Bab 6

894 29 1
                                    

Daneen membuka matanya perlahan apabila merasakan badannya panas berpeluh. Bilik yang hanya diterangi lampu meja dipandang oleh Daneen. Rasanya ini bukan bilik aku!  Eh, aku dekat mana ni?  Daneen kelam-kabut ingin bangun dari katil tetapi tidak berjaya apabila ada sesuatu menghalang badannya.

Daneen memandang ke arah kirinya. Anas? Lah,tangan dia ke yang berat macam kayu balak ni! Aduh,macam mana nak bangun ni? Kata Daneen geram.

Kipas yang berpusing lemah gemalai itu diperhati oleh Daneen.Lima kali pusingan...Tujuh kali pusingan....Sepuluh  pusingan...Argh,tak boleh tahan lagi ni.Panas giler!

“Anas...”panggil Daneen.Alamak!  Mana hilangnya suara aku?  “Anas! “ Panggilnya sekali lagi. Aduh, payahlah macam ini. Bukan dia tidak kenal dengan Anas. Kalau diletakkan bom belum tentu sedar.

Daneen mengangkat kepalanya. Terasa lemas pula dia sekarang ini. Kain lembab yang sudah berada di lehernya dialihkan. Ganas betul kau Daneen. Baik-baik Anas letak dekat dahi sampai ke leher perginya. Daneen ketawa sendiri.

Sekarang ada satu masalahnya. Macam mana dia hendak mengalihkan tangan sasa Anas ini dari atas perutnya. Tangan macam tangan hulk. Nasib tak hijau.

Tapi, Eh!  Sekejap!

Mana baju aku semalam?  Ini baju siapa?  Siapa yang tukarkan baju aku ni? Weh,.....

“Anas!!!! “Sekali tendangan Anas jatuh ke bawah katil. Daneen melihat suaminya yang mamai mengaru kepala.  Mungkin terkejut dengan tendangan tiba-tiba darinya.

“Apa ni Daneen.... “Runggut Anas kembali duduk di atas katil. Matanya yang masih mengantuk cuba dibuka.

“Kau.... Kau..... Siapa yang tukar baju aku?  Hah?  Jawab cepat! “

Anas mengerutkan dahinya. Apa yang isterinya cakap?  Sepatah apa pun dia langsung tidak dengar. “Apa yang kau cakap Daneen?  Aku tak dengarlah. “ kata Anas membuka lampu bilik. Rimas pula apabila bercakap dalam cahaya yang gelap.

Barulah dia dapat melihat wajah Daneen yang pucat berpeluh itu. Bibirnya sudah tidak lebam lagi seperti malam tadi.

“Anas, kau ke yang tukar baju aku? “ soalan yang sama diulang Daneen dengan suara yang serak. Tidak berpuas hati dirinya selagi Anas tidak menjawab.

Hah?  Anas mengerutkan mukanya. Dia yang pekak atau suara isterinya yang perlahan?

“Kau ni kenapa buat aku macam ini. Aku sakit tekak tau. Badan aku ni semua sakit-sakit tapi kau tak faham. Asyik hah, hah? Aku sakitlah Anas. “ Daneen mulai menangis apabila melihat Anas tidak kisah akan dirinya.

Anas yang melihat Daneen mulai menangis cuba mendekati. “Hey, kenapa kau menangis?  Aku bukan marah kau. “

“Kaulah. Aku sakit, aku haus kau tak kisah pun. “Balas Daneen lagi sambil teresak-esak.

Anas menarik tubuh Daneen rapat ke dadanya. Dia memang tidak mengerti kata-kata Daneen ketika itu dan dia juga buntu apabila melihat Daneen tiba-tiba menangis. Salah satu cara dia ingin memujuk adalah memeluk Daneen sama seperti dia  memujuk adik perempuannya  jika menangis.

“Lepaslah Anas.Kau bukan kisah pun pasal aku. “Kata Daneen beremosi pagi itu.

Barulah Anas mendengar suara Daneen yang serak itu. Padanlah dia tidak dengar rupanya isterinya itu sakit tekak.

“Kenapa kau cakap aku tak kisah pasal kau?  Aku kan, suami kau Daneen. “

“Tak, kau tak kisah pun pasal aku. Semalam aku sakit, lutut aku luka sebab jatuh tapi kau tak kisah pun pasal aku. “Daneen mengadu sakitnya pada Anas.

Anas tersenyum. Mengadulah ni kiranya?  Macam budak kecik isteri aku ni! 

“Daneen, kau ada masalah ke?  Kenapa kau menangis hal yang remeh-remeh macam ini. Cakap dengan aku kenapa ni? “

“Kau... Kau.... “Daneen mati akan kata-katanya. Dia tidak tahu kenapa dia harus menangis di depan Anas pagi itu. Cuma apa yang dia rasakan adalah dia harus menangis untuk meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya.

“Daneen? “Panggil Anas lembut. Wajah Daneen yang basah dengan air mata dilap kemudian rambutnya yang kusut masai dikuak kebelakang. “Pandang aku Daneen, cakap dengan aku. Apa yang terjadi semalam. Kenapa kau menangis ni? “wajah kecil Daneen dipegang oleh Anas.

Daneen menghembus nafas berat.

Ingatannya sudah kembali. Peristiwa semalam membuka kotak memorinya untuk mengingat kembali. Abah! Sofia!

“Daneen...... “Anas memegang tangan Daneen yang sejuk itu.

“Anas, aku nak air.Aku haus. “

“Sekejap aku ambilkan. Kau tunggu dekat sini aja jangan turun bawah. “

Daneen mengangguk.



GELAS yang berada di dalam shelf diambil oleh Anas kemudian ditiup sebelum menuang air suam ke dalamnya. Fikirannya memikirkan soal Daneen. Kenapa dia menangis teresak-esak begitu. Apa yang terjadi?  Soal Anas pada dirinya sendiri.

‘Kau ni kenapa buat aku macam ini. Aku sakit tekak tau. Badan aku ni semua sakit-sakit tapi kau tak faham. Asyik hah, hah? Aku sakitlah Anas.’ Ayat Daneen terngiang-ngiang di telinga Anas. Tidak pernah dia melihat Daneen menangis begitu. Takkan kerana luka sedikit di lututnya membuatkan dia menangis begitu?

Anas menggeleng kepalanya.Tak fahamlah dengan perempuan ni. Kata Anas di dalam hati.

Baru saja Anas ingin memusingkan badannya, ada satu suara menegur. “Lama lagi ke kau amik air tu? “suara serak itu menegur Anas.

“Astagfirullahalazim Daneen, terkejut aku! “Anas mengurut dadanya.

“Aku haus sangat tunggu kau ambil air. “Gelas di tangan Anas dirampas kemudian diteguk air di dalam gelas itu sehingga habis. Gelas itu dia hulurkan kembali pada Anas. “Aku nak lagi. “ pinta Daneen.

Anas mengambil gelas yang dihulurkan kepadanya. “Aku buatkan kau milo panas,ya.Badan kau sejuk sangat seram aku.”Anas cuba membuat lawak. Walaupun kedengaran hambar saja pada pendengaran Daneen.

Daneen melabuhkan punggung di kerusi bar sementara menunggu Anas membuatkan dia air.Kepalanya dibaringkan di atas meja sambil dialas menggunakan lengannya. Fikirannya termenung jauh mengingatkan hari semalam. Air matanya mengalir lagi tanpa disuruh.

“Abah.... Jangan buat Daneen macam ini.Daneen ni anak abah. “Kata Daneen mencuba melepaskan pelukan Zamani. Hembusan nafas kasar itu meng-hembus di telinganya membuatkan dia geli. Lidah ayahnya menjilat batang lehernya tanpa muak. “Abah... “ Daneen menolak tubuh ayahnya dari mendekati dirinya.

“Daneen, abah sayangkan Daneen. “ Zamani mencuba mendekati anak perempuannya lagi.

Sekali lagi tubuh Daneen dipeluk oleh Zamani. Nafasnya yang berbau arak membuatkan Daneen loya. “Abah..... “ jerit Daneen kuat lantas menolak badan ayahnya.

Daneen bingkas duduk tegak di kerusi bar itu. Peristiwa 13 tahun lepas terlayar di ruang matanya.

“Daneen, nah minum air ni. “Anas meletakkan mug di atas meja.

Daneen berdiri ingin pergi dari situ. Dia tidak mampu untuk berdepan dengan Anas. Dia takut dia akan menangis lagi. Dia tidak mahu Anas tahu akan masalahnya. Cukuplah lelaki itu sudah membabitkan diri akan masalahnya dulu. Dia tidak mahu lagi menambah beban lelaki itu.

“Kau nak pergi mana?  Minumlah air ni dulu. “Anas menarik lengan Daneen untuk duduk kembali.

Anas melihat diri Daneen yang kusut masai itu. Dia tidak suka melihat keadaan diri Daneen begini. Dengan bawah mata lebam seperti seharian menangis, kuku jari tangan hitam seperti anak kecil bermain dengan tanah. Rambut berbau hapak seperti seminggu tidak dicuci. Apa yang terjadi? Semalam pagi elok saja.

“Daneen, aku nak cakap sikit dengan kau.”

“Esok pagi ajalah. Aku mengantuk ni.“ Daneen bangun semula dari kerusinya.

“Daneen Ahna. Duduk! “Kata Anas tegas.

Daneen menghembus nafas kemudian kembali duduk.

“Kau ada apa-apa ke nak share dengan aku? “

Daneen memandang Anas. Air mata yang ingin mengalir ditahan. Tidak tahu kenapa setiap kali dia melihat Anas dia ingin menangis. Mulutnya ringan ingin bercerita hal yang sebenar tapi dia menahan diri. Dia sudah janji pada dirinya yang dia tidak mahu menyusahkan Anas lagi.

“Aku okay.”Jawab Daneen pendek.

“Sure? Aku tak pernah tengok kau ma..... “

Daneen memandang ke dalam mata Anas. “Aku okay!  Aku okay!  Aku okay Anas! “Jerit Daneen seraya menangis lagi. Anas terkejut dengan reaksi Daneen. Ah sudah, sawan ke bini aku ni? 

“Daneen, kalau kau okay kenapa kau menangis macam budak kecil ni. “

Daneen memandang Anas tajam.

“Salah ke aku menangis?  Aku tak boleh menangis?  Habis perempuan lain dekat luar sana aja yang boleh menangis?  Hah? “Daneen meninggikan suaranya.

Anas menghembus nafas kesal. Bukan dia tidak biasa dengan bahasa kasar isterinya itu mahupun  terkejut diherdik begitu cuma dia pelik kenapa isterinya sensitif akan pekara yang remeh begitu. Anas bangun dari duduknya.

“Daneen,....”Anas memegang bahu Daneen.”Kau pergi mandi lepas tu sembahyang.Kau tenangkan diri kau lepas itu cerita dekat aku apa yang terjadi.Ambillah berapa banyak masa untuk kau tenangkan diri. Aku tak paksa kalau kau tak nak cerita tapi jangan macam ini. “Kata Anas lembut.

Daneen memandang Anas yang sudah berlalu naik ke atas.


ANAS mengetuk pintu bilik Daneen perlahan. Beberapa saat menunggu dia mengambil keputusan untuk masuk saja memandangkan tiada suara sahutan dari dalam. Dia menatang dulang masuk ke dalam.

Susu dan roti bersama dengan jem nanas dibawa oleh Anas. Dia buntu hendak menyediakan sarapan apa buat isterinya. Apa yang ada di dapur itu dibawa saja ke bilik Daneen.

Bilik yang sederhana gelap itu dimasuk oleh Anas. Dia meletakkan dulang di atas katil sebelum menarik langsir untuk membenarkan cahaya matahari pagi menerangi bilik itu. Tingkap juga dibuka sama.Kemudian, dia memandang Daneen yang sedang termenung di tikar sejadah. Walaupun dengan muka yang pucat itu dia merasakan isterinya itu cantik mengenakan telekung.

“Assalamualaikum.... “Sapa Anas lembut di birai katil.

Daneen memandang Anas kemudian melemparkan senyuman nipis.  “Waalaikumsalam. “jawab Daneen dengan suara serak.

“Lapar tak? “Soal Anas.

Daneen bangun dari tikar sejadah.  Telekung yang dia gunakan dibuka kemudian dilipat. Dia melabuhkan punggung di sebelah Anas. “Aku tak ada selera nak makan. “Balas Daneen.

“Semalam kau tak minum pun air milo aku buat. Mesti perut kau lapar sekarang ni. “

Daneen diam tidak menjawab.

Anas binggung untuk mencari topik perbualan. Tidak pernah dia merasa kekok sebelum ini tetapi apabila melihat keadaan Daneen begini dia tidak tahu apa yang hendak dibuat.

“Daneen aku sapukan jem ni dekat...“

“Anas,boleh aku peluk kau?”potong Daneen.

“Hah? Errr....”kata-kata Daneen tadi membuatkan Anas terkedu.Dia memandang Daneen lagi.”Peluklah,” Anas berganjak sedikit mendekati Daneen.

Daneen yang melihat Anas keberatan hanya melentokkan kepalanya di bahu Anas. Air matanya yang tidak surut dari malam tadi mengalir lagi. Anas kaku.

“Kau okay? “

Daneen mengangguk.

Anas turut sama mengangguk tanda mengerti. Suasana di dalam bilik itu begitu canggung tambah-tambah Anas. Dia kaku berada dekat begini dengan Daneen.

“Semalam... “Daneen membuka mulut memulakan cerita. “Aku balik kampung,  jumpa ayah aku. “

Anas menelan liurnya. “Dia cakap apa? “

Daneen tersenyum kecil. “Dia dah tak ada. “

Tak ada?  Pergi mana?  Dah pindah rumah ke?  Atau.....

“Ya, dia dah meninggal dunia. Semalam keluarga Fiya yang uruskan jenazah arwah ayah aku. “

“Kau okay Daneen? “

“Aku okay Anas. Aku dah biasa hidup seorang. “

“Jangan cakap macam itu Daneen. Kan, aku dah janji nak jaga kau. Aku tak tahu  ayah kau meninggal semalam. Kalau aku tahu aku pergi uruskan pengebumian dia. “ Kata Anas rasa bersalah.

Daneen menggeleng kepala.

“Aku dah banyak susahkan kau, Anas. Aku tak nak susahkan kau lagi. “

Anas memegang wajah Daneen yang lembab dengan air mata itu. “Aku tak pernah rasa susah jaga kau Daneen. Kau dah jadi isteri aku jadi itu dah tanggungjawab aku untuk jaga kau. “ kata Anas sebelum menarik Daneen ke dalam pelukannya.

Enam bulan lepas dia memang marah apabila terpaksa menerima Daneen menjadi isterinya. Tapi, kerana kasihan dan rasa dia perlu melindungi Daneen dia cuba untuk hidup dengan gadis itu.  Dan, sampai sekarang dia tidak pernah rasakan hidupnya kosong seperti dulu. Sikap Daneen yang selalu ceria itu membuatkan hari-harinya penuh gelak ketawa. Walaupun perasaan untuk mencintai gadis itu belum wujud tapi dia ingin Daneen berada di sampingnya.




Kawan Ke Kahwin!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang