Azan Subuh yang berkumandang di surau mengejutkan lena Daneen. Dia membuka mata terkebil-kebil memandang kipas yang berpusing lembut. Alhamdulillah dia masih diberi peluang untuk menghirup udara pagi ini.
Dia mengeliat badannya untuk melayan matanya yang masih mengantuk. Berharap jika dia berbuat begitu rasa mengantuk itu akan pergi. Dia mengiring ke kanan. Anas?
"Aku tidur bilik kau sampai bau minyak wangi dalam bilik aku itu hilang. "Kata-kata Anas tiba-tiba terngiang di telinganya.
Wajah Anas yang masih tidur itu dia pandang. Selama tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan Anas baru hari ini dia dapat menatap wajah Anas dari dekat. Wajah yang kekadang menenangkan kekadang menyakitkan hati. Tapi, jikalau tiada lelaki itu entah apa yang terjadi akan hidupnya sekarang.
Tidak tahu bagaimana hendak dia balas jasa Anas itu. Terlalu besar pengorbanan lelaki itu kepada dirinya. Wajah suaminya itu ditenung lama. "Anas, sekarang aku jadi tamak. Aku tak dapat teruskan hidup kalau tak nampak muka kau walau sehari. "
"Kau jangan pernah tinggalkan aku walaupun suatu hari nanti akan ada pekara yang akan pisahkan kita. "Wajah Anas dipegang lembut.
Anas yang bergerak sedikit apabila wajah disentuh menyedarkan Daneen. Ish, apa aku buat ni? Daneen wake up! Jerit hati Daneen kuat menyedarkan tuannya.
Daneen bingkas bangkit dari pembaringannya. Panas pipinya kerana malu. Malu dengan apa yang dia lakukan dan apa yang dia katakan kepada Anas. "Apa aku buat ek? " Daneen mengetuk dahinya perlahan di dalam kamar mandi. Pintu bilik air ditutup perlahan.
Anas membuka matanya perlahan sambil tersenyum."Aku pun tamak Daneen! " kata Anas kemudian menyambung semula tidurnya.
ANAS melihat makanan yang terhidang di meja makan pagi itu. Hendak terkejut rasanya tidak tetapi hendak tertawa pula tidak sampai hati. Tema sarapan pagi hari ini 'Black&White'. Yalah semuanya hitam pinggan saja yang putih.
"Aku tak tahu pula roti Gardenia dah tukar jadi warna hitam. "Sindir Anas sebelum melabuhkan punggung.
"Alah asyik makan roti putih aja sesekali dapat yang hitam legam macam ini cubalah bersyukur. "Balas Daneen geram. Penat dia berperang di dapur tadi itu saja Anas katakan padanya. Pedih betul hati ni! Kata Daneen di dalam hati.
"Eh,aku tak komplen pun.Aku bersyukurlah at least ada juga sarapan pagi ini.Tengok air pun hitam."Anas menghirup kopi'0 panas itu."Hmph, nasib baik air sedap."puji Anas jujur.Daneen mencemik.Ada saja hendak memerli suaminya ini.
"Kau tak kerja ke hari ni? "tegur Anas melihat Daneen sekadar memakai t-shirt dan seluar pendek separas lutut seperti kebiasaannya di rumah.
Daneen menggeleng.
"Penatlah nak kerja dah. Aku bersara awal boleh tak? "Kata Daneen sengaja ingin melihat reaksi Anas. Gementar juga dia menuturkan ayat itu tadi.
Anas meletak roti yang disapu jem itu. Matanya tertumpu pada Daneen.
"Kau betul ke nak bersara? " tanya Anas kali ini nadanya lebih serius.
"Kenapa kau tanya?"Daneen mengerutkan dahinya. Kaku dengan soalan Anas yang serius itu. Wajahnya langsung tiada segarit senyuman.
"Tak ada apa. Cuma itu, kan impian kau dari kecil. Sayanglah dengan apa yang kau dah capai sekarang nak bersara. Kita tak tahu masa depan macam mana. "
![](https://img.wattpad.com/cover/223377103-288-k402471.jpg)
YOU ARE READING
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉