Bab 38

559 17 0
                                    

Tahniah Puan Daneen mengandung.... “

Daneen bangkit dari baringnya lantas memandang Anas dan Zila di sisi. “Mustahil. “Kata Anas dan Daneen serentak.

Zila mengerutkan dahinya. Apa yang mustahil? Korang,kan dah berkahwin.

Doktor Aisyah juga terpempan apabila Anas dan Daneen tiba-tiba menjawab seperti itu.

“Apa yang mustahilnya? Kamu berdua sudah berkahwin.Atau sebenarnya kamu berdua......

“Tak!  Tak doktor.”Daneen menafikan. Dia tahu apa yang ada di dalam kepala doktor perempuan itu.Dia mahu cakap yang dia dan Anas merancang.Ya Allah tidak pernah terfikir di kepalanya akan pekara itu.Kalau sudah ada dia terima dengan tangan terbuka.Sememangnya anak itu rezeki yang Tuhan berikan. “Saya period takkanlah saya mengandung.Doktor silap ni.”jelas Daneen kepada Doktor Aisyah.

“Kamu period?”Doktor Aisyah memandang nurse di sebelahnya. “Sudah berapa hari kamu period?” Kali ini lebih serius suara doktor muda itu.

“Baru malam tadi tapi tak banyak. Selalu memang hari pertama tak banyak yang keluar.”

Anas memeluk tubuh di sisi Daneen mendengar penjelasan isterinya dan doktor perempuan itu.

“Encik Anas boleh tolong keluar sekejap. Saya hendak periksa keadaan Puan Daneen sebentar. “ Anas dan Zila diminta keluar buat seketika sementara Doktor Aisyah menjalankan pemeriksaan ke atas Daneen.

Zila dan Anas melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia. Anas yang tidak menunjukkan sebaran reaksi itu merisaukan Zila. Apa yang ada di fikiran lelaki itu sekarang ini?  Dia tidak bimbangkah kepada Daneen?

“Tahniah Anas. “Zila sengaja memulakan perbualan.

“What do you mean? “Anas memandang tajam ke arah Zila di sebelahnya.

“Tahniah sebab Daneen dah mengandung. Tak sabar I nak tengok baby korang. Janganlah jadi brutal macam mak dia. “Zila berpura-pura gembira.

Anas berdiri tegak.

“You rasa tu anak I ke? “

“Astagfirullahalazim Waiz Anas. You sedar tak apa yang you cakap ni.  Daneen wife you of course anak yang dia kandung tu anak you. I tahu you marah Daneen but anak itu tanggungjawab you. “

Anas memandang Zila lama. Kepalanya serabut dengan berita yang dia baru dengar sebentar tadi.

“Tapi I..... “

“Kalau you tak bertanggungjawab atau you halau Daneen lagi I takkan teragak-agak bagitahu kawan-kawan you yang Daneen masih hidup. You jangan cabar I, Anas! Buang ego you demi anak yang Daneen kandungkan. “

Anas menghembus nafas berat.Dia buntu ketika ini. Perasaan marahnya masih ada bagaimana dia hendak menatap Daneen lagi di rumah. Anak itu?  Apa yang akan berlaku jika anak itu lahir nanti?  Aku dan Daneen?

Hatinya sangat kecewa sekarang ini sehingga rasa yang sepatutnya dia rasakan waktu mendapat tahu Daneen mengandung langsung hilang. Dia tidak dapat memberi sebarang reaksi. Adakah patut dia lupakan saja dan hidup bahagia ataupun dia harus menghukum Daneen dan hidup dalam rasa yang serba salah.

Anak yang Daneen kandungkan itu anak you!  Ayat Zila itu terngiang-ngiang di telinganya sekarang.

“Encik Anas!  Kita perlu bersedia untuk menghantar Puan Daneen ke hospital. Dia mengalami pendarahan yang banyak. “ujar Doktor Aisyah tergesa-gesa. Daneen diusung keluar dengan wajah yang pucat lesi.

“Abang..... “Daneen cuba mencapai tangan Anas tetapi Anas serta-merta menepis tangan itu.

Ya Allah. Kau ampunkanlah dosa yang telah aku lakukan kepada suamiku Ya Allah. Aku memilih jalan ini hanya untuk meneruskan hidupku saja. Aku mengaku semuanya salahku. Berikanlah aku peluang kedua untuk menebus kesilapanku kepada suamiku.

“Anas,  go. Wife you perlukan you sekarang. “Zila menolak tubuh Anas yang masih kaku walhal Daneen sudah dibawa menaiki ambulans ke hospital.

“You pergilah Zila. I tak boleh tengok muka Daneen lagi. “Anas duduk di bangku.

What?  Kau masih fikir perasaan marah kau tu Anas. Nonsense. Itu wife kau, kot!

“Fine, you tunggu Izz dan Fiya datang tuntut Daneen dari you. “Zila terus meninggalkan Anas sendirian di situ.  Geram benar Zila dengan perbuatan Anas itu. Rasa sabarnya sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi.

AIRA mengalirkan air mata begitu juga dengan Datin Mona melihat keadaan Daneen yang terbaring kaku itu. Wajah pucat itu dilap Aira menggunakan kain lembab. Teruk benar alahan  kakak iparnya sehingga tidak lalu hendak menjamah sebarang makan.

“Hang duk tercegat dekat situ awat?” tegur mak tok kepada Anas.

“Anas kenapa boleh jadi sampai macam ini?  Kenapa Daneen boleh jatuh terhentak sampai belakang badan dia lebam?  Kamu pukul dia ke?”soalan Datin Mona membuatkan Anas segar. Anas memandang Zila di sebelah.

“Mana ada umi..... Anas baru sampai dari Kedah. “jawab Anas malas.

“Habis macam mana Daneen boleh jatuh?  Mujur tak ada apa-apa kalau tidak..... “

“Kalau tidak? Umi nak salahkan Anas juga sama macam semua orang salahkan Anas sekarang ini? “ Anas terus melenting.

Datin Mona memandang anak lelaki tunggalnya itu. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena ketika ini. Sepatutnya sebagai suami, anak lelaki risau soal keadaan Daneen.

“Umi.... “Daneen memegang lembut tangan mertuanya yang sedang memandang suaminya. “Anas tak pukul Daneen pun. Daneen jatuh tangga pagi tadi kebetulan Anas baru balik. “ bohong Daneen kemudian memandang Anas yang turut sama merenung ke arahnya.

“Kalau Kak Daneen jatuh tangga habis kenapa pergelangan tangan akak lebam macam kena cengkam orang? “ Aira pula mula menyoal. Dia tidak rasakan ini kesan terseret sesuatu.

Daneen menelan liurnya. Kepalanya pening berbalam-balam melihat wajah setiap satu orang di dalam wadnya.  Zila di hujung katil dipandang lemah. Aku harus beritahu mereka apa, Zila?  Anas tidak salah. Aku yang salah.

“Lah, awat hang teriak Daneen. Sakit, kah? “tanya Tok Wan lembut.

“Aku yang buat tangan dia lebam macam itu. “Ujar Anas senada.

Semua orang memandang Anas selepas itu. Tok Wan terus berdiri tidak sangka cucunya memperlakukan begitu. “Hang buat apa ni Anas?  Hang sedar dak Daneen itu bini hang! “Lantang Tok Wan memarahi Anas. Tidak peduli mereka sedang berada di hospital.

“Tok, Anas Cuma nak selamatkan Daneen waktu tu. Dia tak sengaja. “ bohong Daneen lagi.

Zila yang tidak mampu menahan air matanya seraya melangakah keluar dari wad. Kenapa kau tak berterus-terang Daneen. Kenapa kau masih membela suami kau yang tak berguna itu! Zila mengamuk di dalam hatinya. Tidak tahu harus dia luahkan kepada siapa.

“Zila, macam mana keadaan Daneen? “ tiba-tiba bahunya disentuh oleh seorang lelaki ketika dia sedang melabuhkan punggung di bangku luar wad.

“Haniff! “

CAWAN plastik yang terjatuh itu menyedarkan Anas dari lenanya. Dia segera memandang isterinya di atas katil cuba mencapai cawan plastik yang sudah terjatuh itu.

“Behave! “ Anas berlari laju menarik tubuh isterinya dari terjatuh dari atas katil.

Laju jantung Daneen apabila ditarik begitu. Mujur Anas menarik dirinya kalau tidak, dia mungkin sudah terbaring di lantai.

“Kalau kau nak mati jangan heret anak aku sekali. Huh, menyusahkan orang betul! “Anas mencapai cawan plastik itu kemudian dia bawa ke singki untuk dibasuh.

“Terima kasih. “Kata Daneen perlahan.  Dia cuba menyedapkan hatinya. Anas bukan orang begitu. Dia tidak memaksudkan ayatnya tadi. Dia sudah kenal suaminya itu lama. Setakat ayat seperti itu dia sudah lama hadam dalam-dalam.

“Abang, saya lapar sangat. Ada tak makanan? “Kata Daneen lagi sambil memegang perutnya yang berbunyi.  Jam di dinding sudah menunjukkan angka 2 pagi.

Anas terdiam.

Baru dia sedar isterinya itu langsung tidak menjamah sebarang makanan sejak dari pagi tadi dimasukkan ke dalam wad. Anas,  walaupun kau marah pada Daneen tetapi dia masih tanggungjawab kau. Ayat Zila tiba-tiba terngiang di telinganya.

“Kalau tak ada tak apalah. Saya minum air pun boleh kenyang. “Daneen yang cuba untuk turun dari katil dihalang oleh Anas.

“Ada ni makanan untuk kau.”Anas mengeluarkan bekal yang dibelikan adiknya tadi.

Daneen mengucapkan syukur apabila melihat ada makanan yang ditinggalkan buatnya. Walaupun perbuatan suaminya jelas kurang senang dengan dirinya ketika ini tetapi dia tahu Anas masih sayangkan dirinya.

“Lepas makan saya nak pergi tandas boleh? “Ujar Daneen seakan anak kecil meminta izin dari ayahnya.

“Pergi ajalah. Tak payah sibuk nak beritahu aku. “ kata Anas sinis sambil tangannya lincah mencari sudu di laci.

“Terima kasih. “Kata Daneen lagi malam itu. Berharap Anas akan duduk menemaninya sehingga habis makan tetapi lelaki itu terus ke sofa lalu menyambung lenanya.

Fikir yang baik-baik, Daneen. Mungkin Anas penat baru pulang dari Kedah tidak berehat dari tadi. Daneen menyuap nasi sejuk itu ke dalam mulutnya walaupun ada air mata yang mengalir dia menelan juga nasi itu tanpa suara.

Dalam kegelapan malam dia bertanya kepada Tuhan. Adakah sudah tiba masanya dia dan Anas begini?  Sudah tiba masakah KAU meragut kasih sayang Anas dariku. Aku mengandungkan zuriatnya Ya ALLAH.  Aku perlukan dirinya di sampingku.  Adakah aku masih tamak?



HANIFF dan Zila memandang tubuh Daneen lemah terbaring di atas katil. Sewaktu mereka tiba Anas tiada di situ. Mungkin ke tempat kerja. Kalau dia menjadi Anas, soal kerja itu harus diketepikan. Daneen lebih memerlukan dirinya ketika ini.

“Mana ‘baruah’ tu? Soal Haniff kepada Daneen.

“Dia suami aku Haniff. Hormat sikit! “ tegur Daneen kepada Haniff. Dia tidak suka akan gelaran yang disebut oleh Haniff sebentar tadi.

“Lelaki dayus macam itu yang kau pertahankan. Aku tak fahamlah dengan kau ni. Anas dah pukul kau tapi kau masih bela dia. “Ujar Haniff lagi.

Daneen memandang Zila.

Sah, pasti Zila yang memberitahu Haniff soal apa yang berlaku semalam.  Dia kalau boleh mahu rahsiakan semua ini. Ini urusan rumah tangganya. Biar dia saja yang selesaikan.

“Aku rasa kalau aku tak mengandung sekarang aku layak terima lebih dari itu.  Kau tahukan apa yang Amri cakap itu betul. “

Zila terdiam. Jadi betullah Daneen yang merancang semua itu. Tapi kenapa?

“Walau besar pun salah kau dia tak sepatutnya naik tangan macam ini. Boleh kan duduk berbincang.Ish, kalau dia depan muka aku sekarang dah lama pecah muka dia. “

Air mata sudah bergenang di kolam mata. Memori di Langkawi dulu kian berputar kembali. Ah, dia bodoh kerana membuat keputusan begitu. Rancangan yang sudah diatur rapi bersama sepupunya Amri difikirkan adalah jalan yang terbaik rupanya memakan dirinya sendiri.

Dek kerana buntu hendak melangsaikan hutang bapanya, dia sanggup mengatur rancangan memerangkap Anas menjadi suaminya dulu. Dia fikir dengan berkahwin saja dia dapat melarikan dari nafsu buas bapa kandungnya serta hutang piutangnya.

Mana-mana lelaki pun akan marah seperti yang Anas lakukan.  Tindakan yang tidak matangnya telah mengheret Anas ke dalam masalahnya sekali.

“Jadi, Amri itu sepupu kau ke Daneen?”tanya Zila.

Daneen mengangguk dengan rasa kesal .

“Aku yang atur semuanya sebelum kami semua berangkat ke Langkawi dulu. Aku ajak dia orang semua pergi bercuti sebab dah tak tahan nak tanggung hutang arwah bapak aku.  Aku fikir nak lari saja dari semua itu. Malam terakhir itu aku betul-betul tak sangka Anas yang muncul dekat dalam hutan. Semuanya bukan seperti dalam rancangan aku. Amri yang patut muncul tapi dia terlambat. Kami ditangkap berkhalwat tetapi semua kebetulan. Kami tak buat apa-apa. “

“Jadi kenapa Amri tuduh aku berkhalwat dengan kau? Kenapa dia tak ceritakan hal yang sebenar dekat orang kampung? “ Anas muncul di balik pintu. Dia merenung isterinya tajam. Turun naik nafasnya menahan amarah.

“Abang, dengar dulu cakap Daneen.  Semua ini bukan seperti apa yang abang fikir. Percayalah. “rayu Daneen dengan air matanya. Dua hari ini air mata sajalah yang menjadi penemannya.

Anas tersenyum sinis.

“Aku tak sangka hati kau busuk Daneen.  Kau kahwin dengan aku tak ikhlas. Entah-entah selama ini kau Cuma nakkan harta aku saja. “ kata Anas lagi.

“Anas!  “Tegur Haniff apabila dia merasakan kata-kata Anas itu berbaur sindiran buat kawannya.

“Jangan campur urusan aku bro. Kau kenal kawan baik kau ni, kan?  Apa lagi yang kau tahu pasal dia?  Kenapa kau tak kahwin dengan dia aja dulu?Boleh dia gunakan kau untuk langsaikan hutang bapak dia yang tak guna itu. “

Zila tergamam. Tegar Anas memper-malukan Daneen begitu.

“Aku kahwin dengan kau ikhlas Anas.  Tiada niat aku nak perangkap kau malam itu. Takdir buat kita kahwin. Amri bukan yang tertulis untuk menjadi suami aku malam itu? “

“Habis kau nak cakap takdir tertulis nama aku?  Ke kau sendiri yang tulis takdir hidup kau. Aku tak tahu apa dalam kepala otak kau tapi tindakan kau ini aku tak boleh terima.  Aku tipu family aku. Aku hilang kawan-kawan aku sebab nak pertahankan kau.  Tapi tergamak kau diamkan semua ini Daneen Ahna. “Naik satu oktaf suara Anas di dalam wad itu.

Daneen mengemam bibirnya.

“Aku akan tunaikan janji aku dekat walid. Selesaikan semua ini dan pergi jauh dari sini. “

“Daneen! “Zila dan Haniff berkata serentak.

“Good then. Aku pun tak boleh tengok lagi muka kau. Lepas kau lahirkan anak aku, aku nak kau pergi jauh dari hidup aku. Kau Cuma pelacur ‘FREE’ dalam hidup aku. “Anas terus melangkah keluar dari wad itu.

Haniff yang bertindak ingin mengejar Anas dihalang oleh Zila. Dia kemudian mendekati Daneen cuba memujuk kawannya itu. Ya Allah tabahkanlah Daneen selepas ini. Aku janji pada dirinku yang aku akan menjaga dia sebaik mungkin.

“Daneen, walau apapun aku akan sentiasa ada di sisi kau. Aku dan Haniff terima apa kurangnya kau. “ Zila memegang lembut tangan yang tidak bermaya itu.


Kawan Ke Kahwin!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang