Dua bulan kemudian...
Kata orang kalau jodoh tidak ke mana begitulah Raziff dan Wafia. 6 tahun berpisah masing-masing dengan kehidupan sendiri tidak sangka bertemu kembali. Bumi ini bulat pusinglah arah mana pasti akan bertemu jua di titik permulaan.
Datin Rogayah menyarung cincin di jari manis Wafia yang kelihatan ayu mengenakan baju kurung moden berwarna kuning air. Majlis pertunangan yang dibuat secara kecil-kecilan ini berlangsung dengan baik. Malah Intan yang dibawa sama juga turut memberi kerjasama. Seolah-olah tahu yang dia bakal mendapat seorang ibu tidak lama lagi.
“Alhamdulillah. Terima kasih sayang sebab sudi terima anak umi. “
Wafia sekadar mengganguk apabila Datin Rogayah berkata begitu. Dia juga memohon petunjuk kepada Allah. Dan alhamdulillah dia yakin Raziff memang buatnya.
Dia terima kekurangan Raziff dan kesilapan lelaki itu dahulu. Buang yang keruh ambil yang jernih. Lagi pula dia tidak pernah meletakkan lelaki lain di dalam hatinya selain Raziff walaupun sudah 6 tahun mereka berpisah dan bertemu kembali.
“Along, pandang sini. “Daneen memanggil Wafia yang duduk di pelamin mini itu.
Wafia dan Datin Rogayah melemparkan senyuman manis. Mengabdikan momen itu.
“Okay nice. “Kata Daneen sambil menaikkan ibu jarinya apabila melihat hasil gambar yang diambil tadi.
Sesi bergambar kedua belah keluarga turut diambil oleh Daneen. Dia yang menawarkan diri untuk menjadi juru gambar walaupun Wafia menolak. Dia segan kerana Cuma bertunang sahaja perlu mengambil jurugambar.
“Pergilah duduk atas pelamin tu. Aku ambil gambar. “Tolak Haniff lembut.
“Tak payahlah. Aku tak penting pun. “ kata Daneen sibuk mengambil beberapa keping gambar lagi.
Haniff mengeleng kepala. Degil juga mak buyung ni. Perut dah besar pun lincah lagi.
Anas melihat dari atas pelamin Haniff dan isterinya. Entah apa yang dibualkan antara mereka. Kelihatan rapat benar dan dia lihat isterinya tertawa besar saat Haniff mengatakan sesuatu. Tiba-tiba perasaan cemburu menguasai dirinya.
Lengan Daneen ditarik serta merta untuk berdiri di hadapannya. Kalau tadi dia tidak kisah jika Daneen tiada di dalam gambar sekarang dia kisah. Lebih baik isterinya itu ada di depannya dari bergelak ketawa dengan Haniff. Nanti apa pula kata saudara maranya.
Haniff perasaan perubahan wajah Anas itu. Kamera di tangan Daneen diambil. Tidak mahu merosakkan keadaan Haniff meneruskan sesi bergambar. Hatinya jadi sedih apabila kawan baiknya diperlakukan begitu. Kasar sungguh kau Anas!
“Perut kalau dah besar boleh tak sedar diri. Jangan macam beruk terkinja-kinja nak ambil gambar. “Bisik Anas di telinga Daneen.
Daneen diam.
Sudah dia agak pasti Anas tidak suka dengan apa yang dia lakukan hari ini. Sejak mereka tiba tadi dia tahu Anas asyik memerhatikan dirinya. Dia tahu menjaga dirinya malah dia Cuma mengambil beberapa keping gambar saja.
“Lagi satu aku nak lepas ini kita balik. Aku tak nak lama-lama dekat sini. Faham! “Anas yang memeluk Daneen dari belakang mengenggam kuat tangan isterinya itu.
Mak Tok Maznah memerhati dari ekor matanya kemudian dia melemparkan senyuman yang penuh dengan maksud yang tersirat. Tahulah apa yang perlu dia buat selepas ini.
“KAK Daneen nk cheese kek tak? “ kata Aira yang sedang memotong ke hantaran kakak sulungnya itu. Daneen memandang adik iparnya. Kalau dia menolak karang dia dikatakan sombong tambah-tambah ramai saudara mara Anas di ruang tamu ini.
Daneen memandang Anas mengharap Anas mengerti yang dia alah dengan cheese sejak mengandung ini. Tetapi hampa apabila Anas sibuk berbual dengan saudara mara yang lain.
“Bolehlah dik. Sikit saja jangan banyak-banyak. “Akhirnya Daneen menyerah diri. Tidak tahu yang dia boleh tahan ke tidak dengan bau cheese itu.
“Nah, special untuk akak, adik letak banyak-banyak cheese dia. “Aira menghulur sepotong cheese kek di piring kepada Daneen.
Daneen menelan liurnya. Kembang tekaknya saat piring kek itu sudah berada di tangannya. Tatkala itu semua mata-mata memandang ke arahnya seolah-olah menanti dia untuk menyuap kek itu ke dalam mulut.
“Rasalah kak. Sedap kek ini cikgu Aira yang buat. “
Daneen mengangguk kepada Aira.
Aira memandang Anas yang turut sama memandang ke arahnya. Suaminya juga turut menanti kek itu masuk ke dalam mulutnya.
Ah, bedal ajalah....
Daneen melemparkan senyuman kekok apabila kek itu masuk ke dalam mulutnya. Kek itu langsung tidak ditelan malah dikemam. Matanya meliar mencari tisu yang terdekat. Serasa isi perutnya hendak terkeluar tika ini.
“Nah tisu. “
Pantas Daneen meragut tisu yang dihulurkan oleh seorang perempuan kepadanya. Laju dia mengeluarkan cheese kek itu dari dalam mulutnya. Ah, leganya. Tisu itu diletak jauh begitu juga dengan piring kek itu.
“Anak pertama ke? “
Membuntang mata Daneen apabila melihat perempuan yang sedang bersila di hadapannya itu. Melisa? Segera dia memandang Anas. Sah, lelaki it jelas terkejut dengan kehadiran Melisa di situ.
“Abang! “Tangan Anas diraih kemudian dikucup.
Cemburunya aku..... Bisik Daneen.
“Bila Mel balik? “tanya Anas berminat. Daneen di sebelahnya langsung tidak dihiraukan.
“Surprise!!! Terkejut tak jumpa Mel? “
Anas tersenyum lebar. Daneen di sebelah melihat senyuman itu. Sudah lama suaminya tidak tersenyum lebar begitu.
“Of course dear. Abang terkejut betul bila nampak Mel tadi. “
Dear?
Melisa membalas dengan senyuman sebelum matanya terarah kepada Daneen semula. Hairan siapa wanita yang duduk di sebelah Anas itu. Walaupun dengan wajah yang pucat masih lagi kelihatan cantik.
“Ni siapa ya? Saudara abang sebelah umi ke? “
Anas memandang Daneen.
Daneen menanti ayat seterusnya dari Anas. Adakah Anas akan mengaku dirinya adalah isterinya. Atau....
“Dia isteri abang. Kak Mel lama ke dekat sini? “Jawab Aira memotong. Anas merenung tajam adik bongsunya sebelum memandang wajah Melisa yang sudah berubah itu.
“Isteri abang? Cantik.... “Puji Melisa tidak pasti sama ada pujiannya itu benar-benar ikhlas atau Cuma menyedapkan hatinya saja.
Anas dan Daneen benar-benar kekok ketika itu.Dia belum sempat memberitahu isterinya soal Melisa dan dia tidak pasti adakah adiknya pernah bercerita soal hubungannya dengan Melisa ataupun tidak.
“Melisa dah makan? “
“Haa?... “Melisa blur apabila tiba-tiba ditanya oleh Daneen. “Belum....belum lagi. Tadi ingat nak makan dengan abang tapi...tak apalah. “
“Abang pun belum makan, kan? Pergilah teman Melisa makan. Saya nak naik bilik sekejap ambil barang. “ bohong Daneen.
Anas diam tidak membalas.
Daneen segera bangkit dari situ meninggalkan suaminya dan Melisa. Dia tidak mahu berada di tengah-tengah antara mereka. Biarlah dia saja yang mengundurkan diri.
Dari balkoni bilik dia melihat tawa Melisa dan suaminya yang sedang duduk di bangku taman. Dia sudah tidak boleh memiliki senyuman Anas lagi seperti dahulu. Sekarang Melisa sudah pulang jadi dia harus pulangkan haknya. Dia? Dia ada anak ini. Daneen mengusap perutnya yang sudah kelihatan.
Ralit dia memandang pasangan yang sedang bergelak tawa itu tanpa perasaan seseorang yang memerhatinya dari belakang.
“Awat hang lagu ni Daneen? Pura-pura duk kuat depan laki hang. “ tegur mak tok.
Daneen memandang ke belakang.
“Apa maksud tok? Daneen tak faham.” Daneen cuba berselindung. Seboleh-boleh dia cuba merahsiakan dari pengetahuan keluarga. Ini urusan rumah tangganya dan Anas.
“Hang tau Melisa itu.... “
“Daneen tahu. “Potong Daneen cuba mengawal air matanya dari menitis.
“Dahtu yang hang duduk dalam bilik ni awat? Laki hang nuh duk gelak-gelak dengan pompuan lain hang duk biaq ja.”
Daneen memandang mak tok. Air mata yang cuba ditahan akhirnya terhambur juga. Dia kemudian memeluk erat tubuh mak tok cuba untuk meluahkan dengan cara itu. Entah kenapa hatinya hari ini tidak kuat benar.
Anas mendongak ke atas melihat isterinya yang memeluk mak tok segera meninggalkan Melisa sebentar. Khuatir yang Daneen membuka mulut menceritakan semua tentang hubungan mereka beberapa bulan ini.
Masuk sahaja di dalam bilik, Anas memandang wajah Daneen yang basah dengan air mata. Adakah Daneen sudah menceritakan semua kepada mak tok? Kalau iya....
“Hang ni awat Anas? Hang biaq ja isteri hang ni duk lapaq dalam bilik. Yang hang gatal melegha dengan budak Melisa itu buat apa. “
Daneen lapar?
Daneen mengelap air matanya saat Anas sedang memandang ke arahnya. Tidak mahu Anas memikirkan yang bukan-bukan pasal dirinya. Dia juga sudah berjanji dengan dirinya sendiri supaya jangan bergantung lagi dengan Anas. Lelaki itu akan pergi jauh nanti setelah dia melahirkan anak ini.
“Ya saya lapar. “Kata Daneen.
“Kenapa sayang tak cakap dengan abang.... “Anas mendekati Daneen kemudian memeluk bahu isterinya seraya mengelap air mata yang masih berbaki. “Kasihan sayang abang sampai menangis mengadu dekat tok yang dia lapar. Ish, “Anas cuba bermanja dengan Daneen di hadapan mak tok.
“Hang buat lagi perangai lagu ni aku katoq kepala hang. Bini duk mengandung dia sibuk dengan orang lain. Dah pi turun teman bini hang makan. “
Anas memimpin tangan Daneen turun ke tingkat bawah. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa terbakar hatinya. Geram dia dengan tindakan Daneen yang sengaja ingin menarik perhatiannya menggunakan mak tok.
“Makanlah tadi kau kata lapar sangat.” Anas melihat lauk yang terhidang di meja makan. Hilang seleranya ingin makan.
“Abang janganlah fikir yang bukan-bukan. Saya tak cerita dekat.... “
“Aku tak nak dengar alasan kau. Dah lepas makan kita balik. Lepas ini aku nak keluar dengan Mel. Bawa dia pusing-pusing KL. “
Daneen menghembuskan nafasnya. Selera makannya juga hilang tetapi demi kandungannya dia cuba juga menjamah makanan yang ada. Sesekali dia memandang suaminya yang ralit dengan telefon bimbit di tangan.
+Isteri abang ikut sekali ke?
-taklah Mel. Dia mengandung tak larat nak jalan. Hahahaha
Daneen meneguk air sirap di dalam gelas sambil matanya merenung suaminya yang tersenyum sendirian. Apalah nasib hidup kau ini Daneen. Ada suami tapi macam....
“Kenapa? Kau ada benda tak puas hati nak cakap dengan aku? “ tanya Anas apabila melihat Daneen yang sedang merenung ke arahnya.
Daneen memegang tangan Anas.
“Mel ke pengganti saya? “
Anas terpukul dengan soalan Daneen itu. Tidak pernah terfikir yang Daneen berani mengajukan soalan itu kepadanya. Selama ini Daneen Cuma diam sahaja.
“Kenapa kau tak sabar sangat nak tinggalkan aku ke?”sinis Anas bertanya.
Daneen mengangguk. “Kalau itu saja pilihan yang saya ada. “Daneen terus bangun mengangkat pinggannya.
ZILA dan Haniff masing-masing diam tidak bersuara apabila Daneen berada di tempat duduk belakang. Tegar Anas menyuruh Daneen berhenti di perhentian bas untuk pulang sendiri ke rumah. Mujur Zila dan Haniff mengekor dari belakang. Kalau tidak, mereka tidak dapat bayangkan apa yang berlaku kepada Daneen.
“Daneen kau okay? “Zila memberanikan diri bertanya.
“Tak.... “Jawab Daneen sepatah.
Air mata yang terus mengalir terus mendiamkan semua penghuni di dalam kereta itu. Dia tidak tahu apa yang dia rasakan ketika itu. Hatinya benar-benar remuk. Cukuplah selama ini dia bersabar bila Anas tidak menghiraukanya tetapi kali ini meninggalkannya untuk pulang sendiri benar-benar melampau.
“Aku tak nak balik rumah. “kata Daneen selepas mendiamkan diri agak lama.
Zila memandang Haniff.
“Daneen kau nak pergi mana? Tidur rumah aku nak? “Pujuk Zila.
Daneen menggelengkan kepala. Dia tidak mahu Anas mencarinya buat masa ini. Dia mahu tenangkan diri. Berehat seketika untuk meredakan hatinya yang terluka. Dia perlukan ruang untuk berfikir soal hidupnya selepas ini.
“Hantar aku dekat rumah sewa aku. Aku tak boleh nak hadap Anas buat masa sekarang. “
“Daneen, dia tak patut buat kau macam itu. Siapa Melisa tu? Kekasih dia ke apa. “Haniff mengamuk. Dia benar-benar kurang sabar dengan sikap Anas itu.
Daneen hanya membiarkan soalan Haniff berlalu. Kepalanya benar-benar serabut ketika ini. Lagipula dia sudah melibatkan Haniff dan Zila dalam rumah tangganya. Cukuplah sekadar mana mereka tahu. Daneen mengunci mulutnya dari terus bercerita.
Telefon bimbit Daneen keluarkan dari beg kameranya. Nama seseorang dicari sebelum satu pesanan ringkas dihantar.
“Haniff masuk highway ni. “Arah Daneen.
Haniff mengikut apa yang disuruh Daneen sebelum dia bertukar pandangan dengan Zila di sebelah.
Dia bukanlah sesiapa yang berhak untuk masuk campur urusan Daneen dan Anas tetapi sebagai kawan yang rapat dengan Daneen dia rasakan yang dia perlu lakukan sesuatu. Dia kenal Daneen. Walaupun peribadinya tegas dan kasar tetapi jauh di sudut hatinya ada satu perasaan yang halus dan mudah tersentuh. Tak apa Daneen. Tahulah aku ajar laki kau nanti!
Tiba di perumahan rumah teres dua tingkat,Daneen menunjukkan rumah mana hendak memberhentikan dia.
“Aku minta tolong dengan kau jangan beritahu Anas yang aku duduk sini. “ setitis air mata mengalir.
Zila mengangguk kemudian mengengam lembut tangan Daneen. Tabahnya kau Daneen. Kalau aku berada di tempat kau aku dah pasrah untuk hidup. Semoga kau sentiasa kuat Daneen. Walau apa pun yang jadi aku akan jaga kau walaupun waktu itu kau dan Anas sudah berpisah.
“Jaga diri baik-baik. Apa-apa jangan matikan telefon kau. Bahaya sorang-sorang dekat sini. “
“Daneen, buat masa sekarang kau tak payahlah pergi kerja dulu. Stay dulu dekat rumah. Apa-apa hal dekat tempat kerja aku email dekat kau. “ beritahu Haniff.
Daneen mengangguk tanda mengerti. Dia pun hendak mengatakan hal yang sama tetapi Haniff sudah katakan dulu.
Air mata Zila mengalir perlahan saat Daneen sudah masuk ke dalam. Dia memandang Haniff lagi.
“Aku nak bunuh Anas sekarang jugak. “
Haniff senyum senget. “Bukan kau seorang tapi aku pun. “

ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Ke Kahwin!
RomanceKita kawan tapi aku tak janji yang aku takkan kahwin dengan kau! 😉