Bab 34

599 19 0
                                    

Daneen bingkas bangun berlari ke arah suis lampu lalu ditekan untuk menerangi bilik yang gelap itu. Anas mengosok matanya dek kerana pedih apabila tiba-tiba ada cahaya silau terkena pada matanya. Dalam masa yang sama dia melihat jam di dinding.

2.30 pagi!

"Sayang.... Awal lagilah. "Anas merunggut dengan mata terpejam.  Dengan posisi menyiarap dia mendepangkan tangannya di atas katil yang sempit itu.

Apa yang melekit ni?  Air tumpah ke? Takkan Daneen bawa masuk air dalam bilik.Dia tidak rasa begitu. Kalau setakat hendak minum air tidak perlu rasanya buka lampu. Bisik Anas di dalam hati. Dek kerana tidak sedap hati dia mengangkat kepalanya sedikit untuk melihat tangannya yang melekit itu.

Laju Anas bangun berdiri tegak di sebelah Daneen. Wajah Daneen yang jelas merah itu dipandang buntu.

"Sayang... darah siapa ni? Ada penanggal ke masuk bilik kita? "Soal Anas sambil melihat jendela yang jelas terbuka luas itu. Memang mereka tidak pernah tutup jendela itu sejak tiba di kampung memandangkan bilik mereka tiada kipas.

Penanggal apa zaman moden ini. Aduh pelik-pelik laki aku ni!  Akulah penanggal tu. Seluar yang jelas ada kesan merah itu ditutup dgn bajunya.

"Sayang? "Panggil Anas lagi apabila merasakan tiada respon dari isterinya itu.

"Abang... Sebenarnya saya...saya... "

Anas melihat isterinya dari hujung rambut ke hujung kaki. Awat ni? 

"Saya....alah yang selalu tu.... "Daneen yang berkias-kias itu menambahkan lagi binggung suaminya.

Anas berfikir sejenak.

Selalu?  Merah?  Melekit?  Selalu?  Ya Allah!!!  Sayang....  Jerit Anas di dalam hati. Segera Anas memandang isterinya yang berdiri menyilang kaki menunjukkan rasa tidak selesa.

"Hahahahha..... "Anas ketawa berdekah subuh itu. Melihat wajah isterinya yang merona merah itu menambahkan lagi rasa geli hatinya. Sungguh comel isterinya ini.

Laju tangan Daneen memukul lengan Anas. Ini bukan respon yang dia hendak. Ketawa!  Ketawa!  Daneen merenung tajan suaminya.

"Sakitlah sayang... "Anas mengosok lengannya yang ditampar Daneen. "Pergilah bersihkan. Biar abang tukar cadar ni. "

"Abang keluarlah sekejap. Biar saya yang bersihkan.Tangan abang tu cuci bersih-bersih. "

Anas melihat tangannya yang sudah kering itu. Erm, baiklah. "Abang pergi cuci sekejap. Sayang tunggu sini. "

Selepas suaminya itu keluar Daneen menghembus nafas lega. Aduh, Daneen! Dah tahu kau baru datang bulan pakailah pad yang besar. Marah Daneen pada diri sendiri.

DANEEN berjalan sambil membongkok memegang perutnya yang sakit. Dari bilik hendak ke ruang tamu rasanya jauh benar. Karang, kalau dia duduk di dalam bilik saja apa pula kata mak tok.

Sudah sampai di ruang tamu dia melihat wajah Dahlia yang sedang bermain dengan telefon bimbit. Wajah Dahlia itu dijeling tajam. Baru dia perasan hanya mereka berdua saja di ruang tamu ini. Bukan di ruang tamu saja tetapi seluruh rumah. Sunyi saja.  Mana semua orang?

"Semua keluar pergi pasar. "jawab Dahlia tanpa disoal.

"Aku tak tanya pon. "Daneen memutar bebola matanya ke atas.

Dahlia memandang Daneen. What?  Kau ingat aku heran sangat ke nak bagitahu kau. Huh....

Mata Daneen meliar memandang sekeliling ruang tamu itu. Tiba-tiba matanya tertancap pada album gambar. Dia berjalan perlahan-lahan mengambil album itu sebelum dia ketawa terbahak-bahak saat melihat gambar di muka depan.

Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now