Zimir tersenyum sinis apabila berjumpa dengan seseorang yang dia cari sejak dari tadi. Dia perhatikan dari jauh perempuan yang sedang memilih baju bayi di salah sebuah kedai itu. Dua hari dia menjejaki perempuan itu akhirnya berjumpa juga.
Putung rokoknya yang masih berbaki dia sedut sehingga puas lalu lebihannya dijentik ke dalam longkang. Perempuan itu diperhati lagi sehingga tiada sesiapa disisinya.
Langkah kaki diatur laju melintas jalan yang sesak dengan kereta. Apabila sudah tiba di hadapan kedai barangan bayi itu dia segera masuk ke dalam.
"Daneen, where have you been? " bisik Zimir di sebelah Daneen yang sedang sibuk memilih baju itu.
Terkejut dengan sapaan itu Daneen mengurut dadanya. Wajah lelaki di sebelahnya dipandang sebelum dia terkejut. Luruh beg tangan yang tersangkut di bahunya melihat Zimir sedang memandangnya.
"Zimir, kau buat apa dekat sini? " Daneen berlagak biasa. Tidak mahu kelihatan takut di hadapan lelaki itu.
"Aku cari barang tak sangka terserempak dengan kau. Jauh berjalan sampai ke sini? Anas, kenapa tak ikut? "
Anas?
Daneen memandang Zimir. Entah kenapa sejak mengetahui siapa lelaki itu dia rasa tidak selesa berada dekat begini. Sebelum ini dia tidak kisah malah siap memuji ketampanan lelaki itu seperti model.
Tapi,bagaimana dia tahu yang Anas tiada di sini? Daneen memandang sekitarnya kut,kut ada yang mengekorinya.
Apabila ternampak beberapa lelaki yang sedang memandang ke arahnya dia segera ingin pergi tetapi ditahan oleh Zimir.
"Kau nak pergi mana? Jom teman aku makan."Zimir cuba memancing Daneen.
"Aku tak ada masa."jawab Daneen laju kemudian ingin pergi tetapi sekali lagi dihalang oleh Zimir.
"Kenapa ni? Aku ada buat salah ke dekat kau sampai kau tak nak bercakap dengan aku?"
Daneen tidak memperdulikan kata-kata Zimir itu.Apa yang penting sekarang,dia ingin pergi dari sini.Sekali lagi dia menoleh ke arah lelaki-lelaki itu.Matanya bertembung dengan salah seorang dari mereka.
"Tepilah!" Daneen cuba menolak Zimir yang sedang menghalang laluannya. Beberapa orang lelaki yang bertubuh tegap itu sudah berlari melintasi jalan apabila melihatnya seakan ingin pergi.
Zimir menghalang menggunakan tangannya.
"Jomlah Daneen teman aku."pujuk Zimir lagi sambil matanya melihat ke arah belakang.
Daneen memandang Zimir tajam. "Jangan ingat aku tak tahu kau siapa. Zimir Daniel bin Abbas Dani."
Besar mata Zimir bila Daneen menyebut nama penuhnya.Jadi, Daneen sudah mengenalinya.Patutlah sikap perempuan itu dingin terhadapnya. Melihat orang upahan ayahnya semakin dekat dia terus menarik Daneen keluar dari kedai.
"Kau ikut aku kalau kau nak selamat."
Daneen cuba merentap tangannya dari pegangan Zimir tetapi tidak berjaya. Lelaki itu lebih kuat darinya. Dia akhirnya berada di dalam kereta lelaki itu meninggalkan jauh pekan.
Zimir beriak biasa sambil mengunyah gula getahnya. Sesekali dia menoleh ke arah cermin belakang melihat kalau kalau ada orang upahan ayahnya mengekori dari belakang. Daneen di sebelah turut dipandang.
"Sorry sebab aku tarik kau tadi. Kau okay tak?"tanya Zimir risau. Dia terlupa yang perempuan di sebelahnya berbadan dua.
"Kau nak apa lagi dari aku? Tak cukup dengan apa yang kau dah buat selama ini. " ucap Daneen geram.
Zimir ketawa sinis.
"Cukup? Hutang ayah kau tu terlalu banyak Daneen. "
Daneen merengus kasar. "Kau dah bunuh dia dulu pun masih tak tertebus hutang tu? Apa yang kau dengan ayah kau nak lagi? Nak tengok aku pula yang mati. "
Zimir menggeleng kepala. "Kau sepatutnya bersyukur sebab ayah kau mati. Jangan ingat aku tak tahu apa yang ayah kau buat pada kau selama ini. Haruan makan anak."Zimir berbisik pada ayat terakhirnya.
Daneen menoleh ke arah Zimir. "Apa kau merepek ni?"tengking Daneen. Serasa kesabarannya sudah tiada.
Zimir memberhentikan kereta di suatu kawasan yang sunyi. Tujuan dia mencari Daneen ke sini bukan hendak mengancam perempuan itu. Dia datang sebagai sepupu kepada Anas.
"Hidup kau dah cukup terseksa Daneen. Cukuplah apa yang kau rasa selama ini. Terpaksa tipu semua orang cakap kau dah mati padahal kau masih hidup. Kau suka ke hidup macam ini selama-lamanya? "
Daneen senyum senget. "Kau dengan bapak kau yang buat hidup aku huru-hara macam ini. "
"Adatlah kalau berhutang tak nak bayar. Sesiapa pun akan buat macam itu. " jawab Zimir selamba.
"Termasuk rogol ibu aku? Itu cara kau dengan bapak kau ke untuk tuntut hutang? "
Zimir memandang Daneen. Terkejut dengan kata-kata perempuan itu? Rogol? Biar betul? Siapa yang merogol ibu Daneen? Setahunya ayahnya tidak pernah berbuat pekara begitu walaupun tidak dinafikan yang ayahnya seorang kaki perempuan. Tetapi merogol untuk melangsaikan hutang itu sudah melampau.
"Jangan buat muka terkejut kalau kau buat benda itu hari-hari. Aku dah tak heran dengan orang-orang macam kau ni. Merogol dan membunuh macam hobi saja. "
Zimir memegang lengan Daneen.
"Watch your mouth Daneen. Aku bukan orang macam itu. "
"Habis kau orang yang macam mana pula? Ke kau bahagian memukul dan membunuh orang? "pedas ayat yang keluar dari mulut Daneen sehingga Zimir sudah kehilangan kata-kata.
Zimir menghembus nafas berat. Apa yang Daneen katakan ada betulnya. Dari kecil dia sudah dibesarkan dengan cara begini. Memukul orang yang tidak mampu melangsaikan hutang sudah menjadi kebiasaannya. Tetapi membunuh....
"Aku tak tahu mak kau kena rogol dengan..... "Zimir tidak sampai hati hendak meneruskan ayatnya.
"Mak ayah aku pun dah lama mati. Tak lama lagi aku pula yang menyusul. "
"Daneen! Apa kau merepek ni? Kau memang nak sangat mati ke? " marah Zimir. Tidak suka apabila soal mati disebut-sebut oleh Daneen.
"Apa? Bukan hari ini kau datang hendak bunuh aku? Mana budak-budak kau? Kenapa dia orang tak sampai lagi? "
"Look,Daneen aku datang ini bukan nak bunuh kau or pukul kau. Orang-orang tadi bukan budak-budak aku tapi orang bapak aku.Dia dah tahu kau masih hidup.Kalau kau nak hidup panjang sampai anak kau lahir please balik duduk dengan Anas.Itu saja cara supaya bapak aku tak kacau kau."
Daneen menggeleng kepala."Kau reka cerita apa ni? Jangan putar belit ceritalah Zimir."
"Tak!"Zimir memandang tepat ke dalam mata Daneen. "Dengar cakap aku Daneen.Balik KL sekarang atau orang-orang bapak aku cari kau dekat rumah yang kau duduk sekarang. Kau mesti tak nak 'ibu ayah' mati,kan."
Allah!
Kenapa dia lupa akan keselamatan orang tua Fiya.Sepatutnya dia tidak balik ke sini dan mengheret mereka di dalam masalahnya.
Allah berat sungguh ujianMU.
"Tak ada masa nak fikir panjang Daneen.Ikut aku balik KL duduk dengan Anas dekat sana.Orang-orang bapak aku takkan kacau kau dekat sana."

ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉