Bunyi sudip dan kuali yang berlaga di dapur menarik perhatian Anas untuk ke sana. Sesampai saja dia melihat figura seorang perempuan yang memakai apron warna pink sedang memasak membelakanginya. Rambut panjang perempuan itu diikat tinggi menampakkan lehernya yang putih melepak.
Adik?
Bila masa dia datang? Siapa yang buka pintu untuk dia? Jangan-jangan Da......
Pantas Anas berlari menutup mata perempuan yang membelakanginya itu. Ah, sudah! Kalau adiknya ini melihat Danneen sekejap lagi rosak rancangannya. Haih budak kecik ni datang bukan hendak beritahu.
"Lepaslah. "Ronta perempuan itu.
"Macam mana kau boleh masuk rumah ni? "
"Hah? "Soal perempuan itu kepada pertanyaan Anas.
"Jangan buat-buat pekak. Aku tanya macam mana kau boleh masuk rumah ni. Aku tak pernah bagi kau kunci. " sambung Anas lagi. Pegangannya tidak dilepaskan.
Ish,Anas!! Tangan kau tu dekat mana hah?? Agak-agaklah atas dada aku,kot! Raung Danneen di dalam hati.
"Lepaslah Anas! "Kata Daneen sambil meronta-ronta. Nasi goreng di dalam kuali sudah berbau hangit.
"Tak boleh. Lain kali nak datang sini bagitahulah aku dulu. Kalau ada kawan-kawan aku macam mana."Marah Anas.
Apa ni! Kawan mana yang kau hangkut bawa balik rumah. Hish, mamat ni memang nak kena cepuk!
"Kawan mana yang kau bawa balik rumah? Perempuan ke lelaki?"apabila sudah berjaya lepas dari pelukan Anas dia menoleh ke belakang memandang lelaki itu.
Wajah Anas kelihatan terpinga-pinga. Matanya berkelip beberapa kali kemudian wajahnya didekatkan dengan muka Daneen.Menilik segenap inci wajah isterinya itu.Tidak percaya dengan apa yang dia lihat ketika ini.
Selangkah dia menghampiri Daneen. Tidak berpuas hati dia menghampiri lagi dan hanya hempusan nafas memisahkan dia dan isterinya ketika itu. Tangan Anas melingkari pinggang Daneen. "Weh, apa ni? " tepis Daneen kerana geli apabila tangan Anas melingkari pinggangnya.
Tup!
Anas menutup api. Bau hangit yang semakin semerbak itu membuatkan dia terbatuk kecil. Pantas dia berlari kecil membuka jendela kecil di dapurnya. Memberi udara masuk.
Wajah Daneen dicari.
"Mana kawan kau? Lelaki ke perempuan yang datang? "soal Daneen tidak berpuas hati.
Anas masih lagi terkejut dengan apa yang dia lihat sekarang ini. Spontan keluar dari mulutnya.... "Half. "Jawab Anas.
Terbuntang mata Daneen mendengar jawapan suaminya itu. "What do you mean by 'half'? "
Anas menggeleng perlahan kepalanya. Bagaikan tersedar akan sesuatu. "No, i mean.. .tak maksud aku tadi aku ingat adik yang datang. Kau asal pakai macam perempuan ni?"Anas mengusap tengkuknya yang sudah berdiri bulu roma. Pantas dia berjalan ke meja bar lalu melabuhkan punggung di sana.
"Adik? Aku nampak macam budak kecik tu ke? "
Anas mengangkat sedikit bahunya. "Sikitlah dari belakang. Tak, aku tanya ni. Kenapa kau pakai macam perempuan ni? Pelik aku tengok. Mana kemeja besar kau. Topi mana topi... " kata Anas gagap.
Daneen melihat penampilannya. "Tak boleh aku pakai macam ini? Macamlah kau tak pernah nampak aku bogel, kan. "
Anas duduk tegak."Bila masa kau bogel depan aku? Pergi tukarlah baju kau ni. Ketat sangatlah. Aku boleh nampak semuanya dari sini. Dada kau yang...."Anas memandang ke arah dada isterinya yang terdedah sedikit itu. "Tak leper tu... "Sambung Anas kemudian memandang ke arah lain.
"Kau tergoda tak tengok aku sekarang?"
Inilah peluang aku nak kacau Anas. Biar dia tahu malu sikit. Kalau tak sesuka hati dia aja cakap dada aku macam jalan rayalah macam lebuhraya Kesaslah. Cis!
"Tak! "Anas memandang ke arah lain.
"Dah tu kenapa tak nak pandang aku?" Daneen sengaja bermain dengan hujung rambutnya.
Anas memandang ke dalam mata Daneen.Lama!
"Jangan buat macam ini Daneen Ahna. Pergi tukar baju kau sekarang. "Bisik Anas kemudian mengambil kotnya yang diletakkan di atas meja.
"Fine! Mana chest binder aku? Kau letak mana? "marah Daneen. Sejak dari bangun tidur tadi dia sudah geram dengan Anas. Dia bersabar saja menunggu suaminya itu bangun.
Anas memekakkan telinga.
"Anas! "Daneen mengejar Anas ke muka pintu utama. "Mana binder aku? Janganlah main-main aku kena kerja hari ini. Waktu aku sakit hari itu kau yang kemas bilik aku. "Kata Daneen dengan nafas turun naik.
"Aku dah bakar! "Jawab Anas pendek kemudian dia duduk di bangku kayu untuk memakai kasut.
What! Dia bakar? Habis tu aku nak pakai apa, ni?
"Kenapa kau bakar? Kau tahu, kan aku nak guna 'benda alah' tu. Sekarang macam mana aku nak pergi kerja? " hamun Daneen tidak sabar.
"Kalau aku tahu guna binder tu selama ini dah lama aku bakar. Kau tahu, kan benda itu menyakitkan kau. Kenapa kau pakai jugak? "
"Aku dah bertahun pakai tak ada apalah yang terjadi. Sekarang? Macam mana ni? "
Anas senyum sinis.
"Find your own way atau tak payah pergi kerja terus! "
Anas terus meninggalkan Daneen yang tercenggang dengan jawapannya. Sepatutnya dari dulu lagi dia selongkar bilik isterinya itu. Mujur dia tergerak hati ingin mengemas almari pakaian isterinya itu kalau tidak sampai ke hari ini dia tidak tahu isterinya itu menggunakan chest binder.
Melihat Anas yang sudah keluar dari pekarangan rumahnya dia masuk ke dalam rumah sambil menghentak kaki. Menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Dia berjalan melepasi cermin besar yang berada di pintu dapur.
"Malulah aku kalau orang nampak dada aku? Aduh,macam mana nak pergi kerja ni?"Daneen mengaru kepalanya yang tidak gatal.Serabut kepalanya ketika ini.
Hoodie Anas disarung ke tubuhnya. Mak ai besarnya! Biarlah janji orang tak nampak dada aku ni. Bisik Daneen sendiri di dalam bilik Anas. Rambutnya disimpul masuk ke dalam topinya sebelum dia mengeledah laci Anas mencari minyak wangi.
"Fuh, banyaknya.... "Daneen menggeleng kepala melihat minyak wangi Anas yang disusun teratur.
"Ni wangi tak? "Daneen membuka penutup minyak wangi itu kemudian dihidu sedikit. "Wuekk! Minyak wangi ke penyembur tandas. Apa punya taste lah dia ni. "Daneen meletak yang tadi kemudian mencuba yang lain.
"Haa, ni wangi. "baru saja Daneen ingin menyembur, minyak wangi itu terlepas dari tangannya jatuh ke lantai. Terbuka luas mata Daneen apabila melihat botol minyak wangi itu pecah berderaian di lantai. Haruman kuat mula menusuk ke dalam hidungnya.
Adoi, mesti Anas bising nanti. Nak buat macam mana ni? Apa jenama minyak wangi ni tadi? Alah! Daneen sudah mengaru kepalanya seperti beribu-ribu kutu yang dibela.
"Ah, biarlah. Dia bakar chest binder aku boleh. "Daneen segera bangun kemudian meninggalkan bilik Anas yang sudah semerbak bau minyak wangi.
KAK Bed melihat wajah perempuan yang bengis di hadapannya. Orangnya cantik memakai tudung tapi sayang datang saja ke pejabatnya seperti orang tiada adab. Pagi-pagi lagi perempuan itu sudah ke pejabat ini mencari bosnya. Sudahlah tidak membuat temu janji dahulu. Kutuk Kak Bed di dalam hati.
Kak Bed mengangkat gagang telefon ingin mendail sebelum dipotong Sofia."Lambat lagi ke bos tak guna kau tu masu kerja? " soal Sofia dengan nada sinis kepada Kak Bed.
Kak Bed memandang Sofia. Kemudian dia mengerling jam di dinding. Sekejap lagi datanglah. 1...2...3...
"Kak Bed, saya ada appointment apa hari ini? "Tanya Anas yang baru tiba.
Sofia yang melihat Anas segera mendekati lelaki itu. Riak wajahnya langsung tiada senyuman malah nafasnya turun naik seperti orang barusan berlari 100 meter. Mata Anas dicari.
"Nah! "Sofia mencampak sampul surat yang berisi duit kepada Anas.
Anas mengerutkan dahinya memandang Sofia.
"Fiya? Kenapa datang tak bagitahu aku? "Tanya Anas ramah. Lama rasanya dia tidak bertemu dengan kawannya ini.
"Aku tak ingin pun jumpa kau. Aku datang sini nak pulangkan balik duit yang kau transfer dekat akaun aku tu. Apa niat kau nak bagi aku duit. "
Sampul surat yang berada di kaki Anas diambil. Tidak perlu dibuka sudah dia tahu isinya adalah duit.
"Kau ingat persahabatan ni boleh dibeli dengan duit kau yang banyak tu ke? Aku tak heranlah ..."lantang suara Sofia menengking Anas.
Semua pekerja memandang ke arah mereka. Wajah Anas langsung tidak berubah apabila Sofia menengkingnya. Malah dia sempat tersengih.
"Masuk bilik aku sekarang. Aku tak nak kau malu nanti. "Bisik Anas sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya.
Sofia membuntuti Anas masuk ke dalam bilik.
Anas meletakkan beg laptopnya di atas meja sebelum memandang Sofia yang memandangnya dengan renungan tajam.
"Memang aku yang bagi duit ini pada kau. Ambillah! "Anas menghulurkan kembali sampul surat yang berisi duit itu kepada Sofia.
Sofia yang geram menepis huluran itu.
"Kau nak apa sebenarnya? "
Anas menyilangkan tangannya. "Aku ada dengar yang ayah Danny meninggal dunia hari itu. Ini duit sumbangan aku untuk kau dan family kau buat kenduri nanti. "
Sofia ketawa sinis.
"Danny meninggal dunia pun kau tak ambil tahu inikan pula ayah dia. Kawan jenis apa kau ni. Mana janji-janji kau dulu pada arwah Danny? "
Anas diam.
"Aku rasa arwah Danny pun kecewa dengan kau. Tergamakkan kau buat macam ini. "
Anas diam.
Fiya, kalau kau tahu Danny masih hidup sekarang mesti kau lagi marah, kan? Dia hidup lagi Fiya. Dia dah jadi isteri aku sekarang. Aku yang jaga dia sekarang. Tapi, aku tak boleh hendak beritahu sesiapa. Nyawa dia dalam bahaya.
"Kenapa kau diam? Dah sedar yang kau salah sekarang? Dahlah ambil balik duit-duit kau. Sumbanglah kepada orang yang lebih memerlukan. Danny, kan bukan kawan kau. "Sofia menoleh ke belakang ingin segera pergi.
"Aku minta maaf.... "Kata Anas perlahan.
Sofia berhenti di muka pintu.
"Aku tahu kesalahan aku tak boleh ditebus dengan duit-duit ini cuma aku nak kurangkan beban kau dan family kau. Buatlah kenduri guna duit-duit ini. "
Sofia diam tidak menjawab.
"Fiya! Kau boleh benci aku seberapa banyak kau nak benci aku tapi aku nak bayar hutang budi aku pada arwah Danny. Dia banyak tolong aku jadi sekarang giliran aku pula. Terimalah duit ini. "Anas memegang lengan Sofia menahan gadis itu dari terus pergi.
"Kau buatlah kenduri itu sendiri guna duit-duit kau. Aku tak boleh terima. "Sofia melepaskan pegangan Anas kemudian terus berlalu pergi.
Anas meraup mukanya kemudian mengambil sampul surat itu.
Fiya! Kau memang kawan yang baik. Beruntung aku dapat kawan yang setia macam kau Fiya. Tapi, aku tak boleh beritahu kau hal yang sebenar.
YOU ARE READING
Kawan Ke Kahwin!
RomansaKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉