Sebulan kemudian....
Sofia berjalan laju apabila matanya terpandang akan lelaki yang sedang menunggunya itu. Tiba-tiba ingatannya teringat akan kata-kata lelaki itu. Rasa kecewa yang dia rasakan masih belum pulih, hari ini lelaki ini pula muncul.
Lengan Sofia dirangkul oleh lelaki itu membuatkan Sofia berhenti melangkah. Wajah lelaki itu dipandang dengan tidak puas hati. Bagaikan mengerti Izz melepaskan pegangannya. Dia datang Cuma mahu berbincang.Niatnya Cuma satu membetulkan apa yang salah sekarang ini.
Apabila tangan dilepaskan,Sofia terus berjalan tidak menoleh ke arah Izz yang mengejarnya. Dia tidak mahu berjumpa lelaki itu buat masa ini.
“We need to talk. “Kata Izz tiba di tempat parkir kereta.
Sofia langsung tidak menunjukkan minatnya. Dia terus membuka pintu kereta di tempat duduk pemandu.
“Fiya, dengarlah penjelasan Izz dulu.” Suara Izz naik satu oktaf apabila Sofia menunjukkan kedegilannya. Dia juga ada had sabarnya. Sebulan dia cuba mencari peluang untuk berjumpa dengan Sofia Cuma sekarang baru berkesempatan.
“Aku kenal kau ke? “Balas Sofia sinis.
“Kalau Fiya nak marah Izz marahlah tapi boleh tak dengar dulu penjelasan Izz. Semua ini bukan seperti apa yang Fiya sangkakan. Izz tak ada pilihan. Orang tua Izz yang aturkan semua ini.”
Sofia memandang Izz.
“Fiya dah bagi banyak sangat masa dekat Izz tapi kenapa Izz tak curi peluang itu untuk beritahu Fiya? Kenapa Izz masih tetap berkawan dengan Fiya kalau dah tahu Izz itu tunang orang. Nak mainkan perasaan Fiya? “Dada Izz ditolak kasar.
“Bukan, Izz tak tahu macam mana nak jelaskan. Semua ini tiba-tiba. Fiya pun berada di dalam keadaan yang sama dengan Izz.Apa yang Fiya rasa apabila kena tunang dengan orang yang Fiya tak kenal?”soal Izz kembali.
Fiya terdiam.
Izz melepaskan keluhan kasar. Wajah gadis yang memakai selendang berwarna hijau lembut itu dipandang lama. Merah padam wajahnya apabila disoal begitu.
“Bagi Izz masa sikit untuk jelaskan pada family Izz soal kita. “
“Dah terlambat Izz. Dua bulan or maybe sebulan dua minggu lagi Fiya dah jadi isteri orang.Fiya dah reda kita memang tak ditakdirkan untuk bersama. “
“Tapi Fiya, kita.... “
“Dah, Fiya dah letih dengan semua ini. Mungkin kita hanya boleh berkawan saja.Fiya tak nak jumpa Izz lagi selepas ini.Tolong faham keputusan Fiya. “
Izz menunduk. Memang tiada lagi cara untuk dia membetulkan keadaan. Argh, semuanya semakin menyimpang jauh dari apa yang dia rancangkan. Wahai hati, janganlah kau merasa bosan untuk mencintai gadis di hadapanku ini. Sesungguhnya aku benar-benar ingin bersama dengannya. Bisik hati kecil Izz sambil melihat kereta yang dipandu oleh Sofia berlalu pergi meninggalkannya.
KETUKAN yang bertalu-talu memaksa Daneen untuk bangkit dari sofa yang dia duduk. Di dalam hati sudah menyumpah-nyumpah orang yang mengetuk pintu rumahnya. Siapa lagi kalau bukan Waiz Anas! Mesti dia terlupa membawa kunci.
“Roboh karang! “ jerit Daneen di dalam.
Kunci diambil kemudian disuakan ke tombol pintu. Beberapa saat kemudian pintu dibuka oleh Daneen.
“Surprise! “jerit Zila mengejutkan Daneen. Terbuntang biji mata Daneen melihat Zila yang sedang berdiri tegak di hadapan pintu rumahnya. Ah, sudah! Laju Daneen masuk ke dalam kembali sambil menutup pintu dengan kuat. Terkejut punya pasal.
Dia nampak aku tak? Daneen melihat dirinya di cermin. Rambutnya tidak diikat. Bajunya ketat menampakkan dadanya berbentuk. Satu lagi, seluarnya pendek separas peha. Sah, ‘sotong’ tu ingat aku perempuan. Macam mana ni! Kata Daneen kemudian mundar mandir di hadapan pintu.
“Assalamualaikum. Eh, bukaklah. Kenapa tutup pintu ni? “Laju tangan Zila mengetuk pintu.
Aduh! Macam mana ni? Fikir Daneen Ahna. Fikir!!
“Aira ke tadi? Ini Kak Zilalah hantar lauk untuk abang. “Jerit Zila di depan pintu. Pintu diketuk kuat.
Aira? Dia tak cam ke muka aku tadi? Bermakna dia tak melihat muka aku dengan jelas tadi. Fuh! Selamat.
Topi keledar diambil kemudian disarung ke kepalanya. Sudah tak ada pilihan lain. Lantaklah ‘sotong’ itu nak kata apa pun. Pintu itu dibuka kembali.
“Aik, kenapa Aira pakai macam ini? Peliklah Kak Zila tengok. “
“Aira kena demam campak. Kalau Kak Zila nak kena jangkit Aira boleh buka helmet ni. “Ugut Daneen yang menyamar sebagai Aira.
“Demam campak? Euw! Tak apalah. Kak Zila letak lauk asam pedas ni dekat bangku depan nilah, ya. Taknaklah pegang tangan Aira takut berjangkit. Kak Zila balik dulu. “ menggeletis Zila berlari keluar dari pekarangan rumah.
Daneen membuka visornya. Bodoh punya ‘sotong’. Takkanlah tersentuh sikit terus berjangkit. Sah, sah kau dah kena demam campak masa kau kecik. Usia macam kau kena H1N1 saja bagus. Sibuk mengacau laki orang! Hamun Daneen di dalam hati.
Plastik yang berisi asam pedas itu diambil kemudian dibawa masuk ke dalam. Bau menyelerakan. Tapi, apahal ‘sotong’ itu sibuk-sibuk nak hantar lauk dekat Anas. Jangan-jangan dia letak ubat guna-guna.
“Ish, Anas tak boleh makan ni. Baik aku saja yang makan. “bekas yang berisi asam pedas itu dibuka. Bau daun kesum menusuk ke dalam hidungnya membuatkan perutnya lapar. Laju saja Daneen mengambil pinggan.
“Subahanallah sedapnya.Sah, warung Cik Esah dia beli. “Kata Daneen setelah beberapa kali menyuap nasi ke dalam mulutnya.
ANAS memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya yang gelap gelita. Suis lampu di ruang tamu dicari kemudian ditekan. Ruang tamu yang tadinya gelap sudah terang. Berani pula si kenit ni duduk dalam rumah yang gelap.
“Mak! “Anas menjerit kecil sehingga terlepas beg bimbit yang dipegangnya.
Daneen diam menunduk. Rambutnya yang panjang menutup mukanya. Tidak larat untuk dia bergerak ke mana-mana sekarang. Dia rasakan tempat ini yang paling selesa buat dirinya. Dia tidak mahu lepaskan tempat ini. Apa pun yang terjadi dia tidak akan berganjak. Sampai ke subuh pun dia sanggup.
“Daneen. Kau ke tu? “
“Hnmm... “Jawab Daneen perlahan.
“Kau janganlah takut-takutkan aku. Cakaplah kau Daneen ke? “
“Hurm. “Balas Daneen pendek. Tenaganya sudah tiada lagi sekarang ini untuk menjawab.
Anas melangkah setapak mendekati Daneen. “Daneen. “Bahu Daneen ditolak kuat oleh Anas sehingga terbaring Daneen di sofa menampakkan wajahnya yang pucat.
“Aduh, sakitlah Anas.... “Daneen memegang perutnya. Hilang sudah tempat ‘selesanya’. Ish, Anas ni. Aku dah jawab tadikan. Takkanlah hantu pula duduk dekat sofa ni. Marah Daneen di dalam hati.
“Kau kenapa ni? Kenapa muka kau pucat? Kau sakit ke? “Tanya Anas meluru ke arah isterinya. Rambut Daneen yang panjang itu dikuak kasar kemudian dia menepuk perlahan pipi isterinya.
Daneen diam memejam mata. Dah datang dah! Dah datang dah!
“Daneen, cakaplah kau kenapa ni? “
1...2...3...
“Tepi! Tepi! “ Daneen pantas bangun kemudian berlari ke tandas. Sakitnya datang lagi. Sejak dari tengah hari tadi sampailah ke maghrib ini perutnya memulas. Sudah tiada isi hendak dikeluarkan lagi. Masuk yang ini sudah 13 kali dia berulang ke tandas. Entah si ‘sotong’ itu letak apa di dalam asam pedas tadi.
Anas mendekati pintu bilik air. “Daneen, kau okay tak? “ Anas mengetuk perlahan. Risau hatinya tambah-tambah wajah Daneen pucat.
Lima minit menunggu akhirnya pintu itu dibuka dari dalam. Daneen keluar membongkok sambil sebelah tangannya mencekak pinggang. Gayanya seperti orang tua yang uzur. Wajah Anas dipandang tidak bermaya.
“Anas,bila kau balik?”soal Daneen pura-pura tidak sedar kehadiran Anas.
“Kau okay tak ni?” Sekali lagi pertanyaan itu diulang Anas.Dia tidak berpuas hati selagi isterinya tidak menjawab.
“Okay,perut ni hah yang sakit.”balas Daneen sambil menepuk perlahan perutnya yang kempis.
“Kau makan apa sampai cirit birit macam ni?”
Daneen duduk tegak memandang Anas. “Ini semua sebab makwe gila kau tu. Dia bagi aku asam pedam zaman bila entah sampai aku sakit perut.”
“Zila datang sini?” Tanya Anas.Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh Daneen tadi.Setakat ini Zila sajalah perempuan yang cuba untuk mendekatinya.
“Yalah,sakit tau perut aku ni.”adu Daneen.
“Itulau dia bagi asam pedas untuk aku yang kau pergi makan tu siapa suruh. Itu nama tak amanah tau.Padan muka kau sakit perut.”Anas ketawa besar sambil tangannya lincah membancuh air di dapur.
Daneen mencemik.
Bela sangat si ‘sotong’ tu kenapa? Aku ni isteri kau tahu tak.Aku yang patutnya kau risau.Ini tak habis-habis memuji dia.Alah,setakat asam pedas ikan pari itu celah gigi ajalah aku boleh masak.Huh,
“Nah,minum air ni.”Anas meletakkan muk berisi teh’0 kaw di hadapannya.
Daneen menolak kasar. Merajuk.
“Alah nak merajuk pula dengan aku. Menyampahlah aku tengok. Minumlah air ni. Kurang sikit rasa sakit perut kau tu. “Anas menolak kembali muk itu kepada Daneen.
Daneen diam.
“Susahlah cakap dengan orang keras kepala ni. Kau tak nak minum sudah. Yang sakit perutnya kau bukan aku. “ Anas terus meninggalkan Daneen di ruang dapur. Penat bekerjanya tidak hilang sekarang dia perlu mengadap wajah Daneen yang mencari pasal dengannya.
Daneen memandang air di dalam muk itu. “Huh, aku tak boleh merajuk. Kalau Zila tu semuanya boleh. Aku pun perempuan ada perasaan. “Daneen meragut kasar muk itu kemudian dia teguk air itu sekali nafas. Puas hatinya. Nak sangat aku minum,kan?
Rasa yang memulas-mulas itu membuatkan Daneen berlari kembali ke dalam tandas. Kali ini tekaknya pula yang loya. Habis air yang diminumnya tadi dikeluarkan semula. Dia sudah tidak larat ketika ini. Kakinya benar-benar lemah. Kepalanya dilentokkan ke dinding untuk berehat sebentar.
Air matanya mengalir. Ya, dia memang cemburu kepada Zila. Sejak gadis itu muncul Anas sudah tidak seperti dulu. Anas selalu menangkan gadis itu sehingga dirinya rasa tersisih. Dia memang tamak inginkan Anas seorang untuknya.
“Baguslah si Danny tu dah mati. Senang kerja aku. Kalau tidak Anas itu selalu bagi alasan guna nama Danny untuk mengelak dari berjumpa dengan aku. “Kata Zila tempoh hari terngiang-ngiang di telinga Daneen.
Baiklah, kau nak tengok sangat Danny mati, kan. Aku akan tunjukkan diri aku yang sebenar sebagai Daneen Ahna. Jangan cabar aku Zila. Bisik Daneen kemudian berusaha untuk bangun dari situ.
ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉
