Sofia menguap panjang sambil bersenam sedikit di hadapan biliknya dengan mata tertutup. Rasa sejuk pagi ini buatkan dia tidak mahu lepaskan katil. Tetapi apakan daya apabila balik ke kampung ini haruslah bangun pagi. Karang, periuk kuali semua terbang ke biliknya.
“Dah bangun anak dara? Matahari dah nak terbenam baru nak bangun. “ Sindir ibu Sofia di ruang dapur.
Sofia membuka mata kemudian menjengah sedikit di ruang dapur. Kelihatan ibunya sedang mengacau air di dalam teko. Aik? Dah nak dekat tengah hari baru ibunya buat air? Hairan. Selalunya waktu begini ibunya sedang berperang di dapur untuk menyiapkan makan tengah hari.
“Hah, Fiya. Kamu dah bangun. Tengok siapa yang datang tu. “Pak Ahmad menegur anak perempuannya.
“Siapa yang datang ayah?”tanya Sofia sambil menguap.
“Bakal tunang kamu! “Jawab Pak Ahmad ringkas kemudian ke ruang dapur untuk melihat isterinya.
Terus hilang rasa mengantuk Sofia mendengar kata-kata ayahnya itu. Segera dia masuk ke dalam bilik semula untuk membersihkan diri.Usai membersihkan diri dia memakai tudung lalu melangkah keluar untuk melihat siapa yang dimaksudkan oleh ayahnya sebentar tadi.
“Ayah, ibu mana bakal tunang Fiya? “ tanya Sofia melihat tiada sesiapa di ruang tamu rumahnya melainkan orang tuanya saja.
“Kamu bersiap bukan main lama lagi. Dia dah balik. “Jawab ibu Sofia sambil tangannya lincah mengemas cawan-cawan yang dihidangkan kepada tetamu tadi.
Sofia menghembus nafas hampa. Baru saja dia ingin melihat wajah lelaki itu tetapi dia sudah pulang. Tapi,kenapa sebelum ini ibu dan ayahnya tidak pernah memberitahunya soal ini.
“Siapa lelaki itu? “Tanya Sofia perlahan. Dia sebenarnya mencuba untuk tidak menghampakan permintaan ibu bapanya. Tetapi apabila melibatkan soal hati dia berperang dengan diri sendiri.
“Ayah harap kamu bolehlah terima dia. Ayah tengok budaknya baik budi pekerti. Pandai hormat orang tua. “
Sofia menunduk. Izz pun baik orangnya. Tapi, kenapa ayah tak pilih dia. Runggut hati Sofia.
“Fiya, umur kamu pun bukannya muda lagi. Dah elok sangat kalau kamu berkahwin. Tadi, kami dah bincang-bincang dalam tiga bulan lagi kamu akan bernikah. “
Sofia memandang orang tuanya tidak percaya. Tiga bulan lagi? Habis Izz? Hati aku macam mana? Boleh ke aku terima lelaki itu menjadi suami aku sedangkan aku tak pernah kenal dia macam mana. Serasi ke dia dengan aku?
Pelbagai soalan mulai muncul di fikiran Sofia ketika itu. Dia inginkan lelaki itu membahagiakan dia kelak tetapi kalau dia tidak mengenali lelaki itu sekarang bagaimana dia ingin bahagia.
Wajah orang tuanya dipandang. Wajah yang sedang mengharap kepadanya ketika ini untuk menerima lelaki itu. Apa yang harus dia jawab sekarang.
“Siapa nama dia ayah? “
“Rayyan. “Jawab ibu Sofia.
“Oh,... “hanya itu saja respon Sofia. Malas bertanya lebih.
Pak ahmad bertukar pandangan dengan isterinya kemudian melemparkan senyuman yang tersirat.
“Apa-apa keputusan ayah dan ibu, Fiya terima. Fiya keluar sekejap pergi sawah. Nak jumpa Ain. “Pantas Sofia bangun kemudian menyalami tangan kedua ibunya.
Basikal tua yang terletak di pangkin buatan ayahnya ditunggang. Sebenarnya dia tidak berjanji dengan Ain untuk berjumpa di sawah. Sengaja dia mereka alasan untuk keluar. Dia harus menghubungi Izz sekarang juga.
Air mata yang mengalir dibiarkan saja mengalir. Entah kali ini dia tidak boleh turutkan kemahuan keluarganya. Dia inginkan lelaki yang mencintainya sepenuh hati bukannya menurut apa saja apa yang kemahuan keluarganya.
“Assalamualaikum Izz.... “Kata Sofia perlahan di talian.
“Waalaikumsalam sayang. Ada apa call Izz pagi-pagi ni. Rindu ke? “Balas Izz ceria di talian.
“Kalau rindu pun Fiya bukannya boleh buat apa. Izz jauh dari Fiya. “Balas Sofia kecewa. Dia mengharapkan Izz ada di depan matanya sekarang.
“Kalau Izz ada depan mata Fiya sekarang, Fiya nak cakap apa dengan Izz.”usik Izz.
Sofia mengemam bibirnya rapat. Air matanya ditahan. Nafasnya ditarik dalam cuba untuk menenangkan dirinya. “Fiya nak minta maaf. “ Perlahan saja ungkapannya tetapi mampu didengari Izz di talian.
“Minta maaf? Kenapa? Fiya bukannya ada buat salah. “
Sofia menangis jua akhirnya. Kedengaran teresak-esak di talian sehingga didengari oleh Izz. “Sayang, kenapa ni? Kenapa menangis? “ tanya Izz risau.
“Ayah dengan ibu.... “
“Ya, kenapa dengan ayah dan ibu? Dia orang sakit ke? “
“Bukan...”
“Habistu? “Tanya Izz tidak sabar. Apa punca kekasihnya menangis sehingga teresak-esak bunyinya.
YOU ARE READING
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉