Empat bulan kemudian...
Abbas Dani melempar kepingan gambar-gambar itu kepada anak lelakinya. Berombak kencang dada lelaki tua itu kerana geram dengan apa yang dilihat. Tidak sangka anaknya membelot begini. Selama ini dia begitu percayakan anak lelakinya tetapi di belakangnya dia ditikam dengan satu bilang pedang yang tajam.
Wajah Zimir yang terkulat-kulat itu dipandang bengis. Rasa amarahnya masih belum reda terhadap Zamani muncul lagi seorang yang disangka sudah mati dulu.
"Apa kau buat ni? "Soal Abbas Dani pada anak lelakinya.
"Buat apa, pa? " soal Zimir selamba walhal dia sudah tahu tujuan ayahnya memanggilnya ke bilik ini.
"Kau jangan pura-pura tak tahu. Aku tahu yang anak Zamani masih hidup. Kenapa kau tak beritahu aku? "
Zimir beriak biasa. Kalau pun dia tidak memberitahu ayahnya dia yakin ada orang-orang ayahnya yang akan memberitahu. Malaysia ini kecil saja. Dua tahun Daneen menyembunyikan diri sudah tamat kerana selepas ini ayahnya akan mulai mengejar dia semula.
"She's Anas wife. What do you expect me to do? Bunuh dia depan Anas. "
"Anas? Waiz Anas? " terkejut Abbas Dani mendengar berita itu. Kenapa tiada orang yang memberitahunya selama ini. Dan kenapa dalam banyak-banyak lelaki, anak sedaranya itu yang harus berkahwin dengan anak Zamani.
"Pa, sudah-sudahlah. Tak cukup ke berpuluh tahun kita kejar Zamani itu. Biarlah anak dia hidup tenang sekarang. "
"Ah, tak boleh! "Abbas Dani menepuk meja itu dengan kuat. "Kau ingat kalau Zamani mati hutang dia tertebus ke? Selagi keturunan dia masih hidup aku akan kejar sampai dapat. Dia berhutang bukan guna air paip! "
Zimir memandang ayahnya.
"Dah rogol bini Zamani pun masih tak tertebus? "
"Kurang ajar! "Satu tamparan hinggap di pipi Zimir. "Siapa yang beritahu kau semua benda ni semua, hah? Mesti budak pengkid tu yang dah buka cerita, kan? "
"Maknanya betullah kan? Kenapa, pa?"kata Zimir dengan suara yang mendayu. Tidak sangka pekara itu betul.
"Huh, mana ada harimau yang tolak bangkai. "
Zimir menggelengkan kepalanya. Tidak sangka ayahnya begitu. Selama ini dia tidak cakap yang dirinya baik tetapi dia tahu apa yang dia lakukan adalah salah. Dia benar-benar ingin berhenti dari melakukan semua ini.
"Pa, aku nak balik rumah mummy. " kata Zimir.
Abbas Dani merenung wajah Zimir. Dia tidak akan membenarkan pekara itu berlaku. Kalau pun anaknya hendak pulang ke London , dia akan memastikan anaknya mencari anak Zamani dan membunuh perempuan itu di hadapan matanya. Setelah itu barulah dia melepaskan Zimir hendak ke mana-mana.
"Boleh, tapi bersyarat. Aku nak kau bawa anak Zamani datang jumpa aku. "
Zimir menggeleng laju.
"No! Papa jangan buat apa-apa dekat dia. Tolonglah pa. "
"Kalau kau nak bebas itu saja syarat yang perlu kau patuhi. Kalau tak selagi itu kau perlu bekerja untuk aku. "
Zimir merengus kasar. Rambutnya dikuak ke belakang. Dia buntu.
"Kalau aku bunuh dia, Anas akan tahu. Kau ingat Anas bodoh nak biar orang bunuh isteri dia. Bukan setakat Anas yang tahu kerja kita ini tapi semua orang. Termasuk Mak Tok! " giliran Zimir pula mengugut ayahnya.
Abbas Dani menghamburkan tawanya. Dia sudah fikirkan akan hal ini lama. Dia tidak kisah ahli keluarganya tahu akan apa yang dia buat sekarang asalkan dia dapat hapuskan semua keturunan Zamani. Dendamnya akan terbalas melihat satu persatu keturan Zamani itu mati di tangannya.
"Kalau kau keberatan nak bawa dia jumpa aku, biar aku sendiri yang cari dia. Tapi waktu itu kau jangan menyesal. " Abbas Dani melemparkan senyuman sinis kepada anak lelakinya.
"Argh! " Zimir terus melangkah keluar dari dalam bilik itu.
Dian, kalau kau tak tolak cinta aku dulu, aku takkan jadi sekejam ini. Kenapa kau memilih Zamani untuk menjadi suami kau sedangkan lelaki itu hanya menyeksa hidup kau. Lihat apa jadi pada anak perempuan kau sekarang. Hidup dengan penuh penyeksaan disebabkan hutang-hutang suami kau.
Abbas Dani menyimpan semula gambar Dian di dalam lacinya.Kerana dendam dia menodai Dian tetapi kerana sayang dan kasihan dia terpaksa membunuh. Dia sudah tidak sanggup melihat tiap hari Dian dipukul oleh Zamani. Saban hari tubuh lemah itu di libas dengan tali pinggang sehingga tubuhnya yang dulu menawan penuh dengan kesan lebam dan parut luka.
"Aku minta maaf tapi aku takkan biar keturunan laki kau ada di muka bumi ni." Kata Abbas Dani sendirian.
Zimir menjerit sepuas hati di kaki gunung. Dia sudah penat hidup begini. Dia mahu hidup seperti orang lain. Hidup dengan normal bukannya begini. Dia sudah penat dengan apa yang dia lakukan. Dia sudah penat berahsia akan apa yang dia lakukan.
"Ahhhhh!!! "jerit Zimir kuat melampiaskan rasa di dalam hatinya.
Ada air mata yang mengalir di tubir matahya. Air mata yang saban hari mengalir mengenangkan hidupnya yang penuh dengan kegelapan yang dicipta oleh ayahnya sendiri.
Tangannya dilihat.Kesan darah yang sudah kering itu buat dia jijik dengan dirinya. Hari ini lima orang menjadi mangsanya. Darah yang terpercik pada tubuhnya seakan dia sudah lali. Bau hanyir darah itu seakan wangian pada hari-harinya.
Ya Allah berapa lama lagi harus aku tempuh untuk hidup begini. Aku sudah tidak tahan Ya Allah hidup dengan cara begini. Hidup yang saban hari mencederakan orang yang tidak mampu melangsaikan hutang.
Tatu pada lengannya digosok kuat. Bagaikan dengan cara itu boleh menghilang tatu yang sudah dibuat oleh ayahnya sejak dari dia kecil.
Abbas Dani! Lelaki yang disanjungi semua orang tetapi di sebalik wajah itu terdapat satu topeng yang menutup kejahatannya. Bijak sungguh dia menutup rahsianya selama berpuluh tahun.
DANEEN bangkit dari katilnya kerana terasa haus. Cawan yang sudah tersedia di tepi katilnya itu diambil. Lah, dah habis ke? Bisik Daneen sendiri dengan hampa. Nampak gayanya dia harus turun ke bawah.
Jam di dinding sempat dikerling. Masih awal lagi. Pasti Mak Munah masih di dapur. Bolehlah dia minta Mak Munah nenyediakan milo panas buatnya.
Sudah empat bulan Mak Munah kerja di rumahnya. Kalau dulu dia sering terkejut melihat wajah Mak Munah kerana parut yang terdapat pada wajahnya tetapi selepas mendapat tahu parut itu ditoreh oleh bekas suaminya dia jatuh kasihan. Mulai dari itu dia rapat dengan Mak Munah.
"Aduh, jatuh pula cawan ni. "Cawan plastik yang terjatuh itu cuba diambil oleh Daneen.
Perutnya yang sudah memberat itu dipaksakan juga untuk menunduk mengambil cawan itu. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa payahnya hendak membongkok sekarang. Usia kandungannya sudah berusia 34 minggu. Mengikut jangkaan lagi seminggu dia akan bersalin tetapi dia sudah bersedia bila-bila masa.
Anas yang sedang bersiap di hadapan cermin itu memandang isterinya yang sedang membongkok mengambil cawan. Dari daun pintu yang rengang itu dia melihat kepayahan Daneen hendak membongkok itu. Tapi kerana ego dia menahan dirinya.
Melihat isterinya hendak turun ke bawah, dia kemudian melangkah keluar dari bilik menyaingi langkah Daneen di tangga. Sengaja dia berbuat begitu supaya isterinya tahu dia hendak keluar malam itu.
"Abang nak keluar? " tanya Daneen pada Anas.Sejak dua menjak ini panggilan 'abang' itu sudah terbiasa kembali di bibirnya.
"Aku nak keluar jumpa Zimir. "
"Tapi dah malam ni. Ajaklah Zimir datang rumah saja. Saya dah cukup bulan ni kalau ada apa-apa susah nanti." Daneen mengingati Anas.
Anss berpaling ke arah Daneen.
"Mak Munah kan ada dekat rumah. Kalau apa-apa dia boleh call aku. " jawab Anas.
"Tapi saya rasa tak sedap hatilah. " luah Daneen.Sejak dari petang tadi dia mulai rasa tidak sedap hati. Bagaikan ada sesuatu akan berlaku.
Anas berasa tidak puas hati apabila Daneen menghalangnya untuk keluar. "Suka hati akulah nak keluar. Kau jangan menyibuk boleh tak? " kepala Daneen ditunjal oleh Anas. Sedikit lagi kepalanya hendak terhantuk ke dinding.
"Abang! " tegur Daneen apabila merasakan tindakan Anas itu melampau.
"Aku keluar dulu. "Anas terus meninggalkan Daneen. Muak dia melihat wajah itu. Menghitung hari untuk melepaskan isterinya itu bagaikan penyeksaan. Terasa lama benar Daneen hendak bersalin.
Daneen melihat bayang Anas sehingga keluar dari rumah. Kemudian dia menggelengkan kepala mengingatkan apa yang barusan Anas lakukan kepadanya.
"Anak ibu. Jangan susahkan mak ya malam ni. Papa keluar sekejap jumpa uncle Zimir. "
Dia rasakan perutnya mengeras. Kalau tidak kerana tekaknya dahaga malas dia hendak turun ke bawah. Dia ingin berbaring saja sekarang.
![](https://img.wattpad.com/cover/223377103-288-k402471.jpg)
YOU ARE READING
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉