"Daneen! “Haniff berlari ke arah Daneen yang dikendong oleh Anas itu. Kemudian Haniff membantu Anas untuk mendudukkan Daneen di atas bangku kayu. Zila mencekak pingangnya kemudian merapati Anas yang tidak berbaju tu.
“Kesian you Anas mesti penat.“Zila mengelap peluh Anas menggunakan tuala di tangannya. Entah bila masa tuala itu ada di tangannya. Daneen pula menjeling suaminya mengingati yang dia cemburu akan Zila. Segera Anas menjauh.
“Kau okay tak Daneen? Kaki kau kenapa ni berdarah-darah? “Haniff mengangkat kaki Daneen yang dibaluti baju Anas. Menjerit Daneen apabila Haniff mengangkat kakinya selamba. “Sorry! Sorry! Itulah kau tu dahlah penakut ada hati nak duduk hutan seorang. Ish! “Omel Haniff sambil membuka balutan kaki Daneen itu.
Anas berdehem kecil.
“Bro, dia isteri aku. Aku boleh buat. “ kata Anas lembut.
“Isteri? “Haniff dan Zila berkata serentak. Kemudian Zila memandang ke arah Daneen yang dipanggil oleh Haniff sejak dari tadi. Hairan juga dia dari tadi siapa yang dikendong oleh Anas. Bukankah dia ke hutan untuk mencari Boy sepupunya.
“Siapa perempuan ni? Celah mana pula you dah kahwin? “Zila menyoal sinis sambil memandang Daneen yang kusut masai itu. Huh, aku lagi cantik. Bisik Zila di dalam hati.
Haniff menepuk dahinya. Dia terlupa yang Zila ini Cuma mengenali Boy.
“You tak kenal ke siapa dia Zila? Cuba you tengok muka dia betul-betul. “ kata Anas.
Eh, apahal Anas suruh dia tenung aku. Kalau aku cantik tak apa ni selekeh macam ini. Mahu kena kutuk saja nanti. Kata Daneen sendiri.
Zila merenung perempuan yang duduk di bangku itu. Wajah itu diamati sambil memerah otaknya. Serasanya dia selalu benar melihat wajah ini. Dia menilik lagi wajah itu tetapi tetap juga dia tidak ingat.
“Dah puas tengok muka aku ‘sotong’? “ ujar Daneen.
Hah?
“Kau! Eh, apasal kau jadi perempuan pula ni? Ish, Anas apa semua ini. “ kata Zila tidak percaya. Selama ini dia benar-benar ingat Boy adalah seorang lelaki tulen. Rupanya dia.....
“Aku memang perempuan kot. Kau aja yang nampak aku lelaki. “Daneen menyimpul rambutnya yang panjang. Berpeluh pula dia dikerumuni begini.
“Anas dia... “Sekali lagi Zila tidak percaya. Mulutnya ditekup kuat gaya seperti tidak percaya apa yang ada di depan matanya.
Anas mendekati Zila. “I’m sorry to tell you this. She’s Danny. Daneen Ahna!“
Zila melangkah setapak menjauh dari Daneen. “Apa semua ini. Bukan dia dah mati ke? Anas explain to me now! Who is she? “
“She is my wife now. I minta maaf sebab rahsiakan dari you selama ini. Bukan you seorang tapi kawan-kawan kami pun tak tahu Danny masih hidup. “
“You memang tak guna Anas! “Zila terus berlari meninggalkan semua di situ.
Anas memandang Daneen.
HANIFF melabuhkan punggungnya di sebelah Daneen. Dia menghembus nafas berat seolah-olah melepaskan satu bebanan yang besar di bahunya. Kemudian, dia memandang Daneen di sebelahnya. Wajah yang sugul itu ditilik sekejap.
“Kau apahal tengok aku macam ‘sotong’ tu. Muka aku nampak macam mayat baru bangkit dari kubur ke? “
Haniff terus menoleh ke arah lain sambil terbatuk kecil. Choi, mulut celupar betul dia ni. “Tak adalah aku pandang kau sebab aku tak percaya aja. “
“Tak percaya apa? Aku isteri Anas? “ soal Daneen yang sudah dapat mengagak apa di fikirkan kawannya itu.
“Salah satunya itu tapi ada lagi satu. “
“Apa? “
“Rupanya ini penampilan kau bila jadi perempuan. Kalau aku tak tengok betul-betul tadi aku sendiri pun tak kenal. Panjang juga rambut kau, ya. “
Daneen mencemik. Malas mahu melayan loyar buruk Haniff.
“Aku tak percaya kau dah kahwin. Dengan Waiz Anas pula tu. Usahawan muda yang berjaya. Untung kau dapat suami macam dia Daneen. “ kata Haniff jujur. Bila teringatkan yang Anas mengaku Daneen ini isterinya di hadapan Zila dia dapat merasakan Anas jujur dalam kata-katanya.
“Aku memang beruntung dapat kawan dan suami macam Anas tu. Boleh terima apa kurangnya aku. Dia hormat aku ,tak ambil kesempatan atas diri aku. Siapa sangka dalam banyak-banyak lelaki dalam Malaysia ini aku berkahwin dengan kawan aku yang paling annoying tu. “
“Kau kenal Anas tu dah lama ke? “
Daneen mengangguk. “Dari aku kecil sampai aku besar. Dia yang paling aku rapat dan selalu jadi mangsa aku kalau aku rasa nak bergusti. “Daneen ketawa mengingati masa silamnya. Haniff turut sama ketawa apabila membayangkan Daneen cuba bergusti dengan Anas yang lebih tinggi darinya.
“Aku nampak kau bahagia sekarang Daneen. “Kata Haniff ikhlas. Dia memandang Daneen di sebelahnya. “Aku senang hati sekarang sebab dah tahu ada orang jaga kau. “
“Alhamdulillah hidup aku lebih baik sekarang semuanya berkat pertolongan Anas dan kau. “
“Aik? Aku? Aku tolong kau apa? “
Setahunya dia tidak penah menolong Daneen apa-apa melainkan dirinya saja yang selalu meminta pertolongan dari Daneen soal hal kerja. Tanpa Daneen sekarang mungkin dia sudah berputus asa akan kerjanya sebagai jurugambar. Dia tidak cekap seperti Daneen.
“Tolong aku dapatkan kerja walaupun masa tu kau terkejut sangat bila tahu aku masih hidup. “
Haniff ketawa mengingati yang dia ketakutan apabila Daneen berjumpa dengannya. Waktu itu baru saja dia mendengar berita soal Daneen meninggal dunia dari kekawan kerjanya. Tapi, ada hikmah juga dia menyembunyikan identiti Daneen sampai ke hari ini.
“Waktu itu aku tak ada pilihan lain. Aku cuma rapat dengan kau saja antara kawan-kawan photografer yang lain. Dan aku dengar syarikat kau saja ada jawatan kosong. Terus aku nekad jumpa kau walaupun Anas marah bila aku keluar rumah.”
“Kalau aku dekat tempat kau Daneen tak tahu apa jadi. Semua orang ingat aku dah mati tapi rupanya masih hidup.”
Daneen bersandar sambil cuba mengangkat kaki yang sudah bengkak. Dia merasa tidak selasa hendak duduk begini tapi siapa yang hendak memapahnya masuk ke dalam bilik. Takkan Haniff pula. Anas pula kemana menghilang. Katanya sekejap saja mengambil peti kecemasan untuk menukar balutan di kakinya. Entah-entah berjumpa Zila.
“Hidup ini kena ada cabaran baru kita menjadi lebih matang. Tapi keputusan aku buat untuk hidup aku yang tak matang sebenarnya. Banyak benda lagi yang belum terungkai.”
“Apa maksud kau ada lagi benda belum terungkai? “
“Soal aku dan Anas. Kami berkahwin sebab kena tangkap basah di Langkawi. Tapi ada cerita di sebaliknya kenapa Anas yang menjadi suami aku malam itu. Semuanya kerana aku tak ada pilihan dan kerana aku tidak matang mengatur masa depan aku. Akhirnya aku pilih jalan mudah. “
“Daneen kau.... “ Haniff memandang Daneen tidak percaya.
“Kadang-kadang kita kena pentingkan diri sendiri kalau hendak hidup. Tapi, aku janji semua ini tak lama Haniff. Aku akan betulkan semuanya balik.Kau janji dengan aku kau akan ada dekat sebelah aku bila aku berterus-terang nanti. “
Haniff membisu. Kelu lidahnya untuk membalas. Dia terkejut dengan apa yang dikatakan Daneen tadi.
“ZILA!”Anas menarik lengan Zila yang berlari laju di hadapannya. Setelah mendapat Zila dia menarik nafas dalam menstabilkan nafasnya yang tercunggap-cunggap. Wajah Zila yang merah padam itu dipandang kasihan. Patutnya dari awal lagi dia berterus-terang.
Zila merenung Anas tajam. Dia seperti diperbodohkan oleh lelaki di hadapannya ini. Selama ini pasti Danny dan Anas mentertawakan dirinya. Kenapalah kau tak perasaan Zila. Marah Zila pada dirinya.
“You nak apa lag, huh? Tak puas lagi you tipu I lepas itu sakitkan hati I. “ hamun Zila. Lengannya direntap dari pegangan Anas.
“Zila, listen to me please.... “ kata Anas lembut. Cuba memujuk gadis itu.
“Listen what? You nak bagitahu I yang selama ini I bodoh sebab anggap perempuan itu lelaki. Ish, You ni memang tak gunalah Anas! “ Dada Anas dipukul kuat.
“Zila! “tangan Zila yang memukul dadanya dipegang. “I’m begging to you. Please dengar penjelasan I dulu.” Mata Anas sayup memandang ke dalam mata Zila.
Zila bersandar di dinding sambil tangannya disilang ke dada. Dia ingin mendengar penjelasan apa yang ingin Anas sampaikan kepadanya. Walaupun hatinya meronta-ronta ingin pergi dari situ tetapi kakinya bagaikan dipaku.
“I dengan ‘Danny’ dah berkahwin hampir setahun even sebelum you balik Malaysia lagi. Kami ditangkap berkhalwat di Langkawi sewaktu pergi bercuti dekat sana... “
Huh, dasar betina jalang. Aku dah agak dah selama ini kau cuma hendakkan harta Anas. Kau tahu Anas ini banyak harta lepas itu kau perangkap dia. Aku tahulah permainan perempuan macam kau ini. Bisik Zila.
“But, you jangan salah faham. Dia bukan seperti apa yang you bayangkan dalam kepala you. If you know, Danny hidup susah. You sendiri boleh nampak dia macam mana masa zaman U dulu. Ayah dia berhutang dengan along banyak sangat end up kena bunuh dengan orang-orang along tu. Danny pun hampir dibunuh waktu di Langkawi nasib I sempat selamatkan dia. Tapi nasib kami tak baik bila terserempak dengan orang kampung dekat situ. Mereka tuduh kami berkhalwat and kami dinikahkan. At the first memang I tak boleh terima tapi dia dah jadi isteri I. I must to accept the fact. I tipu semua kawan-kawan I dekat sana yang Danny dah mati terjatuh gaung sebab nak kaburkan mata orang-orang yang nak bunuh Danny. You know how she feel that time. Dia duduk sebelah I menangis tak henti salahkan diri sendiri sebab dah libatkan I.”
Lidah Zila kelu seribu bahasa. Entah apa perasaan yang dia rasakan ketika itu tetapi tiba-tiba dia mengalirkan air mata. Halus sekali perasaan itu menyentuh perasaannya sehingga dia tidak henti mengalirkan air mata.
“Untill now alhamdulillah dia boleh teruskan hidup walaupun sentiasa berjaga-jaga dengan sekeliling dia. Kalau kita di tempat dia tak tahu berapa lama boleh bertahan. Kalau I mungkin dah berserah saja. I dah tak nampak masa depan lagi. “
“Bila ayah dia meninggal? “tanya Zila tersekat-sekat.
“Five months ago. Dia baca dalam surat khabar and then buat keputusan balik ke kampung. Tapi, dia tak dapat nak tengok wajah ayah dia buat kali terakhir sebab keluarga Fiya yang uruskan pengebumian waktu itu. Dia hanya tengok dari jauh saja. “
“Ya Allah, kuatnya Danny. Waktu mummy I meninggal dulu pun I pengsan sebab tak kuat. “
“Sebab dia Daneen Ahna. Dia sangat kuat untuk hidup dia. “
Zila termenung jauh terfikir yang selama ini dia selalu mendengki Daneen sewaktu zaman universiti. Pernah sekali dia membuang kasut Daneen ke dalam longkang yang dalam sambil ketawa-ketawa bersama kekawannya yang lain. Waktu itu dia lihat sendiri Daneen sanggup masuk ke dalam longkang yang dalam itu untuk mengambil kasutnya kembali.
“Baguslah Danny dah mati. Senang hidup aku. Lepas ini tak adalah Anas sibuk-sibuk bagi alasan guna nama Danny.”tiba-tiba Zila teringat yang dia pernah bercakap begitu di hadapan Danny di taman. Waktu itu dia mengenali Danny sebagai Boy.
“Zila... I minta maaf dengan you but I dah mula sayangkan Danny. “
Zila mengangguk tanda mengerti. “Tak apa Anas. I rasa Danny lebih perlukan you dari I. “ kata Zila ikhlas. Walaupun perit dia harus luahkan juga. Mencintai tidak semestinya memiliki.
“And more thing, please kept this as a secret.I nak bahagiakan dia. “
Zila mengangguk. Air matanya sudah mengalir deras membasahi pipi. Dia segera berlari ke arah Daneen dan Haniff di tempat tadi. Sempat dia mengambil peti kecemasan di biliknya. Dia perasan akan kaki Daneen yang terluka tadi.
AMBOI lama benar Anas ini mengambil peti kecemasan.Kata Daneen di dalam hati. Matanya terasa berat begitu juga dengan tubuhnya. Dia ingin berbaring ketika ini. Aduh, mana Anas ni. Daneen merungut.
Zila yang tiba-tiba muncul terus mengangkat kaki Daneen lalu diletakkan di atas ribanya. Menyeringai Daneen apabila Zila menarik kakinya kasar begitu. “Aduh sotong. Kau buat apa ni? “Daneen menutup mukanya. Mengalir air matanya dek kerana terlalu sakit.
“Duduk diamlah. Biar aku bersihkan luka kau ni. “
“Sakit..... “Daneen mengengam tangannya menahan sakit.
“Kalau sakit duduklah diam-diam. Kau bergerak-gerak macam ini susah aku nak cuci. “marah Zila sambil matanya fokus membersihkan luka Daneen.
Daneen diam menahan sakit. Dia hanya melihat saja Zila membersihkan lukanya. Sesekali dia memandang Haniff yang turut sama memandang ke arahnya dan Zila silih berganti.
“Mana Anas? Kenapa kau pula yang balutkan kaki aku ni? “
Zila diam. Malas mahu menjawab pertanyaan Daneen itu. Dia takut dia tidak kuat untuk berhadapan dengan Daneen. Air matanya yang ditahan bila-bila saja akan tumpah. Dia tidak mahu Daneen terasa hati kerana Anas menceritakan semua kepada dirinya.
“Dah siap. “Zila meletakkan kaki Daneen perlahan-lahan di atas lantai. Dia berdiri tegak melihat kaki Daneen yang dibalut olehnya kemudian dia memandang Daneen yang bersandar itu. Air matanya menitis memandang wajah Daneen yang dulu dibenci.
“Daneen, maafkan aku. “Zila memeluk erat tubuh Daneen. Terpinga-pinga Daneen akan perbuatan Zila itu. Haniff diam tidak bersuara menjadi pemerhati antara dua orang perempuan.
Lah, kenapa pula dengan ‘sotong’ ni emosi semacam saja. Ini mesti kes Anas reject dia lepastu konon-konon nak ambil hati aku supaya aku benarkan dia bermadu dengan aku. No way hokay!!
“Aku tak nak kau jadi madu aku!” Daneen menolak Zila kasar sehingga terpinga-pingga gadis itu.
Anas yang baru menyertai mereka memandang Daneen.
“Anas.... “Daneen bangun sambil terhencut-hencut. “Aku,kan dah cakap yang aku tak nak kongsi kau dengan sesiapa termasuk dia. “Daneen menunjuk ke arah Zila. “Sampai hati kau nak kahwin lagi. Sampai hati kau Anas! “Jerit Daneen sambil menangis teresak-esak.
“Hah? Bila aku nak kahwin dengan Zila? “Tanya Anas binggung.Anas bertanya kepada Haniff apa yang berlaku.Haniff menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.
“Daneen kau salah..... “Zila mendekati Daneen.
“Jangan dekat dengan aku. Aku benci kau Zila. Kenapa dalam banyak-banyak lelaki kau suka dekat Anas. Tolonglah Zila, aku tak nak kehilangan Anas. “
Zila dan Anas mengerutkan dahinya manakala Haniff menahan tawanya dari terhambur.
“Sayang, abang takkan kahwin lain. Abang sayang punya seorang saja. “ pujuk Anas.
“Penipu! Kau jangan ingat aku bodoh Anas. Kau dengan Zila baik-baik dengan aku sebab nak kahwin, kan? “
Zila buntu. Anas menggeleng kepalanya.
“Daneen listen!”badan Daneen dipegang oleh Anas supaya. Menghadapnya. “Abang takkan kahwin dengan mana-mana perempuan. Cukup abang ada Daneen seorang. “ kata Anas cuba menyakinkan Daneen.
“Iya Daneen. Aku takkan rampas Anas dari kau. Percayalah. Aku datang sini pun sebab nak berbaik-baik dengan kau. Aku minta maaf sebab selama ini banyak salah aku pada kau. “Zila memegang tangan Daneen.
Daneen diam.
Relaks Daneen. Tarik nafas dalam-dalam kemudian lepas. Anas milik kau seorang. Ish, kau ni buat malu ajalah Daneen. Terjerit-jerit macam kena sampuk kerana fikir Zila akan berkahwin dengan Anas. Padahal niat Zila itu baik. Kutuk Daneen pada dirinya.
“Betul? “
Zila mengangguk disusuli Anas.
Daneen menghembus nafas lega. Tenang kepala otaknya sekarang. Masalah Zila sudah selesai. Selepas ini tak perlulah dia bersaing lagi dengan Zila untuk merebut hati Anas.
“Aduh, macam kau seorang ada laki. Dahlah dari aku layan drama air mata kau ni baik aku balik bilik. Anas, bawalah bini kau ni balik. Dah macam kena sampuk jembalang hutan dah aku tengok dia. “
“Kurang ajar. Kau edit sendiri gambar-gambar itu aku tak nak tolong. “Ugut Daneen.
Haniff sekasar melambai tangannya dari jauh tanda tidak heran. Zila membuntuti Haniff berjalan ke biliknya.
“Abang? Sayang? “ Daneen membuat muka gelinya.
“Sekarang kau kena biasakan diri panggil aku ‘abang’ dan aku akan panggil kau sayang. Dah, jom sayang masuk bilik. “Tubuh Daneen yang kecil itu didukung oleh Anas masuk ke dalam bilik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉