan mangkuk tingkat di hadapan Haniff.
“Alah entah-entah beli lauk-lauk tu semua. Tak fresh. Haniff sekarang waktu lunch. Jom teman I pergi makan.” Pujuk Aisyah sambil mengelipkan matanya berkali-kali.
“Hoi perempuan. Lauk aku bawa ni semua berkhasiat tau. Tepilah! “Zila menolak Aisyah menggunakan pinggulnya.
“Apa you ni.You, lah yang tepi. “ Aisyah menolak kembali Zila sehingga ada aksi tolak menolak kembali antara mereka. Haniff pula kaku melihat kejadian dua orang perempuan yang tiba-tiba berebutkan dirinya.
“Boy, kau pergi tegur perempuan-perempuan tu. Kang, Madam Chua datang lagi teruk kita kena. “ tegur Abang Manaf iaitu ketua pencahayaan di studio mereka.
Boy berjalan ke arah mereka berdua. Kalau suruh dia yang uruskan senang saja dia buat. Tarik rambut masing-masing lepas itu humban saja ke luar. Itu saja cara yang dia fikirkan sekarang.
Pap!
Mangkuk yang berisi kuah labu masak lemak bersama kacang panjang itu terlepas dari tangan Zila apabila Boy menarik tangannya. Habis kuah itu terkena wajah Boy yang jelas melihatnya dengan pandangan menyinga.
“Woi!!!!!! “Jerit Boy kuat. Keluar suara jantannya sambil merenung tepat ke arah Zila dan Aisyah yang jelas tergamam.
Semua kru-kru mengerumuni mereka untuk melihat apa yang terjadi. Haniff pantas mengambil kain untuk mengelap wajah Boy yang basah dengan kuah masak lemak. Aduh, kenapalah perempuan-perempuan ni? Kenapa dia orang buat kacau dekat sini?Dah tu tengok apa yang dah terjadi. Habis set mereka kotor dan apa yang buat Haniff tergamam ketika ini wajah Boy yang basah dengan kuah masak lemak itu. Dia lebih mengerunkan dari Madam Chua.
“Kau dua orang ni kenapa, hah? Terkinja-kinja datang studio aku. Kau orang tak ada kerja ke? Kau Aisyah! Buat apa datang sini? Bukan kontrak kau dah habis. “
Aisyah berdiri terkulat-kulat di hadapan Daneen. “Sorry Boy. I datang nak jumpa Haniff saja. “
“Kau ni siapa nak menyibuk! “ Zila menarik rambut Aisyah. Kemudian mereka bertengkar lagi.
“Panggil security halau dia orang ni keluar. Cakap dengan security haramkan muka-muka ni masuk studio aku lagi. Blah! “ Boy mengarahkan Haniff untuk memanggil security.
“We need to talk Daneen. “Zila memujuk.
Boy melepaskan pegangan Zila di tanganya. “Tak ada yang hendak kita bincang. Kau dah kacau kerja aku dekat sini. Aku harap kau faham. Baliklah jangan malukan diri kau dekat sini. “ Boy menolak Zila yang cuba memujuk dirinya.
“Daneen, please. We really need to talk.” Pujuk Zila bersungguh-sungguh.
“Okay, fine! Kau nak cakap apa ni? “ tanya Boy kasar sambil menyilangkan tangannya. Merenung Zila yang memakai dress labuh itu.
“I love Haniff and I can’t live without him. “
Aik? Takkan baru sekali berjumpa di Johor Bharu terus suka. Senang betul move on dari menyukai suaminya.But, baguslah at least dia kenal erti move on dari tak reti bahasa terhegeh-hegeh dekat suami orang.Tapi,masalah sekarang Haniff.Dia kenal lelaki itu. Bukan mudah untuk jatuh cinta.Suka perempuan memang ramai tetapi hendak letak satu dalam hati memang payah.
“Aku rasa pekara itu tak ada kena mengena dengan aku.And, aku bukan pemegang hati dia.So,kau nampakkan model tadi? Berebutlah dengan dia untuk dapatkan Haniff.Good luck,sis.” Boy menepuk bahu Zila.
Apa punya nasihat ni? Zila melihat Daneen yang berjalan ke arah muka pintu itu. Huh, jadi aku kena berebutlah ni. Baiklah! Aku akan pastikan yang Haniff milik aku. Aku takkan terlepas macam Anas. Just wait and see Daneen. Kata Zila yakin di dalam hati.
YOU ARE READING
Kawan Ke Kahwin!
RomansaKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉