Bab 36

630 22 0
                                    

Izz menghembus nafas berat. Anas di depannya dipandang tidak percaya. Tegar kawannya merahsiakan semua ini dari pengetahuan semua. Dia tahu pekara ini berat tetapi kenapa sekarang baru lelaki itu hendak berterus-terang.

‘’Anas!  Anas!  Kau tak boleh move on lagi ke? Danny dah tak ada, Anas.  Bukan kau seorang yang sakit tapi kita semua rasakan kehilangan dia. ‘’Ujar Izz lembut.

‘’Aku Cuma rindukan dia,Izz. ‘’Jawab Anas pendek.

Izz tersenym senget.

“Rindu?  Sstelah apa yang berlaku kau kata kau rindukan dia?  Huh, kau memang tak sedar dirilah Anas. “

Anas mengangkat kepalanya. Sampai Izz mengatakan dia begitu.

“Sampai hati kau cakap aku macam itu.  Izz kau tak berada di tempat aku.” Kata Anas mulai terasa hati. Tegar kawannya mengatakan dia begitu.

“Kau pun tak berada di tempat kami. ‘’ jawab Izz sinis.

‘’Izz, kau ajak aku jumpa hari ini sebab nak ajak aku gaduh ke?  Kalau sebab itu aku nak balik sekarang. ‘’Anas yang ingin pergi ditahan oleh Izz. Anas kembali duduk apabila melihat kawannya itu menegah dari dia pergi.

‘’Rindu kau boleh terubat tengok Nur Jannah tapi kami?’’Izz kesal.

Anas mengangkat kepalanya memandang ke arah Izz. Nur Jannah?  Oh, dia lupa soal Nur Jannah. ‘’Jannah bukan Danny, Izz.... ‘’

Izz memandang ke tempat lain. ‘’Dia memang bukan Danny lagi tapi Daneen Ahna, kan? ‘’Izz merenung tajam wajah Anas yang jelas terkejut ketika itu.

‘’Apa kau merepek ni, Izz.?’’Anas membetulkan duduknya. Jelas dia tidak senang apabila Izz membuat kesimpulan begitu. Bagaimana dia tahu?

‘’Kenapa? Kau takut aku bagitahu orang yang sebenarnya Danny masih hidup? ‘’

‘’Izz Rayyan! ‘’Tinggi suara Anas apabila Izz sekan-akan tidak mahu mengalah. Belum masanya untuk dia membuka rahsia ini. Kalau semua orang tahu yang Daneen masih hidup dia tidak pasti nyawa Daneen bagaimana.

‘’Apa? Terus-terang sajalah dengan aku Anas. Buat apa kau tipu kami semua? Apa yang kau dapat? ‘’

Anas diam. Lebih kepada buntu sebenarnya. Apa yang harus dia katakan kepada Izz utuk meyakinkannya yang Nur Jannah bukan Daneen Ahna.

‘’Aku tak tahu apa niat kau buat macam ini tapi aku nak kau tahu yang kau dah menyusahkan hidup semua orang. Patutlah kau macam tak kisah bila aku cakap Danny dah mati. ‘’Sindir Izz.

Oh, kau tak tahu apa-apa Izz. Daneen pun tidak mahu hidupnya seperti ini. Tiada siapa pun di dalam dunia ini ingin dianggap sudah mati walaupun sebenarnya dia masih bernafas dan hidup dengan baik.

‘’Aku tak tahu apa alasan kau tapi aku akan bagitahu Fiya yang kawan dia masih hidup. Dan aku akan pastikan yang Fiya akan ambil semula Danny dari tangan kau. ‘’Kata Izz nekad.  Lama dia bersabar akan hal ini. Cukuplah Anas menipu semua orang.

‘’Dia isteri aku.... ‘’Kata Anas perlahan tapi mampu didengari oleh Izz. ‘’Nur Jannah atau Danny atau apa segala nama dia, dia isteri aku. Dia Daneen Ahna. Dia bukan ‘Danny’ kau orang lagi. ‘’

Terpempan Izz mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Anas itu.  Macam mana semua in boleh berlaku? Apa semua ini?  Dia tidak faham.

Izz meraup wajahnya tidak percaya.  Bermakna dia tidak tersilap selama ini.  Dia Cuma mengagak saja pekara ini kerana terlihat parut di tangan Nur Jannah seakan-akan parut Danny tetapi tidak sangka mereka rupanya orang yang sama. Ya Allah, kalau isterinya tahu soal ini pasti dia gembira sangat. Pantas Izz mengeluarkan telefon bimbitnya.

‘’Sekejap Izz!’’Anas memegang telefon     bimbit kawannya itu. ‘’Aku nak kau rahsiakan hal ini dari Fiya.Aku tak nak ada siapa pun yang tahu soal ini. Tolong aku Izz. ‘’

Izz mengerutkan keningnya.

‘’Tapi kenapa? Kami semua berhak tahu yang dia masih hidup. Apa yang cuba kau lakukan ni Anas? ‘’ marah Izz.

‘’Kalau kau nak tengok dia mati betul-betul depan mata kau buatlah. Tapi aku sebagai suami dia aku tak nak kehilangan dia. ‘’

Izz binggung. Apa maksud kawannya ini. Apa kena mengena semua ini? Dia Cuma memberitahu berita gembira ini kepada kawan-kawannya yang lain.  Kenapa perlu Danny mati?  Izz tidak faham.

‘’Kau orang tak tahu apa yang terjadi malam dekat Langkawi masa itu. Kalau kau buat macam ini Izz, bukan Danny seorang saja yang mati bahkan aku juga. ‘Mereka’ akan cari Danny sampai lubang cacing tahu tak. ‘’

‘’Eh, apa kau cakap ni Anas? ‘’

Anas memandang kawan baiknya itu. ‘’Kalau aku cerita kau janji jangan pernah bagitahu Fiya, Amal dan Maira yang Danny masih hidup. ‘’

Izz keberatan.

Anas diam memandang kawannya yang berada di dalam keadaan yang serba salah.

‘’Baiklah!’’akhirnya Izz akur.

‘’Pertama aku nak minta maaf sebab rahsiakan hal ini dari pengetahuan kau. Kami berdua memang tak ada pilihan lain waktu itu. Pilihan yang kami ada ialah lari balik semula ke KL. ‘’

Izz tekun mendengar cerita Anas sehingga ....’’Kami berdua terpaksa berkahwin Subuh itu. Itu saja pilihan yang ada. Aku maklumkan yang Danny dah meninggal dunia pada pihak resort dan beri mereka sebelah kasut Danny untuk yakinkan kau orang yang Danny memang tak ada. ‘’

Izz istigfar panjang mendengar berita yang mengejutkannya itu. Ya Allah berliku sungguh hidup kawanku ini.

‘’Sebulan selepas itu aku pergi balai polis untuk buat laporan dan uruskan semua tanpa pengetahuan korang.  Enam bulan kami bertahan tanpa beritahu sesiapa yang kami dah berkahwin bahkan keluarga aku sendiri.  Selepas enam bulan barulah keluarga aku tahu. Aku ubah Danny kepada Daneen sebab tak nak sesiapa pun tahu soal dia. Jadi aku minta sangat-sangat dekat kau Izz jangan pernah cerita hal ini pada sesiapa. Cukuplah Daneen dah tersiksa dengan kehidupan dia yang sekarang. ‘’Mohon Anas sambil mengalirkan air matanya.

Izz turut sebak apabila mendengar cerita Anas itu. Besar pengorban Anas untuk melindungi Danny. Kalau dia berada di tempat Anas rasanya awal-awal lagi dia sudah berserah.

‘’Kenapa kau tak bela diri kau bila kami semua tuduh kau tak bertanggungjawab bila Danny ‘mati’ dulu?

Anas tersenyum sinis. ‘’Semua itu tak penting pun Izz. Aku tak kisah kalau semua orang buang aku tapi aku kisah kalau bini aku mati betul-betul malam itu. ‘’

Izz menakup mulutnya.Macam-macam rasa yang ada di hatinya ketika ini.  Rasa gembira kerana Danny yang disangka mati rupanya masih hidup.  Rasa sedih pula kerana Anas yang merupakan kawan baiknya terpaksa hidup begini.

‘’Anas aku minta maaf sebab salahkan kau selama ini. Aku ingat kau tak sayang Danny lagi. Maafkan isteri aku juga sebab tuduh kau macam-macam.’’

Anas tersenyum nipis sambil menggelengkan kepala. ‘’Sesiapa pun akan buat hal yang sama Izz. Aku bukan sengaja nak putuskan persahabatan kita Cuma aku rasa tak adil kalau aku boleh jumpa kau orang sedangkan Danny terkurung dekat rumah. ‘’

Izz mengangguk tanda mengerti.

‘’Besar pengorbanan kau Anas. Tuhan saja yang mampu membalas sebab kau tolong Danny. ‘’

‘’Nama dia Daneen. Perangai ‘Danny’ dia dah hilang sejak dua tiga bulan ni. ‘’Anas tidak dapat menahan tawanya dari terhambur.

Izz juga tertawa melihat Anas ketawa begitu. Dia tidak dapat bayangkan betapa ayunya Danny berubah menjadi Daneen.

‘’Belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah pada kau dan Dan... Daneen.  Aku doakan kau hidup bahagia sampai bila-bila. ‘’

‘’Aamin. Doakan kami Izz. ‘’

Izz mengangguk.

‘’Kau masih sayangkan dia sama macam dulu, kan? ‘’

Anas tersenyum lebar. ‘’Itu rahsia antara kau dan aku saja Izz. Aku tak pernah lagi beritahu dia soal hal ini. Malu aku kalau dia tahu. ‘’

Izz tergelak besar sama seperti dulu.

‘’Kau memang tak berubah Anas.  Kalau aku jadi kau dah lama terus-terang. Sepuluh tahun kau suka dia sampai sekarang kau tak pernah berterus-terang? ‘’

Anas mencemik sambil menggelengkan kepala.

Gila!  Kalau isterinya tahu soal hal ini dia tidak tahu hendak sorokkan mukanya ini di mana. Walaupun sudah ‘berkongsi’ semuanya rasa malu ini masih tetap ada.

Semua ini bermula dari rambutnya yang diikat dua oleh isterinya dulu.  Bermula dari benci lama kelamaan dia menjadi selesa apabila berada dekat dengan Daneen. Apa saja yang dia  lakukan pasti Daneen juga boleh buat.  Bilang saja aktiviti lasak yang pernah mereka lakukan dari kecil semuanya Daneen dan dia lakukan bersama.

‘’Daneen beruntung dapat suami macam kau Anas. Aku harap kau dapat jaga dia elok-elok. Kalau kau dah tak mampu dengan ‘semua’ ini beritahu aku. Aku akan tolong kau. ‘’

‘’Thanks bro, in shaa Allah sampai akhir hayat aku akan jaga dia. ‘’

Izz tersenyum bangga dengan kawannya itu. Anas memang tidak pernah memungkiri janjinya ingin menjaga Daneen. Allah saja mampu balas jasa-jasa kau.

Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now