Anas memakir keretanya masuk ke dalam garaj kemudian dia melangkah keluar. Setelah memastikan pintu pagar tertutup rapat barulah dia berjalan ke muka pintu. Rumah yang gelap tanpa sebarang cahaya dia redahi.
“Assalamualaikum. Daneen! Daneen!“ panggil Anas setelah masuk ke dalam rumah. Suis lampu dicari.
Rumah yang tadinya gelap gelita sudah terang dengan cahaya lampu. Rumah tiga tingkat itu kelihatan sunyi tidak seperti selalunya. Walaupun mereka hanya tinggal berdua saja tetapi selalu ada saja barang-barang isterinya bersepah di ruang tamu. Tapi, hari itu semuanya seperti dia meninggalkan rumah pagi tadi.
“Daneen! “Panggil Anas lagi apabila panggilannya yang tadi tidak bersahut.
Anas mengerutkan dahinya. Rasanya sebelum dia masuk ke dalam rumah tadi dia melihat motor Daneen terpakir di sebelah keretanya yang lain. Tapi kenapa rumah ini seperti tidak berpenghuni?
Anas membuka lampu tangga kemudian dia mendaki ke atas. Kut kut isterinya itu ada di atas.
“Daneen! Daneen Ahna? “
Takkan dia mandi? Maghrib macam ini dia tidak akan berani mandi kalau tiada dirinya di rumah. Dia kenal sangat dengan isterinya itu. Luaran nampak saja kasar tapi penakut.
Pintu bilik Daneen ditolak tetapi hampa. Pintu bilik itu berkunci. Mungkin betul Daneen sedang mandi. Fuh, nasib kau kunci Daneen. Kalau tak, buta betul mata aku tengok kau. Bisik Anas. Kemudian dia ketawa memikirkannya.
Anas berjalan ke arah biliknya yang berdepan dengan bilik isterinya. Apabila sudah berjumpa dengan katilnya rasa tidak mahu lagi bangun.
“Daneen Ahna? “Anas tiba-tiba ketawa apabila dia memanggil nama penuh isterinya itu. Lucu pula dia rasa. 15 tahun lepas dia memanggil isterinya dengan panggilan Danny. Teringatkan isterinya marah apabila dia memanggil nama Daneen buatkan dia ketawa lagi. Sekarang, hanya nama Daneen saja meniti di bibirnya.
Dia menoleh ke arah bingkai gambar di sisi katilnya. Gambar dirinya dan kekawan yang lain sewaktu pergi Island Hopping di Pulau Langkawi. Waktu ini semuanya nampak gembira dan teruja dengan percutian ini. Tapi siapa menduga akan ada sesuatu yang terjadi lalu memutuskan persahabatan yang terjalin hampir 15 tahun.
Anas mengambil bingkai gambar itu. “Aku rindu kau Izz,Amal,Maira, Fiya.“DATUK Abbas Mokhtar yang sedang membaca surat khabar itu didatangi oleh isterinya. Lantas, surat khabar yang belum habis di baca itu dilipat dua.
“Minum, bang.. “Pelawa Datin Mona.
“Terima kasih. “Balas Datuk Abbas sambil menyambut cawan kaca yang dihulurkan isterinya itu.
“Dah maghrib baru nampak muka. Kemana abang seharian ni? “
Datuk Abbas meletakkan semula cawan itu ke atas meja. Dia kemudian memandang wajah isterinya tanpa mekap. Mungkin dia baru saja selesai solat maghrib. Fikir Datuk Abbas.
“Saya ke pejabatlah. Ke mana lagi. “
Datin Mona melemparkan senyuman sinis. “Ya ke dari pejabat? Bukan dari rumah Syarifah? “
Datuk Abbas diam malas mahu menjawab.
“Apa khabar madu saya tu? Lama tak ada berita pasal dia. “
“Sihat alhamdulillah. Kandungan dia dah masuk lima bulan. Tak lama lagi riuhlah rumah kita ada baby. “Kata Datuk Abbas sambil tersenyum. Teruja dia ingin mendapat anak.
“Kenapa pula rumah ini yang hendak riuh. Saya tak nak abang bawa Syarifah itu duduk di sini. Abang, kan tahu adik dengan along tak suka dekat dia. “Jelas Datin Mona.
“Habis siapa yang hendak jaga dia waktu dalam pantang kalau bukan awak. “Balas Datuk Abbas.
“Pandai-pandailah dia. Takkan rampas suami orang pandai jaga diri sendiri dalam pantang tak pandai. Belajarlah! “ sindir Datin Mona selamba.
“Awak ni Mona. Tak habis-habis lagi ke? Itukan cerita dua tahun lepas. Apa salahnya awak yang berpengalaman ini jaga dia. Dia itu masih muda lagi untuk uruskan semuanya sendiri. “
Datin Mona menunjukkan muka sebalnya. “Suka hati awaklah. Cerita pasal dia itu buat saya tambah sakit hati aja. “Datin Mona menutup cerita soal madunya.
Datuk Abbas Mokhtar menggeleng kepala melihat isteri pertamanya itu.
“Ni, mana budak-budak? Senyap aja rumah ini. “Datuk Abbas menukar topik.
Datin Mona diam.
“Mona, saya tanya awak ni. Budak-budak mana? “
“Itulah awak, dah lama tak balik sampai apa yang terjadi dekat budak-budak itupun awak tak tahu.“Luah Datin Mona kecewa. Dia sendiri tidak mengerti sikap anak-anaknya. Masing-masing semakin jauh dengan dirinya. Yang tinggal Cuma anak bongsunya di rumah. Yang lain menganggap rumah ini seperti hotel saja.
“Apa yang tak kenanya lagi? Along buat hal lagi? Adik? “Soal Datuk Abbas.
“Bukan along atau adik. Tapi anak lelaki kesayangan awak tu. Abang tahu tak Anas itu dah lama tak balik rumah ni. Bila saya hendak pergi rumah dia ada saja alasan. “
“Habis awak tak suruh dia balik ke sini? “
“Dah puas saya suruh bang, Cuma itulah dia balik sekejap ambil barang-barang dia lepas itu balik semula. “
“Dia sibuklah tu dengan kerja ofis. Lagipun awak tahu, kan jarak rumah ini dengan ofis dia jauh. Biarlah dia hidup berdikari. “
“Berdikari apanya, bang. Saya takut dia itu asyik teringat dekat arwah Danny aja sampai tak nak balik rumah. Saya risaulah. “
“Astagfirullah Mona.... “Datuk Abbas beristigfar panjang mendengar tuduhan isterinya itu. “Apa awak kata macam itu? Awak sedar tak siapa Anas itu. Dia anak awak tau.Tak baik kita tuduh yang bukan-bukan.Lagipun arwah Danny itu saya dah anggap macam anak saya sendiri.”
“Memanglah dia pun anak juga bang, tapi sekarang ini saya rasa Anas tu jauh sangat dari saya. Kasihan dekat adik tu. Hari-hari tunggu Anas balik. “
“Sejak bila dia tak balik rumah? “
“Sejak balik bercuti dululah. “
Datuk Abbas mengangguk tanda mengerti. Lama juga dia tidak berjumpa dengan anak lelakinya itu. Rasanya kalau berjumpa masing-masing sibuk berbincang soal projek. Tak pernah dia bertanya soal masalah anaknya itu.
“Tak apalah. Awak jangan risau. Tahulah saya nanti bercakap dengan dia. “Datuk Abbas menyedapkan hati isterinya.
LENA Anas tersentak apabila dia mendengar suara yang teresak-esak seperti orang menangis. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Biliknya yang gelap itu membuatkan dia buntu seketika. Telefon di sisinya diambil kemudian dinyalakan. Sudah pukul 10 malam.
Pantas dia bangun. Dek kerana kepenatan bekerja, dia tertidur waktu maghrib tadi. Sudah terlepas dia ingin menunaikan solat.
Dahinya berkerut menahan rasa mengantuk tetapi dia gagahkan diri juga. Lampu bilik dibuka. Pakaiannya masih sama seperti tadi.
“Anas..... “Suara yang sayup-sayup itu kedengaran di telinga Anas.
Meremang bulu roma aku! Bisik Anas di dalam hati. Kemudian dia meragut tuala di tempat penyidai sebelum berlalu ke kamar mandi.
Usai mandi, Anas menunaikan solat fardu seperti kebiasaannya. Suara perempuan yang masih menangis itu masih lagi kedengaran. Anas cuba khusyuk akan solatnya.
Selesai menunaikan kewajipan kepada Allah, dia melipat sejadah yang dia gunakan. Baru saja tangannya ingin mengambil sikat rambut,dia mendengar ketukan perlahan. “Aduh, tak kelakarlah Daneen. “laung Anas dari dalam biliknya. Kemudian dia ketawa sendiri di depan cermin.
“Anas.... “Panggil Daneen dengan suara perlahan.
“Masuk ajalah. “Kata Anas rimas.
Hanya ketukan lemah saja kedengaran.
Anas yang geram berjalan laju ke arah pintu. Tombol pintu dipusing kasar seraya itu pintu terbuka luas menjatuhkan tubuh Daneen yang lemah.
“Daneen! “Anas menepuk perlahan wajah isterinya yang pucat.
“Anas,sakit....”bisik Daneen lemah.
Ya Allah, panasnya badan kau Daneen. Bisik Anas kemudian memangku tubuh isterinya yang basah.Ke mana isterinya pergi sampai basah-basah begini? Bibirnya pula pucat kebiruan kerana kesejukan.
Tubuh kurus isterinya itu kemudian didukung masuk ke dalam biliknya. Penghawa dingin yang dibuka tadi ditutup membiarkan kipas saja terbuka dengan perlahan. Di dalam keadaan yang panik itu Anas sempat melihat seluar jeans yang dipakai isterinya koyak di bahagian lutut menapakkan luka kecil yang hampir kering.Buntu seketika Anas ketika itu.
“Daneen aku tukar baju kau dulu, ya?“ mengigil tangan Anas saat melepaskan t-shirt yang dipakai oleh isterinya itu. Gementar di dadanya bagaikan hendak pecah.
Selesai membersihkan tubuh Daneen, dia menyarungkan isterinya itu dengan pakaian yang lebih selesa. Di dalam kedaan Daneen yang tidak sedarkan diri itu sempat juga dia menilik tubuh isterinya yang langsung tiada cacat cela. Bergetar juga naluri kelakiannya tetapi segera dia berfikir waras.
“Fokus Anas! “Kata Anas mengingati dirinya.
Kain lembab diletakkan di dahi Daneen untuk mengurangi suhu badannya. Luka di lutut Daneen juga sudah dia bersihkan saat ingin memakaikan isterinya itu seluar.
“Daneen, kau buat aku risau tadi. Kalau apa-apa terjadi pada kau aku takkan maafkan diri aku” bicara Anas pada Daneen yang tidak sedarkan diri itu. Selimut ditarik sehingga melepasi dada isterinya itu. Jari jemari Daneen digengam erat kerana risau.
YOU ARE READING
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉