Jantung Aira berdegup kencang apabila ditengking oleh ayahnya. Segera dia berlari masuk ke dalam bilik kemudian mengurung diri di dalam. Dia terduduk di balik pintu tidak mampu berdiri. Kakinya lemah ingin melangkah walaupun hanya ke katilnya.
Dia menutup telinganya sambil meraung di dalam hati. Dia sudah tidak tahan hidup begini. Tiap hari dia mendengar makian ayahnya. Pulang saja ke rumah ini pasti ayahnya akan marah-marah tanpa sebab.
Diamlah! Diamlah! Jerit Aira di dalam hati. Badannya sesekejap ke depan sesekejap ke belakang seperti orang berzikir dengan lututnya dipeluk rapat ke dada. Mindanya sudah tidak boleh berfikir lagi bagaikan ada satu dinding batu bata yang menghalang.
Prang!!
Bunyi kaca pecah berderaian di lantai. Ternaik sedikit bahu Aira kerana terkejut. Kemudian selang beberapa saat dia mendengar bunyi libasan bertalu-talu dari arah bilik ibu dan ayahnya. Rayuan ibunya mendayu-dayu meminta pertolongan. Semakin bersungguh ibunya merayu semakin laju libasan itu kedengaran.
Hendak membayangkan saja Aira tidak berani apatah lagi ibunya yang merasa setiap libasan itu. Hanya Allah saja yang tahu betapa pedihnya kulit melecet dilipas tali pinggang.
Air matanya kian deras mengalir kerana ketakutan. Tangannya mengigil kerana takut dia yang akan menjadi mangsa seterusnya. Sikap panas baran ayahnya itu semakin lama semakin teruk sehingga ada ketika hampir saja ayahnya menoreh wajah ibunya. Peristiwa itu benar-benar terjadi di depan matanya. Sampai sekarang peristiwa itu sentiasa menghantuinya.
“Abang, percayalah saya tak pernah cakap Syarifah macam itu. “
“Ah, kau jangan ingat aku tak tahu. Syarifah dah bagitahu aku semuanya. Tergamak kau tuduh anak dalam kandungan dia anak haram.”
“Ya Allah bang, saya berani angkat sumpah yang saya tak pernah cakap macam itu dekat Syarifah. “
“Kau jangan main sumpah dengan aku, Mona. Perangai kau ni memang tak berubah dari dulu. Aku cakap baik-baik kau tak nak dengar agaknya cara macam ini saja boleh buat kau faham. “ satu tamparan hinggap di pipi Datin Mona. Tertiarap dia menerima tamparan kuat itu. Allah, hanya itu mampu diluahkan oleh Datin Mona.
Dahulu, suaminya tidak pernah menaik tangan begini. Bahkan hendak mencubitnya pun tidak pernah. Tapi, sekarang semuanya berubah.Lelaki yang dia kenal 30 tahun lepas bukan begini sikpanya.Dia sangat menghormati wanita.Walaupun dia marah tidak pernah dia berkata kasar.Dia benar-benar rindukan kenangan dulu.
ANAS memandang Daneen yang sedang tidur nyenyak itu.Jam di dinding sudah menunjukkan jam 2 pagi. Walaupun matanya sudah tidak mampu dibuka dia tetap memandang Daneen yang sedang tidur itu tanpa jemu.Seharian ini dia menjaga Daneen walaupun isterinya itu ingin bersendirian tetap juga dia menjengah takut ada apa-apa berlaku seperti semalam.Perasaan risau itu membuatkan dia tidak boleh tidur sekarang.
Kain lembab yang sudah kering diambil oleh Anas. Apabila sudah dibasahkan semula dia meletakkan kembali di atas dahi Daneen. Wajah pucat isterinya kelihatan tidak bermaya. Puas juga dia mengajak ke klinik tetapi bermacam-macam alasan diberi akhirnya hanya panadol saja ditelan tanpa menjamah sebarang makanan.
Anas menguap sambil mengalirkan air mata. Masuk kali ini sudah sepuluh kali dia menguap di sebelah Daneen. Hendak tidur di biliknya, dia takut dia tidak dengar akan panggilan Daneen. Hendak tidur di sebelahnya tidak fasal dia ditendang nanti.
“Anas.... “Tangan Anas digengam oleh Daneen membuatkan Anas tersedar dari lenanya sekejap. “Hah? Ya, apa dia? “Kata Anas mamai apabila tiba-tiba Daneen memanggil namanya.
Dia memandang mata Daneen yang terpejam rapat itu. Dia salah dengar ke? Perasannya tadi ada yang memanggil namanya . Ish, seram pulak aku! Bisik Anas sambil memandang bilik Daneen yang hanya diterangi lampu meja itu.
Ya Allah, mengantuknya mata aku ni. Bisik Anas di dalam hati. Mujur esok dia tiada mesyuarat waktu pagi kalau tidak sepanjang mesyuarat itu berlangsung dia tidur. Matanya yang memerah itu digonyoh kuat cuba menghilangkan rasa mengantuknya.
Anas mencuba memejamkan matanya sambil bersila di sebelah Daneen. Lebih baik begini dari berbaring. Tidur pun dapat. Tak adalah Daneen bersalah sangka esok pagi.
Anas sudah hanyut dengan lenanya. Tangannya menongkat dagu supaya tidak terjatuh. Dia benar-benar sudah tidak boleh membuka matanya ketika ini. Badannya begitu letih.
Nada dering Iphone berbunyi selepas lima minit Anas melelapkan mata. Anas membiarkan saja panggilan itu berlalu. Tangannya malas mahu mengambil telefon yang berada di meja sebelah Daneen. Masa ini digunakan untuk dia tidur.
Kali kedua panggilan itu berdering. Daneen membuka matanya apabila nada dering yang tidak henti-henti menganggu lenanya. Dia memandang kirinya. Telefon yang berbunyi itu dicapai. Telefon Anas?
Di dalam kepedihan matanya dia melihat nama yang tertera di skrin. Adik? Aira ke?
“Anas... “Daneen memanggil Anas.
Anas membuka matanya apabila terdengar suara serak memanggilnya. Kali ini dia yakin suara itu bukannya seperti tadi. Dia membuka mata kemudian memandang Daneen. “Apa?“ tanya Anas dengan mengantuk.
“Adik call kau, lah! “Kata Daneen dengan payahnya.
Anas mengerutkan dahinya. Telefon bimbitnya diambil dari tangan Daneen. Nama yang tertera di skrin itu membuatkan dia buntu seketika. Aira? Ada apa dia telefon pagi-pagi begini. Tak reti tidur ke budak kecik ni! Marah Anas di dalam hati. Dengan malasnya dia menarik punat hijau ke tepi untuk menjawab.
“Kau tak reti tidur ke, dik.. “runggut Anas tanpa sempat Aira berkata apa-apa.
Daneen tidak menyambung semula tidurnya.Setia dia menunggu suaminya yang sedang bercakap di talian itu. Dia kenal dengan pemanggil itu.Adik kepada suaminya. Orang yang paling manja dan rapat dengan Anas.Rasa rindu pula dia ingin berjumpa dengan Aira. Kalau tidak dulu setiap malam gadis itu akan menghubunginya. Bercerita tentang apa saja sehingga mereka tertidur. Sungguh dia rindukan kenangan dulu.
“Cakaplah kenapa kau senyap je ni. Kau mengigau ke? “Balas Anas lagi apabila tiada suara di talian.
Daneen mengerutkan dahinya. Ada apa agaknya Aira menghubungi Anas malam-malam begini.
Anas diam sejenak apabila dia terdengar esak tangis adik perempuannya itu. Perlahan tapi kedengaran esakan itu. “Kau berebut apa lagi dengan Kak long? Aku mengantuklah dik nak layan kau. “
Daneen memegang tangan Anas kemudian menggelengkan kepala mengisyaratkan supaya suaminya berlembut sedikit.
Anas akur.
“Dik, kau okay? “
Lepas beberapa saat Aira membalas. “Abang,umi sakit.....”hanya ayat itu mampu terluah di bibir Aira.Dia tidak mampu menahan tangisannya.Lepas menuturkan ayat itu dia memutuskan talian.
Anas memandang skrin telefonnya yang gelap. Kemudian dia memandang Daneen.
“Adik cakap apa? “Tanya Daneen risau.
“Dia menangis lepas tu cakap umi tengah sakit sekarang. “
Daneen bangun bersandar di kepala katil. Lampu meja di sebelahnya dibuka untuk menerangi bilik. Wajah Anas yang jelas mengantuk itu dipandang.
“Pergilah balik rumah umi sekarang. “ kata Daneen risau.
Anas mengaru kepalanya yang tidak gatal.Kalau ikutkan dia memang malas. Jam pun sudah menunjukkan pukul 3 lagi ditambah dengan hujan lebat di luar.Esok pagi sajalah! Bisik Anas.
“Anas ,kau berangan apa lagi? Pergilah tengok umi kau.”Daneen memukul perlahan peha suaminya.
“Aku malaslah,Daneen. Esoklah.”
Mata Daneen yang mengantuk itu mencerlung memandang Anas.Dia tidak mengagak itu adalah jawapan yang keluar dari mulut suaminya. “Anas, umi kau tau yang sakit bukan adik. Pergilah balik tengok umi.“Marah Daneen apabila mengambil sambil lewa saja akan kesihatan ibunya.
“Hujanlah Daneen. “Anas memberi alasan lagi. Sebetulnya dia memang malas hendak pulang ke rumahnya sekarang. Dan lebih mengukuhkan alasannya adalah dia tidak mahu tinggalkan Daneen seorang diri di rumah dalam keadaan isterinya yang sakit.
Daneen memejamkan matanya tanda geram.
“Kalau kau tak nak pergi biar aku pergi. “Daneen segera menendang selimut yang membaluti kakinya. Baru saja dia ingin berdiri segera dia duduk kembali di birai katil. Kepalanya tiba-tiba pusing seperti ada sesuatu yang menyengat kepalanya. Dia memegang kepalanya yang berdenyut-denyut.
“Kau okay, Daneen? “Soal Anas risau apabila tiba-tiba Daneen terduduk kembali.
“Aku okay, jangan risau. Kau pergi tengok umi sekarang. Kasihan adik seorang dekat rumah. “
Anas menghela nafas kemudian mengangguk. “Yalah, aku pergi. Kau jaga diri dekat rumah. Tengah hari nanti aku balik. Apa-apa telefon aku. “ Anas mengusap rambut isterinya.
“Ya,dah pergi-pergi.”Daneen menolak tubuh Anas.
IZZ menyedut minumannya yang baru sampai. Dia memandang Sofia yang termenung jauh sambil tangannya memegang sudu menguis-nguis nasi lemak di pinggan yang hanya terusik sedikit. Dia menghentikan perbuatan Sofia itu.
“Kalau tak nak makan janganlah buat macam ini. “Kata Izz lembut.
Sofia memandang Izz yang menegurnya. Malu dirinya apabila ditegur oleh Izz begitu.
“Taklah Fiya nak makan Cuma.. “
“Cuma apa? “
Sofia menghelakan nafas lemah. Dua tiga hari ini dia asyik memikirkan soal perempuan yang menunggang motosikal berkuasa tinggi itu. Bentuk tubuhnya sama seperti arwah Danny. Bayang-bayang orang itu sering menganggu lenanya setiap malam. Siapa dia? Kenapa dia lari bila aku datang dekat? Bisik Sofia sendiri.
“Cuma? “Soal Izz kembali mematikan lamunan Sofia.
“Cuma...perut ni rasa tak sedap. Nak datang bulan,kut.”bohong Sofia.
Izz menggeleng kepala. “Dah tu siapa nak habiskan nasi lemak ni. “
Sofia memandang Izz sambil tersengih. Izz yang mengerti akan sengihan itu segera menarik pinggan itu dekat dengannya. Perutnya yang sudah penuh dipaksa lagi untuk menghabiskan baki nasi lemak yang dimakan oleh Sofia.
“Sorry tak dapat datang tolong uruskan pengebumian ayah Danny.” Kata Izz sebelum menyuap sesudu nasi lemak ke dalam mulutnya.
“Tak apa Fiya faham. Lagipun dari Terengganu hendak KL bukannya dekat.Amal dengan Maira pun ada datang tolong Fiya masa itu. “
“Anas? “Soal Izz.
“Hmph, jangan cakaplah pasal lelaki tak guna itu. Buat sakit hati aja. Bila fikir apa yang dia buat baik tak kawan dengan dia dulu.”luah Sofia tidak puas hati.
Selama ini kalaulah ada apa-apa yang berlaku kepada Danny sangkanya Anas orang pertama yang akan tolong rupanya hanya menanam tebu di tepi bibir.Hanya pandai berkata tetapi tidak melaksanakan.Lelaki itu terus menghilang sehingga sekarang. Usahkan hendak bertanya khabar hendak tahu soal pencarian Danny jauh sekali.
Proses itu semuanya diuruskan oleh Amal dan Izz yang berulang-alik ke Pulau Langkawi.Akhirnya setelah dua minggu proses pencarian, polis memutuskan untuk menghentikan pencarian.Mayat Danny tidak dijumpai. Cuma kesan beberapa tapak kaki saja dijumpai.Sebagai kawan rapat dan teman serumah dia amat merasai kehilangan Danny.Hampir dua bulan dia sakit kerana terkejut dengan pemergian sahabatnya.
“Tak baik cakap macam itu Fiya.Kita dah kawan lama lebih 15 tahun.Kita pun tak tahu entah-entah Anas ada masalah dia sendiri.”balas Izz lembut.
Sofia senyum sinis.”Ada masalah sampai lupa kawan? Tangan Fiya ini dah letih telefon dia masa kita tengah sibuk cari arwah Danny tapi satu pun tak berangkat sampailah sekarang. Mana dia pergi pun kita tak tahu. Entah-entah ikut Danny mati dalam gaung.”
“Astagfirullahalazim Fiya.Bawa mengucap. Kalau iya marahkan Anas janganlah doa macam itu. Kita fikir positif aja. “
Sofia mencerlung memandang Izz. “Awak nak suruh saya ini fikir positif? Kalau dengan orang lain boleh tapi dengan Anas memang tak. Lelaki tak guna itu kalau bersembang sampai langit ke-7 tapi satu apa pun tak ada. Arwah Danny pun menyesal dapat kawan macam dia itu. “Luah Sofia lagi. Kalau dia cerita soal Anas memang tidak akan habis.
“Dahlah. Saya tak sukalah tengok awak marah-marah macam ini. Arwah Danny pun dah lama pergi. Kita redha aja. Mungkin ada hikmah semua ini. “
“Saya pun tak suka nak marah-marah Cuma itulah. Topik pagi ini yang buat saya nak marah. Saya rasa betullah saya nak datang bulan ni! “
Izz ketawa melihat muka Sofa merah padam.
“So, saya dah boleh buat kira-kiralah ni. “
“Kira-kira apa? “tanya Sofia binggung.
“Kira-kira fasa subur awaklah. Senang kalau kita kahwin nanti. “Gurau Izz.
Sofia yang mendengar rasa malu. Baik-baik dia ingin marah tadi terus tak jadi. Haih, ustaz instant ni selalu buat aku cair. Cia! Cia! Cia!

ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉