Daneen duduk diam bersimpuh di sisi mak tok yang sedang berbual dengan Mak Milah iaitu mak ngah kepada suaminya. Di sisi mak ngah ada anak perempuannya yang bernama Dahlia. Dia diberitahu yang Dahlia ini bekerja di Kuala Lumpur sebagai polis. Tidak tahu kenapa hal itu perlu memberitahunya.
Dahlia memandang ke arah isteri sepupunya itu. Pandangan sinis diberikan kepada Daneen. Pertama kali dia melihat Daneen tadi hatinya sudah merasa tidak sedap. Melihat penampilan yang canggung itu dia sudah mengerti. Sah!
Daneen menyelit rambutnya di belakang telinga kemudian menuang air teh’o panas di dalam cawan kaca. Satu diberikan kepada mak ngah dan satu buat Dahlia. “Minumlah mak ngah, Dahlia. “Pelawa Daneen lembut.
“Segak sungguhlah menantu Kak Long ni. Cheq berkenan. Kalaulah cheq ada anak jantan dah lama pi pinang Daneen ni buat bini. “Kata Mak ngah sambil menepuk lembut peha Daneen.
“Apa hang ni? Anas dah jadi suami dia. Yang hang kata mengarut lagu tu buat apa.”
“Cheq bergurau ja. Daneen dah lama kenai dengan Anas? “ soal Mak Ngah kepada Daneen.
“Lama jugalah mak ngah sejak dari kecil. Kami sekolah sama-sama. “
Dahlia mencemik. Huh, nak kata kau lagi kenal Anas dari aku? Podah! Bisik Dahlia di dalam hati.
“Lah, yakah? Padanlah Anas berkenan kat hang. Dah kenai lama rupanya. Ni, hang kat sana kerja ka duduk rumah? “
Daneen tersenyum memandang mak tok kemudian menjawab soalan Mak ngah itu. “Kerja mak ngah. Kerja biasa-biasa ja. “
“Kerja biasa-biasa tu kerja apa? Anak mak ngah Dahlia ni kerja polis nuh kat KL. “
Daneen memandang Dahlia yang memandangnya seolah-olah mengejek kerjanya. Sokay, Daneen.
“Saya kerja photografer. “
“Hat muka Anas kat majalah tu bini dialah yang amikkan gambaq. Kena sungguhlah depa berdua ni. Pandai nah hang ambil gambaq. Tok suka betui dengan gambaq Anas duk posing gitu.” Mak tok membuat gaya seperti Anas di majalah. Daneen ketawa melihat telatah mak toknya itu.
“Oh, bolehlah mak ngah tempah hang nanti kalau Dahlia kahwin. Sungguhlah sekarang orang ambik gambar seketui pun kira mahai. Ish, tak patut. “kondem Mak Ngah.
“Boleh mak ngah. Kalau Daneen tak sibuk waktu itu. “
“Tak payahlah. Nanti buruk pula gambar kahwin Dahlia. “Celah Dahlia sambil menjeling Daneen tajam.
Semua diam apabila Dahlia bersuara. Mak tok memandang Daneen kemudian memandang Dahlia semula. “Hang ni awat? Datang bulan kah? “
“Dahlah cheq nak duk luaq. Panaih haih umah tok ni. “Dahlia terus bangkit dari situ kemudian menyarung seliparnya. Daneen mengangkat keningnya memandang Dahlia yang berlalu pergi itu. Mental punya perempuan. Bisik Daneen di dalam hati.
DAHLIA memandang isteri kepada sepupunya ini. Sekilas ikan di sungai dia sudah kenal jantan ke betina. Huh, dah lama ke sepupu aku kenal dengan pengkid ini.Jangan ingat kau dah pakai kain sarung dengan baju Kedah ini kau boleh selindung siapa diri kau.Bisik Dahlia di dalam hati.
Daneen memandang Dahlia yang asyik merenungnya.Renungan polis perempuan itu begitu tajam sehingga Daneen tidak boleh tahu apa yang ada di dalam kepala Dahlia.Apa pelik sangat ke dia pakai macam ini.Daneen melihat dirinya.
Rambut Daneen yang menutup muka itu dikuak ke belakang.
“Kau dah lama ke jadi pengkid?” soalan pertama yang keluar dari mulut Dahlia itu membuatkan Daneen berhenti membasuh pinggan di singki. Dia merenung Dahlia yang bersandar di sebelahnya.Lagaknya seperti sedang menyoal banduan dan banduan itu adalah dirinya.
“Kau tanya siapa?” tegak saja Daneen menjawab.Orang kurang ajar aku pun boleh kurang ajar.
“Tak cantik doh kau kahwin dengan sepupu aku macam ini.Asal? Kau dah mengandung ke? Anas tebuk kau?”
Daneen membaling pinggang di tangannya ke singki.Pecah berderai pinggang itu di dalam singki.”Uiiiii....Apa dia yang pecah tu. “ jerit Mak Tok dari ruang tamu.
Wajah Dahlia dipandang tidak puas hati.Kecil besar saja dia memandang Dahlia ini. Tak tahu apa masalahnya tiba-tiba datang ke sini mencari fasal dengan dirinya.Walhal mereka langsung tidak pernah berjumpa.
“Awat? Hang punya dah kena tebuk kah?”soal Daneen kembali.
“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku pengkid.Kau nak aku bagitahu mak tok kisah silam kau.Pengkid macam kau ni berlambaklah aku jumpa dekat Bukit Bintang. Jangan-jangan kau ambil barang.”
Daneen melemparkan senyuman sinis. Sabar Daneen. Ingat orang yang cepat melenting ini orang yang tidak matang. Biarkan dia. Kalau dah penat nanti dia berhentilah. Daneen menyabarkan dirinya.
Pinggan yang pecah itu dibaling ke dalam tong sampah sebelah Dahlia. Sengaja dia berbuat begitu. Di dalam hatinya minta-mintalah kaca itu terkena mulut Dahlia yang tajam macam bilah pedang itu.Cakap tak pandang kiri kanan langsung.
“Mak long tahu kau mengandung? “
Daneen mengangkat keningnya. Memandai aja kau ni.
“Ish, tak sangkalah aku. Betul kata mak tok Anas tu buta pilih kau. Diri tu dah kotor jangan bawa dalam keluarga kami. Dasar pengkid! “
Daneen membuat bodoh saja mengelap pinggan yang baru dicuci tadi. Kemudian pinggan itu disusun di rak pinggan di sebelah Dahlia seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka.
Geram Dahlia melihat perilaku Daneen itu. Wajah itu memang cukup dia benci tambah-tambah Daneen seolah-olah tiada respon akan kata-katanya tadi. Hati kental juga pengkid ni!
“Aku nak kau cerai dengan Anas. Kau tu tak layak dalam keluarga kami. Berambuslah pengkid! “badan Daneen ditolak sehingga dahi Daneen terhantuk ke dinding.
Okay, sabar aku dah habis. Kau nak tengok sangat perangai pengkid aku, kan!
“Kau ni apa masalah kau? Datang rumah orang tak tahu adab ke?” rambut Dahlia ditarik oleh Daneen. Kalau ikut hatinya dengan kulit-kulit kepala dia tanggalkan. Huh, cabar sangat aku kan?
“Mak...!!! Tengok Daneen ni. “Dahlia meraung kuat apabila Daneen berbuat begitu.
Mak ngah segera ke dapur mendapatkan anaknya yang terduduk di lantai itu. Tangan Daneen yang masih setia menarik rambut anaknya itu dilepaskan. Kemudian, dia mendapatkan anaknya yang kusut masai itu sambil memandang Daneen dengan pandangan binggung. Apa salah anaknya sehingga Daneen berbuat begitu?
Mak Tok Maznah sekadar melihat dari tangga saja. Dia memandang ke arah Daneen yang sedang merenung Dahlia seperti ingin ditelan hidup-hidup itu. Apalah yang si Dahlia ini katakan kepada Daneen sehingga cucu menantunya berkelakuan begitu. Jujur dia katakan yang Daneen memang kasar kalah cucunya Anas tetapi dia tahu hati Daneen baik. Kalau orang tak mengusiknya takkan tiba-tiba melenting.
“Sayang, kenapa ni? “ Anas yang baru pulang bersama Datin Mona mendapatkan isterinya itu.
Pulang saja tadi dia sudah mendengar suara Dahlia terjerit-jerit dan menyebut nama Daneen. Fikirnya sesuatu terjadi kepada isterinya itu rupanya Dahlia menjerit kesakitan kerana rambutnya ditarik oleh Daneen.
“Hang tak reti jaga bini hang kah? Datang rumah tok bawa perangai tak senonoh dia. “Dahlia berdiri memandang Anas dengan tajam.
Anas terkedu kemudian memandang Daneen.
“Kenapa? Aku buat perangai apa yang tak senonoh? Bagitahu semua orang sekarang apa aku buat! “ jerit Daneen geram. Dia sudah tidak peduli akan semua orang.
“Yang hang tu mengandung sebelum kahwin dengan Anas. Dasar pengkid! “ jawab Dahlia berani.
Satu tamparan hinggap di pipi Dahlia. Nafas Anas kencang memandang sepupunya itu.
“Astagfirullahalazim. “Datin Mona dan Mak Tok beristigfar panjang manakala mak ngah memukul belakang badan anak perempuannya. Sungguh dia merasa malu di hadapan semua orang atas perbuatan anak perempuannya itu.
Daneen segera berlari ke luar. Tidak tahan dia melihat wajah Dahlia yang memfitnah dirinya. Dia mengaku dulu hidupnya terumbang-ambing tetapi dia tidak pernah disentuh oleh sebarang lelaki kecuali suaminya.
“Sekali lagi kau buat cerita pasal bini aku bukan tangan saja yang melekat kat muka kau. Kaki aku ni pun ringan boleh singgah dekat muka kau. “ugut Anas pada sepupunya.
“Huh, nak simpan pengkid itu berapa lama? Dia itu buat stok kau pakai buang saja. Aku kenal kaulah Anas. Pengkid macam tu bukan taste kau pun. “
“Aku kenal siapa Daneen berbanding kau jadi kau tak payah nak buat cerita canang dekat semua orang. Ingat, sekali lagi kau kacau bini aku, aku takkan teragak-agak bagitahu mak ngah apa kerja kau dekat KL sana. “ Anas terus pergi ingin mencari isterinya itu.
Mak tok menggeleng kepala seraya memandang Datin Mona. “Pening kepala aku ni melayang hang ni tau dak? Awat hang duk pi kacau Daneen? Salah apa dia buat kat hang?” giliran Mak Tok pula memberi ceramah pada Dahlia.
SAWAH padi yang terbentang luas itu dipandang oleh Daneen. Luas bendang itu tetapi tidak seluas fikirannya ketika itu. Pelbagai dugaan menimpa hidupnya sehingga dia terfikir masih layakkah dia untuk mengecapi bahagia. Adakah berkahwin dengan Anas adalah satu pilihan yang salah?
“Sayang... “pinggang Daneen dipeluk oleh Anas dari belakang.
Air mata yang ditahan mengalir juga saat Anas menyapa. Daneen segera berbalik kemudian menghamburkan tangisannya di dada bidang Anas. Bersungguh-sungguh dia menangis petang itu. Langsung tidak menghiraukan Anas yang cuba untuk memujuknya.
“Syhhh, sayang abang kan kuat. “ belakang badan Daneen digosok perlahan cuba menenangkan isterinya itu.
“Abang..... “Makin kuat esak tangis Daneen seraya memeluk kuat suaminya itu. Dia ingin meluahkan semua yang terbuku di dadanya tetapi dia tidak mampu tambah-tambah air matanya tidak henti mengalir tatkala dia ingin bercerita kepada suaminya itu.
“Sayang abang minta maaf sebab Dahlia tuduh sayang macam itu. Malu abang bila keluarga abang layan sayang macam ini. “
Daneen diam tidak bercakap. Badannya tersengut-sengut dek esak tangisnya.
Anas mencuba menenangkan isterinya sambil dibawa duduk di pondok buatan arwah datuknya dulu. Dia masih ingat gigih datuknya membuat pondok berdekatan dengan sawah ini. Katanya kalau penat menuai bolehlah dia berehat di sini. Walaupun tidak banyak kenangan dia bersama arwah datuknya tetapi dengan kenangan yang ada dia tidak pernah lupa.
“Sayang.... “Anas memegang tangan isterinya. Air mata yang masih berguguran jatuh itu diseka lembut kemudian menarik Daneen dekat dengan dirinya. Kekadang dia dapat merasakan yang isterinya ini begitu manja. Walaupun sifatnya kekadang kasar tetapi apabila datang perangai manja sehingga dia tidak dapat melayan.
“Nak tahu kenapa Dahlia tuduh sayang macam itu? “
Daneen tidak berkata apa-apa. Hanya diam memandang sawah padi yang menguning itu.
“Sebab sayang abang ni cantik. Kalau sayang nak tahu Dahlia itu lesbian. Abang tak tahu macam mana dia tahu sayang ini kasar dulu. Mungkin ‘golongan’ macam dia ada satu instinct yang kuat. “
“Tapi Daneen bukan pengkid! “ jawab Daneen tegas. Tidak mahu mengiyakan kata-kata suaminya itu.
“Ya, abang tahu. Sayang Cuma kasar sikit aja. Kalau sayang pengkid mesti sayang jadi pengkid handsome. “ Anas cuba membuat lawak.
Daneen menolak dada Anas tanda tidak suka akan jenaka suaminya itu. Dia masih ada akal fikiran. Dia tahu yang mana satu halal dan yang mana satu haram. Memang dahulu hidupnya terumbang-ambing tetapi dia tidak pernah menjadi ‘pengkid’ seperti yang dikatakan oleh Dahlia itu.
“Daneen.... “Anas memegang tangan isterinya sambil mengusap lembut. “Aku tak pernah kisah macam mana kisah silam kau yang dulu. Apa yang ada depan mata aku sekarang ini dah cukup buat aku bahagia. Dan, selama ini aku selesa dengan cara kau walaupun kau jadi Danny. “ Anas memandang tepat ke dalam mata Daneen.
Anas menggunakan bahasa ‘kau’ dan ‘aku’ kepada isterinya untuk menunjukkan yang dia benar-benar jujur. Dia yakin isterinya mengerti apa yang cuba dia sampaikan.
“Walaupun suatu hari nanti akan ada ‘pekara’ yang akan sakitkan hati kau, kau masih boleh terima aku? “
Anas tersenyum kemudian mengangguk. “Lafaz akad bukan mudah untuk dilafazkan dan saat abang dah lafazkan sayang dah jadi tanggungjawab abang sepenuhnya. “
Daneen memandang wajah suaminya. Hatinya bergetar saat mendengar kata-kata suaminya itu. Dia merasakan ayat yang ditutur itu benar-benar ikhlas.
ANAS merenung ke arah Dahlia yang berada di depan matanya ketika ini. Kalau tidak kerana mak tok tidak ingin dia bersemuka dengan sepupunya ini. Tambah-tambah setelah apa yang terjadi petang tadi.Isterinya di sebelah sekadar menunduk muka langsung tidak bercakap.
“Anas, mak ngah minta maaflah dekat hang dengan Daneen. Mulut anak mak ngah ni memang capoi skit. “
Anas senyum segarit.
“Hang ni awatlah buat perangai tak senonoh lagu ni. Hang tau dak yang hang dok kutuk-kutuk bini sepupu hang. Awat? Dia buat apa dekat hang? “giliran mak tok Maznah bersuara. Habis belakang badan Dahlia dipukul orang tua itu.
“Tok apa tau. Tok duk kampung. Cheq ni yang duk bandar nuh. Orang lagu ni cheq kenai sangat. Hang pun satu Anas. Dah tak ada perempuan lagi elok kah hang nak buat bini? “Kata Dahlia tegak tidak berlapik.
“Perempuan macam mana bini aku ni?” Anas duduk tegak. Matanya merenung ke dalam mata sepupunya itu.
“Hang pun tahu dia lagu mana. Tak payah aku nak terang kat hang. Weh Daneen, hang berambuslah dari keluarga kami. Hang tak layak tau dak masuk keluarga kami. “
Datin Mona bingkas bangun menampar mulut Dahlia.Jelas semua terkejut melihat apa yang berlaku. Tangan Daneen semakin erat mengenggam tangan Anas. Dia takut. Dia berdebar. Kenapa dengan dia? Apa salah dia sehingga Dahlia begitu membenci dia?
“Dahlia, hang betul-betul melampau. Mak long terima menantu mak long ni seadanya. Mak long lagi kenai dia berbanding hang. Jadi, hang jangan nak porak perandakan keluarga kami. Dah Anas, mari kita balik. “nekad Datin Mona. Tangan anak lelakinya ditarik begitu juga dengan tangan Daneen.
Mak tok Maznah mengetuk kuat tongkatnya ke lantai mengejutkan semua orang. Tidak jadi Datin Mona ingin pergi.
“Sudah! Aku suruh hangpa semua mai rumah aku bukan hendak berkelahi. Selesaikan semuanya hari ini. Aku tau hang Dahlia berbaik dengan Daneen. Kalau tak hangpa dua orang jangan mai lagi rumah aku. Lekas! “
Daneen memandang Anas.
“Abang.... “bisik Daneen tidak mahu.
“Tok mana boleh...... “
“Hang diam Anas! “Laju Mak Tok memotong.
Anas terdiam tidak boleh berbuat apa-apa. Isterinya di sebelah dipandang kasihan. Haih, lepas satu tambah lagi satu masalah. Dia tidak nampak apa kekurangan isterinya itu sehingga Dahlia membenci Daneen.
“Lekas! “ arah mak tok.
Daneen dengan berat hati menghulur tangannya.
“Aku minta maaf.... “kata Daneen perlahan.
Mak ngah segera menarik tangan anak perempuannya untuk bersalam dengan Daneen. Kalau dibiarkan berpanjangan lagi pergaduhan ini. Dia benar-benar malu dengan tuduhan anak perempuannya itu. Dia juga tidak melihat apa yang kurang pada Daneen. Serba serbi elok saja.
Tidak tersentuh lagi tangan antara mereka berdua, Dahlia cepat menarik tangannya. Seolah-olah tangan yang sedang menghulur ke arahnya itu penuh najis. Sambil itu dia membuat mukanya sehingga Anas jelek melihat perangai sepupunya itu.
“Hah, kan baguih lagu tu. “
Daneen dan Anas berpandangan...

ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉