Bab 50

1.1K 18 0
                                    

Air yang terasa kelat itu buatkan Daneen terbatuk-batuk. Lengan suaminya di sebelah ditepuk berkali-kali supaya mengambil gelas itu dari tangannya. Tisu segera dicapai itu mengelap mulutnya yang sudah basah dengan air 'pelik' itu.

Wajah ibu mertuanya yang sedang merenungnya dipandang. Langsung tiada senyuman di wajah tua wanita itu.  Senyuman sinis pula dihadiahkan kepadanya.

"Awat hang tak habiskan? "Soal Datin Mona kepada Daneen.

"Tak naklah umi. Air ni pelik lepas tu pedas. Air apa ni umi... "Runggut Daneen. Perit tekaknya apabila terbatuk-batuk sebentar tadi.

"Itu air kunyit. Bagus untuk orang yang berpantang. Habiskan cepat. " gesa Datin Mona.

Daneen menggelengkan kepalanya.  Dia memandang Anas di sebelah. Cuba meminta simpati dari suaminya itu. Kut, kut ibu mertuanya akan beralah kalau suaminya yang bercakap.

"Yalah umi. Bau air ni pun dah tak sedap. Lagipun Anas kan dah belikan jus-jus untuk Daneen minum dalam pantang. "

"Haih, itu lain. Ini untuk dalaman.  Air kunyit ini bagus untuk bersihkan segala kekotoran dalam badan kita. Darah-darah beku semua itu akan bersih lepas minum air ni. "

Daneen mencemik. Dia sudah tidak mampu untuk menghabiskan air itu.  Tolonglah, kalau dia harus makan lauk di dalam pantang selama setahun pun dia sanggup daripada minum air yang entah bukan-bukan ini.

Sudahlah bau pelik warnanya pun pelik. Hendak kata macam air asam jawa pun tidak. Haih, susah hendak gambarkan rasa dan warnanya. Bau apatah lagi.

"Umi...cakaplah dengan tok yang Daneen dah minum habiskan air tu. " Daneen mengerdipkan matanya berkali-kali. Cuba membodek ibu mertuanya itu.

Datin Mona menggelengkan kepala.  Bertuah betul kalau dapat menantu begini. Dia bukannya boleh hendak memaksa orang. Lagi pula dia jatuh kasihan hendak memaksa menantunya ini. Tambah lagi dia melihat Daneen yang tersiksa batuk-batuk tadi. Takut luka tembakan itu sakit.

"Cuba kamu minum Anas. "Arah Datin Mona.

Anas menolak gelas itu jauh darinya.  "Tak naklah umi. Bau dia tak sedap. " kata Anas sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Datin Mona dan Daneen ketawa melihat kelakuan Anas itu.

"Alah kata nak sehidup semati dengan sayang. Apa kata abang rasa sikit saja air tu. Kalau abang minum, nanti sayang habiskan baki air tu. "

Anas tetap menggelengkan kepalanya.

"Tak boleh sayang. Kalau abang sakit nanti lagi sayang susah. Umi, buang ajalah air ni. Mak tok bukan tahu pun. Dia dekat depan tengah melayan Alisya tu. "

Datin Mona memanjangkan lehernya memandang ke arah ruang tamu rumah Anas. Dari jauh dia melihat suami dan ibu mertuanya yang sedang berbual kosong.

"Takutlah umi. Karang, kalau tok tahu dengan umi-umi pula dia heret suruh minum juga. "

Daneen ketawa. "Baguslah kalau umi pun kena minum sekali. Mana tahu tak lama lagi Anas dapat adik baru. "

"Aku katoq kepala hang sat lagi. Cepatlah minum Daneen. " kata Datin Mona tegas.

Daneen memuncungkan mulutnya. Hendak bergurau pun tak boleh. Tapi,  air yang ada di depannya ini tak boleh bawa bergurau. Tak sedap!  Kelat bercampur dengan pahit. Rasanya kalau disejukkan air ini mungkin dia boleh telan lagi. Hah, dia ada cadangan.

"Umi..... "Daneen menarik tangan ibu mertuanya.

"Jangan ngada-ngada. Baik kamu minum cepat sebelum umi panggil tok paksa kamu minum. " ugut Datin Mona.

Hampa Daneen. Hajatnya tidak tercapai. Dia mengambil gelas itu dari pegangan suaminya. Sikit lagi tinggal Daneen. You can do it!

Dengan sekali teguk, Daneen berjaya menghabiskan air itu. Alhamdulillah habis juga!  Bisik Daneen. Dia kemudian memandang Anas yang bersorak di sebelahnya.

"Rasanya sekarang cukuplah Alisya seorang. " Daneen give up!

Anas mengerutkan dahinya. No, sayang! 

"I want a football team. "bisik Anas di telinga Daneen.

"Boleh, tapi abang mengandung sendiri. "Daneen segera berlari ke singki apabila terasa ada sesuatu yang ingin terkeluar dari mulutnya.

Wuekk!




"Papa... "panggil Alisya pada ayahnya.  Kemudian dia berbaring di pangkin bersebelahan ayahnya. Kaki disilang sambil tapak tangannya dialas menjadi bantal kepalanya. Selesa berbuat begitu lagaknya seperti sudah dewasa benar.

Anas tersenyum dengat lagat anak daranya itu.Tidak padan dengan kecil ada saja karenah yang dibuat. Tapi semakin lama dilihat semakin sama pula.

"Amboi hang Alisya. Kemain lagi ikut style papa dia baring lagu tu hang pun ikut lagu tu. " Dahlia menegur Alisya yang berbaring mengikut gaya Anas.

Alisya mengerutkan mukanya memandang Dahlia. Tanda tidak suka akan kehadiran Dahlia di situ.

"Biaq pi lah. " kata Alisya berani. Tidak gentar dengan mulut Dahlia.

Anas menakup mulut anaknya sambil tersenyum kepada Dahlia. "Tok panggil hang kat dalam. "Anas menukar topik.

Melihat Dahlia yang sudah masuk. Ke dalam, Alisya mendongak memandang ayahnya.

"Tuhan marah tau bila orang tipu. "

"Tuhan pun marah kalau Alisya tak jaga adab macam tadi. Lain kali mulut tu.... "

"Ibu! " jerit Alisya pada Daneen yang sedang berjalan ke arah mereka. Tidak mahu mendengar Anas membebel.

Anas memandang isterinya yang memakai kain batik sarung dipadankan dengan baju opah. Rambutnya yang panjang disimpul rapi. Mesti Mak Tok yang memaksa isterinya berpakaian begitu.

"Ibu tau dak papa tadi, kan.... "

"Awat?  Awat?  Papa hang gatai dengan perempuan lain kah? "

Alisya memandang ayahnya.

"A'aah. Ibu nak tahu tadi.... "

"Amboi dua beranak ni. Sedap mengutuk papa. Tak apalah Alisya dah team dengan mak. Lepas ini no more toys no more chocolate. Suruh ibu beli."

Alisya tersengih.

"Alah papa ni dah tua pun nak merajuk.  Ibu kata kalau orang kuat merajuk ni nanti muka dia penuh dengan kedut-kedut. Kedut tang sini. Kedut tang sini."Alisya menunjukkan di pipi Anas.

"Kedut tang sini?  Emak ada kedut tak dekat muka dia? " bisik Anas.

"Ada papa. Tengok dahi dia. "balas Alisya turut sama berbisik kepada Anas.

Daneen memerhati suami dan anak perempuannya yang berbisik-bisik itu.  Apa saja yang mereka bualkan sebenarnya.

"Hey Alisya. Itu suami ibu tau. Jangan nak gatai sangat. " sengaja Daneen mengusik anaknya.

"Yeke? " Alisya memegang wajah Anas kemudian mencium wajah ayahnya itu bertubi-tubi. Sengaja membuat ibunya cemburu.

Terhambur ketawa Anas melihat Alisya itu. Dia kemudian menggelengkan kepala. Anas fokus pada isterinya pula.  Sudah lima tahun usia perkahwinannya dengan Daneen. Alhamdulillah dia bahagia bersama isterinya . Walaupun kekadang ada saja pekara yang mereka gaduhkan tetapi masing-masing cepat beralah. Takut pergaduhan kecil menjadi semakin besar.

"Papa sayang ibu dak? "

"Kenapa?  Alisya ada ibu baru ke? " uji Anas pada Alisya.

"Ish dak aih..."Alisya mengherotkan mulutnya berkata begitu. Gayanya seperti fasih benar berkata loghat utara itu. "Ibu Alisya dah lawa dah.  Tak payah cari lain kang tak terlayan papa. "

Anas memandang Daneen.

"Pandainya dia ni cakap. Ikut siapalah agaknya. " Anas berkata kepada isterinya.

Daneen ketawa kecil.

"Ikut abanglah. Selalu sangat usik orang dah anak pun terikut-ikut. "

"Jannahtul Alisya binti Waiz Anas.  Mai sini! " panggil Wafia.

Alisya memandang Wafia yang memanggilnya itu. "Sat mak long panggil. "

Daneen tersenyum dengan keletah anaknya itu. Haih budak kecik ni tak reti diam. Bisik Daneen.




INTAN melihat dirinya di cermin.  Kemudian dia menangis kuat. Tanda tidak suka dengan gaya rambut yang diikat oleh Alisya itu. Wafia yang mendengar tangisan Intan segera menghampiri.

"Kenapa ni? "

"Mummy tengok rambut Intan. Alisya yang buat. "Adu Intan.

Wafia menahan gelaknya. Kreatif betul kau Alisya. Mak long pun dah lama geram dengan rambut Intan yang panjang ni. Tapi pak long pula sayang hendak memotong rambut itu.

"Alisya yang buat?  Cantik saja mummy tengok. " puji Wafia.

"Mummy! " runggut Intan sambil menghentak-hentak kakinya.

"Ya, ya mummg buka. Nanti mummy panggil Alisya. "

Anas dan Daneen berpandangan sesama sendiri. Serasanya mereka pernah berada di dalam situasi begini.  Mereka cuba untuk mengingati hal itu.

"Hah! Dulu masa kecik sayang suka ikat rambut abang macam ini. Ya Allah sebiji. " Anas mentertawakan Intan

"Pak ngah! " Intas memuncungkan mulutnya apabila melihat Anas ketawa.

Daneen baru teringat. Ya betul dia selalu mengikat rambut Anas begini kerana geram dengan rambut Anas yang ala-ala Korea dulu. Alisya,  Alisya.

"Alisya minta maaf dekat Kak Intan. Tak baik ikat rambut dia macam itu. " pujuk Daneen pada anaknya.

Alisya mencemik memandang Intan.  "Intan awak ni dahlah comel.  Kan lagi comel kalau rambut tu ikat. Rimas tau saya yang tengok ni. " kata Alisya pada  Intan.

Intas mengibas rambutnya yang panjang di muka Alisya.

"Suka hati kitalah. Rambut kita. Awak jealous sebab rambut awak tu pendek." Balas Intan tak mahu kalah.

Alisya tidak terkesan langsung dengan kata-kata Intan itu. "Eleh rambut macam inilah baru rock! " Alisya membuat gaya rockers.

"Eleh kita barbie. " balas Intan.

Daneen ketawa melihat perangai masing-masing yang tidak mahu beralah. Kalau dilayan ni karang mahu jadi bergaduh besar. Bukan dia tidak kenal mulut anak daranya ini. Semakin orang cakap semakin dia membantah.

"Dah-dah. Biar mak ngah yang ikat semula rambut Intan ya. Kesian budak comel ni. "

"Hah, Alisya dah cakap dah tadi budak bambam ni comel. Intan kalau saya ikat rambut awak pun jadi macam ini mak saya ikat lagilah teruk dari ini. " bisik Alisya kemudian berlari keluar.

Intan mendongak memandang Daneen.  "Mak ngah tak jadilah. Intan rasa rambut Intan dah lawa. " Intan turut sama berlari keluar kerana takut betul akan kata-kata Alisya tadi.

Anas ketawa mengekek apabila Intan dengan muka cuaknya takut apabila isterinya hendak mengikat rambutnya.  Wafia juga begitu. Teringatkan zaman mereka kecil dulu, tidak silapnya Anas juga diikat dua rambutnya oleh Daneen sehingga serik Anas hendak membela rambut panjang.





MALAM itu mereka berdua tidak kemana-mana hanya menghabiskan waktu duduk di rumah sementelah banyak yang perlu disiapkan untuk hari esok. Daneen pula setelah selesai kerja di dapur segera ke bilik untuk menyiapkan baju untuk anak dan suaminya esok.

"Sayang buat apa tu? "

"Gosok baju nikah abang. " jawab Daneen selamba. Sudah tahu baju raya yang dia gosok tanya lagi.

Wajah Anas menyengih apabila Daneen berkata begitu. Amboi, betul-betul aku kahwin satu lagi kang baru tahu. Bisik Anas di dalam hati.

"Hah, jangan mengada nak ada niat nak pasang satu lagi. Saya tak kisah tapi takut Alisya yang tak boleh terima."alasan Daneen walhal dirinya yang frust menongeng kalau Anas berkahwin satu lagi.

"Yeke Alisya yang tak boleh terima.  Tak apa nanti abang pujuk Alisya.  Suruh dia pilih mak baru dia yang lawa-lawa. "

Daneen mencemikkan mukanya. Pergilah. Dia sedar dirinya tak cantik.

"Ish, sayang ni tak fairlah. "

"Kenapa pulak? " tanya Daneen apabila tiba-tiba suaminya berkata begitu.

"Yalah, dia yang sakit hati sendiri lepas tu nak suruh abang pujuk. Abang tak cakap pun nak pasang satu lagi sayang yang memandai-mandai. "

Daneen menghamburkan tawanya melihat wajah cemberut Anas. Yalah,  dia gurau saja tadi. Kalau betul-betul dia izinkan Anas berkahwin dua dari Alisya kecil lagi dia sudah izinkan.

"Saja nak usik abang. Selalu abang kenakan saya. "

Anas tersenyum.

Alhamdulillah setakat ni Daneen seorang saja yang mampu membuatkan dirinya bahagia. Dia selesa dengan Daneen dan tidak dapat bayangkan kalaulah dulu mereka tidak berkahwin entah dengan siapa dia sekarang. 

"Sayang nak tahu satu benda tak? "

"Apa?"tanya Daneen yang sibuk mengosok baju kurung anaknya itu.

"I love you. "Kata Anas.

"Auch! " seterika panas itu terkena pada jari Daneen. Mujur baju anaknya itu tidak berlobang.

"Sayang! " Anas segera berlari mendapatkan isterinya. Jari Daneen yang terkena saterika itu dipegang. "Cuailah sayang ni. Tengok jari ni dah luka. "

Daneen ketawa.

"Sweet bergulalah abang ni. Setakat kena saterika sikit aja ni. Dah duduk situ diam-diam. Saya nak habiskan gosok baju ni. "

"Tak payah. Sayang pergi duduk situ biar abang yang gosokkan baju sayang.  Tinggal baju sayang saja, kan? "

Daneen mengangguk.

Kalau selalu begini bolehlah dia berpura-pura sakit selalu. Lagi pula sekarang dia cepat letih lagi-lagi Alisya yang hendak membesar. Kadang-kadang tidak terkejar dia.

"Abang, I love you! " Daneen menunjukkan simbol 'love' di jarinya.

Anas tersenyum lebar. "I love you more, I love you more than you love me."

Daneen tersenyum lebar. Suka dia dengan ungkapan Anas itu.

"Ehem-ehem. Buat apa dengan papa Alisya tu? " Alisya menyilang tangan sambil mukanya mucung sedepa.

Daneen dan Anas melihat siapa yang menegur mereka. Lantas Anas mendukung tubuh Alisya yang kecil itu.
"Malam ni ibu Alisya sakit. Alisya boleh tak tidur dengan Nek Ma. " suruh Anas pada anaknya.

"Nek Ma?  Yay,  nanti Alisya bagitahu Nek Ma yang mak sakit lepastu papa suruh tidur dengan Nek Mak. " Alisya berebut-rebut ingin turun dari dukungan Anas. Tidak sabar dia hendak memberitahu neneknya.

Daneen membulatkan matanya memandang suaminya.

"Abang!  Tak payahlah umi penatlah baru sampai. " tegah Daneen.

Anas mendekati Daneen. "Sayang, we need our 'privasi' tonight. Lagipun kita kena usaha keras kalau nak bagi Alisya adik. "

"Abang..... "Daneen memukul lengan Anas.

"Daneen, aku nak bocor sau rahsia dekat kau ni. " kata Anas serius.

Daneen mengerutkan dahinya. Rahsia?  Rahsia apa?  Rasanya semua rahsia suaminya itu dia sudah tahu. Kalau pun ada dialah orang pertama yang sedar akan hal itu. Jangan macam-macam husband!  Jangan cakap kau dah kahwin satu lagi!  Aku penggal kepala kau Anas!!!

"Jangan jauh sangat. Aku tahu apa yang ada dalam kepala kau tu. Aku takkan kahwin lainlah. "

Daneen mengangguk mengisyaratkan supaya Anas meneruskan kata-katanya.

"Sini dekat sikit dengan abang. "

Daneen mulai ragu-ragu. Rahsia betul ni sampai hendak beritahunya kena duduk dekat-dekat. Apa benda sebenarnya! Kata Daneen tidak sabar di dalam hati.

"Sayang nak tahu tak bila abang mula cintakan sayang? " tangan Daneen digengam oleh Anas.

Aik?

Tiada angin tiada ribu tiba-tiba suaminya itu bertanya soalan itu. Rasanya dia sudah tahu jawapan itu dari dulu lagi. Ke suaminya sengaja nak buat throwback?

"Lepas kita kahwin. Mungkin masa kita sesat dekat dalam hutan dulu? " teka Daneen. Tapi rasanya dia yakin akan jawapan itu. Kerana itulah kali pertama Anas katakan yang dia cintakan dirinya.

"Nope!  Teka lagi."suruh Anas.

Oh, jadi waktu Anas belum cintakan dirinya lagilah. Hurm, malunya.

"Masa saya kena ragut dulu....hah,  masa abang hadiahkan saya motor. Masa tu, kan? " kata Daneen teruja.

Anas menggelengkan kepalanya.

"Bukan.... "

Daneen mencemik. "Habis bila?  Baru-baru ni ke? "Daneen mulai putus asa.

Anas ketawa dengan jawapan terakhir suaminya itu. Aduhai bini aku ni.  Takkan umur Alisya dah empat tahun dia baru mulai cintakan isterinya.  Mengarut!

"Dah lama sangat abang cintakan sayang. Actually bila tadi Intan tak suka Alisya ikat rambut dia baru abang teringat. Rasanya abang suka sayang masa sayang ikat rambut abang dulu.  For the first time, abang jatuh cinta dekat budak gangster macam sayang."

Daneen terkejut.

"Biar betul? "

Anas mengangguk.

"Eleh abang sengaja buat cerita. Kalau betul abang cintakan sayang habis skandal-skandal abang sebelum ni tu apa?  Huh,  nak menipu dengan isteri abang yang kenal abang luar dalam. "

"Sumpah!  Skandal tu nak buat sayang jealous je tapi tulah sayang buat tak kisah pun. "

"Okay how about Mel?  Is she your scandal too or someone special? "

Anas terdiam.

Daneen melemparkan senyuman sinis.  See, janganlah hendak menipunya. Dia kenal sangat perangai suaminya. Acah-acah sweet buka kisah lama yang kononnya mencintainya sejak dari kecil habis Melisa itu hendak letak di mana?

"Abang dah anggap Mel tu macam adik kandung abang sendiri. Dia bukan skandal tapi memang istimewa. "

Daneen menarik muka. Bingo!  Melisa masih lagi seorang yang istimewa pada suaminya.

"Tapi, dia bukan Daneen Ahna. Dalam hati abang cuma ada nama sayang saja. Remember when I told you 'aku akan jaga kau sampai aku mati'? Actually waktu tu abang cuba nak cakap yang abang cintakan sayang. Tapi abang belum ada kekuatan. Dan abang harap sayang faham maksud di sebalik ayat tu tetapi abang silap. You're Danny back then. Very slow person not like now! "

"Abang! " sekali lagi Daneen memukul lengan Anas kemudian dia ketawa mengingati kenangan lama.

Ya,  tidak dinafikan dalam banyak-banyak kawan lelaki yang dia ada Anas yang paling rapat dengannya. Dan jujur dia selesa berada dengan lelaki itu.

"Terima kasih sebab menunggu dengan tempoh yang lama. Dan terima kasih sebab masih lagi mencintai sayang dalam tempoh itu. "Daneen memegang lembut wajah Anas.

"Sama-sama. Abang akan cintakan sayang tak kira sayang jadi Danny ke jadi Boy ke jadi Daneen. I love you the way you are. Yang penting hati sayang jujur. "

Daneen tersenyum.

"Ehem-ehem. Alisya baru tinggalkan ibu dengan papa sekejap. Dah gatal!"

"Ish budak kecik ni. Kacau daun betul. " Anas mengomol Alisya sehingga riuh rendah suasana bilik itu.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dia dapat mengecapi bahagia seperti sekarang. Hidup ini jangan terus berputus asa tanpa berusaha terlebih dahulu. Seberapa lama masa yang diambil untuk berjaya itulah tempoh yang mengajar kita erti kesabaran dan kematangan. Kawan sampai kahwin, alhamdulillah itulah percaturan Allah yang terbaik buatnya.

*Persahabatan adalah anugerah yang terindah untuk semua orang. InShaAllah persahabatan yang lahir sejak kecil akan kekal hingga ke Syurga.*

Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now