“Weh, nanti tutup semua lampu. Aku balik dulu. “Pesan Haniff kepada Boy yang sedang menyiapkan kerja mengedit gambar-gambar yang diambil tadi.
“Okay! “ balas Boy tanpa memandang Haniff yang ingin pulang itu.
Haniff menuruni anak tangga ke bawah. Hujan lebat malam itu membuatkan Haniff mengosok perlahan kedua lengannya. Jaket kulit yang dipakai ditanggalkan. Sayang kalau terkena hujan. Bisik hati Haniff.
Baru saja dia ingin berlari ke arah keretanya yang terpakir selang beberapa kereta yang lain, dia telihat Aisyah yang sedang berteduh tidak jauh darinya. Dia tersenyum memandang gadis itu. Inilah peluang dia untuk mendekati gadis itu. Kalau ada si Boy itu memang tak ada chan.! Kutuk Haniff di dalam hati.
Haniff melangkah setapak ingin mendekati Aisyah tetapi langkahnya terhenti selepas melihat seorang lelaki membawa payung buat Aisyah yang sedang berteduh itu. Niatnya ingin mendekati Aisyah dibatalkan. Dia melihat lelaki itu memayungi Aisyah sehingga ke kereta mewahnya. Dari jauh Haniff rasakan lelaki itu Nick.
“Melepaslah kau Haniff....”kata Haniff pada dirinya sendiri kemudian berlari menuju ke arah kereta BMW hitam miliknya.
DANEEN melihat jam di dinding. Pukul 10 malam. Oh, awal lagi. Bisik Daneen sendiri kemudian matanya terbuka luas. Sekali lagi dia melihat ke arah jam dinding itu. Tidak berpuas hati jam G-shock hitamnya dikerling. Sah!
Telefon bimbitnya rakus diambil di atas meja. Skrin dinyalakan. Melihat 3 missed call dari Anas sudah membuatkan jantungnya berdegup kencang. Ah, sudah! Mesti lelaki itu risau.
Pantas dia mengambil keputusan untuk menelefon suaminya itu memberitahu.
“Hello, Anas. Ada apa kau call aku? “ suaranya beriak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Mendengar suara yang riuh di hujung panggilan Daneen mengagak suaminya itu belum tidur lagi.
“Hah, Daneen. Aku call tadi kenapa tak angkat?”soal Anas kembali.
“Aku tengah buat kerja .Tak perasan kau call aku. “
Tanyalah kenapa aku tak balik lagi.... Cepatlah!! Haih, takkan tak risau isteri kau belum balik dah larut malam ni. Bisik Daneen di dalam hati. Dia mengigit kuku jarinya menanti pertanyaan Anas.
“Oh, dekat luar tengah hujan lebat. Kau tunggu teduh dulu baru balik. Anyway, belikan aku maggi goreng mamak dekat tempat biasa. Aku laparlah. “Adu Anas pada Daneen.
Daneen memejam matanya rapat. Serasa kepalanya berasap saat mendengar suruhan suaminya itu. Ada ke patut tunggu hujan teduh baru boleh dia balik. Apa ke salahnya jika dia yang menjemput aku balik? Haih, dah tu suruh singgah kedai mamak pula. Dia ada kereta pergilah sendiri! Hamun Daneen di dalam hati.
“Baiklah kanda. Dinda balik bila hujan dah teduh. Kanda tunggu dinda, ya. “ kata Daneen sinis.Mukanya dicemekkan.
“Dinda suruh mamak tu tambah ayam, ya. “Kata Anas sambil ketawa kemudian mematikan talian.
Daneen mendengus kuat sambil mencampak telefonnya di atas meja. “Dinda abah kaulah Anas!! “ jerit Daneen geram kemudian berjalan ke pantri untuk mengambil air.
Tingkap di bahagian dapur dibuka untuk melihat hujan kalau kalau sudah teduh. Tidak sampai seminit dibuka, Daneen menutup kembali tingkap itu. Hujan ditambah dengan angin yang kuat itu membuatkan tubuhnya mengigil. Macam mana nak balik ni? Mahu mahu sampai ke pagi hujan begini. Kata Daneen sendiri.
Sedang Daneen ralit menikmati Nescafe panas sambil merenung ke luar tingkap tiba-tiba telinganya menangkap bunyi pintu studionya yang cuba dibuka dari luar. Siapa? Katty? Haniff? Tak mungkin mereka datang semata-mata ingin mengambil barang tertinggal. Atau? Hah? Daneen menekup mulutnya.
YOU ARE READING
Kawan Ke Kahwin!
Roman d'amourKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉