Anas melewati biliknya. Pintu yang terbuka luas itu menarik perhatiannya untuk mendekatinya. Rasanya pagi tadi dia menutup pintu biliknya. Takkan lah dia lupa. Tombol pintu dipegang untuk menutup pintu tetapi tidak jadi berbuat begitu sementelah matanya tertancap pada katilnya yang bersepah.
“Abang, jangan lupa kemas bilik. Dah macam tongkang pecah dah." Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata adik bongsunya sebelum balik sebentar tadi. Padanlah pintu bilik tak tertutup rupanya adiknya yang masuk ke sini. Memang nak kena budak kecik ni! Getus Anas di dalam hati.
Dia mendekati katilnya. Siapa pula yang membuat sepah di katilnya. Takkanlah Aira? Cadar serta bantal disusun kembali ke tempat asal sebelum melabuhkan punggung di birai katil melepaskan lelah.
Puas dia berpusing di dalam rumah mencari isterinya tetapi tidak jumpa. Takkanlah keluar tak bawa motor? Telefon bimbit diambil di dalam poket seluarnya. Nama isterinya dicari.
Aik?
Tak angkat?
“Daneen! “Kali ini Anas menjerit kuat. Dia sudah penat menyebut nama yang sama sejak dari tadi. Kerongkongnya juga sudah pedih meminta air. Dia yakin Daneen ada di rumah.
“Adui! “Daneen bersuara di dalam almari. Dahinya digosok perlahan. Dek kerana terkejut akan panggilan Anas dia terhantuk kepalanya sendiri.
Anas mengerutkan dahi. Dia mendengar suara Daneen sebentar tadi. “Daneen kau dekat mana? “Anas membuka pintu bilik air. Tetapi hampa, isterinya tiada di situ. Dia mencari pula di bawah katil juga tiada. Aik? Takkan aku salah dengar.
“Anas, aku dekat sini. “Daneen mengetuk perlahan pintu almari dari dalam.
Anas menghampiri almari bajunya yang setinggi siling bilik. Pintu slidding itu ditarik ke tepi. “Ah, leganya. “ wajah kasihan dia tunjukkan kepada Anas.
Anas menggeleng kepala sebelum membantu isterinya keluar dari tempat ‘persembunyian’ itu. Daneen terbaring di lantai tidak mampu berdiri.
“Anas buka kipas laju sikit. Aku panas!” Arah Daneen sambil mengelap peluh di dahinya.
Anas mengikut arahan isterinya.
“Dah! “
Daneen menarik nafas lega. Fikirnya ibu mertuanya akan pulang lama lagi. Mujur sekejap saja mereka singgah ke sini. Kalau lama lagi rasanya dia sudah lemas di dalam almari baju Anas itu.
“Kau buat apa sembunyi dalam tu? “ tanya Anas sambil memandang Daneen yang terbaring di lantai.
Daneen menjeling Anas. “Habis kau nak suruh aku buatkan air untuk diaorang datang ke?“Daneen bangkit kemudian bersila menghadap Anas.“Kau kenapa tak bagitahu aku yang umi dengan adik nak datang!!”lengan Anas dipukul geram.
“Sorrylah aku lupa. Selalu kau tak ada dekat rumah. Ni apahal kau balik cepat sangat ni? “
Daneen diam.
Anas melihat raut wajah Daneen berubah apabila dia bertanyakan soalan itu. Betul ke kata adiknya soal Daneen semalam. Takkan kerana Daneen terlambat masuk kerja semalam dia sudah dipecat?
“Daneen, kau okay? “
“Aku malaslah nak datang kerja hari ini. Asyik kerja kena.... “
“Kau kena buang kerja ke semalam? “ potong Anas laju. Dia sudah tidak mahu mendengar alasan lagi. Dia mahu isterinya jujur kepadanya. Kalau diberhentikan kerja atas alasan kukuh dia boleh terima tetapi kalau kerana datang lewat atas alasan yang munasabah dia tidak boleh terima.
“Mengarutlah kau ni. Mana.... “
“Adik cakap dengan aku kau tolong dia semalam. Kenapa kau tak telefon aku aja suruh tolong adik bawa motor pergi bengkel. Kau tahu tak bahaya kau dekat dengan dia. Kalau dia kenal kau macam mana? “Tengking Anas kuat sehingga tersentak Daneen yang sedang bersila itu.
Daneen memandang wajah suaminya. Jelas raut wajahnya sedang marah.
“Relakslah Anas. Dia tak kenal aku pun semalam. Lagipun aku tak nak susahkan kau semalam. “Jawab Daneen perlahan.
“Dia adik aku. Kau tak payah nak susah-susah tolong dia. Tengok sekarang sebab kau tolong dia kau kena buang kerja. Apa yang kau dapat sekarang? Menganggur dekat rumah.” Hambur Anas geram.
“Anas, dengarlah dulu cakap aku. “ kata Daneen menunduk mukanya. Kolam matanya sudah panas menahan air mata.
“Aku sehabis baik selama ini bagi kau pergi kerja. Tapi kau tak fikir apa yang kau buat semalam. Daneen kau dah puas hidup ke dekat dunia ni? “
Daneen mengangkat mukanya memandang ke dalam mata Anas. Apa maksud lelaki itu? Selama ini dia pernah minta ke apa yang dia dapat selama ini. Dia tidak pernah minta lelaki itu bertanggungjawab ke atas dirinya.
“Apa maksud kau? Aku dah cakap, kan aku tahu jaga diri aku.Lagipun adik tak kenal pun aku semalam yang kau nak marah-marah aku ni kenapa? Pasal kerja aku tu kau tak payah masuk campur. Aku tahulah hidup aku! “ balas Daneen. Semuanya dihamburkan kepada Anas. Biar lelaki tahu dia tetap ‘Danny’ yang tidak suka ditegur dan diatur hidupnya.
“Okay, fine! Lepas ni kau buat apa kau nak buat. Aku takkan kacau lagi hidup kau. Tapi, kau ingat satu aja. Lelaki-lelaki itu akan terus cari kau sebab diaorang bukan bodoh.Selagi jasad kau ni tak tanam dalam tanah selagi itu dia orang takkan percaya kau dah mati! “ Anas terus berlalu meninggalkan Daneen.
Daneen kaku di tempatnya berdiri.
“WOI, kau tak nak pergi makan ke?” Anas menegur Daneen yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Daneen memandang suaminya dari ekor matanya.Malas mahu melayan. Rasa sakit hatinya masih belum reda lagi.
“Pekak ke kau ni?” Kata Anas lagi.
Daneen diam.Cuba untuk sabarkan diri.
“Daneen Ahna,I’m talking to you. Kau tak boleh jawab ke bila aku tanya?”marah Anas.
Daneen berdiri memandang Anas. “Kau nak apa? Kalau tanya marah-marah macam ini baik tak payah tanya. Aku ada kaki aku ada tangan boleh bawa motor sendiri pergi beli makanan kalau aku lapar.”
“Siap sekarang. Aku tunggu dalam kereta! “ selepas berkata begitu Anas terus meragut kunci keretanya.
What!! Daneen menghentak kakinya masuk ke dalam bilik.
Daneen memandang bangunan Tesco di depan matanya. Selepas itu barulah dia memandang suaminya di sebelah. Fikirnya dia akan pergi ke kedai makan. Dahtu datang ke Tesco ini jangan cakap suruh beli barang dapur dan....
“Aku nak kau masak malam ni. “Arah Anas kemudian keluar dari perut kereta meninggalkan Daneen seorang.
Daneen menghembus nafas lemah. Dia ni memang buat muka tak bersalah betul. Dah marah-marah dekat rumah tadi sekarang suruh aku masak pula. Omel Daneen di dalam hati.
“Kau ni, aku malaslah nak masak. Kita pergi ajalah kedai makan. “Runggut Daneen tidak puas hati.
“Habis tu takkan setiap hari nak makan kedai. “
“Eleh apa salahnya. Kau ,kan kaya. “ kata Daneen perlahan. Sempat lagi dia mengutuk Anas di sebelahnya.
“Aku kaya pun takkan hari-hari nak habiskan duit makan luar. Sekarang kau dah menganggur apa salahnya kau isi masa terluang kau tu dengan memasak. “
Daneen memekakkan telinga.
Anas menyerahkan troli kepadanya sambil berjalan laju menuju ke arah barangan kering. Dengan rasa terpaksa Daneen menolak juga troli itu membuntuti Anas. Satu persatu barangan diletak Anas ke dalam troli tanpa melihat harga. “Orang kaya berbelanja. “Sindir Daneen.
“Diamlah kau. “Jawab Anas geram.
“Salah ke aku cakap? “
“Habis tu kau nak bagitahu satu pasaraya ni yang aku ni kaya. “ Anas memandang Daneen tajam.
“Aku cakap perlahan aja. “Daneen membuat muka.
“What’s your problem Daneen Ahna?“ Anas memegang troli yang ditolak Daneen.Daneen memandang Anas.
“Aku tak nak cari gaduh dekat sini. Kalau kau nak marah-marah aku dekat sini aku nak balik. “Daneen melepaskan troli yang dipegangnya kemudian memusingkan tubuhnya untuk balik.
“Okay, sorry. “Anas menarik tangan Daneen.
Daneen memandang Anas. Baru ugut dah takut. Huh,ni Daneenlah! Gelilah weh nak merajuk-merajuk ni! Siap kau Anas.Tadi kau marah-marah aku,kan. Bisik hati jahat Daneen.
“Fine! Kau tahu tak kenapa aku cakap kau orang kaya? Kau tengok barang apa kau beli.Barang ni semua ada dua paket dekat rumah. Lepas tu checklah expired date. Ni main ambil aja. Huh,“ omel Daneen kemudian mengeluarkan barang-barang yang tidak diperlukan. Sekarang giliran Anas pula yang menolak troli dan Daneen yang mengambil barang yang diperlukan di rumah.
“Kau nak aku masak apa malam ni? “ tanya Daneen.
Anas tersenyum mendengar soalan isterinya itu. Ceit, cair juga hati dia ni.
“Paprik sotong? “ Anas memberi cadangan.
“Nope! “balas Daneen.
“Sup ayam? “
“Nope! “
Anas membuat muka. Tadi tanya aku sekarang semua tak boleh. Habis tu nak makan apa?
“Anas,aku nak coklat cadbury ni boleh? Macam se....”
“Nope!”laju Anas memotong.
“Alah, bukan mahal pun. “
“No. I said no! “
Daneen menjeling Anas. “Kedekut tahi hidung masin.Biar kubur kau nanti penuh coklat cadbury ni. Kedekut sangat nak belanja aku.“Kata Daneen sebelum meletakkan coklat itu semula.
“Tak matang! “Ejek Anas. Tangannya laju mencapai coklat yang diinginkan isterinya tadi masuk ke dalam troli belanja mereka. Karang, kubur aku penuh pula coklat cadbury. Ha ha ha... Tawa Anas di dalam hati.
Selesai mencari barang-barang kering, mereka ke tempat barangan basah pula.Daneen berjalan ke arah bahagian sotong segar. Anas di belakang sudah tersenyum meleret.
“Masak sedap-sedap tau dinda. “Bisik Anas.
Daneen menyiku suaminya. “Aku merajuk lagi okay pasal cadbury. “ balas Daneen.
Nanti dah sampai kaunter tak merajuk lagilah. Bisik Anas.
Sedang Daneen mengambil sotong segar untuk dimasukkan ke dalam plastik, tiba-tiba seekor sotong terlepas dari pegangannya terkena kaki perempuan di sebelahnya. Serta-merta perempuan itu melompat-lompat kegelian.
“Euw,you buat apa ni? Tahu tak sotong ni busuk.”kata perempuan itu kepada Daneen.
“Alah boleh basuh,kot.”jawab Daneen kemudian mengutip sotong itu.
“Hei you ingat kasut I ni murah ke? Bayar ganti rugi sekarang.”
Daneen memandang perempuan yang menjerit ke arahnya itu.Aku debik jugak perempuan ni karang! Baik- baik aku jatuhkan sotong dekat kaki kau jangan sampai aku masukkan dalam baju kau pula! Mengeletis seperti cacing kepanasan.
“Kenapa ni? “Anas mendekati isterinya.
“Ni,”Daneen menunjukkan perempuan di hadapannya.
“Oh my gosh! Habis kasut I.Ish, you ni kan nasib baik......Eh,Anas?”
Daneen mengangkat keningnya. Drama akasia zaman bila aku terlepas ni. Bila pulak Anas kenal dengan perempuan gedik ni? Kata Daneen cemburu.
“Zila?”
“Yes! Tak sangka jumpa you dekat sini!”Zila menarik Anas ke dalam pelukannya.Anas yang terkejut segera meleraikan pelukannya.Lagi pula Daneen memandangnya seperti singa yang kelaparan.
“Kenapa ni?” Tanya Anas pula kepada Zila.
“Tak, dia ni....”Zila menunding jari ke arah Daneen.Daneen yang pantang orang begitu terus membalas sebelum dihalang Anas.”Gais, orang semua tengok.Janganlah kecoh hal yang kecil ni.” Kata Anas menarik Daneen.
Daneen diam di belakang Anas.
“You kenal ke lelaki kurang ajar ni?” Tanya Zila kepada Anas.
“Siapa?”tanya Anas.
“Tu,belakang you.”Zila memuncungkan mulutnya menunjukkan ke arah Daneen.
Anas memandang isterinya.Zila tak nampak ke Daneen ini perempuan? Ke sebab Daneen memakai hoody menampakkan dia seperti lelaki?
Daneen yang melihat Anas di dalam keadaan serba salah ingin memperkenalkan dirinya,dia menjawab. “Dia cousin aku.Kau apa hal?”jawab Daneen kasar.
Zila menjeling Daneen.
“Yup, dia cousin I.Sorry Zila dia memang cuai sikit.”sambung Anas sambil mengenggam tangan Daneen di belakang. “Aku nak balik sekarang! Menyampah tengok perempuan sotong ni! “Ujar Daneen di telinga Anas.
“Yeah, it’s okay. By the way, I tak tahu pula you duduk area sini. I pun baru balik Malaysia. So, lepas ni bolehlah kita keluar. I ada banyak story nak bagitahu you. “
“Kau ingat laki aku ni tak ada kerja lain nak dengar story kau! “ kata Daneen perlahan sambil tangannya lincah memilih ikan pula. Anas yang mendengar kata-kata Daneen memberi isyarat mata.
“Apa number phone you? I nak save. “
Save? Serasa lava di dalam kepala Daneen ingin meletup. “Abang, jomlah balik. Lambat-lambat busuk pula ‘sotong’ ni.” Ajak Daneen sambil menekankan perkataan sotong itu.
“Sorry Zila, I gerak dululah. “ Anas mengejar Daneen yang sudah melulu berjalan ke hadapan.

YOU ARE READING
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉