Bab 43

626 21 2
                                    

Anas melabuhkan punggung di sofa ruang tamu rumahnya. Pandangannya kosong memandang rumahnya yang sunyi tanpa sebarang suara. Dia tidak tahu apa yang tidak kena dengan dirinya hari ini.  Tegar dia meninggalkan isterinya demi untuk perempuan lain di perhentian bas.

Dia bodoh. Sekarang di mana Daneen?  Puas dia mencari merata tetapi tidak jumpa. Zila pula seolah tidak mahu memberi kerjasama kepadanya. Dia tahu pasti Zila tahu dimana Daneen berada.

Ting!

Bunyi loceng rumah berbunyi?  Anas meraup mukanya lalu memandang jam di dinding. Sudah larut malam. Siapa pula yang datang?  Bisik hatinya tetapi dia tetap melangkah ke pintu untuk melihat siapa yang datang.

Daun pintu dibuka.

“Oh kau yang datang... “Kata Anas kecewa apabila melihat Haniff yang berada di pintu.

Belum sempat Anas berpaling ingin kembali ke ruang tamu, satu tumbukan keras diberikan oleh Haniff. Puas benar hatinya dapat ‘mengajar’ Anas ini. Kalau dulu dia mungkin boleh bersabar lagi tetapi tidak hari ini.

“Apa kau ni? “Anas bangun semula memandang Haniff tajam.

“Itu hadiah yang dah lama aku nak bagi dekat kau. “Balas Haniff geram. Turun naik nafasnya.

“Apa salah aku dekat kau sampai kau datang tengah malam buta ni nak tumbuk aku? “Soal Anas tidak berpuas hati. Tulang pipinya yang terasa sakit dipegang. Hebat betul buku lima si Haniff ini. Bisik Anas di dalam hati.

“Itu untuk apa yang kau dah buat dekat Daneen hari ini. “

Anas diam lalu melangkah ke ruang tamu meninggalkan Haniff. Dia kemudian menghempas tubuhnya di sofa empuk sambil memegang mukanya yang terasa berdenyut-denyut kesan ditumbuk tadi.

Haniff mengekori Anas masuk ke dalam rumah.

“Bro, aku bukan nak masuk campur urusan rumah tangga kau tapi kau tak kasihan ke dekat Daneen. Dia tu mengandungkan anak kau. Kalau apa-apa terjadi dekat dia macam mana. Kau boleh suruh dia balik sendiri dalam hujan lebat tadi. Kau tak fikir ke perasaan dia? “ bebel Haniff.

Anas Cuma mendiamkan diri.

“Kau ni..... “Haniff menumbuk sofa kerana geram. Dia mahu saja menumbuk wajah Anas yang langsung tidak memberi respon akan katanya-katanya tadi. “Kau masih sayangkan dia lagi ke bro?  Kalau kau dah tak nak dia lepaskan dia jangan seksa dia macam itu. Cukuplah hidup dia selama ini dah terseksa. “

Anas memandang Haniff.

“Habis hidup aku pulak macam mana?  Dua tahun aku sembunyikan dia dari pengetahuan semua orang. Aku hilang kawan aku, aku bohong pada keluarga aku. Apa yang aku dapat sebagai balasan?”

Haniff tidak menafikan kata-kata Anas itu. Ada benarnya kata Anas tetapi mereka semua tidak berada di tempat Daneen. Tiada siapa yang tahu kenapa Daneen merancang begitu.

“Kita semua tak berada di tempat Daneen,bro.Hidup sebatang kara macam itu.Dia mesti ada sebab kenapa dia rancang untuk kahwin dengan kau.”

Anas tersenyum senget.

“Dia Cuma gunakan aku untuk kesenangan dia saja. “

“Bro,aku rasa kau dah salah faham. Daneen bukan orang yang macam itu. Walaupun aku tak kenal dia lama tapi aku tahu dia bukan jenis orang suka ambil kesempatan.”

“Kau tak cukup kenal siapa dia lagi. “ sindir Anas.

Jelek telinga Haniff mendengar kata-kata Anas. “Aku tak cukup kenal dia atau kau yang yang butakan hati kau sendiri. Kalau kau lebih kenal siapa dia kau tak terus menghukum dia macam ini. Kau dah cukup matang Anas. “

“Kau tak berada di tempat aku. “

“Tapi kau pun tak berada di tempat Daneen! “Potong Haniff laju. “Kau memang tak ada perasaan belas pada isteri kau yang sedang mengandung-kan. Kalau tidak kau mesti kau takkan sanggup tinggalkan dia macam tadi. “

Anas membetulkan duduknya memandang Haniff yang menempelak dia.

“Ok fine!  Salah aku tinggalkan dia tadi.  Kalau kau tahu dia dekat mana suruh dia balik sekarang. “

Haniff menepuk tangan di depan muka Anas. Geram benar dia dengan perangai Anas ini.

“Bagus cara kau Anas.Kalau aku jadi Daneen aku takkan balik rumah lagi.  Tengok muka kau pun aku dah tak sanggup. “

Anas senyum sambil mencemikkan mukanya. Kakinya pula disilangkan.  “Macamlah dia ada tempat lain lagi nak pergi. Kalau tak aku yang kutip dia dulu. “

Haniff pantas meragut kolar baju Anas. Melampau sungguh Anas. 

“Aku harap Daneen tak tersalah pilih suami macam kau. Kau ingat satu benda ni Anas. Apa-apa terjadi dekat Daneen aku bunuh kau! “

Anas berdiri.

“Baliklah bro.Jangan cuba nak nasihatkan aku pasal hal rumah tangga aku sendiri.Aku pun dah tak nampak hala tuju hubungan kami.”

“Baguslah sebab aku dah boleh siapkan diri aku untuk jadi suami yang lebih menghargai dia. “

Haniff terus berlalu pergi. Berombak kencang dadanya setelah melampiaskan rasa amarahnya pada Anas. Dia bukan hendak menyibuk hal rumah tangga orang Cuma dia mahu ‘mengajar’ Anas akan sikap hargai.  Daneen sudah cukup sempurna walaupun dia ada membuat salah.



DANEEN menyilang tangannya di dada.  Dia kemudian memandang Zila yang sedang mengigit epal yang barusan dia potong.

“Kenapa kau pandang aku macam itu?” tanya Zila serba salah.

“Yang kau dekat sini kenapa?  Tak nak balik? “

Zila melemparkan senyuman tidak bersalah. Dia bukannya apa Cuma risaukan Daneen . Kalau apa-apa terjadi pada Daneen tiada siapa yang tahu. Lagipula dia tidak terasa ingin balik kerana takut sabarnya kurang apabila bertembung dengan Anas nanti.

“Alah nanti kau boring pula tinggal sini seorang. Kalau ada aku adalah juga kau kawan. Kan, kan? “Zila mengendeng Daneen.

“Ish,sanalah.Rimas aku.”Daneen menolak tubuh Zila yang Cuma memeluknya.

“Aloh,orang nak bermanja pun kena marah.”rajuk Zila sambil memuncungkan mulutnya.

Daneen memandang skrin televisyen yang terpapar lakonan Fasha Sandha dan Faizal Husein di dalam drama Qalbu.Tiba-tiba air matanya mengalir saat Fasha Sandha melutut di kaki Faizal Husein.Dia pernah berada di situasi begitu.Saat Anas menghalaunya dulu.

Apa yang sedang Anas lakukan sekarang.Telefonnya dicapai. Melihat skrin telefon yang kosong.Anas langsung tidak mencarinya ke?

“Kenapa kau menangis ni? Kau sakit dekat mana-mana ke?”tanya Zila cemas.

“Sakit Zila.Sakit sangat Zila dekat sini.” Daneen menarik tangan Zila ke dadanya.

Zila membetulkan duduknya. Terbuntang matanya apabila merasakan degupan jantung Daneen begitu laju.Kenapa ini?

“Aku rasa berdebar Zila.”

“Ish,ini bukan berdebarlah Daneen!  Aku bawa kau pergi hospital sekarang.” Zila kelam-kabut bangun untuk membawa Daneen ke hospital.

Tiba di muka pintu, barulah dia perasan yang dia tidak membawa kereta. Haniff yang menumpangkan dia tadi ke majlis Wafia.

Zila memandang Daneen.

“Tak apa kau panggil Grab. Aku boleh tahan lagi. “Daneen memegang dadanya sambil tercunggap-cunggap.

Zila berlari ke luar rumah untuk menunggu Grab tiba. Dia pula yang berdebar-debar sekarang. Haniff cuba dihubungi tetapi tidak dapat.

Aplikasi Grab dibuka untuk melihat dimana pemandu itu berada. 5minit lagi tetapi terasa lama benar.

“Ish, angkatlah Haniff!!! “jerit Zila geram apabila tidak dapat menghubungi Haniff. “Grab ni pun satu. Lambatnya!!! “

Zila berjalan mundar mandir di depan pagar. Menanti pemandu grab yang tidak kunjung tiba.

“Cik,kenapa ya? Ada kecemasan ke?” tegur seorang lelaki kepada Zila.

“Hah abang.Ada kereta tak? Tolong kawan saya dekat dalam tu.Dia sesak nafas.”kata Zila dengan laju.

“Saya keluarkan kereta sekarang.Awak bawak kawan awak keluar.”kata Zimir laju masuk ke dalam rumahnya untuk mengeluarkan kereta.

Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now