Sofia termenung jauh memandang dirinya melewati cermin. Hari ini sepatutnya menjadi hari bahagia buatnya tetapi kenapa hatinya begitu sakit. Sakit yang serasa mencucuk-cucuk ke dalam hatinya. Seminggu yang lalu dia sudah melupai Izz tetapi kenapa hari ini lelaki itu muncul lagi di fikirannya.
Inai dijari sudah dipakai. Baju songket sudah tersarung. Tinggal wajahnya saja sedang disolek oleh Maira. Lincah tangan ibu beranak satu itu mewarnai wajahnya yang pucat lesi sejak malam tadi. Tiada raut wajah gembira di wajahnya.
Hari ini buat pertama kali dia berjumpa Rayyan setelah beberapa kali berhubung melalui talian. Banyak kali juga tunangnya itu datang ke rumahnya membantu keluarganya membuat persiapan tetapi dia saja yang ego tidak mahu bertemu. Dia tidak bersedia.
“Kau okay Fiya? “Tanya Maira yang sedang merapikan selendang yang dililit di kepala Sofia.
Sofia senyum segarit.
“Kalau aku tak okay pun kena teruskan majlis ini juga, kan? “
“Kau ada apa-apa nak share dengan aku ke? “Maira memegang lembut tangan Sofia.Pertama kali dia menyolekkan pengantin yang tidak berseri-seri wajahnya seperti Sofia. Wajah gadis itu menggambarkan segalanya. Dia tahu Sofia tidak suka dipaksa berkahwin begini tetapi dia tidak mementingkan diri sendiri. Demi keluarga dia menerima semuanya.
“Tengku Rayyan...Kau rasa anak Tengku macam dia layak ke untuk perempuan kampung macam aku ni? “
Maira menggeleng kepala. “Fiya, kalau dia tak boleh terima kau kenapa dia datang meminang kau? Keluarga dia semua baik-baik Fiya. “
Sofia menghembus nafas.
“Lepas ni kau dengan Amal pergi rumah Izz pula ke? “ berat mulutnya saat menyebut nama lelaki yang pernah bertahta di hatinya.
Maira menggeleng. “Dia tak jemput buat apa aku nak datang. “jawab Maira terkilan apabila Izz tidak mengundang nya. Suaminya juga ada berbual dengannya soal Izz. Kebelakangan ini Izz selalu sibuk dan perangainya berubah. Tidak lagi berhubung. Jika perlu saja barulah dia menghubungi Amal.
“Tak jemput? Kau biar betul Maira? “ tanya Sofia tidak percaya.
“Yalah, alah apa nak diherankan Fiya. Keluarga dia orang ada-ada. Mungkin majlis kahwin dia untuk keluarga dan kawan-kawan yang rapat saja. “ Maira menyedapkan hati.
Sofia mencemik.
Dasar berlagak sama macam Anas. Mentang-mentang mereka dari keluarga yang senang sesuka hati saja mencampak kawan-kawan yang susah senang bersama ini seperti anjing kurap. Ish, geram pula dia.
“Bersyukurlah aku tak kahwin dengan Izz tu. Kalau tak entah-entah keluarga dia pun tak kasi jemput korang. “ Fiya ‘membawang’ bersama Maira.
“Betul.”Maira bersetuju dengan kata-kata Sofia.
“Amboi bergosip tak sudah. Dah siap belum? Rombongan pengantin lelaki dah sampai tu. “Tegur ibu Sofia di muka pintu. Dia melihat anak perempuanya yang cantik disolek oleh Maira. Walaupun sedih kerana sudah tiba masanya dia melepaskan Sofia tetapi dia tetap tersenyum. Dia tidak mahu menjadi perosak untuk hari bahagia anaknya.
Apabila ibunya memberitahu yang pihak lelaki sudah sampai tiba-tiba hatinya berdebar. Agaknya inilah yang dirasakan oleh setiap pengantin perempuan. Nama Izz sudah dia padam sekejap tadi dan sekarang nama yang harus sentiasa di fikiran dan hatinya adalah Tengku Rayyan. Bakal suaminya.
“Ibu, Fiya kena keluar ke? “Soal Sofia sebelum ibunya menutup pintu.
“Kalau kamu duduk di dalam siapa yang hendak berkahwin dengan kamu. “ seloroh ibu Sofia diikuti dengan tawa Maira.
Sofia memuncungkan mulutnya. Yalah! Yalah!
DONE! Zila membuka pintu membenarkan Anas dan Haniff masuk ke dalam bilik Daneen. Akhirnya selepas dua jam dia berperang dengan Daneen di dalam bilik semuanya siap seperti yang dia bayangkan. Perfect! Zila memuji dirinya.
Anas dan Haniff melangkah masuk ke dalam bilik Daneen. Terbeliak biji mata mereka saat melangkah masuk ke dalam bilik itu. Awalnya tadi semuanya rapi saja bilik ini kenapa sekarang seperti dilanggar badai yang kuat.
“Mak aii.... Ini bilik ke reban ayam. “ kata Haniff celupar.
Mata Anas tertumpu kepada perempuan yang duduk di meja solek itu. Baju kurung berwarna biru lembut elok tersarung di tubuhnya. Perlahan-lahan Anas mendekati isterinya. Melewati cermin Anas memandang wajah Daneen.
“Cantik, kan? “Zila bertanya kepada Anas.
Anas diam seribu bahasa saat matanya bertentang dengan Daneen melalui cermin. Kelihatan Daneen begitu berbeza dengan apa yang dia lihat hari-hari. Ini isterinya ke?
“Apa hal kau terlopong macam tu? Ish, aku dah cakap dah Zila. Dia orang ini akan gelakkan aku. Tengok Anas dah macam patung cendana. Yang si Haniff ini pula mulut terlopong macam pintu gua. Huh,rimas.”Daneen menarik kain baju kurung ke paras lutut sambil sebelah kakinya diletakkan di sisi katil. Gayanya seperti seorang gangster.
“Wooohhh sayang.Dah cantik-cantik pakai baju kurung sopanlah sikit.Malu Haniff tengok.”Anas menurunkan kaki isterinya yang berada di sisi katil. Kemudian kain yang terangkat sedikit itu dibetulkan.
Zila ketawa terbahak-bahak dengan perbuatan Daneen sebentar tadi.Gaya dah macam gadis melayu terakhir dah tapi perangai tak boleh blah! Bisik Zila di dalam hati sambil menggelengkan kepalanya.
“Cantikkan Daneen? “ Zila menyiku Haniff yang diam tidak memberi sebarang komen itu.
“Erm, lawa-lawa. “Haniff mengaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana muka yang dulu macam Remy Ishak berubah jadi Scha Al-Yahya hari ini. Ish, betul ke Daneen ni?
“I potong rambut dia sampai paras bahu. You tak kisah,kan Anas?” Zila meminta pendapat Anas.
Anas meneliti wajah isterinya di sebelah. Ya, baru dia perasan rambut Daneen yang panjang dulu sudah dipotong sehingga ke paras bahunya. Erm,jujur dia suka akan potongan rambut ini berbanding rambut yang yang panjang dahulu. Kelihatan lebih kemas dan fresh!
“Cantik! Look very polite and humble.” Komen Anas
Daneen membuat muka. “Habis aku rambut panjang macam rupa apa?” Tanya Daneen kepada Anas.
“Macam bontot kuda. “Laju Haniff memotong.
What!!!
Anas gelak sinis. “Wah, bukan main kau kutuk bini aku macam bontot kuda. Kau tak tahu dulu lagi teruk dari bontot kuda. Kau apa tahu? Aku yang berkawan dengan dia dari kecik. Ekor gajah pun lagi lawalah. “ Anas join sekaki mengutuk Daneen.
Haniff menampar tangan dengan Anas. Yay, ada geng nak bahan Daneen lepas ini.
“Ekor gajah, ya Kanda? Muka ekor gajah ini juga yang kanda suka sekarang. Padan muka kau. “Daneen memulang paku buah keras kepada Anas.
“Alah dinda. Sekarang muka dinda dah cantik. Lebih cantik dari kucing parsi. Senyumlah sikit. “
Haniff loya melihat pasangan baru bahagia di depan matanya sekarang. Argh, what happens Daneen? Asal kau macam perempuan sangat ni. Kutuk Haniff tidak suka dengan sikap Daneen sekarang. Tapi, dalam diam dia senang apabila Daneen sudah berkahwin.Dia yakin Anas tidak akan pernah menyakitkan hati kawan baiknya ini.
“Eh, jomlah. Dah pukul berapa ni. Kang, lambat pulak sampai. Pengantin pun dah bersanding. “
“TENGKU Izz Rayyan bin Tengku Mustafa... “Kata Tok Kadi sebelum mengoncang tangan.
“Ya saya.... “Suara garau itu bersuara.
Tersentak Sofia mendengar suara itu. Dia langsung tidak mengangkat mukanya memandang bakal suaminya yang duduk di hadapan Tok Kadi itu. Dia belum bersedia lagi. Mana larinya kekuatan dia tadi di dalam bilik. Air mata yang jatuh mencurah-curah itu dilap menggunakan tisu yang dihulurkan oleh Maira. Tangan ibunya di sebelah erat digenggam cuba mencari kekuatan.
“Fiya, angkat muka sayang. Semua orang datang sini nak tengok Fiya. “ pujuk ibu Sofia.
Sofia diam.
“Tu, cuba tengok bakal laki kamu. Segak ibu tengok dia hari ini. Keluarga mertua kamu pun datang tu tak manislah buat perangai macam ini. “ tegur ibu Sofia. Memang salahnya dan suaminya kerana berahsia begini tetapi tidak berfikir pula ini akibatnya. Kasihan anaknya yang makan hati.
Perlahan-lahan Sofia mengangkat kepalanya memandang saudara-maranya serta keluarga belah mertuanya yang hadir hari ini. Matanya tertancap pada wanita yang seusia ibunya. Wanita itu kemudiannya melemparkan senyuman manis kepadanya. Laju jantungnya berdegup. Apa ibu Izz buat di sini? Adakah dia merasa bersalah kerana menjodohkan Izz dengan perempuan lain dan bukan dirinya kerana itu dia datang hari ini untuk meminta maaf.
Hari ini bukan Izz bernikah juga? Tapi kenapa keluarga Izz di sini. Salah rumah ke mereka ini?
“Buat apa aku nak datang, dah orang tak jemput. “Kata-kata Maira terngiang-ngiang di telinga.
Mustahil Izz tidak menjemput Amal dan Maira ke majlisnya. Takkan Izz tidak jadi berkahwin hari ini. Mungkin ditunda kerana dia tahu aku berkahwin hari ini. Argh, buat apa dia nak buat begitu.Fikir Sofia sendiri.
“Woi, tak sangka betul aku. Pandai kau dengan dia kenakan kami. “Maira menolak bahu Sofia di sebelahnya.
Sofia memandang Maira. Tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh kawannya itu. Kenakan mereka? Apa yang dia buat.
“Handsomenya Izz.... “
Izz? Apa yang dia buat dekat sini. Terus Sofia memandang ke arah Tok Kadi yang sedang mengenggam tangan bakal suaminya itu. Mana tunang Izz, mana? Nak tengok juga cantik lagi dari aku ke? Mata Sofia meliar mencari tunang Izz.
Eh, sekejap. Tadi dia mendengar dengan jelas tok kadi memangil nama bakal suaminya Tengku Izz Rayyan. Izz? Rayyan? Dia Tengku? Pantas mata Sofia memandang tangan yang berjabat dengan ayahnya itu. Izz!!
“Ibu, Rayyan mana? “Bisik Sofia kalut. Mana tunangnya? Apa yang terjadi kepada Rayyan sampai dia tidak hadir hari ini? Kenapa Izz yang duduk di situ.
“Rayyan? Itulah dia Rayyan tunang kamu. Haih, peliklah tunang sendiri pun dah tak kenal. “Ibu Sofia memuncungkan mulut menunjukkan ke arah Rayyan yang sedang melafazkan akad nikah itu.
“Aku terima nikahnya Nur Zara Sofia binti Ahmad dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai. “Kata Izz Rayyan lancar.
“Sah? “
“Sah! “ kata saksi yang diupah.
“Alhamdulillah. “Ucap semua di situ kemudian diakhiri dengan doa. Izz memandang Sofia yang basah dengan air mata itu kemudian tersenyum.
Upacara pembatalan air sembahyang dilakukan sebaik saja Izz selesai menunaikan solat sujud syukur di ruang yang disediakan. Semua sanak saudara dan keluarga kedua belah pihak mengerumuni Sofia dan Izz untuk melihat acara menyarung cincin itu. Tidak lepas jurugambar yang diupah mengambil gambar-gambar untuk merakamkan detik-detik itu.
“Assalamualaikum Fiya. “ kata Izz sambil memegang tangan Sofia lembut.
Seperti terkena renjatan elektrik apabila tangan kasar Izz memegang tangannya. Automatik dia menyalami tangan yang sudah bergelar suaminya itu. Lama tangan itu dikucup tanda syukur kepada Yang Maha Esa kerana mengabulkan doa-doanya selama ini.
“Fiya, I’m sorry... “Bisik Izz.
Sofia menggelengkan kepala. Dia sudah lebih bersyukur sekarang kerana yang berada di hadapannya ini adalah Izz Rayyan suaminya yang sah. Tidak dapat dia mengambarkan rasa bahagianya sekarang ini. Tengku Izz Rayyan! Pandai keluarganya berkomplot dengan Izz. Jahat!
“ASSALAMUALAIKUM.... “ kata Anas diikuti dengan Haniff serta Zila dan Daneen. Semua mata jelas tertumpu ke arah mereka yang baru tiba. Amal dan Izz memandang sesama sendiri kemudian tersenyum lebar tanda senang dengan kehadiran Anas. Sememangnya Izz yang mengundang Anas datang.
“Tahniah Izz. “Kata Anas sambil berjabat tangan kemudian memeluk sekejap sahabat baiknya itu.
“Terima kasih Anas. Akhirnya kau datang juga. Aku tunggu kau dari tadi tau! “Balas Izz.
Anas ketawa kecil. “Oh, lupa kenalkan dekat kau dan Amal. Ini kawan aku nama dia Haniff. Photografer juga ni.” Ujar Anas.
Amal dan Izz bersalaman dengan Haniff.
“Kalau tahu kau ada member photografer aku tempah awal-awal. Tu nasib baik sepupu aku pandai juga ambil-ambil gambar ni. Kalau tak hmph harapkan kamera phone sajalah. “Kata Izz disusuli dengan tawa mereka bereempat.
Daneen memandang Sofia dan Maira yang sibuk berceloteh di atas pelamin. Kalau dia masih ‘hidup’ pasti dia akan berada di sisi Sofia sekarang. Hakikatnya dia sudah menjadi Nur Jannah sekarang. Air mata yang bergenang segera dilap.
“Fiya, selamat pengantin baru. “Kata Daneen ceria.
Sofia dan Maira berdiri. Terkejut apabila di sapa begitu. Tergamam juga mereka sebentar saat mata mereka bertentang dengan Daneen. Zila di sebelah Daneen segera menyiku kawannya itu. Khuatir jika Sofia dan Maira mengesyaki siapa perempuan di sebelahnya ini.
“Terima kasih. Maaf, siapa ya ni? “
“Erm, ini..... “Baru Zila hendak memperkenalkan diri Nur Jannah ayatnya sudah dipotong.
“Saya Nur Jannah. Kawan... “Daneen memandang Zila. Aku kawan dia ke? Bukan musuh dia selama ini? Ish, kau ni Daneen. Kan, Zila dah berbaik-baik dengan kau semalam.
“Kawan Zila... “Akhirnya Daneen akur mengatakan dia kawan kepada Zila. Silap juga sepatutnya dia mengatakan yang dia kawan kepada Anas. Pantas dia mengetuk kepalanya perlahan.
“Oh, Zila? Lama tak jumpa. Terima kasih datang majlis aku. Datang dengan Anas ke? “tanya Sofia sekadar berbasa-basi dengan Zila. Walaupun ingatannya tidak berapa mengingati Zila ini tetapi dia kenal wajah itu. Wajah yang dulu suka membuli kawan baiknya. Sekarang datang dengan Anas pula? Dah ber’couple’ ke? Baguslah dua-dua tak boleh pakai. Sukalah kau orang Danny dah mati. Sinis Sofia berkata di dalam hati.
“Kahwin juga Sofia dengan Izz. Lamakan korang couple... “kata Zila lagi.
“Itu namanya jodoh. Orang caras pun kalau dah dia jodoh kita tetap kahwin juga. “giliran Maira pula membalas dengan renungan yang tajam kepada Zila.
Daneen menggelengkan kepala sambil melihat perangai dua orang kawan baiknya ini. Perangai tetap tak berubah. Tahulah tak suka tapi tak perlulah layan begitu. Haih, macam-macam hallah kau orang ni Fiya, Maira.
“Betullah tu. Kalau dah jodoh,kan. Jodoh I baru saja kena caras.”Zila memerli Daneen di sebelahnya.
Aik, perli nampak. Daneen berkata di dalam hati. Dia memang aku punya dulu okay.Sorry, sis lambat sikit saja. Daneen mengejek di sendiri.
“Kalau macam tu bukan jodohlah.”Ucap Maira lagi.
Zila mengangguk.Dia lebih senang Anas bersama Daneen kerana dia tahu Daneen akan menjaga Anas seperti Anas menjaganya dengan baik.
“Nah, ni hadiah aku. Ambillah. “ tangan Sofia diragut kasar oleh Daneen seperti dulu. Langsung tidak berubah. Sofia jelas terkejut dengan perbuatan Daneen itu.
“Oh,... Terima kasih ya Jannah. Susah saja. Dah makan belum? Marilah makan. “Ajak Sofia.
“Aku datang nak jumpa kau ajalah Fiya.Makan-makan tu nan.... “Daneen tidak menyambung kata-katanya apabila dia merasakan semua orang merenungnya terutama Anas. Besar mata suaminya merenung ke arahnya.
“Fiya? Jannah panggil Sofia, Fiya?” Maira bertanya pelik. “Jarang orang yang tak rapat panggil Sofia ini Fiya. “
Daneen memandang Anas. Alamak! Dia sudah salah cakap ke? Apa yang harus dia buat sekarang. Semua orang sedang menunggu jawapan dia ini. Anas, tolong aku weh! Daneen memberi isyarat kepada Anas.
“Sorry Fiya cousin aku ni memang kepoh sikit. Dia dengar aku cakap tadi kot masa dalam kereta. “ Anas mendekati Daneen kemudian menarik isterinya rapat dengan dirinya.
“Lah, cousin kau rupanya Anas. Aku sukalah dia ni. Sempoi-sempoi aja. Umur berapa ni? Mesti baru habis SPM ni. “ Maira menarik Daneen dari Anas.
Habis SPM tengkorak kau lah perempuan. Aku belasah kau karang. Dari dulu suka sangat cakap aku tak cukup umur. Muka aku memang baby face hokay! Kutuk Daneen di dalam hati. Kemudian dia ketawa di dalam hati. Dia ingin sekali memeluk kedua kawannya ini.
Sofia di sebelah diam tidak bercakap. Hatinya tergerak akan sesuatu. Dia tidak rasa yang Jannah ini baru pertama kali dia jumpa. Wajahnya seperti selalu dilihat tetapi dia tidak ingat di mana.
“Dahlah jemput makan. Amal,Maira. Anas ajak kawan-kawan kau pergi makan. Jauh-jauh kau orang datang takkan nak berdiri tercegat saja dekat sini. “
Usai mengambil makanan, Daneen ditarik oleh Anas untuk duduk di sebelahnya. Khuatir kalau jauh dari penglihatannya, Daneen akan kelihatan kekok lalu menambah kemusykilan di antara kawan-kawan mereka.
Sofia dan Izz yang melabuhkan punggung di hadapan Daneen membuatkan Daneen tidak tentu arah. Tangan Anas digengam kuat tanda yang dia begitu berdebar-debar sekarang. Dia kenal Sofia. Kawannya itu bukan sebodoh yang disangka. Malah kekawannya yang lain turut memandangnya serba tidak kena. Susah hendak menjadi Nur Jannah di mata mereka.
“Kenapa aku tak pernah nampak Jannah ni, ya? Ke kau simpan cousin-cousin kau yang lawa ni? “tegur Izz.
Zila tersedak.
“Hai Cik Zila. Tersedak pula. Pedas sangat ke lauk tu? “Kata Maira seraya menghulurkan air.
“Eh haruslah aku simpan. Kau orang ni bukan boleh percaya. Karang, ada udang di sebalik batu. “jawab Anas selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku antara mereka sebelum ini.
Maira dan Sofia jelas meluat dengan jawapan Anas itu. Ceit, sekarang baru nak muncul. Jangan ingat aku dah berbaik dengan kau Anas. Aku diam hari ini sebab kau tetamu aku saja. Kalau tak jangan harap aku nak diam. Sofia memandang Anas tajam. Izz memegang lembut tangan Sofia yang baru menjadi isterinya. Dia tahu Sofia tidak suka akan kehadiran Anas.
“Jannah tahun ni SPM, ya? “Tanya Maira lembut.
Haniff yang duduk di sebelah Anas tidak dapat menahan tawanya.Umur dah sebaya pokok jambu belakang rumahnya ambil SPM apa. Muka tua macam Daneen itu pun orang cakap lepasan SPM. Tak faham dia.Nampak muda sangat ke?
Daneen menjeling Haniff tajam. Siap kau jantan! “Tak adalah. Kita sebaya, lah Maira. Kan, Anas. “
Anas berdehem kecil sambil membetulkan duduknya. Tidak senang dengan jawapan Daneen itu. “Dia sebaya kita... “
Semua jelas terkejut.
“Kau biar betul Anas? Janganlah nak tipu kami. “Amal pula menyampuk sambil memegang anak lelakinya yang sedang nyenyak tidur. Puas hari ini berlari ke sana sini akhirnya kepenatan dan tertidur.
“Ya sebaya kita. Kau orang tak pernah nampak dia sebab dia duduk Indonesia. Kan, aku pernah cerita yang ada mak cik aku duduk menetap di Indonesia.” Anas menghentam jawapannya.
“Bukan mak cik kau tu tak ada anak. Mana datangnya Jannah ni? “sinis soalan Sofia itu membuatkan semua terdiam. Anas bertentang mata dengan Sofia.
Daneen memandang Sofia. Gugup dia dengan soalan kawannya itu. Begitu kuat ingatan Sofia soal Anas. Marah sangatkah Sofia kepada Anas. Fiya, dia jaga aku dengan baik. Kalaulah boleh aku beritahu kau hal yang sebenar. Daneen menangis di dalam hati. Sebak apabila kekawannya melayan Anas begini. Ini semua salahnya.
“Sebenarnya....”
Anas memegang kuat tangan Daneen. “Jannah anak angkat dia. Keluarga dia orang susah jadi mak cik aku ambil dan jaga dia sampai dia besar. Aku tak ceritakan hal itu dekat kau orang. “ balas Anas perlahan.
Sofia mengetap bibirnya. Dia tersalah cakap ke? Kasar sangatkah soalannya. Ya, dia marahkan Anas tetapi kenapa dia harus lemparkan kemarahannya itu dengan menguris hati Jannah yang tidak tahu apa-apa.
“Sorry Jannah. Fiya tak tahu. “
“Tak apa Fiya. Ibu Jannah pun tak pernah bercerita dekat sesiapa soal dia ambil anak angkat. Kalau semua perasaanlah muka Jannah samakan macam arwah Danny, kan? Kawan baik Anas yang meninggal setahun lepas. “
Anas memandang Daneen. What are you doing my wife? Anas rasa jantungnya hendak pecah ketika ini.
Haniff dan Zila yang diam sejak dari tadi memandang sesama sendiri.
“Yeah, dari tadi sebenarnya Maira nak tanya.Tapi takut tersinggungkan hati semua orang. “Maira memandang Sofia di sebelahnya.
“Dulu Anas panggil Jannah Danny versi perempuan. Tiap kali pergi Indonesia dia akan cerita soal Danny. Tak pernah dia lupa kawan-kawan dia walaupun pergi bercuti dekat sana. Jannah tak percaya juga mula-mula tapi bila dah depan-depan memang kami serupa. “
“Jannah pernah jumpa Danny? “laju Sofia bertanya. Kenapa Danny tak pernah bercerita apa-apa kepadanya sebelum ini.
“Pernah sebelum dia pergi Langkawi dulu. Pertama dan terakhir. Anas orang yang paling terluka sangat sebab tak dapat jumpa Danny buat kali terakhir. Dua bulan dia tak ada hala tuju. “
“Kami pun sama bukan dia saja. “Jawab Sofia lagi. Anas diam. Tiada selera lagi mahu menjamah makanannya.
“Anas menyesal sebab tak dapat jumpa Danny buat kali terakhir. Malam itu dia balik KL lepas itu terus berangkat pergi Indonesia sebab mak ayah Jannah meninggal. ‘Kecelekaan’. “ Daneen meniru loghat Indonesia supaya kelihatan dia benar-benar dari sana.
Amal memandang Maira begitu juga Izz memandang isterinya. Rupanya ini cerita kenapa Anas menghilang selama ini. Mereka tidak tahu yang keluarga Anas pun meninggal dunia pada hari yang sama.
“Sorry Anas. Kami tak tahu. Rupanya selama ini kami salahkan kau tanpa mengetahui hal yang sebenar. Kami bersimpati soal mak cik dan pak cik kau. “Kata Amal kesal. Maira dan Izz juga sama.
“Tak ada apalah. Aku minta maaf juga dekat kau orang semua sebab tak dapat uruskan ‘semua’ soal Danny”
Zila yang ingin mengalirkan air mata segera mengenggam kuat tangannya. Entah kenapa apabila dia mendengar soal kisah Daneen dia tersentuh dan air matanya akan mengalir. Lagi-lagi terkenang perbuatannya dulu terhadap Daneen.
Daneen kau kuat sangat. Boleh berhadapan dengan kawan-kawan kau dan menyamar menjadi Nur Jannah di mata mereka. Bercerita soal kisah rekaan kau kembar kepada Danny walhal kau lah Danny demi memperbaiki hubungan Anas dengan kawan-kawan yang lain. Bisik Zila di dalam hati.
Daneen aku tak tahu jalan hidup kau dengan Anas begini. Kau dan Anas banyak berkorban untuk teruskan hidup. Anas, aku salute kau boleh jaga Daneen dengan baik selama setahun ini. Aku harap sampai bila-bila kau boleh jaga dia. Haniff berkata sendiri sambil menepuk perlahan bahu Anas.
“Eh, apa ni semua sedih-sedih. Jannah rasa arwah Danny pun tak nak kau orang semua sedih-sedih. Dah minum air ni. “Jannah menyingsing lengan baju kurungnya untuk menuang air.
Izz memandang Jannah. Kemudian dia tersenyum penuh dengan maksud tersirat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉