Pintu wad kecemasan itu langsung tidak dibuka sejak dari dua jam yang lepas. Kalau ada pun, jururawat yang silih berganti keluar untuk mengambil sesuatu. Anas sudah penat menunggu begitu juga yang lain.
Tangisan Daneen tadi buatkan hatinya merutum. Kalaulah dia tidak meninggalkan Daneen di rumah sendirian tadi semua ini pasti tidak akan berlaku. Darah yang membuak keluar buatkan dia benar-benar terpana. Dia tidak dapat bayangkan betapa sakitnya isterinya harus tanggung semua itu.
"Zimir,siapa yang buat isteri aku macam ini?"Anas terduduk menyesali apa yang berlaku.
Izz cuba menenangkan kawan baiknya. Dia ada di tempat kejadian tadi. Dia sendiri lihat bagaimana keadaan Daneen yang terkulai lemah saat diangkat oleh petugas hospital.
"Sabar Anas.Doa banyak-banyak in shaa Allah Daneen okay." Izz mengosok belakang Anas perlahan.
Fiya melihat keadaan Anas.Dirinya turut menangis melihat keadaan Anas begitu. Selama ini dialah yang paling banyak menuduh Anas atas kematian Daneen. Rupanya dalam diam lelaki itulah yang menjaga Daneen dengan baik. Maafkan aku Anas.
"Aku tak jaga dia betul-betul. Kalau aku dengar cakap dia tadi semua ini takkan berlaku. Daneen takkan sakit macam ini. Izz, kau nampakkan banyak darah Daneen yang keluar tadi. Anak aku Izz..... "Anas teresak-esak menangis.
Dia benar-benar menyesal. Selama berbulan-bukan ini dia langsung tidak pedulikan keadaan isterinya. Walhal anak yang di dalam kandungan Daneen adalah anak kandungnya sendiri. Dia membiarkan Daneen pergi ke klinik sendiri. Sakit pening Daneen dia tidak endahkan. Suami jenis apa dia ini?
"Anas, sekarang aku jadi tamak. Aku tak dapat teruskan hidup kalau terpaksa berpisah jauh dari kau. "
"Anas.... "Daneen bangun sambil terhencut-hencut. “Aku,kan dah cakap yang aku tak nak kongsi kau dengan sesiapa termasuk dia. “Daneen menunjuk ke arah Zila. “Sampai hati kau nak kahwin lagi. Sampai hati kau Anas! “Jerit Daneen sambil menangis teresak-esak.
“Kau ingat aku tak tahu kau yang rancang semuanya dari awal. Kau perangkap aku jadi suami kau untuk senangkan diri kau. Aku dah tahu semuanyalah Daneen dan aku tak sangka maruah kau lebih hina dari pelacur dekat tepi jalan tu. Berambus kau dari sini. Aku tak ada isteri yang tak ada maruah macam kau! “ sekali lagi tubuh Daneen ditolak.
"Tak ada guna kau buat macam itu sekarang. Semua orang dah benci aku. Semua kawan-kawan aku dah tak percayakan aku. And sebab aku selamatkan kau malam itu aku kena kahwin dengan kau. Dan anak dalam perut kau tu! What have I done. I'm not suppose to love you before. "
Daneen senyum segarit.
"Tak lama lagi semuanya berakhir. Sebelum aku 'pergi' aku akan betulkan semuanya. " Daneen menepuk perlahan bahu Anas.
Anas mengingati semua kenangan lama. Dia tidak sedar selama ini Daneen begitu baik dengannya. Tidak pernah sekali Daneen ingkar selama menjadi isterinya. Selalu bersabar akan sikapnya walaupun apa yang dia katakan kasar.
"Daneen sayangkan abang.... " ayat keramat itu buatkan air mata Anas nenitis laju. Tersengut-sengut badannya menahan esak tangisnya.
Pintu bilik kecemasan itu dibuka dari dalam. Beberapa orang yang memakai kot berwarna putih melangkah keluar. Anas serta yang lain segera mendekati salah seorang doktor di situ.
"Macam mana keadaan isteri saya doktor? "
"Alhamdulillah Puan Daneen selamat melahirkan bayi perempuan. Tapi,... "
"Tapi apa doktor? " gesa Anas.
"Tapi keadaan dia sangat lemah kerana kehilangan banyak darah. Saya dah beritahu nurse untuk masukkan satu beg darah kemudian pantau keadaan dia macam mana. Buat masa sekarang isteri Encik cuma perlukan rehat. "
"Alhamdulillah. "Ucap semua di situ tanda syukur begitu juga dengan Anas.
"Saya boleh tengok isteri saya sekarang ke doktor? "
"Belum boleh lagi Encik. Tunggu dia dimasukkan ke dalam wad ya. "
Anas mengangguk tanda mengerti. Dia bersyukur ke hadrat ilahi kerana permudahkan segalanya. Alhamdulillah hari ini dia menimang cahaya mata perempuan. Dia tahu isterinya seorang yang kuat.
"Maaf, saya mencari suami kepada Daneen Ahna binti Zamani. "Kata salah seorang anggota polis.
ZIMIR mendekati Anas yang sedang duduk di bangku taman hospital itu. Dia tahu pasti berita yang sepupunya dengar tadi buatkannya terkejut. Sudah lama dia ingin memberitahu hal yang sebenar kepada Anas tetapi dia tidak jumpa waktu yang sesuai sehinggalah ke hari ini.
"Anas, boleh aku duduk?" tanya Zimir perlahan.
Anas memandang Zimir.
"Hurm. "balas Anas pendek.
Zimir menghembus nafas perlahan. Pagi ini ayahnya sudah diberkas di rumahnya begitu juga dengan beberapa orang anak buahnya yang terlibat. Dia tahu masanya sudah tidak lama berada di sini. Dia ke sini pun hanya untuk meminta maaf kepada Anas sebelum dia menyerah diri pada polis.
"Anas aku tak tahu nak mula dari mana. Aku bersalah sangat pada kau. Terutamanya Daneen. Bertahun-tahun aku dan ayah aku seksa dia sampai dia hilang mak dan ayah dia. "
"Sebab aku dan ayah aku juga, kau terpaksa hadap semua ini. Kau terpaksa kahwin dengan dia. Kau terpaksa hilang semua..... "
"Semua dah tertulis. "Jawab Anas sambil menyeka air matanya yang mengalir. "Aku marah dia bila dia cuba beritahu aku hal yang sebenar. Aku halau dia dari rumah sebab tuduh Pak Lang yang cuba bunuh dia selama ini. Aku tinggalkan dia seorang diri walaupun aku tahu nyawa dia dalam bahaya dan yang paling aku tak sangka bahaya yang selama ini aku takutkan ada depan mata aku saja. "Anas memandang Zimir.
Zimir menundukkan wajahnya. Dia tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan Anas setelah apa yang berlaku. Hampir nyawa Daneen melayang dek kerana tindakan bodoh ayahnya sendiri. Mujur tembakan itu terkena di lengan.
"Aku baru tahu Danny masih hidup bila dia balik rumah sewa dia dulu. Tapi sumpah demi Allah, niat aku waktu itu memang nak selamatkan dia. Aku rasa dah cukup dia menderita selama ini. Tapi aku tak tahu dia isteri kau Anas. "
Anas tertawa kecil.
"Aku tak sangka pak cik yang selama ini aku sanjung adalah seorang pembunuh. Dan kau seorang kaki pukul yang berjaya memperdayahkan semua orang dengan muka suci kau tu. " naik satu oktaf suara Anas.
"Aku tak ada pilihan untuk lari dari ayah aku sendiri. Percayalah tak ada siapa yang nak abdikan diri untuk hidup macam ini Anas. "
"Kenapa kau tak berterus-terang selama ini. Kenapa kau biar aku seksa isteri aku sedangkan kau tahu dia tak bersalah. "
"Aku cuma mampu selamatkan dia dari ayah aku. "
Anas meraup wajahnya kasar kemudian menghembus nafas berat. Subuh tadi lama dia bersujud kepada Allah supaya memberikan dia kesabaran yang tinggi untuk mengadap semua ini. Dia manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Tipulah kalau dia tidak marah bila mengetahui yang keluarganya sendiriyang cuba membunuh Daneen.
"Pergilah Mir. Aku tak boleh tengok muka kau sekarang. Aku perlukan masa untuk semua ini. "
Zimir terus memeluk tubuh Anas. "Aku takkan ada lagi selepas ini. Aku nak minta maaf banyak-banyak pada kau walaupun aku tahu kesalahan aku langsung tak boleh dimaafkan. Aku akan serah diri pada polis pagi ini dan kalau kau jumpa Daneen sampaikan maaf aku pada dia. " Zimir meleraikan pelukannya. Wajah Anas dipandang begitu juga dengan Anas. Sekejap mereka berpandangan sebelum Anas mengalihkan pandangannya. Zimir mengerti. Kalau dia di tempat Anas pun dia akan lakukan hal yang sama.
Izz berjalan perlahan mendekati Anas. Dari jauh dia memandang Anas dan Zimir berbual. Dia tidak mahu menganggu kerana dia tahu pasti ada sesuatu yang Zimir ingin katakan pada Anas setelah apa yang terjadi.
"Anas, kau okay? "Izz melabuhkan punggungnya di sebelah Anas.
"Aku buntu Izz. Tak tahu pada siapa aku nak luahkan semua ini. "Luah Anas kecewa.
Izz memeluk bahu Anas.
"Perbuatan aku langsung tak boleh dimaafkan Izz. Aku salahkan Daneen sebab perangkap aku untuk berkahwin dengan dia. Padahal salahnya kecil saja berbanding apa keluarga aku dah buat pada keluarga dia sejak dari kecil lagi. Keluarga aku yang bunuh mak ayah dia ,Izz. "
Izz cuba menenangkan sahabatnya itu.
"Jangan cakap macam itu Anas. Bukan salah kau semua ini berlaku. Kau tak tahu apa-apa. "
"Aku tak bagi Daneen peluang untuk cakap hal yang sebenar. Selama ini aku turutkan ego aku untuk terus menghukum dia. "
"Sabar Anas. Semua yang berlaku ini pasti ada hikmah. Selepas ini jagalah Daneen baik-baik. Allah dah hantar kau untuk jaga dan beri kebahagian kepada Daneen. Jangan ulangi kesilapan yang sama. Perbaiki mana yang kurang dengan kasih sayang dan cinta. Daneen seorang pemaaf. Percayalah dia takkan tinggalkan kau."
Anas mengangguk.
DANEEN yang sedang menyuap makanan ke dalam mulut berhenti berbuat begitu apabila Anas melangkah masuk ke dalam wadnya. Wajah Anas yang suram itu dipandang. Dia tahu apa yang terjadi kerana di ceritakan Fiya tadi.
Anas melabuhkan punggung di kerusi sebelah Daneen. Perlahan-lahan tangannya mencapai tangan Daneen lalu dicium lama. Sekali lagi air matanya mengalir deras sehingga basah tangan Daneen.
Perlahan-lahan Daneeen mengusap belakang kepala suaminya itu. Dia sudah lama memaafkan Anas. Tidak perlu suaminya melutut menangis begini. Dia tahu selama ini Anas tidak bersalah. Semua yang berlaku ini cuma salah faham antara mereka.
"Daneen aku tak nak kehilangan kau. " kata Anas dalam esak tangisnya.
"Apa dia? Tak dengarlah? "sengaja Daneen berbuat begitu.
Anas mengangkat kepalanya memandang ke dalam mata Daneen. Lantas satu ciuman hinggap di dahi Daneen lama. Hangat rasa ciuman itu kerana Daneen rasakan keikhlasan suaminya itu.
"Maafkan abang sebab cuai jaga sayang selama ini. Maafkan abang sebab ego tak bertempat. Dan maafkan abang sebab tak sedar selama ini banyak dah terguriskan perasaan sayang. "
Daneen menarik tangan Anas.
"Saya masih bahagia selagi bersama abang. Pekara yang lepas tak payah difikir. Segala kekurangan selama ini saya terima dan anggap itu hukuman buat saya. Maafkan saya sebab buat rancangan perangkap abang untuk berkahwin dengan saya. Maafkan saya juga sebab paksa abang untuk jaga saya. Dan maafkan saya juga sebab terlanjur cintakan abang. "
Anas ketawa kecil.
"Abang tak rasa ayat terakhir itu satu kesalahan.Dan abang tak rasa menjaga sayang dulu pun satu kesalahan. "
"Tapi perangkap abang untuk kahwin dengan saya satu kesalahan, kan? "
Anas mengangguk.
Daneen menghembus nafas lemah. Kesalahan yang takkan boleh dimaafkan.
"Salahnya sebab sayang tak berterus-terang. Kalau malam itu sayang minta abang kahwin dengan sayang abang boleh saja. Terima kasih sebab tunaikan impian abang. "
Hah?
"Impian apa? "
"Semua orang ada impian dia sendiri dan salah satu impian abang dulu adalah tukar sayang ni...."Anas menunjukkan diri Daneen. "Menjadi seorang perempuan dan bila abang dah berjaya abang nak kahwin dengan sayang. "
"Abang! "Daneen memukul lengan Anas. "Sampai hati buat impian macam itu tak bagitahu sayang. Kalau bagitahu awal-awal kan senang. Dah lama kita kahwin. " Daneen tergelak dengan kata-katanya sendiri.
"Cepat ke lambat ke I'm still yours. "
Daneen mencemik.
"Doktor Melisa tu nak letak mana. " sindir Daneen.
"Mel skandal abang. Sayang isteri abang. "gurau Anas.
Daneen menarik mukanya. Huh, lelaki memang tak cukup dengan satu. Tak apa. Nanti lepas berpantang aku nak belajar dengan mak tok macam mana jadi bergetah macam dia. Siang malam aku pakai kebaya lepas ini. Siap kau Anas! Bisik Daneen di dalam hati.
"Tak apa.Lepas ini abang pun nak lepaskan saya kan. "
Anas terpukul dengan kata-kata Daneen itu.
"Daneen, percayalah aku tak maksudkan pun apa yang aku cakap selama ini. Kau ingat aku boleh hidup ke tanpa kau. "
Auch! Terharunya.
"Halah gua tahulah lu cinta sama gua. Saja gua test tadi! " kata Daneen kemudian menumbuk perlahan lengan suaminya itu.
"Eh, back to Daneen. Tarik nafas hembus. Tak mau jadi Danny! "Anas mengusap kepala Daneen sehingga terhambur tawa mereka di dalam wad itu.
Pintu biliknya terbuka. Daneen dan Anas melihat siapa yang datang melawat. Daneen kemudian tersenyum lebar apabila semua kawan-kawanya datang melawat.
"Nok, kau dah bersalin. Boleh juga kau bersalin, ya. "Kata Katty dengan jari-jemarinya terkibas di udara.
"Yalah nok dah aku perempuan. " balas Daneen.
"Nyah, nasib dia sedar diri yang selama ini dia perempuan. "Kata Katty kepada Haniff.
Haniff dan Zila berpandang kemudian tersenyum. Mereka berdua pun sudah bertunang dua minggu lepas. In shaa Allah hujung tahun ini akan mengadakan majlis perkahwinan.
"Ish, siapa bapuk tua ni. Tepilah sikit! " kata Maira kemudian menolak Katty yang berada di tepi katil Daneen.
"Eii choi mulut tu. Aku cili baru tau. " marah Katty.
"Hah, ingat aku takut."balas Maira tidak mahu kalah. Amal sudah menarik isterinya itu. Binggung dia sudah ada anak satu pun perangai masih tidak berubah.
Bunyi tangisan baby itu meriuhkan lagi suasana. Anas mengangkat anak perempuannya dibantu oleh Fiya. Selesai mengazankan anaknya itu dia membawa dekat kepada Daneen.
"See, dia ikut muka abang. "
"Abang? " Izz, Fiya, Maira dan Amal bersuara serentak.
"Sayang pun rasa dia ikut muka abang. Comelnya. "
"Sayang? "Mereka sekali lagi serentak berkata.
"Ish, naik bulu roma aku Danny bila kau.... "
"Aip, nama dia sekarang Daneen! No more Danny! Aku kerat lidah kau panggil dia Danny. " marah Anas.
"Eh Boy sejak bila kau tukar nama. " giliran katty pula bersuara.
"Hah, no Danny no Boy! Call her Daneen. She's my wife okay!"
Fiya memeluk Daneen erat. Melepaskan rasa rindunya selama ini.Begitu juga Maira dan Zila.Alhamdulillah semuanya sudah selesai sekarang.
"Daneen, aku gembira sangat dapat jumpa kau lagi. "Fiya mencium pipi Daneen lama.
Maira pun melakukan hal yang sama. Dua tahun tidak bertemu rasa rindunya terubat melihat Daneen sekarang. Dia sedar tanpa Daneen dulu hidupnya kosong. Walaupun dialah paling banyak bertengkar mulut dengan Daneen tapi itu semua dulu. Ternyata dia lebih menghargai Daneen bila orang itu tiada
"Jangan cium pipi dia lama-lama. Dia aku punya tau. "Kata Anas.
Zila, Fiya dan Maira membuat muka gelinya. Menyampah dengan kata-kata Anas itu.
"Ish menyampahnya. Dulu kau juga tak suka dekat dia. Sekarang over pula. " kata Maira selamba.
Daneen menggelengkan kepala. Perangai Maira yang suka bercakap lepas itu masih tidak berubah. Dia kemudian memandang Anas. Satu kenyitan mata dihadiahkan pada suaminya itu.
"Assalamualaikum."sapa Mak Tok Maznah serta keluarga Anas.
Semua kawan-kawannya memberi ruang kepada keluarga Anas untuk duduk dekat dengan katil Daneen. Daneen pula membetulkan duduknya untuk bersalaman dengaan keluarga mertuanya.
"Hang sihat dak Daneen? " tanya Mak Tok?
"Sihat mak tok. Alhamdulillah. " Daneen melemparkan senyuman.
Mak Tok meraba kaki Daneen sebelum dia menjerit kecil. Semua di dalam wad itu terdiam begitu juga anak Daneen dan juga Anas.
"Kenapa tok? " tanya Anas cemas.
"Awat hang tak serlum stoking? Anas awat tak bagi bini hang serlum stoking. Kalau masuk angin macam mana. Ish lah hangpa berdua ni. " omel Mak tok.
Semua ketawa.
"Tok ni buat terkejut Anas je. Adalah stokin dalam laci. Tadi Daneen pergi tandas dia buka sekejap."bohong Anas walhal dia tidak tahu menahu.
Daneen tersenyum memandangnya.
"A'aah lah tok. Daneen pergi tandas tadi. "
"Tak kiralah hang pergi tandas ka apa ka. Serlum stoking ni wajib. "
"Oit katak kau terbang oit katak. " latak Katty apabila mak tok terlanggar kakinya.
"Mana katak mai sini aku katoq dia. " sambut mak tok sama.
Riuh wad Daneen siang itu dengan gelak ketawa. Daneen memandang semua yang melawatnya hari itu. Dia rindukan suasana berkumpul begini. Tidak sangka dia masih berpeluang merasai semua ini.
"Daneen apa nama baby tu? " tanya Zila.
"Jannahtul Alisya. "Jawab Daneen dan Anas serentak.
"Jannah? Hah, siapa Nur Jannah tu? Kau ke beb? " tanya Fiya.
Daneen membuat isyarat supaya menyuruh Fiya memperlahankan suaranya. Khuatir kalau mak tok tahu akan hal itu.
Daneen kemudian mengangguk mengiyakan.
"Lah! " Fiya dan Maira berkata.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Ke Kahwin!
RomansaKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉