Bab 39

539 15 2
                                    

Anas mencampak beg bimbit yang berisi baju Daneen di dalam sebuah bilik. Daneen mengigit bibir bawahnya sambil memandang Anas yang membelakanginya. Apa maksud Anas?  Kenapa bilik ini?

Daneen yang ingin memusing ke belakang ditegur oleh Anas.

“Kau nak pergi mana?  Ini bilik kau sekarang. “

Daneen memandang ke dalam mata Anas.

“Abang dah benci sangat ke dekat saya?  Kenapa abang buat semua ini?” Kata Daneen mulai penat akan perangai Anas yang langsung tidak mahu mendengar penjelasan darinya.

“Aku bukan benci kau tapi aku dah sampai tahap tak boleh tengok muka kau lagi dalam rumah ini. Sebab kau mengandungkan aku saja kalau tidak kau bukan lagi ada dekat sini. “

“Abang! “Kata Daneen tidak percaya.  Tegar Anas buat begitu kepadanya.

“Kenapa aku bodoh sangat pertahankan kau dulu. Kenapa aku susahkan hidup aku nak selamatkan perempuan sundal macam kau. “

Daneen diam menundukkan wajahnya.  Tiada air mata yang mengalir. Dia sudah puas menangis di hospital. Dia sudah tidak mahu fikir lagi. Cukuplah semua ini. Lagipun tinggal 8 bulan dia disini. Selepas ini dia harus pergi. 

“Kenapa kau buat aku macam ini Daneen?  Aku sayang kau aku jaga kau tapi kenapa kau perangkap aku?  Kenapa kau tak berterus-terang dekat aku. “

“Saya dah cakap saya tak tahu. “Balas Daneen.

Anas mendengus kuat kemudian memegang bahu isterinya kuat.”Macam mana kau boleh cakap yang kau tak tahu?  Kau yang aturkan semua rancangan ini. “

Daneen kalah lagi. Air matanya jatuh mengalir tatkala matanya memandang ke dalam mata suaminya. Inikah rasa dibenci oleh orang yang dia sayang.  Dia ingin memeluk suaminya tatkala ini.  Dia rindukan Anas. Dia rindukan lelaki yang lemah lembut dengan dirinya bukan yang sekarang.

“Jawab soalan aku! “ herdik Anas.

“Aku tak tahu Anas. Amri yang sepatutnya datang ke hutan malam itu bukannya kau. “

Shit!

“Aku tak sangka kepala otak kau bijak aturkan semua rancangan ini kenakan aku. Kau butakan mata aku dengan air mata kau. Aku tak tahu rancangan apa lagi yang kau aturkan. Enough Daneen. “

“Anas aku tak ada niat nak..... “

“Lepas kau lahirkan anak aku, aku nak kau pergi jauh dari sini. Jauh dari hidup ‘kami’. “

Kami?  Apa maksud Anas?

“Aku akan tuntut anak aku sampai kau tak ada hak langsung jumpa dia. “ Anas  melepaskan bahu Daneen kemudian terus pergi dari situ.

“Abang!  Abang tak boleh buat Daneen macam ini. “Daneen melutut di muka pintu biliknya. Ya Allah ujian apakah lagi yang harus aku hadapi ini. KAU pisahkan aku dengan Anas dan sekarang dengan anak yang bakal aku lahirkan pula. Aku harus buat apa Ya Allah.




DANEEN tersedar dari lenanya tatkala azan Maghrib berkumandang di  surau berdekatan dengan rumahnya.  Bilik yang gelap gelita buatkan dia buntu seketika sebelum tersedar ini bukan biliknya yang selalu.

Katil bujang kecik terasa sempit walhal dulu katil ini yang dia baring waktu awal-awal menjejakkan kaki di sini.  Patutlah Allah menarik semua nikmatnya kerana selama ini dia alpa.  Tidak bersyukur dipinjamkan sesuatu yang ‘indah’. Sama seperti sekarang masih merunggut walhal katil ini lebih dari cukup untuk tubuhnya yang kecil.

Laparnya...

Daneen memegang perutnya yang belum kelihatan. Ada nyawa di perutnya. Dia tersenyum. Dalam keadaan begini Allah masih memberi peneman buatnya selain Anas. Ya Allah aku akan jaga anak ini sehingga nafasku terhenti. Izinkan aku Ya Allah.

“Aku akan tuntut anak aku ini sampai kau tak ada hak lagi jumpa dia. “ kata-kata Anas terngiang-ngiang di telinganya.

Aku takkan benarkan pekara itu berlaku Waiz Anas.

Usai menjalankan tanggungjawab kepada Ilahi, Daneen melangkah keluar dari bilik. Rambutnya yang basah dibiarkan lepas sahaja. Malas mahu disepit sekadar membiarkan ia kering sendiri. Dia melangkah turun ke bawah.

Gelap!

“Anas tak ada? “

Daneen melangkah turun sehingga anak tangga yang terakhir sebelum melihat televisyen yang terbuka. Dia berjalan sedikit sehingga melihat Anas yang sedang berbaring di atas sofa.  Di tepi suaminya ada balang kaca yang berisi makanan ringan.

“Abang dah sembahyang? “Tanya Daneen.

Anas diam tidak menjawab.

Daneen melemparkan senyuman tipis.  Dahlah tu. Jawab Daneen sendiri di dalam hati.

“Saya masak dulu. Abang nak makan...”

Ting!

Bunyi loceng di pintu utama membuatkan mereka memandang sesama sendiri sebelum Anas melangkah bangun. Daneen melihat Anas yang membelakanginya itu.  Batang lehernya dipanjangkan untuk melihat siapa yang datang.

“Abang beli pizza? “Daneen teruja kerana perutnya benar-benar lapar.

Anas langsung tidak menjawab.

Lampu ruang tamu sudah dinyalakan.  Daneen sudah tidak sabar untuk makan pizza yang baru dipesan oleh suaminya itu. Kotak berbentuk petak itu dibuka dan bau haruman sos tomato dan keju bercampuran.

Daneen cepat menutup mulutnya. Matanya terbuntang besar sebelum berlari laju ke ruang dapur lalu memuntahkan isi perutnya yang tiada apa.

Anas yang terkejut akan tindakan Daneen segera ke dapur untuk melihat keadaan isterinya. Dari muka pintu dapur dia melihat kepayahan isterinya yang sedang muntah di singki. Niatnya ingin mendekati tetapi hatinya dikeraskan. Kepalanya asyik teringat-ingat apa yang baru berlaku antara mereka.

Daneen terduduk di dapur. Dia mengah.  Dia penat. Rambut yang menutup mukanya diselak ke belakang.  Wajah Anas di muka pintu dipandang meminta belas ikhsan. Tapi, hampa lelaki itu Cuma tercegat di situ memandangnya tanpa perasaan.

“Saya okay....”Daneen memberitahu sendiri keadaan dirinya walaupun Anas tidak bertanya.

Anas menjongketkan bahunya kemudian melangkah ke ruang tamu kembali.

Daneen memejamkan matanya sekejap.   Menahan rasa loya di tekaknya. Kepala nya berpinar. Dia cuba memandang ke arah peti ais di hadapannya tetapi dia gagal. Matanya tidak fokus. Seisi barang di dapur seakan berpusing di matanya ketika ini.

1,2,3.....

Daneen gagahkan dirinya bangun secepat mungkin untuk memuntahkan isi perutnya lagi. Kali ini langsung tiada apa yang keluar. Perutnya yang sakit dipegang sambil berdoa kepada Allah untuk memberinya kekuatan.

Dia berjalan perlahan-lahan ke meja makan lalu dia duduk di situ. Kepalanya dibaringkan ke meja. Rasa berdenyut-denyut itu buatkan dia tidak mampu untuk mengambil walaupun segelas air.  Dia haus. Dia lapar tapi tiada siapa yang ingin mengambilkan buatnya.  Bukan dia mengada-ngada ketika ini Cuma dia benar-benar perlukan bantuan.

Kedengaran suara perempuan di ruang tamu membuatkan Daneen membuka sedikit matanya. Cuba menangkap suara siapa di ruang tamu itu. Seketika dia menanti ada seseorang memegang lengannya dengan cemas. Wajah Zila yang kabur itu dipandang lemah.

“Anas!  Anas!”jerit Zila panik. Tidak kelihatan batang hidung Anas ke dapur Zila menjerit lagi. “Waiz Anas! “ kali ini lebih kuat Zila menjerit. Lebih tepat suara itu ingin mengajak Anas bergaduh.

“What! “Anas menyoal kasar di dapur.

Matanya melihat Daneen yang terbaring di meja dapur terlebih dahulu.

“What are you doing to Daneen?  You pukul dia lagi ke? “

“Hah?  You mengarut apa ni? “Anas cuba membela dirinya yang dituduh tiba-tiba oleh Zila.

“Daneen bangun. Daneen! “Wajah Daneen ditepuk perlahan oleh Zila. Dia Cuma ingin melihat Daneen membuka matanya.

Daneen memegang tangan Zila yang menampar wajahnya. Sakitlah sotong!  Bisik hati Daneen. Sudahlah dia lapar Zila pula menampar-nampar wajahnya.

“Ya, aku ada ni. Belum mati lagi. “ jawab Daneen menghentikan perbuatan Zila itu.

Anas menjongketkan keningnya kepada Zila menunjukkan isyarat ‘See kawan kau itu okay’.

“Kenapa kau baring dekat sini?  Muka kau ni pucat sangat kenapa?  Kenapa kau berpeluh-peluh ni? “Zila menyerbu  dengan pelbagai soalan.

Daneen diam. Tidak larat untuk menjawab.

“Anas? “Zila bertanya kepada Anas pula.

“Manalah I tahu. “Jawab Anas ringkas.

Geram Zila dengan perbuatan Anas itu.  “You supposed to know. You dah bagi dia makan belum? “

Anas menggeleng.

“Ish, you tahu tak dia dari hospital tadi tak makan. You boleh biarkan dia lapar sedangkan dia berbadan dua. Dia perlu makan untuk kuat. You ni ambil sambil lewa saja soal Daneen. Dia mengandungkan anak you juga tahu tak! “Kata Zila geram sambil tangannya lincah membuatkan air milo panas buat Daneen.

Tangan Daneen  mengigil-gigil  cuba memegang mug yang dihulurkan kepadanya tetapi sayang dia tidak mampu walaupun untuk memegang mug yang ringan itu. Mug yang terlepas dari tangan Daneen mengejutkan Anas. Automatik dirinya berlari ke arah Daneen lalu mengangkat kaki isterinya dari terpijak kaca.

“Watch out! Kaki kau boleh luka tahu tak! “Kata Anas risau.

Kaca yang pecah itu buatkan Daneen mengangkat kepalanya. Dia bukan sengaja memecahkan mug itu. Hatinya benar-benar terguris ketika ini. Dia sangat lapar tetapi tiada seorang pun yang faham keadaan dirinya.

Dia gagahkan diri juga berdiri kemudian melangkah perlahan-lahan pergi dari situ. Dia bawa diri ke dalam bilik lalu mengunci diri di situ. Di belakang pintu dia menangis semahu-mahunya. Sangat perit menangis tanpa suara. Semuanya harus dipendam sendiri.

Sementara di dapur, Zila membantu Anas membersihkan kaca itu. “I still tak puas hati dengan you. She’s your wife Anas. Boleh tak you layan dia elok-elok. “

Anas diam malas mahu bersuara.

“Anas do you hear me?  You boleh tipu diri you tapi you tak boleh tipu perasaan you. Apa yang you buat tadi bukan sebab you sayangkan dia?  Mulakan hidup baru Anas. Buang yang keruh ambil yang jernih. Dia tak bersalah. “

Anas memandang Zila. Dia sendiri buntu dengan dirinya. Hatinya sakit sangat melihat keadaan Daneen seperti tadi.Kalau ikutkan hatinya ingin saja dia mengangkat tubuh Daneen yang tidak bermaya tadi ke atas. Dia mahu bentangkan tilam yang paling lembut untuk isterinya itu berbaring dengan selesa. Tapi, dia keraskan hati.

“ I tak halau dia pun cukup bagus. “ jawab Anas sinis.

“Anas you pernah terfikir tak kenapa dia buat macam itu?  Kenapa dia gigih sangat buat rancangan macam itu?  Mesti dia ada sebab yang you atau kawan-kawan you tak tahu. Not even Fiya. Dia kawan baik Daneen also don’t know masalah Daneen. “

“Sebab dia nak lari dari bayar hutang bapak dia. “Jawab Anas selamba. Dia ada terdengar Daneen berkata begitu pada Haniff semalam.

“Dah tu?  Kenapa you masih marah dia lagi? “Kata Zila tidak faham.

“Look Zila , dah dekat dua tahun I berkahwin dengan dia tapi dia tak pernah cuba untuk beritahu hal ini.  I dah bagi cukup masa untuk dia terangkan tetapi kenapa dia ambil keputusan untuk berdiam diri. “

“Anas listen to me. Dulu, I pernah benci Daneen and siapa yang buka mata I untuk lihat betapa susahnya hidup Daneen untuk teruskan hidup. It’s you. You sendiri tahu macam mana hidup Daneen jadi I harap you janganlah tambah masalah dalam hidup dia lagi. “

“What?  I tambah masalah dalam hidup dia?  Dia yang buat masalah ini semua.  Entah-entah orang yang kejar dia dulu dekat Langkawi semua orang suruhan dia saja. Konon nak bunuh dia itu semua nonsense. I pun bodoh beritahu semua orang yang dia dah mati. “ Anas mula mengungkit cerita lama.

Zila menghembus nafas berat.

“Habis yang arwah ayah dia kena bunuh dengan orang ‘along’ tu pun you nak kata dia buat cerita. Macam tu ke Anas? “

Anas memandang ke dalam mata Zila.  “You tak ada dekat tempat I,Zila. Bolehlah semudah itu you cakap suruh I maafkan Daneen. “

“Tapi you pun tak ada di tempat Daneen. “Zila memandang ke arah Anas. “You lagi kenal dia siapa berbanding I. Kalau memang dia salah cuba you fikir selama you berkahwin dengan dia pernah tak  dia cuba untuk lari dari you. Pernah tak satu hari dia tak ucap terima kasih dekat you sebab selamatkan dia. Think Anas!  You love her. Bagi peluang ke dua untuk dia terangkan kepada you apa yang terjadi sebenarnya. “Zila menepuk perlahan bahu Anas kemudian melangkah pergi.

Anas memandang jarinya yang luka itu.  Walaupun kecil tetapi sangat berbisa. Sama seperti hatinya ketika ini. Walaupun kesalahan Daneen Cuma kecil tetapi hatinya bagai diselar oleh bilah pedang yang tajam. Dia kecewa dan buntu. Dia perlukan masa untuk semua ini.











Kawan Ke Kahwin!Where stories live. Discover now