Daneen menghempas tubuhnya di katil sambil mendepangkan tangannya seluas katil yang dia baring. Lega rasanya akhirnya setelah berjam-jam perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur tiba juga. Bukan dirinya yang memandu tetapi tubuhnya pula yang penat.
“Oit, cik adik tepi sikit. “Anas menyelit di sebelah isterinya. Selesa dapat berbaring setelah memandu jauh.
“Abang.... “Daneen mengiringkan badannya lalu memeluk tubuh Anas yang hangat itu.
“Abang ‘penatlah’ sayang. Malam abang bagi, ya. “kata Anas memandang ke dalam mata Daneen.
Daneen membesarkan matanya. “Ish, dia ni. Lupa ke saya datang bulan. “
Aduh, melepaslah ni! Baru feeling-feeling nak manja. Nasib bini aku cakap kalau tak main terjah je demam seminggu aku. Anas ketawa jahat di dalam hati.
“Hah, kalau tahu tak boleh janganlah goda abang macam ini sayang. Pergi duduk jauh-jauh sana. “Anas melepaskan pelukan Daneen. Karang, terbabas lain macam pula. Jangan goda aku Daneen!!!
Daneen yang tidak berpuas hati membalas dengan memeluk Anas seerat yang mungkin. Biar suaminya itu tidak bernafas. Biar rasakan. Berani tolak aku, ya.
“Sayang, abang tak boleh bernafas... “ Anas menepuk-tepuk lengan isterinya untuk melepaskan diri.
“Hah, berani tolak Daneen lagi. “ Daneen akhirnya melepaskan Anas.
Sekarang giliran Anas pula membalas. Dia menelentangkan isterinya di atas katil kemudian memeluk isterinya itu sekuat hati. Dia nak isterinya rasakan apa yang dia rasakan tadi. Hah, baru tau rasanya tak cukup nafas. Bisik Anas jahat.
“Anas, kau nak bunuh aku ke? “ Daneen berbisik di telinga Anas. Serta-merta Anas bangkit memandang Daneen yang turut memandang ke arahnya.
“Janganlah buat suara Danny. Seram tau tak! “ Anas membuka muka.
Dia betul-betul terkejut tadi mendengar suara bisikkan Daneen. Entah kenapa tiba-tiba memorinya memutarkan saat-saat mereka di Langkawi dulu. Dia tidak suka isterinya menjadi Danny lagi. Danny dah lama tiada dalam isterinya.
“Sorry-sorry. Alah, Daneen gurau ajalah abang. “
Anas memandang Daneen di sebelah.
“Daneen, jangan pernah main-main macam ini lagi. Please, aku ubah kau jadi Daneen jadi tolong jadi Daneen. Aku tak nak ada Danny dalam diri kau lagi. Faham! “
Daneen terdiam mendengar kata-kata Anas itu. Adakah suaminya tidak suka akan perangainya dulu? Lagi pula dia Cuma bergurau saja. Tiada niat dia ingin berubah menjadi Danny semula.
“Faham. Abang....saya dah selesa jadi Daneen dan selamanya saya akan jadi Daneen. Abang janganlah risau. “ Daneen meraih tangan Anas.
Anas tersenyun sambil mengusap lembut pipi isterinya.
“Abang nak tidur sekejap. Nanti maghrib kejut abang. “giliran Anas pula menghempas tubuhnya di katil.
“YES!! “Anas bersorak apabila kayu blok Jengga nya tidak runtuh apabila ditarik. Daneen pula sekadar mencemik. Alah, setakat macam itu dia juga boleh lakukan. Giliran Daneen pula untuk menarik kayu blok itu. Dengan keyakinan yang dia ada dia menarik sebatang kayu itu......
Tup!
“Argh, tak naklah main lagi. Ish! “ Daneen yang geram membaling kayu blok itu ke arah Anas yang sedang mengekek ketawa. “Siapa entah yang cipta permainan ni. Geram betullah aku!!! “Daneen mengambil semula kayu -kayu yang sudah jatuh itu.
Anas masih lagi ketawa. Geli hatinya melihat reaksi isterinya saat kayu-kayu blok jengga itu roboh sebentar tadi.
“Abang,janganlah ketawa. “Daneen pantas mencubit peha Anas berseluar pendek itu.
“Aduh sayang.Bisa betullah sayang punya cubit ni. Aduh!!! “Anas mengosok pehanya yang sudah memerah.
Daneen membuat muka. Baru cubit sikit dah sakit. Itu belum cubit sekuat hati lagi. Kalau cubit sekuat hati seminggu tak pergi kerja sebab sakit. Huh, ini Daneen lah! Jangan cuba-cuba cabar.
“Sayang....abang sakit tau! “ Anas berkata lagi apabila tiada respon dari isterinya yang sedang menyusun kayu blok jengga itu.
Daneen diam sambil memekakkan telinga.
“ Sayang! “ panggil Anas kali ini lebih kuat.
Daneen buat tidak tahu.
“Fine! “Anas melangkah bangun kemudian sengaja jari-jemarinya melanggar blok jenga yang sudah disusun tinggi itu.
Melihat blok-blok kayu jenganya runtuh serta-merta Daneen merenung tajam ke arah Anas yang sedang melemparkan senyuman senget ke arahnya. Riak wajahnya seperti mengatakan ‘Huh, tak nak layan aku lagi, kan? ‘
“Waiz Anas! “jerit Daneen kemudian mengejar suaminya yang sudah berlari laju ke arah dapur.
Tiba di dapur, kelihatan Anas sedang tercunggap-cunggap sedang mengambil nafas. Daneen pula terus mengambil kesempatan mengejar suaminya. Aksi kejar mengejar di dapur diakhiri dengan masing-masing tergelincir menghempap badan masing-masing.
“Aduh, sayang ni beratlah..... “runggut Anas sambil memegang belakang Daneen yang berada di atas badannya.
‘’Eleh yalah kita ni berat. Melisa tu je yang ringan...’’balas Daneen merajuk.
Melisa? Bagaimana isterinya tahu soal soal sepupunya di Indonesia itu? Rasanya dia tidak pernah memberitahu hal Melisa kepada sesiapa. Adik? Dia ke yang memberitahu kepada Daneen soal Melisa? Hish, budak kecik ni memang nak kena betullah!
‘’Kenapa senyap?’’ujar Daneen tidak berpuas hati. Betullh tu, kan?’’
‘’Macam mana sayang kenal Melisa?’’ Anas mulai serius.
Daneen melihat wajah Anas.Kenapa tiba-tiba raut wajah suaminya itu berubah? Dia tidak suka ke aku tahu soal Melisa?
‘’Girlfriend sendiri pun tak kenal?’’ Daneen cuba menguji lagi.
‘’Daneen,apa ni? Kita,kan dah.....’’
‘’Saya gurau sajalah.”Daneen cuba menukar topik.Nampaknya suaminya itu benar-benar tidak suka apabila nama Melisa disebut-sebut.’’Saya saja petik nama Melisa janganlah awak nak marah.Girlfriend abang,kan Tasha.’’ Daneen ketawa lepas menutup rasa gemuruhnya.Seram dia lihat wajah suaminya yang berubah selepas dia menyebut nama Melisa.
Anas turut sama ketawa.Haih, janganlah bini aku tahu yang Melisa yang dia sebut-sebut tadi memang wujud.Bisik Anas di dalam hati.
‘’Mana dia sekarang?’’
Anas menelan liurnya.Siapa yang dimaksudkan oleh isterinya ini? Tasha atau Melisa?
‘’Siapa?’’
‘’Abang rasa saya maksudkan siapa?’’
Ah, sudah nak main teka-teki pula dekat dapur ni? Sudahlah mereka berdua duduk bersila di lantai sekarang.Macam mak cik bawang sedang mengumpat orang pula rasanya.
‘’Oh,Tasha? Dia belajar dekat India sekarang.Tak lama lagi jadi doktor lah dia.’’jawab Anas seperti apa yang diberitahu kekawannya sebelum ini.
Nasib kau jawab Tasha,Anas.Kalau kau tersilap cakap soal Melisa tadi memang aku kerat-kerat kau buat sup lepas itu sedekah dekat zoo-zoo yang ada dekat Malaysia ni.Huh,
‘’Oh,makwe doktor lah ni.Untung badan dapat.....’’
‘’Enough with this nonsense. Abang nak mandi.’’Anas terus berlalu meninggalkan Daneen yang masih berteka-teki soal Melisa di dapur.
‘’EHEM, sayang buat apa tu?’’Anas mendekati sambil membawa mug yang berisi air milo panas.Satu buat dirinya satu lagi buat Daneen.Masih merajuk lagi ke isterinya ini? Dari petang sampai ke malam langsung tidak menegur dirinya.Perempuan datang bulan Anas.Kau kenalah bawak banyak-banyak bersabar.Bisik Anas di dalam hati.
‘’Tengah memancing dalam bilik ni.Tak nampak ke?’’jawab Daneen menyindir.
‘’Oh,memancing.Mana jorannya?’’Anas memulangkan paku buah keras kepada isterinya itu.Yes,you win bro!!!
‘’Abang!!!’’Daneen mencemikkan mukanya sambil duduk bersila di atas kerusi.
Anas mengangkat keningnya.’’Aik, kata merajuk dengan abang.’’
Daneen bangun mendekati Anas yang duduk tidak jauh darinya.Lalu bahu suaminya dipeluk dari belakang. ‘’Abang,you know how much I love you?’’Daneen berkata di dalam intonasi yang manja.
‘’No, I don’t know!!!’’Anas membalas dengan dingin.
‘’Hish,dia ni!! Baru nak romantik.’’
Anas mengekek ketawa melihat reaksi isterinya itu.Bukan susah sangat nak suruh isterinya ini bercakap.Aku kenal kau dah lamalah,Daneen!
‘’Berapa banyak sayang cintakan abang?’’soal Anas.Kali ini lebih serius.
‘’Tak terkira Anas......’’seraya dengan itu air mata Daneen mengalir.Dia memeluk Anas erat menghamburkan semuanya.Tiap kali topik ni dibincangkan pasti dia akan menangis mengenangkan kisah silam.Rasa bersalahnya kepada Anas tidak mampu dia tanggung.Harta yang dia ada untuk membalas segala jasa suaminya itu Cuma kasih sayang dan setianya saja.Dan dia berjanji pada dirinya walau apa pun yang berlaku dalam hubungannya dia akan setia kepada suaminya sampai bila-bila.
‘’Aku tak pernah menyesal memperisterikan kau,Daneen.Dan aku harap kau pun rasakan hal yang sama.’’
Daneen mengangguk.
Anas, aku takkan pernah rasa menyesal kerana kenal dengan kau. Dari kecil kau jaga aku sampailah aku dah jadi isteri kau pun. Aku harap lepas apa yang terjadi suatu hari nanti kau boleh memaafkan aku. Bukan niat aku untuk libatkan kau dalam hal hidup aku Cuma aku nak kau tahu aku buat itu sebab aku terpaksa. Bisik Daneen di dalam hati.
Klik!!!
Anas melepaskan pelukannya dengan Daneen apabila terdengar bunyi kamera. Dia memandang sekeliling sebelum melihat kelibat seorang perempuan di muka pintu sedang tersengih-sengih memandang ke arahnya dan Daneen.
‘’Ingat sweet ke peluk-peluk macam tu?’’Kata Aira sambil memuncungkan mulut.
Daneen sembunyi di balik lengan Anas yang sasa itu. Malu weh! Ish, kenapalah aku boleh lupa yang budak kecik ni ada dalam rumah. Dia juga yang menyuruh Aira mengambil air di dapur tadi. Sahlah Daneen kau memang dah nyanyuk. Kutuk Daneen sendiri.
‘’Biarlah bini aku... ‘’Sindir Anas.
‘’Eleh, adik tahulah. Tapi nasiblah abang dapat Kak Daneen kalau dengan Kak Mel..... ‘’
‘’Kau asal tak balik lagi?’’potong Anas. Dia tahu adiknya ingin menyebut nama Melisa tadi. Dia belum bersedia lagi hendak memberitahu isterinya soal Melisa. Mungkin nanti.....atau tidak perlu.
‘’Adik tidur dekat sini sebab umi pergi rumah kawan dia ada kenduri. ‘’Terang Daneen.
Yeah, Aira mengeyitkan matanya pada kakak iparnya. Untung dapat kakak ipar yang memahami ni.
‘’Sibuklah. Kau ni kalau aku nak manja-manja dengan Kak Daneen kau ada aja dekat rumah aku. Tak ada privasi tau kita orang ni. ‘’Kata Anas hampa.
Aira mencebikkan mukanya. Huh, menyampah.
‘’Eleh, ingat adik heran ke. Buat ajalah macam adik tak ada dekat rumah ni. Adik tak kisah pun tau!!! ‘’Aira menekankan ayat ‘tak kisah’ kepada Anas.
‘’Haip! Mana boleh kau budak kecik. Aksi kita orang ni 18 tahun ke atas sahaja boleh tengok. ‘’Kata Anas selamba disusuli dengan cubitan berbisa dari Daneen. ‘’Amboi, aksi kita tak ada siapa pun boleh tengok tau. ‘’ tokok Daneen.
Ah sudah! Aira menjulingkan matanya ke atas. Sama saja abang dan kakak iparnya ini.
‘’Eleh, dulu sebelum kahwin macam anjing dengan kucing. Pantang jumpa asyik nak bergaduh. Sekarang nak sweet-sweet pulak. ‘’Sindir Aira pula.
Anas dan Daneen ketawa sambil mengiyakan kata-kata Aira itu. Kalau dulu memang betul pantang berjumpa asyik hendak bergaduh sekarang boleh lentok-lentok kepala.
‘’Itu dulu dik, sekarang lain tau. ‘’
‘’Kak Daneen nak tahu tak sebenarnya abang dah suka akak lama dah. Dia malu nak mengaku. Tiap malam sebelum tidur mesti nak tengok video akak barulah boleh tidur. ‘’Aira membuka rahsia kepada Daneen.
Tangan Anas pantas meragut bantal lalu dibaling ke arah adiknya. Mujur Aira sempat mengelak. ‘’Betul kak, tak percaya check phone abang tu. ‘’
Daneen memandang suaminya tidak percaya. Video apa pula yang Anas tengok.
‘’Abang.... ‘’Daneen mencekak pinggangnya sambil mengecilkan matanya memandang Anas,.
‘’Itu bukan videolah budak kecik. Itu vlog. Lembab itu pun tak tahu. ‘’
Vlog? Oh, dia sudah lama tidak membuat Vlog lagi sejak semua orang menyangkakan yang dia sudah ‘tiada’.
‘’Abang paling suka tengok yang ini. Kalau dia tak ada mood mesti video ni buat dia gelak sorang-sorang. ‘’
Anas menggelengkan kepala.Dengan adiknya ini memang tak boleh cerita apa-apa. Habis semua dia bongkarkan.
~happy birthday to you~
~happy birthday to you~
~happy birthday to Danny~
~happy birthday to you~
Oh, video yang ini. Semua ini dirancang oleh Anas sehingga waktu itu dia benar-benar percaya hari itu adalah hari ulang tahun kelahirannya. Dia sedar apabila semua orang mengatakan ‘its prank’. Terkejut juga dirinya waktu itu mujur ingatannya masih waras berfikir tarikh dirinya dikenakan waktu itu.
Teruk Anas dikerjakan olehnya waktu itu. Kek yang sepatutnya dimakan habis dilumur ke muka Anas dek kerana geram dipermainkan begitu. Apabila mengingati semua ini Daneen tersenyum sendiri. Dia benar-benar rindukan akan kawan-kawannya.
‘’Mana vlog kita dekat Langkawi? ‘’Soal Anas tiba-tiba.
Daneen terus memandang Anas. ‘’Abang nak buat apa? ‘’
‘’Kita masukkan untuk vlog yang terahir. ‘’
Aira memandang kakak iparnya seraya mengangguk. Dia bersetuju akan kata-kata abangnya itu.
‘’Tak payahlah. Tak ada kenangan yang best pun dekat sana. ‘’Ujar Daneen kemudian pergi dari situ.
Selama setahun dia bersembunyi dari pengetahuan semua orang. Tipulah kalau dia katakan semua ini tidak sakit. Dia rindukan kehidupan dia yang bebas dulu. Dia rindu nak luangkan masa dengan Fiya. Dia rindukan Vlog tapi lebih baik begini. Dia tidak boleh tamak sedangkan yang sakit bukan dirinya seorang saja. Anas juga terlibat sama. Tiada alasan untuk dia katakan semua ini tidak adil sedangkan Anas memberikan dia kehidupan yang sempurna.
‘’Baiklah, kita post vlog saya dekat Langkawi.’’akhirnya Daneen membuat keputusan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉