Bab 40

658 20 1
                                        

Datuk Abbas Mokhtar memandang isteri dan dua orang anak perempuannya. Selama ini dia buta menilai mana satu kaca dan mana satu permata. Permata yang dicari itulah selalu dia buang dan lebih hiraukan kaca yang terang-terang akan melukakan dirinya. Dia betul-betul menyesal akan tindakannya.

Baru dia tahu selama ini Syarifah Cuma inginkan hartanya saja. Malah, lebih membuatkan dirinya terkejut adalah anak yang dikandung oleh Syarifah selama ini bukan anaknya. Itu  pun dia tahu kerana terdengar perbualan Syarifah dengan seseorang melalui panggilan telefon. Betapa kecewanya perasaannya ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu.

“Walid panggil kamu semua hari ini sebab nak minta maaf.Walid tahu banyak salah walid pada kamu semua termasuk umi kamu. Terutama adik. “ Datuk Abbas memegang tangan anak bongsunya, Aira. “Adik paling banyak terluka sebab perbuatan walid pada umi. Walid betul-betul minta maaf sayang. “

Datin Mona mengalirkan air mata. Ya,  dia maafkan perbuatan suaminya terhadap dirinya selama ini. Dia tahu itu bukan sikap suaminya.

“Walid tak salah. Yang salah perempuan durjana tu. “balas Aira geram.

“Haip, adik! “Wafia mengingatkan adiknya supaya berkata sopan.  Bimbang ayahnya akan terasa.

“Tak apa Along. Walid dah faham sekarang kenapa kamu semua tak suka dengan dia. Allah dah buka mata Walid untuk lihat pekara yang sebenar. “

Wafia mengangguk mengiyakan kata-kata ayahnya itu.

“Abang dah.... “Datin Mona teragak-agak ingin bertanya.

Datuk Abbas bagaikan mengerti segera memotong pertanyaan itu. “Dah. Saya dah lepaskan dia. Saya janji dekat awak yang saya akan setia dekat awak sampai akhir hayat saya. “

Aira menutup mulutnya kerana teruja dengan ungkapan ayahnya kepada ibunya. Wafia pula tersenyum lebar melihat kedua orang tuanya sudah berbaik semula. Selepas ini mungkin dia boleh memperbaiki hubungannya dengan ayahnya yang dulu kelihatan dingin.

“Abang tahu yang tak lama lagi abang akan timang cucu? “Ucap Datin Mona gembira. Tidak sabar dia ingin menjadi nenek.

Besar mata Datuk Abbas mendengar kata-kata isterinya itu. “Tapi,sepatut-nya Daneen.....”

“Abang,tak baik kita runtuhkan masjid anak sendiri.Saya tengok Anas bahagia dengan Daneen itu.Lagipun kasihan Daneen dah tiada sesiapa melainkan kita dan Anas saja keluarga dia sekarang.Mak abang pun suka dengan budak Daneen tu.”

“Mak abang? Bila dia jumpa Daneen?”

“Dua bulan lepas kami semua balik Kedah.Anas rasa tidak sedap pula tak kenalkan dekat tok wan dia.Kalau dah tok wan dia berkenan itu maknanya Daneen tu memang sesuailah untuk anak abang tu. “

Datuk Abbas mengangguk.

“Saya bukan apa Mona Cuma awak tahulah kenapa mereka berkahwin dulu.  Saya Cuma bimbangkan soal Anas saja.  Kalau orang-orang yang kejar Daneen dulu tahu yang dia masih hidup mereka pasti cari Anas juga. “

“Walid, Wafia bukan nak masuk campur.  Tapi, betul juga cakap umi. Lagipun Anas dah besar dah nak jadi ayah pun.  Dia tahu apa yang terbaik dalam hidup dia. Kalau pasal orang itu semua,  Wafia rasa Anas boleh saja langsaikan semua hutang-hutang tu. Walid jangan risaulah. “

“Adik suka dengan Kak Daneen tu Walid. Dia banyak tolong adik. “ kata Aira pula cuba meyakinkan ayahnya.

Datuk Abbas berfikir sejenak. Betul kata anak dan isterinya. Selama ini bukan dia tidak kenal dengan Daneen.  Dari kecil menantunya itu membesar di depan matanya. Lagipula Daneen sedang mengandungkan cucunya sekarang. Betapa kejamnya dirinya jika cuba memisahkan mereka berdua.  Cukuplah selama ini dia membuat kekhilafan akan keluarganya sendiri.  Mungkin dia harus berjumpa Daneen dan Anas terlebih dahulu.

“Esok awak panggil Anas dan Daneen ke rumah. Saya ada hal nak bincang dengan mereka. “Kata Datuk Abbas kepada isterinya.

“Walid nak pisahkan aban dengan Kak Daneen ke? “Aira memegang lengan ayahnya. Cuba menghalang pekara yang ingin dilakukan oleh walidnya itu.

Datuk Abbas sekadar melemparkan senyuman kemudian meninggalkan ruang tamu untuk naik ke atas. Aira memandang kakak sulungnya dan ibunya. Masing-masing menjongketkan bahu tanda tidak tahu apa yang cuba dilakukan oleh ayahnya.




DANEEN duduk di birai katil. Rasa loyanya masih tidak hilang. Malah bertambah teruk apabila tiba waktu pagi dan maghrib. Masuk hari ini sudah tiga hari dia tidak ke tempat kerja.  Tetapi dia sudah memaklumkan kepada Madam Chua akan kesihatannya. Mujur projek kecil-kecil saja yang masuk dan boleh diuruskan oleh Haniff.

Dari birai katil, dia melihat keadaan dirinya melewati cermin. Dengan rambut kusut masai dirinya benar-benar kelihatan seperti orang yang tidak mandi berhari-hari.  Dia Cuma penat dan tidak bermaya walaupun untuk menyikat rambutnya yang sudah melepasi bahu.

Anas?  Sudah dua hari dia tidak berjumpa dengan suaminya itu. Pergi ke tempat kerja selepas Subuh dan pulang waktu tengah malam. Sudah menjadi rutin lelaki itu untuk mengelak bertembung dengannya. Air mata ini sudah puas mengalir. Dia penat. Penat akan perangai Anas yang asyik menjauhkan diri darinya.

Perutnya berbunyi minta diisi. Jam di dinding dilihat. Sudah jam tiga pagi.  Ada makanan apa yang tinggal. Lauk yang dibawa Zila tadi sudah habis dia makan. Ah, aku ke dapurlah tengok apa yang ada. Bisik Daneen kemudian berjalan perlahan-lahan ke dapur.

Tiba di ruang dapur, Daneen membuka pintu peti ais untuk melihat jika ada buah-buahan yang boleh dia makan.  Seperti selalu memang banyak buah-buahan yang ada tetapi matanya lebih tertarik pada cokelat cadbury hazelnut yang tinggal satu di situ.

Laju tangannya mencapai cokelat itu lalu balutan plastik itu dibuka gopoh seperti seharian tidak menjamah sebarang makanan. Apabila satu bar itu cair di mulutnya, dia tersenyum lebar. Sedapnya...... Kata Daneen menikmati cokelat itu.

Dia melabuhkan punggung di meja bar di dapur. Di tangan kanannya ada cokelat itu manakala tangan kirinya ada segelas air sejuk kalau-kalau dia tercekik tidak perlulah susah payah dia bangun.

“Sedapnya kau cokelat. Hilang terus loya aku makan kau. Terima kasih sebab ada dalam peti ais tu. “Kata Daneen pada kepingan cokelat yang tersisa di tangannya.

“Sedap makan cokelat aku? “Ujar Anas tiba-tiba di pintu dapur.

Lampu dapur dinyalakan.

“Abang!  Terkejut saya. Ini cokelat abang ke?  Maaf saya dah makan. Abang nak ke? “ Daneen menghulurkan kepingan cokelat yang masih berbaki di tangannya. Walaupun dia sayang dan ingin habiskan baki cokelat itu tetapi dia cuba juga mempelawa suaminya itu untuk makan bersama.

“Tapi, kalau abang tak nak tak apalah.  Saya boleh habiskan. “Sambung Daneen lagi. Baki cokelat itu dimasukkan ke dalam mulutnya. Finish already. Adoi, kenyangnya perut.  Daneen mengosok perutnya yang rata itu.

Anas melihat tindakan Daneen itu.  Hatinya rasa terusik tetapi cepat-cepat dia buang perasaan itu.

“Kau ada minta izin aku nak makan cokelat tu?”soal Anas dingin.

Tersedak air yang sedang diminum oleh Daneen lantas dia memandang suaminya yang sedang berdiri tidak memakai baju itu. Otot abdomennya masih lagi berketul-ketul seperti selalu. Anas, kau buat aku nak peluk kau sekarang. Bisik Daneen.

“Abang, saya jumpa cokelat ini dalam peti ais tu. Saya ingat tak ada siapa punya jadi saya.... “

“Siapa lagi yang ada dalan rumah ini selain aku dengan kau?  Kalau bukan kau punya bermakna aku punyalah!  Siapa suruh.... “Anas menampar kuat meja bar itu membuatkan diri Daneen tersentak. “Kau makan. “Sambung Anas.

Daneen diam tidak berkutik. Rasa serba salah mulai menyelubunginya.  Dia sudah habiskan cokelat itu malah langsung tiada satu dia tinggalkan.  Wahai anakku, ibu dah habiskan semua coklat papa. Bicara Daneen pada anaknya di dalam perut.

“Esok saya ganti. Saya belikan yang paling besar untuk abang. “Kata Daneen tergagap-gagap. Sebenarnya dia buntu mengatakan apa pada suaminya.

Tapi, dia pelik. Selama ini Anas bukan berkira begini. Lebih-lebih lagi soal makanan dan makanan itu adalah cokelat. ‘Benda’ yang tidak disukai oleh Anas. Apa kena dengan laki aku ni?  Tanya Daneen di dalam hati.

“Aku tak nak yang besar. “

“Okay kalau macam itu saya beli sama saiz macam yang saya makan tadi. “

Anas menggeleng. “Aku nak yang ada dekat tangan kau tadi. “

Hadui,mengada-ngada pula suaminya pagi-pagi buta begini.Padahal tadi dia sudah beri tapi dia yang tidak mahu. Eh, yeke dia tak nak? Bukan kau yang dah ngap dulu.Kutuk Daneen pada dirinya sendiri.

Daneen membawa gelas ke singki.

“Esok saya beli yang baru.Awak,kan jijik dengan saya.Takkan bekas saya awak nak makan,kan?”Daneen memandang tepat ke arah Anas.

Anas tersenyum senget.

“Baguslah kalau kau tahu.Tapi hari ini aku maafkan kau sebab mungkin ‘anak’ aku yang nak makan. “Anas memegang perut Daneen.

Daneen menepis tangan Anas. Dia merenung ke dalam mata Anas sambil berkata,

“Anas, tak boleh ke kau lupakan apa yang aku buat dan mulakan hidup baru.  Kita dah nak ada anak. Aku tak nak berpisah dengan anak aku. Please,  abang.... Daneen sayang sangat dekat abang. “Daneen memeluk tubuh Anas lalu menghamburkan tangisannya di dada bidang suaminya itu.

Anas kaku.

Dia juga tidak inginkan semua ini. Dia tipu dirinya. Dia tahan dirinya dari cuba melihat apa yang isterinya lakukan. Dia bimbang akan keadaan isterinya itu seorang di rumah. Tipu kalau dia buat semua ini datang dari dirinya sendiri. Ini bukan dirinya.

Anas mendekatkan dirinya dengan Daneen.

“In your dream Daneen Ahna. “

Anas terus melepaskan pelukan lalu pergi dari situ. Maaf, aku masih tak dapat lupakan apa yang kau dah buat Daneen. Hati aku sakit. Sakit melihat kepura-puraan kau selama ini. Dua tahun kita bersama tapi kau rahsiakan semua ini dari pengetahuan aku.

Daneen melihat suaminya pergi. Dia kemudian mengeluh sambil bahunya jatuh. Dia sudah tidak mahu fikirkan hal ini tetapi sampai bila hubungannya dan Anas harus begini. Haruskah dia berikan Anas waktu lagi?  Tapi,dia tamak! Tamak inginkan Anas sekarang.

Dia mendongak ke arah bilik Anas yang sudah tertutup rapat itu.Bagaimana dia ingin menarik perhatian suaminya itu lagi?

“Dia jijik dengan kau Daneen.” Daneen berkata sendirian.




PULANG dari tempat kerja, Anas membuka pintu ais di dapur. Tekaknya terasa haus benar ketika perjalanan pulang tadi. Hendak singgah ke kedai terasa malas. Sudahnya dia menahan rasa haus itu sehingga tiba di rumah.

“Mak aiii... Banyaknya cokelat. “ Anas mengambil kepingan bar cokelat.  Semuanya sama seperti cokelat yang isterinya habiskan malam tadi.

Anas mendongak ke atas. Pasti isterinya menganti cokelat yang dimakan semalam. Dia tersenyum nipis sambil menggelengkan kepala. Dia langsung tidak berkira soal itu. Lagipun dia tidak gemar memakan cokelat yang manis itu.

Tapi....

Anas terus mematikan senyumannya apabila melihat Daneen berjalan ke arahnya. Cokelat di tanganya diletakkan kembali ke tempat asal berpura-pura dia tidak melihat cokelat itu.

“Abang dah balik. “Tegur Daneen ceria.  Ada senyuman di wajahnya saat menyapa Anas di ruang dapur.

“Hurm. “Jawab Anas yang sedang meneguk air sejuk itu.

“Abang, dah nampakkan cokelat dalam tu. Itu semua abang punya. Saya dah tak nak makan cokelat lagi. Semalam dah cukuplah saya rasa. “ujar Daneen kepada Anas.

Tersedak air yang diminum oleh Anas.  Kenapa sedih benar bunyinya?  Lantas dia memandang wajah isterinya yang sedang duduk di meja bar itu.  Dengan rambut yang diikat tinggi dikenakan dengan baju tidur satin itu kelihatan begitu comel pada pandangannya.

“Siapa suruh kau beli banyak-banyak?  Nak aku kena kencing manis ke?  Ke kau nak suruh aku gemuk macam kau. “ balas Anas sinis.

Aku gemuk?  Aku gemuk sebab mengandunglah!!!  Jerit hati Daneen.

Daneen masih lagi melemparkan senyuman walaupun di dalam hatinya sudah terbakar akan ayat sindiran Anas itu.

“Abang makanlah sikit-sikit. Saya tak suruh abang habiskan hari ni pun. “

Anas rasa terpukul dengan kata-kata Daneen itu. “Kau tak kerja ke hah?  Asyik ada aja dekat rumah?”Anas yang malu terus menukar topik perbualan.

“Kenapa?  Abang tak suka saya ada dekat rumah? “Tanya Daneen sambil menopang dagunya. Matanya masih setia memandang Anas.

Anas menjeling Daneen apabila matanya berlaga.

“Kau kumpullah duit selagi boleh ni. Nanti bila kita berpi..... “

“Kita takkan berpisah sebab abang dah janji nak jaga saya sampai saya mati. “ Daneen terus melangkah pergi. Sebelum hatinya  rasa terhiris akan ayat suaminya yang tajam itu lebih baik dia membuat sesuatu yang berfaedah.

Anas terpaku. Ya, dia pernah berkata begitu dahulu. Tapi, itu sebelum dia tahu perangai sebenar isterinya.



Kawan Ke Kahwin!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang