Bab 22

745 20 1
                                        

Daneen mengetuk pintu bilik Anas pagi itu untuk memanggil suaminya  turun bersarapan dengannya. Seminggu ini jarang dia bertemu dengan Anas. Pagi-pagi sebelum dia bangun suaminya itu sudah pergi ke tempat kerja. Balik pula sudah jauh malam.

Dia tahu Anas marahkan dia lagi soal tempoh hari. Dia tidak boleh berbuat apa-apa soal itu. Semua kehendak ayah mertuanya. Dia pula hanya kena mengalah walaupun dia pernah kata tidak mampu hidup tanpa lelaki itu.

Ketukannya tidak dihiraukan Anas seperti selalu membuatkan Daneen memgambil keputusan untuk masuk saja ke dalam. Kelihatan Anas sedang  bersiap di hadapan meja solek. Lelaki itu segak memakai kemeja kelabu asap dikenakan dengan seluar slack berwarna hitam.

"Anas,jom sarapan.Aku masak mihun goreng pagi ni."sapa Daneen ceria. Suaminya itu didekati.Haruman kegemarannya itu membuatkan dia tersenyum lebar.

Anas diam tidak menjawab.

"Dah lama aku tak tengok muka kau yang handsome ni.Jomlah teman aku sarapan."pujuk Daneen lagi.

Anas masih sama.Wajah Daneen langsung tidak dipandang.

"Anas..."wajah Anas cuba dipegang oleh Daneen tetapi ditepis kasar.Mata Daneen kemudian ditenung tajam. 

"Kau nak apa  pegang-pegang muka aku? Tak nampak ke aku tengah pakai tali leher ni.Aduh, serabut betullah kau ni! " rengus Anas kasar kemudian memakai semula tali lehernya.

Daneen terkebil-kebil apabila Anas meninggi suara kepadanya.

"Anas,  tak perlulah tinggi suara dekat aku. Kalau kau tak nak makan cakap aja tak nak makan. By the way,  ini duit minyak wangi kau yang aku pecahkan dulu. " sampul surat yang berisi duit itu diletakkan di atas meja solek Anas.

"Hari ini aku dah start kerja balik.  Mungkin aku balik lambat sikit malam ni or tak balik rasanya. Kerja dekat studio tu berlambak. Aku pergi dulu,lah."

Daneen berjalan lemah melangkah keluar dari bilik Anas.

"Kau balik ke tak, aku tak peduli pun." Kata Anas perlahan tetapi mampu didengari Daneen.

Daneen hanya senyum segarit saja mendengar kata-kata Anas itu.Ya, dia yang salah akan semua ini. Jadi, dia terpaksa menanggung akibatnya. 

Lega hatinya apabila sudah membayar hutang kepada Anas. Tapi, mulai hari ini dia perlu menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja. Semalam, dia mengambil keputusan untuk menjual motor berkuasa tinggi kesayangannya.  Duit di akaun banknya semakin berkurang sejak dia 'dicutikan' kerja.  Jalan mudah dia menjual motornya itu.  Dapat juga dia membayar hutang Anas.

Kamera yang diimpikan juga sudah berada di genggamannya. Berbaloi juga melepaskan motornya. Sedikit-sedikit dia akan mengumpul duit untuk membeli motornya itu semula.

Air mata yang mengalir dikesat kasar. Sepanjang jalan dia menyesal akan kata-katanya malam itu kepada ayah mertuanya. Dia tidak mahu berpisah dengan lelaki itu. Dia sudah mulai sayangkan Anas. Fikirannya berserabut memikirkan masa depannya nanti. Mampu ke dia hidup nanti?

"Boy, you ke tu? " soal Zila sewaktu Daneen melewati rumahnya itu.

Daneen berhenti melangkah.

"Ya, aku?  Kenapa?  Nak bagi kuih dekat Anas?  Pergilah jumpa dia sana." Jawab Daneen ingin meneruskan perjalanannya ke bus stop depan.

"Eh, sekejaplah. You nak pergi mana pagi-pagi ni?  Mana motor you? "

Sibuk pula si 'sotong' ni pagi-pagi buta tahan aku. Jangan nak buat baik dengan aku semata-mata nak rapat dengan Anas. Aku tak layan hokey!

"Aku dah lambat nak pergi kerja ni."

"Lah, ya ke?  I hantarlah kebetulan I pun nak pergi kerja. Kasihan you  jalan kaki. "

"Tak payah susah-susah. Aku boleh jalan kaki. "Daneen terus berjalan kaki sehingga ke hujung simpang. Terasa jauh pula bus stop ini dari rumahnya.  Selalu dekat saja.

Sudah melepasi pondok keselamatan dia mendongak ke langit. Rintik-rintik hujan mulai turun sedikit demi sedikit.  Hari tak bertuahnya pagi ini. Dia kemudian berlari anak ke bus stop yang sudah dekat itu. Habislah kamera aku!  Bisik Daneen.

Lima belas minit menunggu, teksi mahupun bas tidak juga sampai.  Dari duduk sehingga dia berdiri menunggu tidak juga kelihatan. Dia mengeluh perlahan. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Setengah jam lagi sudah masuk waktu bekerjanya.

Tengah dia menunggu bas,satu kereta BMW X6 berwarna merah metalik melewati tempatnya menunggu.Dia tahu itu kereta Anas.Panjang lehernya ingin melihat siapa di tempat duduk penumpang. Matanya seperti nampak seseorang. Zila? 

"Woi kamera aku! " jerit Daneen apabila dua orang lelaki yang  menunggang satu motosikal tiba-tiba berhenti mengambil beg kameranya.

"Janganlah! "Daneen menarik tali beg kameranya dari diragut lelaki itu.  Seluruh tenaganya digunakan untuk menarik beg kameranya itu. Tetapi,  tenaga seorang perempuan tidak mampu menandingi tenaga seorang lelaki. Beg kameranya terlepas dari tangan malah tubuhnya ditolak kuat sehingga terjatuh menyembah  jalan. Pecah bibirnya terhentak kuat di jalan.

Allah!



ESAKKAN Daneen mengejutkan Anas dari tidurnya malam itu. Dia cuba mengambil bantal untuk menutup telinganya tetapi dia tidak mampu untuk menutup hatinya untuk menjenguk Daneen di hadapan bilik. Esak tangis Daneen itu merisaukan dirinya. Walau bagaimana sekalipun dia cuba untuk mengelak dari isterinya itu, perasaan risau tidak pernah padam.

Langkah kakinya diatur perlahan ke bilik Daneen yang berada di hadapan biliknya. Tombol pintu yang tidak berkunci itu dipusing oleh Anas kemudian mencari-cari Daneen di setiap sudut bilik yang diterangi lampu itu.

Tisu-tisu yang bersepah di atas katil dipandang oleh Anas. Perangai tak berubah. Pemalas nak kemas bilik.  Sempat Anas mengutuk Daneen.  Dia melihat Daneen yang duduk di meja tulisnya. Kepalanya dibaringkan di atas meja itu sambil badannya tersengut-sengut menahan esak tangis.

"Daneen, kau apahal menangis malam-malam buta ni" tanya Anas.

Daneen diam tidak menjawab.

Esaknya berkurang. Tidak selesa apabila Anas menceroboh masuk ke dalam biliknya. Walaupun air matanya mengalir lebat dia cuba untuk tidak membunyikan suaranya.

"Aku okay, kau keluarlah. " jawab Daneen pelat.

Apa yang dia ni cakap?  Pelat semacam aja.  Bisik Anas.

"Kenapa kau nangis macam budak kecik ni?  Kena marah sikit dengan Madam Chua dah nangis. " kata Anas menambah sakit hati Daneen.

Daneen tidak menjawab. Dia mengharap lelaki itu keluar dari biliknya sekarang.

Anas melihat belakang badan Daneen yang diselibungi dengan hoodie miliknya. Tubuh itu masih tersengut-sengut menahan esak tangis. Apa yang berlaku ini?  Anas panasaran ingin tahu. Lantas,tubuh Daneen ditarik supaya dia dapat melihat wajah Daneen.

Terkejut bukan kepalang dia melihat wajah isterinya itu.Wajah Daneen yang basah dengan air mata itu dikesat perlahan.Berjaga-jaga dengan bibir Daneen yang luka dan tulang pipi yang sudah bengkak kebiruan.

"Auch!"tangan Anas digenggam dengan tangan yang mengigil.

"Siapa yang buat kau sampai macam ini?"tinggi suara Anas bertanya.

Daneen mengeleng sambil menangis lagi.Dia tidak mampu untuk meluahkan apa yang berlaku hari ini.Dia cuma ingin menangis ketika ini.

"Daneen,beritahu aku siapa yang buat kau sampai macam ini."tubuh Daneen ditarik ke dalam pelukannya.Erat sambil belakang badan Daneen digosok perlahan.

"Sakit.... "Kata Daneen perlahan.

Anas melepaskan pelukan. Wajah Daneen dipandang lagi. Panas hatinya apabila melihat wajah Daneen begitu. Ikutkan hatinya malam itu juga dia mahu membawa Daneen ke balai polis untuk membuat laporan.

Dia memandang ke arah katil isterinya sekali lagi. Barulah dia perasan tisu-tisu itu ada calitan darah dan ubat kuning. Mungkin Daneen baru membersihkan lukanya tadi.

"Anas, pagi tadi....pagi tadi... " Daneen cuba untuk bercerita kepada suaminya tentang apa yang berlaku kepadanya pagi tadi tetapi ayatnya tidak terkeluar. Air matanya saja yang mengalir lebat.

"Syhhh!  Jangan menangis. Aku ada depan kau ni. "Anas menarik Daneen ke dadanya. Cuba menenangkan isterinya itu. Rambut Daneen diusap perlahan.  "Jangan menangis Daneen. Cerita dekat aku apa yang berlaku sebenarnya. Siapa yang pukul kau sampai lebam-lebam macam ini. " tangan Daneen digenggam erat.

"Aku kena ragut pagi tadi. Dia ambil kamera yang aku baru beli semalam.  Aku dah tak ada apa-apa Anas. Aku dah tak ada apa-apa. "

"Ya Allah kenapa kau tak telefon aku bagitahu. Dah malam ni Daneen.  Dari pagi tadi kau tahan sakit macam ini. " umbun-umbun Daneen dicium.

"Kamera aku Anas. Dia ambil kamera aku.... "

"Syhh....sabar Daneen. "

Anas berfikir akan sesuatu. Dia takkan biarkan peragut itu terlepas begitu saja. Dia akan fikirkan soal ini. Lengan Daneen digosok menenangkan isterinya itu.

Menyesal dia tidak menumpangkan Daneen pagi tadi walhal dia tahu Daneen berjalan kaki dari rumah ke bus stop di hujung jalan. Malah, dia menumpangkan Zila yang terang-terang sengaja mengambil kesempatan ingin rapat dengannya. Dirinya sendiri yang cuai menjaga Daneen sehingga isterinya diragut dia tidak sedar.

"Anas....."Daneen memandang wajah suaminya itu.Mata Anas dipandang jauh ke dalam untuk menyampaikan isi hatinya sekarang. Redup pandangan lelaki itu memandangnya. Tidak lagi menunjukkan yang lelaki itu masih marah kepadanya seperti pagi tadi. "Aku tak nak berpisah dengan kau. Aku dah sayang kau, Anas. "Sekali lagi tubuh Anas dipeluk rapat.

"Kenapa kau cakap dengan walid macam tu kalau kau tak sanggup nak berpisah dengan aku? "

"Aku tak ada pilihan. Hutang keluarga aku terlampau banyak. Hutang aku dekat kau pun banyak Anas. "

"Daneen, kau tak ada hutang apa pun dengan aku. Waktu aku terima kau jadi isteri aku, kau dah jadi tanggungjawab aku. Ya, aku marah bila kau buat janji macam itu dengan walid. Aku ni suami kau Daneen.... "

Daneen menangis lagi.

"Anas, boleh tak kalau kita tak berpisah? Aku akan cakap dengan Datuk."

Anas diam.

Kalaulah semudah itu berurusan dengan ayahnya dari minggu lepas dia sudah berjumpa dengan ayahnya itu.  Dia juga tidak ingin berpisah dari Daneen



PAGI itu Daneen mendapat panggilan dari Haniff. Berat tangannya ingin mengangkat panggilan itu kerana dia tahu apa yang ingin disampaikan oleh pembantunya itu. Pasti dia sudah dibuang kerja. Yalah, sudah diberi peluang kali kedua tapi tidak datang.

Anas memandang telefon isterinya yang berbunyi beberapa kali. Wajah Daneen yang gusar itu dipandang.

"Angkatlah. Mana tahu penting. "

Daneen menggeleng.

"Kalau kau tak nak angkat biar aku angkat. " Anas yang ingin mencapai telefon bimbit itu dirampas oleh Daneen. Dia belum memberitahu kepada Haniff soal Anas. Nanti tambah lagi satu masalah.

"Biar aku saja yang jawab. "Daneen bangun dari situ melangkah keluar ke kolam renang di tepi rumahnya.

Daneen melabuhkan punggung di kerusi kayu sambil telefonnya  dilekap ke telinga. Menunggu sahutan Haniff di talian. "Hello Boy,  kau nak datang pukul berapa ni?  Photo shoot banyaklah pagi ni. "Runggut Haniff di talian.

Mata Daneen terbeliak.

Dia tidak dibuang kerja?  Biar betul?  Semalam dia tidak memberitahu Haniff akan alasannya tidak datang mustahil hari ini dia masih diterima bekerja. Baik benar Madam Chua kalau masih menerimanya.

"Haniff,  aku...."

"Aku apa?  Cepatlah datang. Kau beruntung tau Madam Chua pergi Hong Kong kalau tak habis kau. Aku dah cover kau semalam hari ini no compromise. Kau mesti datang tolong aku. "

Mata Daneen bercahaya. Ya Allah.

Dia segera mematikan talian kemudian berlari masuk ke dalam rumah. Wajah Anas dicari ingin memberitahu hal gembira ini.

"Anas aku tak kena buang kerja.  Sekarang, aku nak siap-siap pergi kerja. "Daneen mendaki anak tangga laju ke biliknya. Sekadar bersiap ala kadar dia keluar dari biliknya dengan beg kamera dan laptopnya.

Anas memandang Daneen yang tergesa-gesa. "Aku hantarlah. Nanti lambat pula kau sampai. " cadang Anas.  Kebetulan hari ini dia masuk kerja lambat kerana tiada urusan pagi ini.

Daneen mengangguk tidak menolak.

Tiba di tempat kerja wajah pertama yang dia cari adalah pembantunya itu.  Haniff yang sedang membetulkan posisi model di set didekati. Jelas semua orang terkejut apabila dia melangkah masuk ke dalam studio.

"Nyah, kau pergi mana?  Aku rindu kau nyah. "Bahu Boy dipeluk.

"Hah, baru sampai. Sini kau! " Haniff menarik Boy ke belakang. Wajah yang ditutupi dengan mask berwarna hitam itu dipandang lama.

"Kenapa kau kena ragut tak telefon aku?  Kau tahu tak dari pagi sampai petang aku tunggu kau sampai. Dah malam baru nak text aku cakap kau kena ragut. Ni, luka semalamlah ea? " Haniff menolak kasar muka Boy.  Geram dengan gadis itu.

"Sakitlah woi. Aku dah tak boleh fikir apa-apa semalam. Tapi, macam mana kau tahu aku kena ragut? "

Haniff mengangkat keningnya.  Takkan terhentak kuat minah ni!  Dia yang hantar mesej dekat aku tengah malam tadi lagi mahu tanya. Aish!

"Kaulah yang text aku. Dah, apa-apa nanti kita bincang. Sekarang kita ada kerja. Kau duduk diam aja dekat tepi tengok aku buat kerja. "
Aku hantar mesej dekat mamat ni?  Bila masa? Daneen berkata di dalam hati. Anas!!!

Haniff kembali ke depan untuk meneruskan photo shoot yang tergendala tadi. Wajah Aisyah dan Nick  dipandang silih berganti. Walaupun sakit hati tetap dia bersikap profesional. Tidak mahu mencampur adukkan urusaan kerja.

"Hah, lighting sebelah kanan tu macam dalam kelambu kenapa?  Teranglah sikit. "Boy menjerit. Tubuh Haniff ditolak. Tangannya sudah tidak sabar ingin memegang kamera.

Semua menggeleng kepala. Sudah lama tidak mendengar suara petir Boy hari ini bergema di studio. Walaupun sedikit stress tetapi mereka gembira photo shoot itu berjalan dengan lancar dan cepat.


Kawan Ke Kahwin!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang